Tuesday, October 16, 2012

Apa Tanda bersyukur?

Assalamualaikum wbt. pertama2 sekali marilah kita berselawat ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Semoga kita mendapat syafaat daripada baginda. Okeh rini L nk kongsi sedikit ilmu yg tak seberapa. jom layan. 

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 172 yg bermaksud : 'Hai orang yg beriman makanlah rezeki yg baik baik yg kami anugerahkan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar-benar orang yg menyembah. '

Allah suruh kita makan 'kullu toyyibat'. Makanlah kamu benda yg baik-baik. Baik ni daripada segi apa? Baik dari segi zat, dari segi kesihatan, baik dari segi rupa baik dari segi kelakuan, dari segi cara nk buat, dan niat orang yg nk buat. itu di panggil sebagai toyyibat. Kalau kita pergi rumah orang yg baik-baik, makanla bnyak2 sbb mesti dia ikhlas menjamu kita. contohla kita pergi rumah tok guru ka, yg dok mengajaq kita, dia jamu kita makan, makanla. Sbb insyaallah dia masak dari sumber yg halal, isteri dia basuh makann sebelum masak ni mesti dibasuhnya bersih bersih, dia pulak niat menjamu kita mesti niat yg ikhlas. kalau kita makan itu, mmg terang hati kita .

yang kedua Allah kata wasykurulillah. dan bersyukurlah kepada Allah atas segala nikmat yg kita dapat kalau betul kita hamba kepada Allah. Bersykur bukan sekadar dengan lafaz Alhamdulillah. itu dari segi lafaz, mcm mana kita nk melahirkan ataupun menzahirkan rasa syukur kita? Apa makna bersyukur pada nikmat yg kita dapat? Kita banyakkan lagi beribadat. dengan rezki yg melimpah ruah, tanda kita bersyukur tu mcm mana? datang mai surau. Rumah dah habis bayaq, ha mai solat berjemaah. kereta 2 buah. moto sebijik. dulu betul, kereta takdak, moto takdak, nk mari jalan kaki pergi surau payah. Tapi sekarang dah ada kereta ada moto, ha mai la semayang.

Rumah kita besaq, apa salahnya kita panggil orang kampung orang taman mai makan kenduri kat rumah. Panggil anak2 qariah mai buat kelas bacaan Quran dekat rumah. ataupun kelas pengajian dalam rumah. sebab sebagai tanda bersyukur. Kalau kita ada kereta , apa salahnya kita bawak kawan2 pergi kuliah mana2 dengar ceramah mana. Kita ada motosikal, apa salahnya kita bagi orang yg sgt2 memerlukan pinjam. ini semuanya dipanggil wasykurulillah.

Okeng. setakat ini sahaja perkongsian daripada L. maaf andai boring. huu. okeh. apa yg baik datang daripada Allah dan apa yg buruk datang dari diri L sendiri. semoga kita menjadi Hamba yg bersyukur. Selamat menjalani kehidupan semua! Allah2..

35 comments:

Anum said...

good entry

elyna mirsada said...

nice sharing..bls kunjungan..^__^

NM02 said...

hi L... baby sihat

haah, lama tak skodeng sini

sama2lah kita perbetulkan ape yg patut, amalkan kebaikan utk diri sendiri. moga kita terus dilindungi dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

izzah said...

That's really true...org makin kaya bukan makin brsyukur tp makin kedekut...kedekut dgn harta,duit or tenaga...so,jom kita sma2 audit diri kita moga kita sntiasa brsyukur:-)

L said...

anum elyana- thx akak.. =)

nm02- hehe alhamdulillah.. tahniah ye akak.. =)

izzah- sepatutny makin kaya makin bersyukur makin bnyk bersedekah kan..

QueeN TerataI said...

sgt setuju dgn entri di atas.. tanda kita bersyukur bkn setakat dgn ucapan Alhamdulillah.. dgn berkongsi nikmat Allah itu dgn org lain juga adalah salah satu bentuk kita bersyukur..

Qhaifa Nur said...

rezeki dikongsi bersama lagi berkat...
hati pun kena ikhlas juga....

salam singgah & follow....

Knor said...

setuju..jgn berkira2 nak memberi ye..

♥ Nana BamBam ♥ said...

Segala puji-pujian padaNya.

Alhamdulillah. orang-orang yang memujiNya adalah orang orang yang tahu bersyukur :)

fiza said...

Thanks for sharing. Smoga kita sentiasa menjadi org yg bersyukur atas nikmatNYA.

Kakzakie said...

Pupuk iman kena dari awal L. Kalau dah jadi buluh tu yg semakin berduit rasa sayang je nak impahkan pada yg lain... tak sedar ianya dtg dari mana kerana padanya itu usaha dia. Na'uzubillah...

Bersama kita muhasabah diri.

asYDhia said...

nice entry...membalas kunjungan L...

Bulan Syurga Firdausi said...

tak boring yg pentg ttp ilmu :) syukran!

faizfakhirin said...

Kalau semua memikirkn kebaikan, xderla tertangkap situ sini.. itulah dunia hari ini.

maya amir said...

nice sharing.. bersyukur & byk2 istiqomah itu kata kuncinya kan?:)

Lia Ilnia said...

syukur alhamdulillah atas nikmat-Nya.

mama_saly said...

salam L..
singgah follow & membalas kunjungan juga.. thanks 4 sharing.. bsama kita bermuhasabah diri dan mjadi hamba yg terus bsyukur dgn sgala nikmat-Nya...

mama aini said...

salam L..thanks atas perkongsian..

Nora Karim said...

betul.. memberi kena ikhlas... tak perlu ungkit2...

Telor Power said...

bangga dgn ko L
dah boleh jadi ustaz juga dah ni

wahida said...

Alhamdulillah...dpt lagi ilmu pada hari rabu yg mulia ini...

syiela said...

sokong L.. tak perlu nak kedekut2.. tapikan la ni jenis trend kalau nk pi ceramah ka apa ka start enjin jalan terus tak tanya dah jiran nak tumpang ka dak

new hope said...

salam,

fuh ramai awek2 kt sini

KLIK bertuturlah dalam BM, PM beritahu masyarakat Cina

L said...

maya amir- betul , itulah kata kunci dia. =)

shilea- huhu.. mmg skrg ni orang tak penah tanya jiran pun kan.. aish

Sharifah Nadzarah said...

salam L..thanks for sharing..
saling ingat mengingati...

dwaty said...

syukur Alhamdulillah...
thanks L...

aisyahthaqif said...

Alhamdulillah :)

khairul said...

perkongsian yg menarik

My Little Diary said...

terima kasih di atas perkongsian
ilmu

Pn. Sheila@CC said...

Allhamdulillah... sentiasa sebut syukur dgn hati y ikhlas... dan slu berdoa pd mereka y kurang dr kita...

Miss Xyz said...

Eh, tak ada boringlah.. Bagus apa share benda2 baik mcm ni.. Semoga kita selalu dlm klgn org yg bersyukur, InsyaAllah.

Edy Fee said...

kan bgus kalau org bace quran kat umah..lg bgus kalau ramai...sejuk.ehhe
-------------------------
yup edy ipg perlis.
ppismp semester 2

Edy Fee said...

silap..PISMP SEM 2

teha said...

belajar lah bersyukur :)

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

pekongsian yg baik,,smoge kite sntiasa bersyukur