Friday, December 30, 2011

Perubahan diperLukan..

 Assalamualaikum. jwp penuh yerk.2hari lagi nk balik maktab dah. hoho. sem 3 nak bermula dah. besh, seronok, takot. besh nk jumpa member. seronok nk main futsal. haha. takot nk belajar macroteaching arab!!!!! Ya Allah, Ya Rabbi, kau permudahkan la jalan sahabat-sahabat seperjuangku, dan juga hamba mu ini, semoga apa yg kami nk belajar ini utk masa 'depan' bukan semata-mata utk exam. amin. doakan L sekali tau. caiyok2!!! xsabar nk balik kampus!!! lol!

Saturday, December 24, 2011

Kekasih Hati


Every girl is beautiful. Sometimes it just takes the right guy to see it.” 
by Nicholas Sparks, The Notebook






p/s ada sapa2 nk bagi pendapat sendiri?? hehe

Monday, December 12, 2011

Seminggu Di kampung!!



p/s selamat berblogging u oLL.. n semoga dirahmatiNYa.. aminn..

Thursday, December 8, 2011

Aku Sayang Parent Aku, korang??

Diantara tanda yang akan diturunkan bala oleh Allah ialah apabila anak2 menderhaka ibunya. apabila seorang anak mempunyai ibu, apabila bercakap dia dengan ibunya, dikasar kasarkan percakapannya. itu tanda-tanda derhaka dan perkara yang disebut sebagai derhaka. cakap kasar dengan ibu. tambah ibu tu pekak pula. kadang-kadang ditengkingnya ibu. Dia kata payah Ustaz, mak ni bukannya dengar, pekak. Dia pekak satu hal, tapi kita cakap dengan dia tetap dengan lemah lembut bukan kita boleh cakap kasar dengan dia. sebab Allah Taala sebut dalam Al-Quran supaya kita ni bercakap dengan bahasa yang lembut . 'kaulan karima' . dia bukan boleh bercakap dengan kasar2.

yang kedua, apabila disuruh ibunya ,maka dia enggan dan tidak mahu dan bermacam-macam dalih yang telah diada-adakannya. yang ni banyak berlaku dalam bab nikah. Bila mak tak setuju, bapak tak setuju, dia bantah ibu dia, dia bantah bapak dia. Macam2 dalih dia kata,  dia nk jugak dengan BF dia, nk jugak dengan GF dia. Ini pun satu bentuk derhaka. Banyak sangat yang jenis macam ni. Yang ketiga, apabila ibunya meminta tolong apa-apa, lalu tidak dipedulikannya. Ini dikira sebagai memutuskan silatulrahim. bila mak ayah minta tolong, dia kata tak nak. Tapi kalau kawan minta tolong?  cepat2 dia nak tolong. pantang kawan bukak mulut, kelam kabut nak tolong. tapi bila mak mintak tolong , susah. suruh balik kampung pun tak mau. Raya pun xnk balik.'Balik la man, mak xdak sapa ni kat kampung, datang la raya dengan mak.' 'mak, xboleh la mak, tiket takda la mak' . tiket xdala, minyak naik lah, tol mahal lah, semua dia bagi alasan macam-macam . Padahal dia bawa isteri dia pergi jalan kat PD nuh. Orang raya puasa sembahyang kat dalam masjid dia sembahyang kat tepi pantai. pasal? tak suka dengan mak.

yang keempat, apabila ibunya melarang sesuatu yang dia suka, terus memaki ibunya dan apabila ibunya sakit dibiarnya ibunya sakit. Tak ditengok, tak diziarah, tak dibantu. Sibuk dengan anak beranak, dengan alasan, Kak@Adik dah jaga. Maka kita yang xjaga ni tak payah tengok. Ini pun satu penyakit jugak, nk telifon tidak, nak datang tengok pun tidak, nak bagi duit pada kakak yang jaga pun tidak. Datang melawat mak ni macam melawat orang-orang lain sakit. Menyembang nyembang dua tiga patah,'xpalah mak, nak balik dah ni.'  Dia ziarah mak ida tu macam dia ziarah orang biasa. tak rasa yang depan mata dia tu mak. BUkannya nak amik berat pun. pegang la kaki skit, picit la kaki dua tiga kali. pastu belah lah. 15 minit belah, 30minit belah. Inilah dikatakn sebagai contoh-contoh anak derhaka kepada ibu.

Begitu la juga bila kita derhaka bapak. ingatkan dah habis kan. gatai nak sambung lagi. sori eh. tangan ta boleh berhenti. ok sambung

apabila salah satu or semua nie dibuat, maka tidak mustahil Allah akan turun kan bala, dan ia adalah tanda-tanda Allah akan turunkan bala. tak nak jaga mak, cakap kasar2, sombong dengan bapak, sombong dengan ibu, mentang-mentang lah pangkat besar, xnak mengaku ibu. Ada orang tak nak balik kg, sebab malu dengan isteri, sebab malu dengan rumah ibu kat kg. Setengah orang malu sebab bilik air mak dia tak pasang tile. geli dengan simen yang pecah-pecah tu, betakung pulak. bagi selipar, selipar pulak 'berkurap' . isteri geli nak pakai selipar,'jomlah abang, kita pergi lah tempat lain, gelilah'. suami pun ikut lah sekaki, sekaki, isteri tuh. bagitau kat mak.'tak palah mak mak, nak tido kat pekan sajalah, isteri nak buat kerja, sini takda Wi-fi ' Wi-fi tu menatang apa kata maknyer tuh. mak tak faham, udah la mak, minta maaf yer mak, besok kami datang lain. sanggup tinggal mak nih,  bila tahu anak nak balik, menantu nak balik, cucu nak balik, ayam kampung ditangkapnya, jantung pisang ditebangnye,  pasal anak menantu nak balik. Tapi bila balik, dia balik macam ziarah orang lain saja.  mkan pun tidak, mandi pun tidak, teman tido pun tidak.  Inilah contoh-contoh anak derhaka.

dan Nabi s.a.w bersabda lagi ,' wabarra sodiqa, wajabba abahu' dan berbuat baik lah pada sahabat handainya,  tapi berkasar-kasar dengan bapanya.'  Ummat Islam diakhir zaman, akan berbuat baik kepada sahabatnya. yang itu yang dipercaya sangat2. tengok muka buku berjam-jam, tengok muka mak berapa jam?  harini orang tengok internet lebih lama dari tengok Quran. Lama tengok internet nieh, bukak page sana, bukak blog sini, bukak web sana, bukak web sini. tak da gugel masuk yahuu,tak dak yahuu masuk yihaa. semuanya ada.  Tapi Quran dia tak tahu. tanyalah dia, internet nak bukak bab apa, tekan saja semua keluar. tapi bila orang suruh dia bukak surah dalam Quran, dia xtau. Sedangkan baca Al-Quran tu wajib, bukak internet tak wajib. Baca Al-Quran tu wajib, mendalami Al-Quran tu wajib, percaya dengan Al-Quran tu wajib. Tapi manusia ni jauh dengan Al-Quran, dekat dengan internet. Ada anak yang tak renggang pun dengan handpon. sampai tidur pun dengan handpon. Ntah dengan siapa dia sms. cuba tengok berapa banyak dia sms dengan mak dia, berapa lama dia koling2 dengan mak dia. berapa banyak dia mesej dengan bapak dia, lagi jauh.

Cikgu2 lebih dekat dihati anak-anak. Kalu hari jadi guru, hari guru hari apa pun anak beranak ingat, sibuk beli hadiah dekat cikgu. Tapi bila bapak sambut hari jadi, anak pun lupa bilanya. tak kenai pun tarikh lahir bapak. Dia anggap cikgu dia lebih besar dari bapak dia. Dia anggap kawan dia lebih besar dari bapak dia. sedangkan,bapak ni mailah sapa pun, menang bapak. bapak ni tewas dengan ibu saja.(darjat)  tapi harini bapak tewas dengan BF, bapak kalah dengan GF, bapak kalah dengan kawan-kawan. yg ni lah berlaku sekarang, jasa bapak, tak nampak, pengorbanan bapa tak nampak. tapi pengorbanan kawan sikit pun, nampak. sikit sahaja pengorbanan kawan, nmpak sampai ke mati. tapi ada orang tak sanggup mengaku bapak dia, sebab miskin. ada orang xmengaku bapak dia, sebab bapak dia cacat. ni la yang Nabi kata akan berlaku akhir zaman. maka turunlah bala satu2.

opss, terlajak suda. Semoga kita dijauhkan dari menda2 seperti ini. amin. semoga dapt diambil pengajarn dari en3 harini. apa yang baik datang dari Allah, dan apa yang buruk datang dari L sendiri. k.

Tuesday, December 6, 2011

KIDs KIDDO!!!

KIDs Nowday!!!

1.
Teacher : Mamat, go to the map and find Japan.
Mamat   : Here it is.
Teacher : Correct, now class who discover Japan?
Class     : Mamat.

2.
Teacher : Maria, why are you doing your math multiplication on the floor ?
Maria     : You told me to do it without using tables.

3.
Teacher : Syafiq mat Kamal, how do you spell 'crocodile'?
Syafiq   : K-R-O-K-O-D-I-A-L
Teacher : No, thats wrong.
Shafiq   : Maybe it is wrong, but you asked me how I spell it.
(I love this kid, because he is my brother) haha

4.
Teacher : Yati, what is the chemical formula for water?
Yati       : H I J K L M N O
Teacher : What are you talking about?
Yati       : Yesterday you said it's H to O.

5.
Teacher : Kaos not only chopped down his father's cherry tree, but also admitted it. Now, L, do you know     why his father didn't punish him?
Me        : Because Kaos still had the axe in his hand.

Saturday, December 3, 2011

Tuntutan IFC

L minta maaf dulu sebelum korang semua membaca. Walau kau orang marah macam mana pun, nk boikot blog L pun, L tetap akan tulis en3 nih k.  sebab ini adalah kenyataan. ok. jom layan....

Kita dok baca diantara tuntutan IFC KORANG BACA SINI . salah satu tuntutannya ialah supaya duit zakat orang Islam boleh dibahagi sama kepada orang bukan Islam(KAFIR)! Ini diantara tuntutan-tuntutan orang-orang KAPIR Malaysia ni yang minta supaya salah satu tuntutan duit zakat kita boleh bagi kat depa juga. ini yang kita patut bimbang. tapi menda ini tidak di higlightkan di dalam masyarakat. kita baca dalam News strait Times lain, kita baca dalam Utusan malaysia lain. Utusan malaysia, Berita Harian tidak cerita menda ini. Tapi cerita ini keluar dalam the times. Keluar dalam The Star keluar dalam  New strait time . Ini benda bahaya. Benda zakat ni benda bahaya kalau kita pergi bagi pada bukan tempatnya. Kita tak pasal pasal pula pergi mewujudkan satu unit untuk menguruskan zakat pula. Daripada ketua Eksekutifnya, pegawai2nya,  kene bayar gaji depa pula . sedangkan harta zakat itu boleh bagi pada asnafnya direct tanpa perlu mewujudkan satu lembaga yang baharu. tapi kita nak kata apa?  Apa yang boleh kita cakap?

Kita ni seolah-oleh tidak ada akal, rakyat ini dibuat seperti tidak mengaji, tidak berpelajaran, seolah olah tidak ada hak.apa nak buat, buaaat. seolah olah suara kita tak laku. kalau kita tengok pada PM Korea Selatan. Bila orang keretapi mogok saja, dia tengah main golf, Rakyat marah dia main golf dan tak selesaikan masalah keretaapi , letak jawatan dia wahai para pembaca. punya dasyat, hanya main golf waktu orang buat mogok.Letak jawatan. semua orang bertanggungjawab, pasal itu adalah amanah. tapi sekarang ini kita tengok, kita ni, tidak ada apa-apa nilai dalam negara . apa nak buat, buaaat. dah buat, minta buat penerangan. bila dah buat baru nak buat penerangan, nak buat apa. sepatutnya sebelum buat bagi penerangan.

Ni yang kita berasa sedih . Kita ini kuat... Rakyat mempunyai kedudukan kuat didalam agama, dalam sebuah negara . tapi sekarang ini orang tak pandang.  seolah olah negara ini hanya sekelompok orang saja yang boleh mentadbir negara. Disini ada dua perumpamaan. yang pertama RAJA. yang kedua WAKIL RAJA. Antara RAJA dengan WAKIL RAJA mana hebat/ mana tinggi??   yang mana besar? alahai, besar tanggungjawab nih. RAJA la besar. hat mu tu wakil saja. RAKYAT dengan WAKIL RAKYAT mana besar? ha jawab la sendiri kan. dah tentulah RAKYAT yang besar. Tapi orang tak nampak. Raja dengan Wakil Raja, Raja la besar. Rakyat dengan Wakil Rakyat, rakyat la besar.

Jangan anggap apa yang kita buat dalam dunia ini Allah tidak akan tanya. Allah kan tanya balik. segala kezaliman, segala yang tidak betul Allah akan tanya. 'Nasib baik saya tak terlibat, lega aih rasa.selamat. Saya tengok kedai arak tu, susah hati ustaz oi,  orang minum arak merata ceruk la ni, main judi bertikam judi tak kira tempat dah, nasib baik saya tak jadi depa , ustaz. Tuhan tak tanya saya kot noh?' Tuhan tanya wahai sedara oi.. ' hai, tanya pasal apa, saya bukan bagi apa'  sedara . sapa yang bagi lesen ? 'depa bagi'. yang hari tu sedara pangkah depa. Sedara pun akan disoal oleh Allah nanti.  uuii sedara sedari jangan ingat apa yang kita buat harini Allah Taala tak tanya dah. Semua Allah akan tanya. dan itu pun kita semua sudah tahu.

Cukup kot takat ini. cuma nak buka mata dan minda. mungkin ramai dah tahu pasal isu ini tapi tidak begitu ambil berat. saya buat en3 ini bukan untuk menyalahkan siapa siapa tapi untuk membuka mata UMMAT ISLAM. Apa yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. semoga lepas baca en3 ni , pakat sama-sama lah kita kaji pasal IFC tuh k.=)

Tuesday, November 29, 2011

simple word!


" orang Islam selalu menjaga adab dengan AL-Quran, salah satunya ialah Al-Quran diletakkan di tempat yg paling atas/tinggi dari benda yang lain. Tetapi kebanyakkan ummat Islam LUPA/TIDAK MAHU meletakkan hukum di dalam Al-Quran lebih tinggi dari yang lain"





p/s kali nie en3 ciput saja..=)

Saturday, November 26, 2011

Pandai Sangat Dah kan?

Sebelum baca. Sila mute kan application  goggle chrome, mozilla, windows explorer anda.. hahaha

surah al hujurat.. hujurat maknanya ialah  bilik2.. di dalam ayat yg pertama . Allah sebut , Wahai orang2 yang beriman, jangan kamu memandai mandai/ mendahului/ buat awal2 sebelum mendapat hukum atau kebenaran dari ALlah dan rasulnya. jangan kita buat sesuatu tanpa merujuk, adakah yang kita buat ini dibenarkan oleh Allah, atau diperbuat oleh Nabi Muhammad s.a.w. Jangan kita bercakap mendahului Allah dan Rasul. Jangan kita laksanakan hukum yang Allah xsuruh buat dan yang Nabi xsuruh buat. itu namanya memandai-mandai. para pembaca, kalu orang memandai mandai kita pun marah. Kita nie AJK masjid,ada pulak jemaah memandai mandai plak, tanpa merujuk AJK, pergi cat masjid. cat dah elok dah, kuning susu, putih, hijau. Mai hamba Allah nie bawak cat, p cat lain. AJK kata apa? 'hang sapa nieh, yang pi cat lain nih.' 'hai, ni kan rumah Allah, ikut suka saya la nk cat warna apa pun'. kita xbenggang ker org macm tuh? ni ajk masjid ada nih, pasaipa hang memandai mandai buat. kita marah.

serupa lar kita ada rumah. datang satu hamba Allah memandai mandai saja masuk dalam rumah. masuk dalam rumah terus masuk dapur, masak nasik, goreng telur, bukak tin sardin, makan.. 'kamu ni siapa nie' . 'apa salahnya, saya bukan mencuri pun, saya masak nasik salah ka?' x, kamu memandai2... kita ada kereta. datang satu hamba Allah pergi bsuh kereta kita. bukan buat apa pun, pergi basuh kereta saja. dia bukak tayar, tukar depan belakang, tukar skru, balancing tayar. kita tanya. hang buat apa nieh. saya buat alignment. pasaipa hang buat? ada aku suruh buat ka? dia jawab , sajala kenapa salah ka? tengok , kalu kita pun xboleh memandai2 pada harta kita, bumi ni harta siapa? langit ni harta siapa? alam ni harta siapa? sapa yang buat sapa yang punya. diri kita ni sapa yang punya. segala-gala ni sapa yang punya?

jawapannya Allah S.W.T.....

tapi kenapa memandai-mandai nak buat sesuatu hukum tanpa merujuk pada Allah dan rasul.. itu maksud dia tuuh. kalu kita pun marah orang memandai-mandai dgn kita, Allah macam mana? Allah kata dah ni hukum macam ni, hg mesti buat macam nie, kita memandai mandai pergi pinda pulak hukum tu, kita kata hukum Allah xsesuai.apa jadi? Allah kata bagi org yg berzina tu disebat 100x. kita rasa xsesuai. xsesuai. kita tukar, denda 5ribu. Allah kata minum arak ni hukum dia,kita kata xsesuai. nanti pelabur lari. kita sebat 6 kali sudah laa. sebat 6 kali pun xsesuai, kita jaga rumah budak2 cacat sudahla. kita sendiri pergi pandai tukar. tu namanya 'tuqadimu baina yadaiyillahi warasulih'. memandai-mandai.

hukum dia sembahyang raya, sembahyang 2 rakaat dulu, baru khutbah raya. dia pergi buat khutbah dulu baru semayang raya.  pasaipa ni tok imam? dia kata, kalu semayang raya awal pastu baru khutbah, nanti orang balik,  tinggal tok imam dan tok siak saja baca khutbah. habis semua pakat balik, jadi kita nk mengelakkan perkara ni berlaku, kita buat macam smyg jumaat. kita tukar sikit, sekarang zaman dah berbeza. namanya kamu memandai mandai. yg ni Allah xbg nih. Urusan agama jgn memandai mandai. nabi xpenah bincang tentang Islam dengan agama lain. "lakum dinukum waliyadin'.  hg agama hg , aku agama aku. pasaipa kita nk duduk semeja bincang pulak. hmpa nk semyg cara lagu mana ikut hampa, nk smbut apa ka, cara sembh tokong hampa ka,itu hampa punya pasai.  Islam xkan duduk se meja sebab agama hampa xbetul.

jgn memandi2 mengubah sesuatu yang Allah buat elok dah. Allah buat apa yang xelok? tolong habaq mai.. manusia yg Allah ciptakan ni cukup cantik. 'ahsani taqwim' kat mana rasa xberkenan dgn ciptaan tuhan? oo, hidung saya kembang laar, lagu mana nk bagi mancung. oo. kulit saya gelap ustaz, macam mana nak bagi cerah? kamu ni memandai mandai, yg tuhan kata, tuhan buat tu dah elok dah. kembang, kemban glarh. jnji sehat. o xmaw jugak. dia p potng hidung dia nk bagi mancung. skrg hidung dia xboleh kena spotlight. asal kena spotlite cair hidung. kalu dulu, hg pakai hidung yg original, ok dah. senang dah. tpi pasal kamu memandai mandai. kulit yg Allah bagi pada kita sesuai dgn diri kita, Dia tahu la pasai Dia buat. Allah tahu la apa bentuk yg sesuai untuk kita. kulit wana putih ka, sawo matang ka, wana cekelat ka, elok utk kita. xpueh hati? dia p amik whitening C p sapu muka. skrg kulit dah jadi nipis, ruang roma dia dah ditutup, dan skrg nie dok mengelupas. kene dok sapu krim selalu kalu xmengelupas. penah jumpa x? L pnh jumpa.. skrg nie, nk semyg pun susah, nk p kenduri punsusah. kalu la dulu, hitam pun hitam larh. jnji ht putih. skrg dah jd susah ht. pasaipa susah ht? sbb kamu memandai mandai.

so, seblum kita nk buat. kita tanya dulu, rujuk dlu. dalam quran ada sebut menda nie? dalam hadis ada x? adakah Islam membenarkan? adakh Islam melarang?  kalu kita buat menda nieh. Insyallah kita akan selamat dari memandai-mandai dalam apa2 urusan berkaitan dgn agama. so apa kaitan dgn hijrah? hehe. kaitannya, jom kita berhijrah dari jahil kepada tahu. bnyk2kan mencari ilmu agar tidak ketandusan disana. k. Salam Ma al Hijrah . semoga kita semua berubah ke arah kebaikkan. amin..

p/s xtaw napa bila L nk paste ayat Al-Quran dalam nieh, xleh, huruf tunggang terbalik, ada sapa boleh tolong??

Tuesday, November 22, 2011

WORDLESS TUESDAy!!!!



LoL!!!!! tahniah!

Saturday, November 19, 2011

Belajar dari Alam

Sebelum baca. Sila mute kan application  goggle chrome, mozilla, windows explorer anda.. hahaha

Berdasarkan surah AL-Lail ayat 1-4. Allah Taala sumpah tentang jantan dan betina, malam dan siang. Jadi kenapa Allah Taala sumpah dgn jantan dan betina, malam dan siang Sebab ia boleh dibuat sebagai zikra(peringatan) . manusia boleh wat penilaian, manusia boleh wat peringatan dengan alam. Manada manusia buat peringatan dengan lappy . ada ker Karam Singh valia buat peringatan dengan kipas? “ Ibarat kipas yg tidak berpusing begitulah hati manusia” karam sing valia di tv3. xsesuai lgsg. Xde ag penah wat g2. Karam singh akan bercakap pasal alam. “harapkan pagar pagar makan padi” Nampak. “Apabila mendengar guruh dari langit, air tempayan jgn dicurahkan, apabila mendengar janji YB, jgn trus percaya” ha, kata dia. Setiap peringatan tu para2 pembaca, semuanya diambil dari alam. “sekali ombak melanda, sekali pantai berubah.” Manusia belajar dgn alam. ‘nyaman sungguh hari ini, dikena pulak angin sepoi2 bahasa’.

Dengar guruh ada peringatan dia, dgr hujan ada peringatan dia. Bila dtg malam datang pringatan dia. Bila dtg siang ada pengajaran dia. Bila tgk pada binatang ada pengajarannya. Pada binatang itu mewakili sifat2 kita. “Inna sa’yakum lasyatta” ada yg dihadapannya dgn pakai jubbah, serban beso, janggut panjang, Nampak gayanya mcam alim. Macam alim, alim2 KUCING. Ada sebut alim rimaw?  Xder. Yg ader alim kucing. Ada org yg perangai macam kucing, baik jerk depan tuan dia, ikan pun xdimakan, dok cuit jerk,tuan tu pi kedapur, kejap jerk dia ngap mkan bawak lari, itu namanya alim2 kucen, baik. baik ada makna tuh.. kiter tgk pada buaya, ada manusia yg perangai mcam buaya. Manada buaya menolak bangkai. Dia balun, dia rembat peluang yang ada, semua dia rembat,halal pun dia amik, haram pun dia amik. Kotor pun dia amik, bersih pun dia sapu. Itu namanya buaya. Mana peluang depan mata dia ngap ajer.dia xkira apa pun, janji MASYUK.

Ada orang yg perangai dii macam perangai lalat. Cube tgk lalat terbang..wuuuuuuu.wuuuuuu..bangkai dihurungnya. Wuuuuu.. najis dihurungnya..wuuuu…. dihurungnya tempat sampah. Banyak lagi menda lain yg boleh dihurung, tp sampah juga dihurungnya. Ada manusia yg matanya macam mata lalat, cari salah orang jer, dtg masjid, cari salah tok Imam, imam baca pendek dia marah. Allahuabar ,” inna a’toina” ajer yg imam baca. Marah dia. Pendek giler..kedekut beno, baca la panjang sket. Dia xtaw yg tok imam tu sakit perut. Xtahan kot.. tok imam tu ada la sebab dia baca pendek. Tp jenis lalat di belakang tu ramai. Ak datang nie, bca la pnjg sket. Nt besok dia dtg, tok imam baca panjang, dia marah pulok dah. Silap dtg masjid, pnjg pulak dah. Ini namanya mata lalat. Xpenah cari betol orang. Dia cari salah orang. Ada sorang isteri dok minx cari ubat, laki dia asal tidur bedengkur asal bedengkur tidola tuh.dia tido lena,. Jawapan utk akak tu , bersyukur lah akak  dapat laki yg berdengkur. Sbb bila dia bendengkur, suami akak ada disebelah akak. ‘krooohh’ . ha, ada org tua tuh, lantak p lah. Sbb baper ramai yg is3 loni raba2, tgk laki xdok. Kesian tido sorg2, dgn siapa la pulok laki tu tido…jadi mana2 akak2 yg dapat suami bendengkur tuh patut bersyukur. Duduk tingkat bawah, dengar suami berndengkur kat atas nuh.

Jadilah mata lebah, mata lebah mata yg mencari yg baik. Para pembaca bukak surah Al-Nahl ayat 67-68 . Allah sebut tentang lebah, Allah perintah lebah supaya membuat rumah, rumah di atas bukit, rumah diatas pokok, dan membuat sarang ditempat manusia buat sarang. Allah menyuruh lebah2. Kemudian, Allah berkata bertebaran lah kamu lebah2 cari bunga-bungaan bawak balik kesarang kamu dan keluarkan benda yg sangt manis dan sgt bagus namanya madu. Cubala kita jadi lebah cari pengajian. Pegi masjid ni xdak, pg masjid len pulok. Semyg mgrb kat masjid nie, xdak kuliah maghrib. Cari suraw lain.

Cuba kita tgk, ada manusia nie perangai macam babi. Babi nie cume reti buat anak jerk, tp xreti bela anak. Anak punya banyk, tp xkenai pun, eh2 kamu anak ak ker? Xkenal para pembaca. Ada orang yg perangainyer mcam ikan haruan, dimakan anknya sendiri. Ada orang yg macam tuh. Rogol anaknya seniri. Dibunuh anaknya sendiri. Sebb tu Allah bersumpah perangai manusia ni macam2. Ada manusia ni perangai suka bawak mulut. Namanya mulut murai.popetpopet2. ada orang yg perangai yg macm anjing, kita dah tolong dia dia tengking kita balek. Kita bantu dia, dia gigit kita balik, kita tolong dia selesaikan masalah utang, dia kencing kita balek. Ini namanya anjing. Bagai menolong anjing tersepit, dilepaskannya, disalaknya kita balek.

Anak/adik beradik kita perangai macam2. Ada lima orang. Mana perangai serupa. Yg sulong sekarang ni pun keja along, ngutip utang jer keja dia.kadang2 dia kejar orang, kdg2 orang kejar dia. Anak no 2, ustaz, keje dia berzikir saja. Subhanallah33x. orang Tanya sapa tuh.. ustazzzzzz… sampai smyang jumaat imam tgh baca  khutbah pun masih boleh berzikir.   Aiiii kesian. Mana boleh berzikir masa imam tgh khutbah. Letak la tasbih dalam poket, dgr la khutbah. Ma ja alallah huli rojulin min qolbaini fi jouti. Tidak dijadikan dalam satu masa dua hati. Satu masa nk dengar khutbah, satu masa nak berzikir. Mana mahunya. Zikir xdapat, khutbah xdapat. Letakkan tasbih dibawah dengar. Dan tok khatib yg jumpa orang tgh beckap2, org berzikir. Tegurlah dia. ‘tuan haji, bila dgr khutbah, jgn buat keje lain’ duduk diam2. Agak2 penah dengar x imam buat g2? Tgk 1 orang bagos punya tido, asal khutbah jumaat tido. asal tido tu , khutbah jumaat la tuuuh. Tok imam tegur dia ‘ tuan haji, ini bukan waktu tido, sila bangun, ubah tempat lain’ agak2 haji tuh nk tido lagi x? mggu depan diantara dua aja samada xtido atau xdatang langsung smyg kat situ. Haaa. Dia tuko masjid lain. Dia marah kat tok imam tuh, adaka tegur ak direct. Abeztu nk tegur macam mana lagi kan wahai kaum adam. Sebb tuh tok imam, tok bilal kene berani. Nk menegur orang nie semua orang kene buat. Kalu ustaz saja yg tegur orang, xcukup.  ‘kuntum khaira ummatin ukhrijat minnas.’seluruh kamu ,kata Allah adalah ummat yg terbaik. Siapa dia ummat yg terbaik?  Yg menyeru kearah kebaikkan dan  mencegah kemungkaran. Kalu semua orang bergerak sbg pendakwah. Tegur dan tegur dan tegur. Masyarakat jadi baik. Skrg nie pasaipa xtegur? Ak bukan ajk masjid, buat per nk tegur. Ditengoknya air xtutup, paip xtutup. Keluar aja air. Jenis cari salah orang, 'cuber tengok nie macam mana bil air xbanyak air xtutup, apa nie!' Dia pun start moto balek. Tutup laaaaa… jgnla cari slah orang. Kadang2 budak2 yg main.. terlupa nk tutup paip air tuhh.

Haaaaa… huhuhu.. aser macam nak smbung agi jerk nieh.. tp aser macam panjg sngt dah nieh. Ok setakat sini sajalah perkongsian ilmu yg xseberpa dari L. semoga kita dapat kebaikkan daripadanya. Dan apa yg baik tu datang dari Allah, dan apa yg buruk itu datang dari L seniri. K… selamat malam.~~

Friday, November 18, 2011

LeLah


"people think they know me, no! they don't. not really. Actually i'm one of the lonelinest people in this world. and i cry because it makes me hurt."

truthfully from my heart......

Wednesday, November 9, 2011

i'M not ouKay!!!

kecewa+nk exam+xkeruan =  ?

ak kecewa dgn c dia. besok ak start exam. ak ta keruan sbb ase mcm xdapa nk jwp besok. hahahahah.....

i'M not ouKay!!!!

Thursday, October 20, 2011

Sekadar Hiburan # 4

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)



Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

Saturday, October 15, 2011

6 Nikmat dunia?

Sebelum baca. Sila mute kan application  goggle chrome, mozilla, windows explorer anda.. hahaha

Nikmat di dunia ni sebenarnya ada berapa? Nimat yg betul2 atas dunia ni ada 6. yg pertama yg dimakan. yg kedua yg diminum. yg ketiga yg ditunggang . yg keempat yg dicium. yg kelima yg dipakai . yg keenam?? yg dicinta.. ini sajala nikmat dunia. Imam Ghaazali mengatakan nikmat dunia cuma enam. cuba kita kaji balik enam2 benda ni apa.. benda yg paling sedap di makan apa? benda yg paling elok dimakan. menda yg paling berzat dimakan apa? jawapan dia madu lebah. tp madu lebah datang dari mulut lebah. kejap dia cium menda xelok, kejap dia cium menda elok. daripada mulut dia lah keluar madu. kita tgk lebah pun kita takut. kita geli pun ada. tgk national geography ka apa ka, kita tgk orang bela lebah. dia tutup abez satu badan dia dgn lebah, kita yg tgk ni naik bulu roma tgk. kita tgk eee, gelinya tgk lebah nie. tp itulah hasil keluar makanan yg paling baik, madu lebah. madu lebah ni la yg buat ubat, madu lebah nie la yg campur dgn susu tepung dn sbgainya, makanan yg paling baik adalah madu lebah yg datang dari mulut lebah yg macam2 menda kotor dia makan selain dari  menda yg baik.      

yg kedua nikmat yg diminum. nikmat kedua di dunia ialah air. apa lah yg ada pada air, org jahat pun minum, org baik pun minum. cuba kita tgk di kedai2 makan. kita minx fresh oren satu. dia bawak mari gelas, kita pun minum fresh oren tu. sebelum kita minum fresh oren dalam gelas tu sapa minum? ntah negro mana ntah yg minum. ntah2 gigi takda pa yg minum, ntah2 taik gigi penuh kita dok minum. apa yg ada dgn nikmat air tu. xdapa. yg ketiganya apa? yg ditunggang. kalu zaman dulu kuda. kuda pantas kuda laju. bapa ramai yg mati bila tunggang kuda dalam perang dan sebagainya. begitu la zaman skrg ni. nikmat yg ditunggang tu apa? kereta.  bapa bnyk kereta yg mengakibatkan penumpang tu mati xcident. dok bawah lori. tbkaq. meletup. langgaq dgn lori minyak. tgk kereta hebat,tp hancur. apa ada dgn nikmat kereta. kalu mematikan org yg duduk didalam dia.

Nikmat yg keempat ialah, baju, yg dipakai. baju yg terbaik didalam dunia nie,  baju sutera. sutera dtg dari sarang ulat.. ya Allah. daripada ulat dijadikan sutera. apa ada pada ulat. nimat yg kelima, nikmat yg dicium. iaitu wangi wangian. wangian yg paling mahal ialah kasturi. kasturi datg dari pada mana? daripada darah kijang...  darah kijang jadi kasturi. dan yg terakhir ialah nikmat yg dicintai, perempuan @ lelaki. bergaduh bertumbuk kerana perempuan. naik keta api tejun keta api. citer hindustan. punya teruk nk dapat heroin sorang tuh. macam2. hanya kerana perempuan. tumbuk orang jahat. tumbuk abez suma.. apa yg dia cari pada sorang perempuan? dan apa yg perempuan tu cari pada sorang lelaki nieh? Imam Ghazali kata hanya cari tempat kencing sahaja. muka yg cantik muka yg segak, tempat kencing yg dicari.  apa ada para pembaca?

sebb tu Imam Ghazali kata, itulah dunia, cuba la pikir betul2.  kalu kita dok pulun pada dunia, benda yg xelok sebenarnya yg kita pulun. bukan benda yg terbaik. kita nak baju yg terbaik. baju yg terbaik daripada ulat. nk makanan yg terbaik, dari mulut lebah yg makan macam2. kita nk wangian yg paling baik, datang dari darah kijang. nk mencintai manusia, itulah menda yg paling busuk yg dicarinya.bila kita paham betul2 dunia. kenapa kita letakan dunia di tahap yg begitu tinggi. sedangkan yg terbaik ialah . AKHIRAT. wal akhirat tu khairun tu abqa. untuk akhirat manusia xbergelut. tp yg bergelut untuk merebut dunia. jadi sama2 la kita beringat. nikmat didunia ni cuma sementra, yg lebih berkekalan ialah disana. marilah sama2 kita mengejar akhirat disamping menjaga dunia kita. sekadar ini sahaja perkongsian L harini. apa yg baik datang dari Allah, dan apa yg buruk datang dari L sendiri. semoga kita mek iktibar yer..=)
                    

Saturday, October 8, 2011

Sekadar Hiburan # 3

Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya.. sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dgn kuat..

Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek itu.

Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang dari mereka berkata, "Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan mata duitan. engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain"

"Kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam lelaki itu menjawab..

"Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi?"

"Ya Tuhan!!", jerit si penguamcara tadi dengan kuat..

"Di mana jam tangan Rolex saya?!!"



Tuesday, October 4, 2011

6 Jahanam #3

kita sambung kepada perbincangan enam jahanam yg lalu.yg kedua ialah derhaka kepada ibu bapa! berbuat baiklah pada ibu bapa kita ,ada mak bapak sibuk antar anak2 p tuisyen untuk jadi pandai, tp bila dah pandai, lawan cakap mak bapak. ada mak bapak benci pada anak yg bodoh dalam pelajran. tp anak yg bodo dalam pelajran ni la yang dok jaga dia sekarang. yang pndai2 suma lepas keluar. xduduk dah dekat umah. dok jauh2 semua. semua keje bagos2 belaka. bila sakit, sapa nk jaga kita? depa sebok jadi pilot, pramugara pramugari. kita dok kata anak kita yg no 3 tu xpandai, xmacam abang2 dia xmacam kakak2 dia, yg abng akak dia xtawla duk mana sekarang nieh. tp yang tak pandai tu lah yang dok serumah dengan kita, yg dok picit kita, yg dok jaga kita , yg dok teman kita malam2. abang2 dia manada sekrang nieh, abang dia sebok dgn kerja. sebb tu para pembaca, bakal anak2 or anak2 kita or diri kita apa yg penting adalah akhlak yg baik. berikan pendidikan akhlak yg baik pada dia, kalau dia gagal dalam pelajran sekalipun, ada rezki lain untuk dia. tok wan kita, ayah kita pun xmengaji tinggi, tp cukup ja bagi makan minum kat kita. adik beradik 7 8 orang. yg pentingnya ialah akhlak. akhlak yg penting.

saya xbangga kalau dapat anak yg dapat 5A 9a 20A. saya xbangga.. dan kalu dia xberahlak lagi la betambah tambah xbangga. sy cukup berbangga kalu dia berakhlak dan dapat 9A . tp kalu dia dapat 9A tp akhlak dia C saya xmaw. hormat pada orang tidak reti, hormat pada mak bapak xreti, hormat pada orang tua xreti, hormat pada Allah Taala xreti, orang yg macam nie tidak berkahlak. jgn kita kata uh sekali pun pada mak bapak kita. xbuleyh kita bila mak kita pangil "din..." kita jawap "apo!!!!' cara jwapannya itu adalah cara derhaka. sepatutnya, "din.." "ye mak.." g2 baru betul. ini contoh-contoh anak derhaka dalam rumah kita.

ada orang yg derhaka pada mak dia, disepaknyer perut mak dia. perut yg mengandungkan dia disepaknya, hanya berebut harta pusaka. dia pencen dari jadi askar. dia jadi tok khatib. dia jadi khatib dia terteinggal rukun. asal baca terlupa rukun, asal terlupa, baca la tuh. pas tu orang pun tak bagi dah dia jadi tok khatib, orang bagi jadi imam biasa jak. bila dia jadi imam biasa fatihah terlupa ayat. jenuh makmum dok sambung2..lama2 orang xbg dia jadi imam pasai pelupa.  lepas  tu dia jadi ahli biasa. lama2 dia mai masjid xpakai baju, pakai ken pelekat saja. lama2 kain pelekat pun dia xpakai. lgsung telanjang. dudlu2 orang bagi dia nasik, dia makan nasi, tp lama2 dia xmakan dah nasik, dia makan tahi dia seniri. last sekali dia mati. ini adalah hukuman yg Allah bagi pada dia yg terajang pertu mak dia seniri pasi nak rebut harta pusaka jak. tuhan bagi cash. satu2nya dosa yg Allah Taala bagi cash ialah derhaka kepada ibu bapa. comfirm.

para pmbaca yg mana masih ada mak bapak, nie la masa untuk kita buat baik pada mak bapak. kadang2 kita nk bela orang tua-tua nie mmg kadang2 sakit hati. ni la time nak uji kesabaran. pak dok pakai ihram. anak dok tanya, pak nak p mana pak. nie hg xnamapak ka ak pakai ihram. p haji pa pak oi... ni bulan apa pak.. lamabt lagi musim haji. haaa.. ni dapat yang nyanyok. kene sabaq banyak2. Allah Taala nk uji kita, kita sabaq banyak2.

Macam mana Allah Taala uji kita, macam tu la yg kita wat pada mak pak time kecik2 sampai la ke dewasa. mak jenuh cari malam2. pak jenuh cari malam2. anak keluar malam, lari rumah. mak pak jenuh dok mencari kita. nk wat camna kan. anak yg jenis xengat pada mak bapak. mak nie kadang2 snaggup xmakan dulu, nk bagi anak2 nie makan. betapa hebatnya kasih syg seorang ibu. kadang2 pak ni ikat perut janji anak2 dia yg dok asrama yg dok u boleh makan. yg anak dok u punya merebat hidup dia, berjoli sakan.tiap2 hari mcd, kfc, pizzahut. sikit pun xteringat kat pak yg kat kampung susah2 cari rezki, motong getah, hutang kat orang  nk bagi kat anak suruh belajar. tp apa anak yg di universiti buat? handphone tiap2 sem tukar tak penah2 puas dengan apa yg ada, xsedar yg dok bagi duit tu mak bapak. sikit pun xkesian kat mak bapak? anak jenis apa nie kita nieh? amboi hidup mewah... xnk low class langsung. handphone nk hat mahai, moto nak hat mahai, makan nk mahai. tunjuk kat kawan2 yg dia tu macam orang senang. yg orang len xtaw maka dia petang2 dok goreng pisang nak jual nk antar duit kat dia buat belanja untuk belajar. sedih kan bila kita wat gitu kat mak bapak kita, tp kita xpenah nk sedar. tp tu mmg tugas mak pak bg nafkah. mak snggup buat apa saja, nk cari rezki halal nie untuk anak2. tp anak2 di universiti, di asrama jadi jenis yg xengat kepada mak, jenis yg xkasih pada pak.

saya sedih . saya minx maaf kalau saya terkasar bahasa. minx maaf banayk2.. saya harap en3 nie menyedarkan kita semua betapa pentingnya seorang ibu dan seorang bapa kepada kita. insyaallah. apa yg baik tu datang dari Allah, dan yg buruk tu datang dari diri saya seniri.

Wednesday, September 28, 2011

Sekadar Hiburan # 2

Seorang pesakit jiwa di sebuah Hospital Mental sedang asyik menulis surat yang kemudiannya siap dimasukkan dalam sampul. Selepas itu dia memberikan sampul tue pada seorang misi.

Pesakit : "Misi, boleh tolong poskan surat saya nie?"
Misi : "Boleh. Surat untuk saper nie?"
Pesakit : "Surat untuk saya lar..".
Misi : "Ye ke...apa isi kandungannya tu?..."
Pesakit : "Eh! cik misi ni banyak pulak soalannya.Nak tau tunggu la posmen hantar surat tue besok...barulah boleh baca isi dia".

Misi berlalu sambil geleng kepala.

Sunday, September 25, 2011

6 Jahanam #2

Sebelum baca. Sila mute kan application  goggle chrome, mozilla, windows explorer anda.. hahaha

Selamat kembali semula, insyallah L akan sambung dengan tajuk yang lepas dibawah tajuk solat. so mai la kita  baca dan renung2 kan. 

Kita xperlu susah ht wlau kita smyg tapi kita susah, kita ni rajen semyang, tp hidup kita susah jugak.letih dah hidup. Kita orang islam nie 3 benda pasti akan mai pada kita. Yang pertama letih,  yang keduannya sedeh, dan yg ketiganya sakit. Letih dgn kerenah anak-anak, letih dgn kerja. Kerja siang malam cari rezki. Pencen pun keja lagi, dah xlalu sgt pun keja lagi . sbb pa nk cari rezki. Penat mak2 kita, mana nak basuh kain, mana nak siang ikan, mana nak masaknyer, kemas umah. Letih sungguh. Allah taala hapuskan dosa.  Oleh kerana kita letih kerana Allah, Allah hapuskan dosa Allah. Samala dengan sedih. Sedih kena tinggl, sedeh kena cerai,sedih anak mati, sedih suma mati, sedih kak mati, sedih mak mati sedih pak mati. Sedihhhhhhhh kasut hilang. Kasut berat pun kena curi. Kasut apa? Kasut bata. Hat tu pun hilang. Xtaw la apa nk jadi. Kasut bata berat tu, tu pun orang curi. No 3 sakit. Kita akan di uji dgn kesakitan. Dok saja2 jtuh tngga, xleh bngun. Patah pinggang. Dok saja2 tertelan jarum. Dok nk masuk benang dalam jarum, tetibe tertelan jarum. Huhu. Kalu Allah Taala nk bg sakit, nk wat macam mana. Maka dengan2 menda2 gini, Allah akan hapuskan dosa kita dan akan naikkkan darjat kita.

Yg pertama perkara yang akan menimpa kita kalau xsemayang seperti post yg lalu, umur xdak barakah. Cuba kita tegok imam nawawi imam imam syafie. Imam nawai umur 30 lebih dah mati dah. Imam Shafie 50 tahun mati dah. Tp jasa yg mereka tinggalkan kepada ummat manusia yang xterhingga banyaknya. Berapa banyk kita belajar dari hadis2 riwayat imam nawawi, kitab2 riwayat dia, umurnya pendek tetapi sgt barakah. Ada orang yg umur nya panjg tp tiada baraakah. Yg kita nak sgt skrg nie, bia umur kita barakah. Apa dia barakah?berpanjanagn.  walaupun pendek tp pahala kita masih berjalan. Masih berpanjangan. Walaupun sudah mati. Walaupun kita dah mati berpuluh puluh tahun lamanya, tp sebenarnya umur kita masih panjag. Sbb pa umur kita masih pnjg? Ada bangunan yg kita wakafkan, kita tingglkan anak2 yg soleh, kita ada ilmu yg dimanfaatkan, kita ada jalan yg kita bina, sebab ada pondok wakaf yg kita bina untuk orng tunggu bas untuk orang berteduh, kita tanam pokok, smpai skrg pokok2 tu masih berbuah dan anak2 cucu kita makan. Contohnya macam durian . sapa tanam, tok kita dulu2. Walapun tok kita dah mati, pahalanya smpai skrg dapat pada tok kita. Ha!

Dgn sbb x smyg duit banyak, rezki banyak tp xcukup cukup. Cuba check tgk adek2 kita ka anak2 kita ka. Dok selalu tepon mak pak. Asal cukup bulan tepon, asal cukup bulan tepon la tu. Tepon mintak masuk duit. Padahal dia keja. Kenapa masih harap pada mak bapa. Cuba kita cek tgk, dia smyg ke x. satu waktu jak dia xsmyg, hilang barakah dia. Mungkin dia smyg mgrib , isyak, zhor, asar. Tp subuh terlepas. Subuh dia xjaga. Sbb tu mak yg bagos dan baik, mak tepon anak2 dia, man kamu dah solat belom man? Smyg apa mak? Baru pukul 10 nie mak. Smy subuh la man. Xsedo mak. Itu la punca rezki xcukup2 . duit xcukup2. Xjaga solat. Kamu bagi alas an xsedar. Sedangkan jam loceng banyk dijual kat kedai2. Enset cangih2. Ada alamrm sume. Dalam 1 umah ada 5 enset . xkan 1 xda set untuk bngun subuh.

Yg ketiga dihilangkan tanda2 soleh pada wajahnya. Hilang tanda2 kesolehan yg meningglkan solat. Kita tgk xberapa berkenan. Kita tgk orang yg xsemyg nie aser macm xseronok. Cer kita tgk mamak yg Islam. Dan hindu yang Bergama hindu. Kat situ kita dapat tgk dah perbezaan. Mamak pun gelap jugak, india pun gelap jugak. Tp gelap yg hindu tu lain sikit dari yg mamak nieh. Berseri nya mamak nie lain sket dari yg hindu nieh.  Xperlu pakai fair n luvly. Tp keserian wajahnya tu Nampak kesan dari air2 wuduk yang diambilnya tuh. Wuduk pada wajahnya wuduk pada tangannya.

Yg keempat. Xdiakui sebagai orang islam. Dia hanya zahirnya sahaja Islam. Tp batinnya adalah munafik. Hat nie yg paling kita takot wahai pembaca2 sekalian. Yg membezakan Islam dan Munafik ialah solat. Walapun dia pakai kepiah, tp dia xsolat. Dia tetap munafik. Sbb ada orang sekarng nie mencari rezki dgn pakai kepiah, dia tampal ayat2 quran kat dinding kedai nk melakukan kedai dia. Jaga2la. Menantu kita kalu baik macam mana pun tp kalu xsmyg, tetap dikira jaht, ank kita walau bek cmna pun, rajen tolong kita, tp kalu xsmyg tetap dikira jahat. Yg kelima segala amalnnya ditolak. Baik sedkah, baik hj umrah, baik jadi cegu. Semuanya kejenya baik. Tp sebb dia tidak solat, sbb tulah amalannya xditerima oleh Allah, tergantung gantung.

Jadi kene ingat 3 benda. Yg pertama, kene solat. Yg kedua, smyg kene betol. Smyg kene diterima oleh Allah. Ok yg pertama, saya dah semayng dah. Cek plak yg kedua betul x kita semyag tuh. Kalau dah kemas dah, dah cantik dah. Yang ketiga kita tgk adakah amalan solat kita nie diterima Allah atau tidak. So nt L akan bincagkan sket apa yg membuatkan amalan solat kita xditerima oleh Allah. dan sampai disini sahaja, yg baik datang dari ALlah, dan yang buruk tu datang dari kelemahan saya sendiri. semoga ALlah merahmati kita semua. amin.

Thursday, September 22, 2011

WORDLESS THURSDAY #2


tomorrow i'm become baby again!

Tuesday, September 20, 2011

6 Jahanam #1

Sebelum baca. Sila mute kan application  goggle chrome, mozilla, windows explorer anda.. hahaha

Assalamualaikum hari ni L nk bincangkan mengenai salah 1 perkara dari 6 jahanam.  Kalu nk taw apa tu 6 jahanam, meh la baca. Ada beberapa perkara yang boleh merosakkan kita. Meninggalkan solat. Derhaka kpd ibu bapa. Melakukan liwat. Orang yang minum arak. Orang yg makan riba. Orang yang memutuskan silatul Rahim. So, L akan bincangkan serba sedikit mengenai solat.

Perkara yang paling asas dalam agama adalah solat. Kalau solat kita lulus. Yg len pun akan lulus. Tp kalau kantoi, yang len2 pun xkan dinilai. Baik macam mana pun kita kalu x semyang tetaplah dikira jahat. Amalan2 lain kalu xwat xdisuruh rotan, tp Dalam solat kalu x wat, disuruh rotan. amalan2 yg len Allah Taala turunkan Jibril sbg pembawa  arahan. Tp amalan solat ,Allah taala jemput Nabi Muhammad untuk menerima arahan solat.

 Arahan2 lain boleh dikerjakan dan boleh ditinggalkan jika uzur. Tp arahan solat uzur macam mana pun  kene wat. Sakit macam mana pun kene wat. Susah cmna pun kena wat. Kenduri kawen macam mana pun kene solat. Accident ka terbakar ka, dalam perjalanan ka, atas kapal ker, atas aeroplane ka, Allah kata kene sembahyang. Walaupun dia duduk atas gunung eberest.sejuk gedi. Kene smyg. Duduk dalam lombong, keje sbg pelombong arang batu, kene smyg. Ni bandingannya, betapa pentingnya semayang. Bagi manusia yang tidak semyg, Allah Taala menyebutkan kepada kita berbagai-bagai  amaran malah kepada orang yang semayang pun Allah Taala bagi amaran. Seperti yg Allah sebut di dalam surah Al-Ma’un: ayat 4-5. yg bermaksud :

4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -
5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

Smy2 tp lalai, smyg tp dalam keadaan main2. Smyg2 tp dia xpenah ikhlas kepada Allah. Dan orang macam nie dapat masuk neraka walaupun dia semayang. Kalu orang yang semayng pun masuk neraka kerana sembahyangnya xbetul. Bayangkan pulak kalu orang yang xsembahyang. Apa jadi? Baik. Ada 15 azab bg org yang xsmyg, 6 ketika masih hidup, 3 ketika dalam keadaan nazak, 3 siksaan di dalam kubr, dan 3 lagi seksaan menunggunya di hari kiamat. Yg pertama. Hilang umurnya. Hilang barakah ketika hidup. Umurnya xda keberkatan. Walapupun kehidupan dia Nampak hebat, waalaupun dia nampk mewah, tp sebenarnya kemewahannya itu di panggil sebagai istidraj. Istidraj adalah satu kelebihan yang Allah beri pada orang yang x solat, pada orang yg ingkar kepada perintah Allah. Sebelum dapat azab yang lebih siksa di hari akhirat. Nauzubillah.  Kalu boleh L nk kongc semua azab2 nieh, tp semua dah tahu. Dan L akan sambung en3 nieh. Panjg sgt kan dah nieh.. huhuhu. Letih plak nk membacernyer kan. Ok. Apa yang baik itu datang dari Allah. Dan apa yang buruk tu dari kelemahan diri sy sendiri.=)

Saturday, September 17, 2011

Topup untuk seumur hidup!!!

Org kata pkai line lg save dr prepaid..tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..
top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..

Mungkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajr camne nk crossing account,
coz dia keje kt bhgn System Development Telecom.
kekadag aku tlg gak memenber trdekat topup, tp amik untung sket aar..

Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg..

Timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..

1) beli topup RM 10... gesek & ready.
2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901
3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.
4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902
5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;
<01234567891023> send to 09903
6) tak lama pastu diorg akn reply;
"ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"

hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku..

kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari di atas dlm pelbagai bahasa, blh menitik air mata beb..


Thursday, September 15, 2011

WORDLESS THURSDAY #1





p/s ikut suka ak la nk wat biler pon wordless nieh.. hahaha

Monday, September 12, 2011

Beribadah tp xberakhlak?

Assalamualaikum. alhamdulillah L dapat gak kembali aktif.. okeeeyh. so nk mulakan dengan perkongsian ilmu yang xseberapa ini. so marilah kita bacer dan renung-renungkan.=)

nabi menyebutkan kpd kita 3 jenis manusia, manusia yg terburuk dan manusia yg terbaik. terburuk ada 2, kedekut, dia bimbg bila dia bersedekah dia tkut miskin, golongan yg takut mnyatakan yg hak(kebenaran). tkut yg macam ni la yg akn memusnahkan kita. yg terbaik antra kamu adalah yg terbaik ahklaknya. insyaallah L akan bincangkan pasal akhlak yg terbaik nie, kerana akhlak yg baik ni lah yg dibawa oleh rasulullah s.a.w. untuk dijadikan ikutan bersama.

Allah berkata berlumba lumbalah kamu dalam mcari keampunan dari allah,kerana Allah taala mnyediakan syurga yg seluas langit dan bumi. allah taala menyebut langit dahulu. macam mana luasnya langit tu? manada bertepi. langit xda bertepi. bumi ada gak ditepinya. itulah gambaran syurga.maka Allah taala kata berlumba-lumba minx keampuanan. jgn biarkan org len sj yg beristigfar, jgn biarkan org len saja yg bertaubat, jgn biarkan org len sja yg beribadah. bila kita tgk org len wat amal ibadah kita kene jadi cemburu. cemburu bukan benci pada dia. kalu dia boleh beribadat, kenapa ak xboleh beribadat. kalu dia boleh mari smyg subuh tiap2 hari kenapa ak xboleh. apa beza ak dgn dia? kalu dia boleh berjalan ke masjid, ak pun boleh berjalan, kalu dia naik kereta, ak pun boleh naik kereta. kenapa kita xboleh lawan manusia utk mcari keredhaan drpd Allah.

dalam menyebut belumba nieh, kita hendaklah belumba dalam bab mcari keredhaan Allah, berlumba dalam bab mencari syurga. yg lain xberlumba pun xpe.sbb dalam berlumba mcari yg lain menyebabkan kita jd xberakhlak! ada org yg berlumba dalam bidang sukan. apa jd pd dia sekarang? dalam islam dia suruh b'sukan.xderla sampai patah kaki , patah tangan. xderla sampai rasuah sana rasuah sini, xdaklah sampai peruntukkan yg begitu besar dalam sukan  shingga mengabaikan peruntukan yg lebih penting. sperti pendidikan, rawatan hospital.

dan bapa bnyk orang yg berlumba nk jadi baik tp xdak akhlak? sbb tu nabi larang, orang yg dari belakang, nk datang kedepan, ditekannya bahu orang, sbb nk g kehadapan. dah kamu lambat duk dibelakang. ini tidak, dah datang lambat, langkah bahu orang, tekan bahu orang semata-mata nk duk depan. ini namanya xberadab. bapa bnyk org yg smyg, dikankng kakinya luas2. xnak bg org lain masuk. tanak bg orang duduk sebelah dia. wlpn dia nk mncri manusia syurga, tp dia xdak aklhak. apa salahnya kecikan seket kangkang tue, khususnya pd hr jumaat,sbb ramai yg nk datang. dia buat langkah besar2 seket. dia hbq kat kawan dia, " buat langkah besar2 seket. depa nieh dah tau nk smyg , datang lambat'.

ada org yg bila nk cari syurga dia xberakhlak. alangkah baiknya  kita dalam sama-sama nk mncari syurga, kita mencari dgn penuh berakhlak. tp berapa ramai yg mncari tp xberakhlak. apa menda yg xberakhlak. yg pertama, akhlak dari pakaian. nk mngadap Allah kita tgk adakah pakaian kita elok utk menunaikan solat. ada orang yg solat tp xpakai baju, semata-mata kain pelekat aja. nk cari syurga tp xberaklhak. ada org yg nk smyg tp butang baju pon xnk kancing. kalu kita pi kerja dok dalam ofice xbutang baju, apa orang kata? ooi samseng kampung dusun. tiba-tiba kita mengadap allah kita xpenah mngmbil akhlak dgn tuhan.

berapa bnyk yg nk cari syurga, smyg rajin,  habez2 smyg , lgsung xberdoa.ini rumah tuhan, bila masuk rumah tuhan, ada peraturan dia. peraturan dia adalah akhlak. kenapa masuk xdak tahiyat. tahiyat tu maknanya memuliakan. tahiyatul masjid,memuliakan masjid. mai buta ja masuk, xda hormat2. tp nk jd org baik. tp xda hormat, aklak dgn allah. ni time nk kuar pun buta g2 jak kuar, apa salahnya sebelum keluar tu berdoa kpd Allah dulu. minx dulu sebelum kuar, tp bnyk org yg xberahklak. blah g2 jak. ada org yg tgh smyg, dalam smyg macam2 pergerakkan yg dia wat. seolah olah xmemberi penumpuan dalam smyg. dia lebih memberikan penumpuan kpd manusia. kalu ngn kawan dia memberi penumpuan yg lebih dalam berkawan. sedangkn smyg ni lebih tinggi dari berkawan.

penah tgk orang berkawad? "senam diri" suma serentak aja. 'dari kanan, cepat jalan!' baru berjalan. manada sebut 'dari kanan, cepat jaaaaa' tiber2 dah jalan dah. komander dia pun boleh abez bg command, baru 'jaaa.' tiba2 dah jalan. xbetul tu. 'cepat jalan' baru la jalan. itu la yg dibawa dalam smyg. 'Allahuakabar' baru bergerak. ini tok imam baru "allah...." dia hentam dah. kan xcantik tu, xberahklak. xbersopan dgn allah. xberaklak dalam bnayk menda. so.. kesimpulannya. dalam kita nk mengejar syurga , nk beribadah. akhlak 2 mestila dijaga sebaik-baiknyaaa. jika ada kekurangan semua itu dari diri L sendiri. dan yang baik tu semua nya datang dari Allah.

Monday, August 22, 2011

Awalnyer sambut Hari Rayer!!

Assalamualaikum. aser macam dah lamer sngt xupdate. hurmm, sebok seket dgn esaimen berguni2 nk kene antar sebelum cuti raya ni. pergh. so kemungkinan besar L xleh la nk update or nk bw . kesebukan tahap melampau.. huhu.. cuti raya plak sat jak. sampai 4 hb jek. sedehnyee. pas tue, kene g pengalaman berasaskan sekolah (pbs) la pulok. huhu, lg la xde masa nk update belog. urrm. so dikesempatan yg ada nie. aser macam awal la pulok. L nk ucapkan selamat menyambut hari raye aidil fitri. mohon ampun kepada sume ahli2 blogger sekelian. pergh. tp kita kene engat ramdhan xhabez ag. dan kita berada di fasa yg ketiga. jd jomla kita ramai2 menggunakan peluang menggunakan masa yg ada utk mmperbnykkn ibadah sunat kita. ok setakat tu saja la kot. puaser jgn xpuaser yerk=)

Friday, August 19, 2011

Sekadar Hiburan #

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?


Wednesday, August 17, 2011

Doakan untuk keburukan Saudara seIslam?

Assalamualaikum w.b.t
jom kita bincang seket pasal mendoakan seseorang nieh. kita sekarang dah kurang cinta kepada Allah dah kurang cinta pada manusia. kalu dia bukan dari jemaah kita kita doakan dengan yang xbaek yg jht jer. ini bukan sifat orang yang beriman. hadis nabi  mengenai telaga Kautsar. cinta paling agung ialah cinta nabi pada Allah, cinta nabi pada ummatnya. nabi ni syg sgt kat kita. bila ummat nabi muhammad beratur nk g minum air telaga kausar. nabi tgk ramainya ummat nabi yg minum beratur. tibe2 datang malaikat, amik manusia ni campak p jauh2, amik manusia nie, campak.  Rasullulah tnya pada Allah,  sesunguhnya dia sahabat saya. dia ummat saya. kenapa die dihalang dari meminum air telaga ini? Allah pun mnjwb, selepas kematian kamu wahai muhammad, mereka melakukan banyak perkara yg kamu larang wat. sbb tu la meeka xboleh minum, nabi muhammad pun tadah tangan, jika sekiranya engkau mengazabkan mereka ,itu adalah kerana kesalahan mereka, sesungguhnya mereka adalah makhlukMu, ya allah, dan jika sekiranya engkau mengampunkan mereka, engkau adalah tuhan yg maha pemurah lg maha mengasihihani. ini dipangil sbg doa abdu soleh.

nampak x? nabi muhammad yg sayang pada kita, sampai di hari kiamat pun masih mendoakan orang yg jahat2. doa baginda apa? doa minx baek. orang yg mati yg xboleh minum telaga kausar bukan kah orang itu orang yg jahat. tp nabii masih doa lagi sedangkan orang tu mati dalam jahat. pun nabi masih doa agar dia pun dapat minum air telaga kausar agar dia xdahaga sampai bila2 di padang mahsyar. tp kita ummat Islam, orang itu belum mati.orang itu belum mati! kenapa xdoakan doa2 yg baik. kenapa ditukarkan doa dgn doa , Ya allah turunkan bala kepada mereka ya Allah. kenapas sggup doa sedemikian? tidak ada cinta. bila tidak ada cinta tidak ada iman, bila xda iman tidak boleh masuk syurga! contohilah nabi betol2. kita kata kita ikut perjuangan Rasulullah, dimana perjuangan rasulullah di dalam jiwa kita sekarang? adakah kita berjuang macm rasulullah dgn penuh kasih syg.

org badwi kencing dalam masjid. nabi xmarah lg. org nk pukul badwi. nabi kate biarkan dia kencing sampai habez. habez dia kencing, dia pun malu, dia pun keluar. nabi kata amek sebaldi air tuangkan di tempat kencing dia. kemudian nabi pun semayang, arab badwi td pun semayang sekali  dok belakang sekali sbb dia lambat datang, dia maluuuuu.. habez2 smyg dia doa, ya Allah berikan rahmat kepada ak dan rahmat kepada Muhammad, ya allah berikan rahmat kepada ak dan rasulullah sahaja. bg kat kami saja.jgn bg kat orang lain nabi tnyer saper yg doa itu? org bdwi pun jwp, sy ya rasulullah. kenapa kamu doa utk ak dan kamu sahaja? doakan lah untuk sekelian ummat Islam. kan rahmat Allah itu luas, kenapa sempitkan. tuan2 kena phm. arab badwi tu bukan kafir, arab badwi tu Islam. orang badwi nie orang kampong.... dia datang nk ngaji ngn rasulullah.dia pun aser nk terkencing.  jenis orang kampong , dia nk kira apa, dia punn kencing la situ. nabi muhammad smyg dia atas pasir bukannya atas tika getah ker tikar smyg ker. sbb tu nabi ajar, amik baldi simbah kencing td. arab badwi ni pun rasa malu, dia pun lari p tempat len. dgn sbb nabi halang orang len pukul dia, dia rasa nabi ni baik sgt sampai xbg orang pukul dia, tu yg dia doa macam tu, dan nabi pun tegur dia balek.

kalu la kita phm betol2,. senang. masalahnya kita skrg nie nk menghalalkan sesuatu benda, kita wat sesuatu tu dgn xbetol. jgn kita nk setujukan dgn apa yg kita wat kita cari dalil, pastu dalil kita wat xbetol.  ini salah. hukum tetap hukum. kalu orang tnyer kita aper pun. kita kene jwp ikut hukum. kita xleh jwp ikut sentimen. hurrrrm.... masalah kita skrg nie. L nk smbung lebih2 pun, takut nt blog kene gam. apa2 pun apa yg L nk simpulkan, kita sbg umat islam, mohle kita doakan yg baek2 kepada sedara2 se Islam kita. wlpn dia jht macam mna pun, kita doakan supaya mereka yg jht2 tu diberikan hidayah untuk berubah, dan kita yg 'BAIK'2 nie sentiasa berada di jalan keredhaannya.. amiin.. sekadar itu sahaja perkongsian L dipagi yg mulia ni. selamat berpuasa ya shabat2 kuh. n maafkan kalu ada typing eroor. mals dah nk check. jpg ada kuliah plak.ok di akhir sekali, semoga puasa kita diterimanya..=)

Monday, August 15, 2011

Kasih sayang

asslamualaikum, urm,,  hrni L nk bincang pasal persoalan tentang cinta dan kasih sayang. ada orang yg phm bcenta nie hnya untuk orang muda2 jak. yang dah tua dah beranak pinak dah bercucu cicit nk becenta apa lagi la. cinta ni luas. cinta pada Ilahi, cinta pada rasul, cinta pada manusia , cinta pada haiwan, cinta pada tumbuh-tumbuhan cinta pada kasih sayang cinta pada perdamaian dan macam2 lg cinta.. cinta nie boleh sampai jadi satu syarat untuk masuk syurga. berdasarkan hadis rasulullah s.a.w.
kata nabi, demi diri aku yg berada di bawah kekuasaan Allah,kamu ni xkan sekali masuk syurga shingga lah kamu beriman dan kamu sama sekali tidak beriman sehingga kamu saling berkasih sayang. (muslim).

banyak orang hrni nk masuk syurga tp saling benci membenci. ak xsuka kamu, kamu xsuka ak. macam mana nk masuk syurga sbb xda iman, mcm mana nk ada iman kamu x berkasih sayang. haaa.. jgn kita hnya pham kasih syg tu hanya untuk laki dan perempuan sahaja. DAP. di alam percintaan. padahal kita sekarang nie kena berkasih sayang, satu taman, satu kampung, satu surau, satu mesjid, satu kelas, sesama rakan blogger kita. kasih sayang dah hilang! kita suburkan kembali kasih syg sesama kita. dgn iman! sbb pa skrg nie, kita sesama ummat islam makin kurang makin gersang kasih sayang nieh. bila manusia xda perasaan kasih syg maka dia tidak akan sempurna iman. wlpn dia nie rajin semayang, hitam dahinya. wlpn pakai serban, walau pakai bju melayu walau pakai jubah. selagi kita xberkasih syg slg tu kita x kan sempurna iman.

cinta ialah jiwa kehidupan. bila satu tarikkan(cinta) berlaku diantara manusia nie so manusia kan jadi rapat, jd ngam  jd ketat. waaa. cuba kita lihat tarikkan yg berlaku pd magnet. magnet tu ad tarikan satu selatan satu utara.tp pasal apa saling menarik, padahal xsama! 1 utara 1 selatan. sbb ada stu tarikkan yg dpa seniri dapat rasa. wlpn xsama kutub tp boleh ada rasa cinta. berbeza dgn manusia, xleh sama sbb xsama,kamu belah mana? sy belah utara. kamu belah mana? sy selatan.. ooo kita xgeng! dia xmaw tiru magnet. wlpn berbeza kutub tp tetap wujud kasih syg. kita dok belajaq pasal magnet , dalam sains lah apa lah tp kita hanya belaja tp kita amalkan dalam diri kita. knpa kita xjdkan besi berani tu sbg contoh? sbb perasaan kasih syg tu telah gugur.

knpe suami sgt amik berat thdp isteri dia? sbb ada satu perasaan kasih syg yg wujud dlam ht dia. knpe seorang ibu nieh, wlpn jahat macam mana pun anak dia dia tetap cium anak dia. walaupun anak tue lah yang bunuh suami dia. bila dibebaskan dari tuduhan di makamah, ibu tu tetap peluk anak dia! cium anak dia! wlpn anak tu dah mmbunuh suami dia.  sbb pa?? sbb syg.. cinta, kasih syg.  kenapa org tu boleh trim pokok bunga, boleh catik bunga dia, kita pun dok jaga pokok bunga kita tp xcantik macam orang tu. kerana apa? jiwa. sbb dia cinta dgn pokok tu. sbb dia wat dgn pnuh kejiwaan.ada orang wat, awal2 jek kejiwaan, dia tgk orang depan umah dia cantik, sebelah umah dia pun cantik, belakang umah dia pun cantik, tanam pokok bunga, dia pun tanam gak pokok bunga. semata kerana pa? sbb diorang tanam.  orang2 sebelah dia tanam kerana pa. kerna jiwa. sbb tu pokok bunga orang tu ditanam menjadi, daun nya hijau cantik, bunga dia lawa2 belaka. warna nu warna nie. ini lah dinamakan kasih.

kalu kita ada jiwa, kita ada kasih pada surau, masjid sehari kita xdtg , kita rasa ssh hati. kalu kita ada jiwa dalam majlis ilmu, sehari kita xdatang kita rasa susah hati.sbb pa? sbb kita dah tnm kasih syg tu dalam sedalamnya. tp bila manusia xda jiwa. majlis ilmu dia xkan kekal. segala program yang dia nk wat xkan kekal. xkan jadi. sbb dai xwat dgn spenuh jiwa raganya. bila kita wat dgn penuh kejiwaan, penuh kasih syg, menda2 lain akan terbakar. orang hasut kita, jgn datang suraw, lantaklah ak tetap nk g sbb jiwa ak ada kat situ. dia dah ada tarikan magnet disitu..

skrg ni kasih syg sesama kita dah hilang. dlm msjid dh hilang kasih syg antara jemaah. ustaz dgn ustaz. ustazah dgn ustaz. bergaduh habes! kita nie orang kaya, kalu kita ada sifat kecintaan pada org miskin. kita bygkan kalu kita jadi orang miskin. barula kita jadi orang hebat sbb kita rasa.. masalah kita xpenah rasa apa perasaan orang.kita xpenah syg dia, apa yg dia wat apa yg dia korban, kita xpenah pk seorang suami xpenah pk pengorbnn isteri. mak bapak korban utk anak2, anak2 nie xpnh pk mak dia beranak dia, mak dia jaga dia, mak dia susukan dia ,mngasuh dia, mak dia jrg tido mlm sbb nk jaga dia. tp bila anak ni dah besar, kecinta pd org len dah melebihi dari kecintaan mak bapak.dan pada masa tue mak bapak diterajang. anak2 lari rumah g ikut sedara2 lombok. ikut lari , pastu dah sampai sana, bila susah mula terhegeh2 nk cari mak bapak. baru nk pk pengorbanan ibu.

urrrrmm.. aaser nk tules ag tp tgk panjang sgt dah nie.. huhu. urrrm.. nt lah smbung balek. wah. urrrm. cinta itu penting! urrm. semoga perkongsian ini dapat sedikit sbyk mmberi kesedaran kpd kita smua..=)
selamat berpuasa ya!

Friday, August 12, 2011

Jangan Marah!

assalamualaikum sumer... haii... aper kabar... huhu aper menda la yang nk dikongsikan harini. haaa. korang nie slalu marah x? haaaa..dapat idea seket. marah nie ada 3 jenis golongan.k. ada orang yang cepat marah tp cepat lega. dia marah4, pastu tiber2 senyap... contohnya. dia baru turun dari tangga masjid cari selipar xdak. dia cakap, 'celaka betol!' yang keluar dulu bukannya astagfirullah ka apa celaka yang keluaq dulu. pastu membe tnye , hg ni pasaipa Man ? kasut ak hilang plak dah! xperla xder rezki!pas tue dia pun jalan2, selamber jek xpakai selipar g kedai kasut beli lain selipar. haaa. nampak x. dia cepat marah dan juga cepat plak lega .. dia marah sbb lwn ckpnya, bantah cakapnya, terguris hatinya, tp dia xjadi simpan. ni jenis yang pertama.

jenis yang kedua plak cepat marah dan bila marah lambat plak dia cool..  bila? xtaw la . bertahun2 .contohnya, 2 orang lelaki bergaduh dari time sekolah lagi.bila dah bertahun2 lamanya, anak kedua2 ni dah besar panjang. tetiber anak2 kedua lelaki nie bercinta! pergh,, nk jek kawen! tp dihalang oleh orang tua. ak xsetuju!bila  tok kadi tnyer, ya tuan hj kenapa ko xsetuju? bapanya dulu sy xsuka. yerla tuan hj xsuka dgn bapanya xkan dengan anaknya pun tuan haji xsuka.seluruh keturunan dia sy xsuka! ni yang no 1 paling teruk nih. cepat marah dan lambat plak nk lega..

marah boleh jd macam2. marah boleh jadi derhaka pada Allah. ad petani yang wat bendang(padi), datang time nak tuai, tiber datang banjir tenggelam habez suma sawah die. dia turun dari tangga umah die lompat sambil pgg golok . kalu berani, turun lawan ngn ak!  dia cabar tuhan.. elok nk tuai hasil dia mai hujan plak!!  nampak boleh jadi murtad tuan2 puan2 dgn sbb marah... bukan tu saja, DGN SBB MARAH boleh bercerai suami dgn isteri, DGN SBB MARAH boleh bergaduh dgn jiran tetange,DGN SBB MARAH boleh gaduh ngn kawan2. haaa. nampak sangat marah nie satu menda yang besaq!

sbb tu sahabat nabi datang jumpa rasulullah nk minx pesan. wahai rasulullah s.a.w, pesan kepada sya 1 pesanan yg ringkas tetapi senang sy wat. nabi pun kata 'la taqdab' jagan kamu marah. sahabat nabi kata,pendek sangat la ya rasulullah., panjang la seket. nabi pun berkata 'la taqdab3x'  jgn marah3x. 3 kali nabi sebut jagn marah.pasaipa nabi kata jgn marah? sbb berapa ramai yang marah dan dia rosak? marah nie daripada syaitan. macam mana kita nk elak daripada marah. kita kenal dulu orang tue. org tua pa yg dia xsuka, jgn kata apa yang dia xsuka. kadang2 kita dah taw dia xsuka kita cakap macam tue, tp kita p kata gak. nie dipangil jolok sarang tebuan. dah taw dah tapi dok galak wat gak.

ada orang yg time marah, dia men cakap xrenti. bila dah lega. baru pk, eh2 salah ka pa yang ak cakap td? sbb tu dalam islam ada 2 jenis pk. 1 pk yg terpuji 1 pk yg terkeji. haaa.pk yg terpuji KALAU sebelum. haaa. sebelum dia wat sesuatu dia pk dulu, kalu ak ckp nie dia marah x?, kalu ak buat ni berdosa x? kalu ak kater nie die teraser x? kalu ak beli nie elok x? ni kalu yg bagos. dia kaji dulu. kalu ak rompak ni ok x? huhu. yg keduanya KALAU selepas, ha yang ni yang terok...kalu la ak xpegi mesjid xhilang lah selipar ak. silap betul. ni KALAU yang dikeji sbb menyalahkan Qada' dan Qadar. kalau macam nie xmawla, ramai yang slalu amek KALAU no 2.. sbb tue yg terbaik ialah berfikir sebelum buat tue adalah yang terbaik !

dan yg terbaik ialah lambat marah, tp bila dia marah  cepat plak coolnyer. haa, orang mcm nie yang kita nk jadi. ada setengah orang kata , nk wat cmna dah tabiat sy g2 cepat marah . nk wat cmna nk wat cmna ? berubah la! menda begini boleh diubah. sifat kita boleh dibentuk. yang xleh nk bentuk dah rupa paras kita, haaa. tp sifat kita nie boleh dibentuk lagi.

bukan sbb pa bapa ramai yang marah tp jd lagi teruk. sbg contohnya, kita pg kedai kopi. oder nasik patayya satu! tgu punya tggu dkat 10minit dah xsampai2.. sedara2 bangun, ketuk meja! hoi, engat orang xdak duit ka! sedara bagun masuk keta, start enjin2 , brom4, reverse2 xtgk belakang, kedabeang. langgaq kereta belakang plak. haaa. sudah kerna 5 ringgit jd macam2. keta sedara rosak, langgaq reta orang plak. dengan sbb hang marah nk kena byaq 5000pulok. xke buruk tabiat marah nie, nmpak x keburukan marah tue. haaa. kan bagos kalu sedara tnya tokey, lambat lagi ker nih? kalu lambat bia sy yg masak. haaa. kan senang. xpayah nk marah2...

alamak, terlebih suda,, sekian situ saja kot ilmu yang mampu sy sampaikan. dan yang bail itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan dr sy sendiri.. selamat malam. dan selamat berpuasa..

Wednesday, August 10, 2011

ibadah Sunat tp xbetul caranya!

assalamualaikum,, phewww, alhamdulillah dapat lg bernafas di dalam 10 ramdhan ini... setinggi2 kesyukuran kepadamu ya tuhanku... harini L nk sembang pasal apa yang kita nk wat bila bertembung  ibadah yang disuruh dengan menda yang dilarang? ibdah yg disuruh ialah ibadah sunat manakala menda yg dilarang plak sperti mengumpat, mencaci. jadi ulama2 berkata janganlah membuat menda dilarang lebih afdal dari membuat menda yg disuruh. sebagai contohnya, solat terawih menda yang disuruh(sunat). sekarang nie kita tamaw mengumpat ka datang solat terawih ? mana yang lebih baik. ulama kata jngn mengumpat lebih baik dari melakukan perkara yg disuruh. ni sebb bape ramai yang melakukan ibadah yang suruh tapi xikut prosedure yg dah disediakan. smyg solat terawih tp ngumpat tok imam.

jika kita g sembahyang terawih, imam baca surah yang panjang2, abez jek smyg kita kater ' lame giler tok imam nieh, nyesal ak datang eh!' nampak x, semyang-semayang  tp ngumpat tok imam. itu namanya ngumpat.. lebih bek hg dok umah tengok keje2, tgk anak-anak lebih baik dari datang semyang tp mengumpat. mengelakan dari buat menda yang haram, lebih afdal dari buat yang menda yg baik tp xbetul caranya. haaa. tu kene paham tuh. ni menda sunat tp menda fardu jangn wat. 'sya xpakai tudung tp sy xngumpat.' ha nie xlehla. pakai tudung tu menda wajib. menutup aurat tu wajib. didalam mengelakkan perkara yg haram, xda pilihan,bila dah kata tutup aurat tu wajib, jadi haram kalu xpkai tudung!

berbeza plak dgn ibadah sunat. dalam melakukan menda sunat ada pilihan.contohnya, smyg sunat terawih, imam baca lama, boleh duduk walaupun sihat (stgh pahala) . kalu duduk pun asa lama gak, haaa, baring la ko kat situ, (setengah pahala duduk). ok? ada paham. tp lain dengan semyang fardu, kalu sihat xleh nk saja2 duduk. senang kan Islam... =) contoh lain , daripada melakukan menda sunat xbetul wat, bek xyh wat, contohnya, tadarus quran, tp baca merapu jerk, tajwid kemana makhraj huruf kemana,bek toksah wat. silap2 nt quran laknat kita balek. ada plak yg niat xbetul. 'masuk kali nie,kali ke 4 ak dapat ken pelikat '!!!
conclusion, dalam perkara yang sunat, sentiasa ada pilihan.. =)

Monday, August 8, 2011

Jom Berfikir

assalamualaikum.. =) aish.. sebok3. time2 gini pose ni esemen datang beratur2... xsempat nak layan satu2. haha. tp ni bukan lg alasan aku untuk tidak mengupdate belog.. kepada semua blogger2, sy ucapkan selamat berpuasa, dah tahniah kerana telah berjaya mengharungi 7 hari berpuasa. dan hari ini hari yg ke -8. macam mana status puasa kita? ok ker x ok? makin ok ker makin teruk? makin sayangkan ramdhan or makin derita dalam bulan ramdhan? maila kita muhasabah diri kita... berfikir sejenak lebih baik dari menunaikan 1000 rakaat solat malam. pasaipa begitu? banyak sebab dier.. kita lakukan ibadah puasa nie, jgn membuta-buta jerk. kita xpenah pk balke selama nie puasa ak ni diterima ka x. ak ni puasa sebab aper? sbb nk save duet ka? sbb nk kurangkan berat badan ka?  aish. baek kita selidik balek, takot sampai ke tua kita buat ibadah tp ibadah kita x diterima... nau'zubillah.. bukan sekadar ibadah pose jek kita kene muhasabah tp ibadah laen pon same. ok, sekadar ini yang L nk kongckan bersama-sama . apa yang baik datang dari Allah dan apa yang buruk datang dari L. kalu ada salah silap sy minx maaf..=)  

Wednesday, August 3, 2011

Halwa Telinga

Assalamualaikum. selamat berpuasa semua.. macam mana puasa hari ni? insyaallah puasa kita ini akan dirahmati Allah. pagi2 ni pahala puasa kita semua gemuk2 belaka. dah tahap obesiti dah.. alhamdulillah. tp. bila mai petang. huhuhu.. makin lama makin kurus malah mampu jadi underweight. sebab pa? kantoi kat bazar ramadhan. huhu. macam2 yang boleh kita tengok kat bazar. yg macm tu yang macm nie . ish3. nk beli air tebu jerk, tp boleh tersesat dalam bazar lebih kurang sejam lebih. huhu. bek amek milo L huhu. 3 in 1. kui2. jd. sebagai manusia yg bijak kita hendaklah merancang sebelum g bazar ramdhan. rancang nk beli ape. dah beli balek, bukan apa.. tkut kerana kita dok lama-lama lg banyak pahala kita kene potong. kita tatawkan. huhu. nie L nk bg sumer blogger2 mendengar seket, tazkirah ramdhan untuk kita sama2 mengisi masa lapang kita.. jomla dengar kejap jak... nk donlot pon sat jerk. bukan besaq sgt pom fail nieh... =) ok kat bawah nie L ada bg link untuk donlot. meh2, kita donlot ramai-ramai..=)

Penghayatan Ramadhan

Tuesday, August 2, 2011

Bangun Sahur Buat aper?

asssalamualaikum.hype sumer!!!! watper tueee. bersahur eeeh? huhuhu. mkn ka x? alhamdulillah kita semua masih dibangunkan untuk kembali beribadah kepadanya. harini korang sahur aper? ni L nk bawak milo g sumer belog.. dah tempah lori milo semalam.... jpg kalu dengar bunyi2 hon tue. cepat2 la lari kayh.... bersahur la walaupun dengan sebiji kurma... sahur? penting ker?? di dalam sahur itu sendiri ada barakat nyaaa. hanya kita yg xnampak. so... mgkit la awal sepoloh minit ka sebelum subuh.. basuh mukaaaa. ngap seketul kurma,, pas tueee. sengkang mata kejap... subuh dlu.. pasa tue, jd la ular kejap... (tido) kalu yg xtido boleh teruskan dengan amalan2 sunat.. bace quran ker kaaan... haaaa. so.. mohle bangun BERSAHUR!!!!

Monday, August 1, 2011

Selamat berpuasa ya!!!

Assalamualaikum!!! lol.. pergh. pejam celik pejam celik. dah pun kita masuk di bulan ramadhan. Alhamdulillah selamat sampai juga kita di bulan ramadahan nieh. huhu mohla kita ramai2 ramai2 rebut peluang nie. bukan senang. kita diberi kesempatan untuk berada dibulan ramadhan. ada sahabat-sahabat kita yang xsempat nk merasa nikmat ramadhan sudah pun diambil rohnya. ada orang yang sempat berada di bulan puasa tp xmengejar ibadah puasa tue. maknanya x buat yang sunat2, buat yang wajib jak dah macam bulan biasa la pulak kaan... ada pulak orang yang berda di bulan ramdahan, ibadah wajibnya dijaga, ditambahnya dengan terawih, ditambahnya dengan tadrus quran solat-solat malam. tp niat nya tidak betol la plak.. ikut tadus quran semata-mata nk kumpul kain pelekat. hahaha. kalu xdak dihadiahnya kain pelekat xderla nk nampak batang hidung. ish3. macam tu pun ada kan.. so, kita kenalah jadi orang yang sentiasa melakukan sesuatu KERANA ALLAH. haaa. baru la amalan kita diterima. insyaallah.
setakat tu ja kot tazkirah ringkas saya sempena menyambut bulan ramdhan yang sungguh mulia ini. semoga kita semua dirahmatiNya. aminn...

Thursday, July 28, 2011

Turunnya syariat solat!

Salam, hamba yang hina in ink mulakan nafas baru dengan mengkongsikan ilmu, mengkongsikan pengetahuan bersama semua pembaca-pembaca. Dalam agama kita (Islam) solat tu menjadi kewajipan kepada kita. Dan solat juga merupakan ibdah yang pertama sekali di hisab pada hari akhirat. Kalu kita lulus elok, alhamdullilah, insyaallah semua amalan kita pun akan lulus. Sebab pa jadi macam tu? Sebab solat tu tiang agama. Kita kalu nk buat rumah pun kena ada tiang. Bukan setakat rumah, nk wat khemah pun kena ada tiang! So, sebagai ummat Islam, jom la kita salami, jomlah kita dalami bagaimana perintah solat tu turun . jom..=)

Syariat solat nie sebenarnya start dari peristiwa israk dan Mikraj. Dimana nabi Allah , rasulullah s.a.w dibelah dadanya dan disucikan hatinya dengan air zam-zam. Kemudian, baginda dibawa oleh buraq ke baitul Muqaddis ditemani oleh Jibril a.s. dari baitul Muqaddis tue, nabi dinaikkan ke langit pertama hingga ke tujuh. Allah memperlihatkan gambarn balasan dan kemungkaran hambaNya sepanjang kehidupan.

Ha!Peristiwa paling besar dan penting diterima Baginda SAW ialah perintah Allah supaya umatnya melakukan ibadat solat fardu. Sewaktu tiba di Sidratul Muntaha, Rasulullah SAW menerima perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya iaitu sebanyak 50 waktu sehari semalam. Sebaik menerima perintah itu, tanpa banyak bicara Rasulullah SAW dan Jibril bersiap untuk turun ke bumi. Pada ketika itu, Baginda SAW bertemu Nabi Musa yang bertanyakan hal itu. Selepas mendengar penjelasan Rasulullah SAW, Nabi Musa berkata: “Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan itu tidak akan terdaya dilakukan umatmu ya Muhammad.”

Rasulullah SAW dan Jibril pun kembali menghadap Tuhan. Selepas dipohon keringanan itu, maka jumlah solat dikurangkan kepada 40 kali. Apabila berjumpa dengan Nabi Musa kembali, dia meminta Rasulullah SAW menemui Allah Taala sekali lagi supaya jumlah itu dapat dikurangkan lagi. Beberapa kali Rasulullah berulang alik menemui Allah Taala, sehinggalah Allah mengurangkannya kepada 10 dan akhirnya menjadi 5 waktu saja. Nabi Musa masih merasakan umat Muhammad tidak akan mampu melaksanakan ibadat solat lima waktu itu tetapi Rasulullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah Taala kerana Baginda berasa malu untuk berdepan dengan Allah.

Biarpun jumlah solat dikurangkan menjadi lima waktu saja, namun ganjaran pahala mengerjakannya tetap menyamai ibadat solat 50 waktu. Dah tinggai 5 waktu dari 50.. apa lagi alasan kita kalu masih tinggalkan solat.. ? ayuh kita munasabah diri. Cukup kot setakat nie perkongsian saya. Hari lain kita pergi detail skeet pasal solat yer! Andai apa yang saya tulis nie ada salah silap, sya terima teguran, dan sya minx maaf !
Allahuakbar!