Friday, August 19, 2011

Sekadar Hiburan #

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?


33 comments:

Fiqah Alias said...

hehe..yg no 13 tu..sgt3 stuju..=) haa,nk3 nasi kukus ayam berempah..bile nk blanje..?? nk3 jgk..

amna said...

huhuhu yang lempeng dengan pempeleng tu betui ka?? uhuhuhu~

L said...

xmaw belanjer.. wek.. haha

Adam Idris said...

2, 7, 14 sangat kelakar! haha

gadisBunga said...

nope. saya tak cuba pun sentuh telinga pakai siku.

*sebab tgh kat opis kot, huduh beno rupe kalau nak buat gitu~

L said...

huhu. xsangke phm yg no 14.. huuu

eLL said...

saya suka sirap.

kahkahkahkah.

saya terbayang no 14

Atiqah Wadiah said...

ok..br srkg sy tau..tanx to tuna tanah ^^

Citarasa Rinduan said...

yang no 10 tu mmg kak gelak kuat2.....

no 14 tu, kak tak lakukan.. sbb dok baring dodoikan anak...

kamu mmg lucu

NadiRah said...

hahahaha..
btw, yg las tu nad x buat...huhuhu

visitme@FaTiN cOrNeR said...

hahaha..no 3 ngn 7 tu series lawak..

err..no 14 tu knp betol..? sy pn buat..ahaha..xpe..jnji sy normal..

lilypelangi said...

aku pon try sentuh tinge gn siku !!! tertipu aku .
hahahahhahahahahhaha ! pecah perut aku bace entri ni gn parent aku :D

Ct Aja said...

hahahhaa, cop saya tak buat... tapi suka baca en3 ni...kikiikikiki

dhiera said...

tahukah anda, fiber dari bunga raya adalah salah satu bahan untuk buat kapal terbang?

THE LEKAT LEKIT STORY said...

sy pernah baca ni 2 tahun lepas kat Myspace kawan sy..

L said...

tp sy xder myspace.. huhuhu fb pun xder.. twitter pon xder. ada skype jek.. hahaha.. apa la yg ak mepek nih..huhu

NM02 said...

org belanja ada benda free bagi kite





tentulah rasanya dabel tripel sedap! ^_^

fatihah azemi said...

NO 14........ERK...trase =.=

Rtp Farra Arisha said...

serius la..most of those sentences byk yg arisha tak tahu..hahaha.

Taufiq Tiramisu said...

hahahahaha. lawak gile. nice one bro! air sirap memang penting untuk helikopter. hehee

New entry : Kenapa Lelaki Makin Pupus?

fuad ansari said...

(",)...

hilang sekejap rasa lapar.. (",)

ayie said...

eh mana de.. tipu.. tipu sunat kejap..

hawiz said...

wahh...betol tu..=_+

khairul said...

sapa boleh buat # 14 tu mmg Gaban la !

HAZWAN17 said...

masih mencuba sentuh telinga guna siku hahaha

Whoopz said...

gwa rasa siku gwa bleh je sentuh telinga lu.. Mau try? Heheh..

vampire's lovex said...

hahaha yg nbo 2 tu lawak pon ada

chiLleD...!! said...

tahukah anda bahawa 13 yang kt atas mengaktifkan sel2 dlm otak saya..hehe

dan yang ke 14 tu buatkan saya cakap pada diri sendiri, aku tak buat pun..keh3

misz molecule said...

malas nak bace.hahah..


thanks buat gua trhibur skejap

Asrul "iLham" Sany said...

hahaha baru je adik aku masak nasi ayam teriyaki....sodap

Puteri said...

errrkkk..hikhikhik..lucu..lucu..tapi tang siku tu..sib baik kite tak wat..hikhikhik..

cik asam jeruk said...

lol lol..hahaha.cikasamjeruk da folo blog ni

NA said...

Terima kasih kongsi fakta menarik.

-wina1979-