Saturday, October 27, 2012

Suka SUki


Assalamualaikum. bosan dah study. saja nk berhibur hibur seket. =) meh2 pakat teka mana satu L..=P

p/s selamat menjalani ibadah korban..

Wednesday, October 24, 2012

Jom Pose Besok!

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Sabda Rasulullah s.a.w :
صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً
Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat. (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)

9 Zulhijjah bersamaan dengan 25 oktober 2012. InsyaAllah, kita puasa ramai2 esok :)

Tuesday, October 16, 2012

Apa Tanda bersyukur?

Assalamualaikum wbt. pertama2 sekali marilah kita berselawat ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Semoga kita mendapat syafaat daripada baginda. Okeh rini L nk kongsi sedikit ilmu yg tak seberapa. jom layan. 

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 172 yg bermaksud : 'Hai orang yg beriman makanlah rezeki yg baik baik yg kami anugerahkan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar-benar orang yg menyembah. '

Allah suruh kita makan 'kullu toyyibat'. Makanlah kamu benda yg baik-baik. Baik ni daripada segi apa? Baik dari segi zat, dari segi kesihatan, baik dari segi rupa baik dari segi kelakuan, dari segi cara nk buat, dan niat orang yg nk buat. itu di panggil sebagai toyyibat. Kalau kita pergi rumah orang yg baik-baik, makanla bnyak2 sbb mesti dia ikhlas menjamu kita. contohla kita pergi rumah tok guru ka, yg dok mengajaq kita, dia jamu kita makan, makanla. Sbb insyaallah dia masak dari sumber yg halal, isteri dia basuh makann sebelum masak ni mesti dibasuhnya bersih bersih, dia pulak niat menjamu kita mesti niat yg ikhlas. kalau kita makan itu, mmg terang hati kita .

yang kedua Allah kata wasykurulillah. dan bersyukurlah kepada Allah atas segala nikmat yg kita dapat kalau betul kita hamba kepada Allah. Bersykur bukan sekadar dengan lafaz Alhamdulillah. itu dari segi lafaz, mcm mana kita nk melahirkan ataupun menzahirkan rasa syukur kita? Apa makna bersyukur pada nikmat yg kita dapat? Kita banyakkan lagi beribadat. dengan rezki yg melimpah ruah, tanda kita bersyukur tu mcm mana? datang mai surau. Rumah dah habis bayaq, ha mai solat berjemaah. kereta 2 buah. moto sebijik. dulu betul, kereta takdak, moto takdak, nk mari jalan kaki pergi surau payah. Tapi sekarang dah ada kereta ada moto, ha mai la semayang.

Rumah kita besaq, apa salahnya kita panggil orang kampung orang taman mai makan kenduri kat rumah. Panggil anak2 qariah mai buat kelas bacaan Quran dekat rumah. ataupun kelas pengajian dalam rumah. sebab sebagai tanda bersyukur. Kalau kita ada kereta , apa salahnya kita bawak kawan2 pergi kuliah mana2 dengar ceramah mana. Kita ada motosikal, apa salahnya kita bagi orang yg sgt2 memerlukan pinjam. ini semuanya dipanggil wasykurulillah.

Okeng. setakat ini sahaja perkongsian daripada L. maaf andai boring. huu. okeh. apa yg baik datang daripada Allah dan apa yg buruk datang dari diri L sendiri. semoga kita menjadi Hamba yg bersyukur. Selamat menjalani kehidupan semua! Allah2..

Sunday, October 14, 2012

Aku anak Soleh?

Assalamualaikum semua. Apa habaq kawan2 bloger semua? harap2 semua sihat la kan.. 
Mcm mana keadaan parent kite skrg? sihat? yang mana sudah tiada parent, mcm mana keadaan
parent kita disana erk? mesti menantikan doa dari anak2 mereka yg soleh dan solehah.
so sekurang-kurangnye dalam sehari kita mesti mendoakan 5x setiap kali lepas solat fardu..
Bagi yg masih ada ibu bapa dalam dunia nih. ambil lah kesempatan ini. Rebutlah pahala dari mereka.
Jangan biarkan kita menyesal disana.Kalau kita ingin bakal or anak kita pun soleh kita pun
kene lah menyolehkan diri kita dulu. k. out dulu.. =)


Tuesday, October 9, 2012

Sentapan Petang

Bila Newton kata 'if an object experiences no net force; the object will either remain at rest if it is at rest, or it will move in a straight line with a constant speed [Newton 2nd Law of Motion]', satu dunia takjub. Termasuk umat Islam.

Bila Allah kata 'Verily, Allah will not change the condition of the people, until they change what is in themselves [Quran 13:11]', kita biasa-biasa je.

Padahal dua-dua ayat ni bagi maksud yg sama. Tapi ayat Allah turun 1400+ tahun yg dulu.
 
p/s time for more research.=)