Sunday, February 5, 2012

SILA BACA!

Assalamualaikum. Harini L nak story sikit kisah Nabi Muhammad. mesti dah ramai yang tahu, tapi tetap nk tulis gak. huhu. ok jom layan.

Abdullah bin Abdul Mutalib berkahwin dengan siti Aminah ketika berusia 24 tahun. Abdullah ialah anak kepada Abdul Mutalib bin Hasyim iaitu seorang pembesar di kota Mekah. Abdul Mutalib pergi meminang siti Aminah kerana dia ialah seorang rupawan ketika itu orang yang terbaik dikalangan bgsa arab dan juga mempunyai susur galur dengan keluarga Abdul Mutalib, iaitu pertemuan pada keturunan Qusai bin Kilab.  Lebih kurang lima pupu la. dan ketika berkahwin, usia Aminah belasan tahun. dan pada masa yang sama, abdul Mutalib pun kahwin baru jugak, iaitu dengan Hala dan dapat anak yang bernama Hamzah bin Abdul Mutalib. Abdullah kawin dgn Aminah dapat anak nama nabi Muhammad. Sebab tu jarak antara Hamzah dgn Nabi Muhammad ini sebaya. Lahirnya tempoh yang hampir sama, main bola pun sekali, main polis entri pun sekali. Sebb tu bila saidina hamzah mati di medan uhud , nabi marah sgt. Nabi tersa sgt, sebab ini kawan sepermainan nabi, walaupun hamzah ialah bapa saudara nabi, tetapi dia sebaya. ketika saidina hamzah meninggal, dadanya dibelah, jantungnya dimakan, hidungnya dipotong, timbul satu perasaan yang membuak2 didalam hati rasulullah. Pastu nabi kata, siapa yang bunuh hamzah gini, aku akan buat mcm mana dia buat pada hamzah. Turun perintah Allah melarang nabi membalas dendam, sebab tu bila Wahsyi masuk islam, yang menembak hamzah dengan tombak,rasulullah layan dengan baik. Begitu jugak Hindun yang geget jantung hamzah pun nabi layan dengan baik. JAdi kita ni apa sebab untuk membalas dendam, sedangkan nabi pun Allah larang untuk mmbalas dendam. Apatah lagi kita.

Lepas pada tu, ketika nabi berada didalam kandungan bapa baginda meninggal dunia. Maknanya nabi Muhammad tidak kenal bapak dia.  Tak pernah tengok gambar, dulu bukannya macam kita sekarang ni. Kita skrg ni, anak yatim, ada gambar bapak.  Sebab tu anak yatim sekrang jgn dok rasa susah. jangan dok rasa berat. Nabi Muhammad lagi berat. Banyak orang bila jadi anak yatim dia susah hati. Kenapa nabi Muhammad dilantik dari anak yatim? kerana nak ajar kita, kuatkan semangat, nabi Muhammad yatim lagi teruk, mak ayah, tokwan semua meninngal. Nabi relek je. Takda pun nabi jalan keliling kampung, nnyi lagu, 'tolong kami, bantu kami anak2 yatim piaitu' . takda pun para pembaca. Kita(yatim) kene redha dengan kematian mak/ayah. sebab pa kita perlu redha? Sbb anak yatim takda dosa dengan parent. untung wahai pembaca, sebab dihari kiamat Allah taala tak soal. Dosa jegil mata dengan bapa takdak, dosa tengking bapak takda, dosa sepak bapak pun takdak. zaman sekarang ni, dengan dady dia pun dia sepak. Ank yatim takda dosa maki bapa, buat mak yah terasa. untung tak jadi anak yatim? untung.. Entah berapa lama kita akan disoal di hari kiamat hanya kerana masalh dengan mak dan ayah.

setrusnya kita pergi kepada lagu mana kisah Nabi dilahirkan. Siti Aminah lahirkan nabi, sakit tak rasa malah takda sapa yang smbut ketika bersalin. sebab? tak menyusahkan orang. tidak didalam keadaan kotor, tidak dalam keadaan busuk, sebaliknya rasulullah keluarnya dengan sepercahaya rumah siti Aminah. sampai rasullulah keluar tu, keadaan tangannyer tu mcm orang tengah berdoa, dan sudahpun disunatkan. Kenapa nabi telah disunatkan ketika dilahirkan? Kalaulah nabi belum disunatkan, nanti bila dia dah besar baru nak sunat, tok mudim tu komfem amik glamour punya. sebab tu nabi Muhammad tak dak tok mudim. kalaulah tok mudim tu sunatkan rasulullah, nanti dia bubuh signboard kat rumah dia, Mudim rasulullah.Nanti dikatakan kepada rasulullah, hai Muhammad tu, aku yang menyunatkan dia, kamu tahu? jadi hina Nabi Muhammad, Allah pelihara nabi sejak dari kecil lagi. takda orang potong tali pusat nabi, sebb tali pusat telah siap dipotong. Kita ni, kalaulah kita tukang sunat raja, dia tulis Mudim diraja, semua ambil kesempatan tambah zaman sekarang nih. Zaman nabi muhammad, takda sapa boleh ambil kesempatan nama dari rasulullah.

Mula2 orang yang lihat rasulullah ialah datuknya, abdul Mutalib. Bila tahu jer nabi muhammad lahir, abdul mutalib bawak baginda pergi ke kaabah. sebagai tanda kegembiraan. Abdul Mutalib kata,'aku namakan cucu aku ini dengan nama Muhammad.' Orang dimakkah heran, kenapa letak nama muhmmad? manada orang diwaktu itu bernama Muhammad. takda siapa yang letak nama anak Muhammad. Kata Abdul Mutalib, Muhammad itu bermakna orang yang terpuji. Biarlah budak ini terpuji dilangit dan terpuji di bumi. Memang jadi sungguh wahai pembaca. Boleh byang tak, dari zaman nabi Adam sampai zamn nabi Muhammad takda orang yang bubuh nama Muhammd melainkan baginda. Takkan dalam berjuta-juta-juta manusia takda akal nak bubuh nama Muhammad? sebab tu bila ada orang kata Nabi ni sama mcm orang lain, dia salah. takda sapa yang yang bernama Muhammad sebelum nabi Muhammad lahir. Kita ni nama mcm2, serupa belaka. Kita ingat nama kita ni tak sama dengan orang dah, bubuh nama ros, belambak ros yer. Tapi nabi lain, dalam berjuta2 manusia tak terpikir untuk letak nama Muhammad. Sebab apa takda? sebab Allah taala had kan nama Muhammad ini hanya untuk nabi kita iaitu Muhammad s.a.w. Mulianya rasulullah kita.sebab tu kita kene sanjung nabi.

Bapa saudara baginda yang paling besar menyambut kelahiran nabi ialah abu Lahab. Abu Lahb ini sambut rasulullah dengan 100 ekor unta. Punya bangga dengan nabi, sebab nabi ini anak menakan dia. Kegembiraan melimpah ruah. semua orang suka.sebab nabi ni, bila tengok pun orang suka. termasuklah pada ketika itu ada seoarng ank remaja perempuan yang berusia 15 tahun bila tengok nabi ni, dia kata' eee, seronoknyer, kalaulah aku boleh jaga budak ni' . teringin. betul, 25 tahun selepas itu, anak remaja perempuan ini boleh jaga Nabi Muhammad. Anak remaja yg berkenan dengan nabi ini sewaktu kecil bernama Siti khadijah binti khuwalid. Mmg Allah izinkan dialah yang menjadi isteri Rasulullah.

Ada satu keluarga yang miskin iaitu keluarga Halimatul saadiah pergi kekota mekah untuk cari yang boleh kalau disusukan. mereka menunggang seekor unta yang kurus dan lemah. Unta ni berjalan perlahan, unta lain boleh potong. Bila orang lain dah sampai kemekah, mereka dapat anak2 orang kaya. Halimatul saadiah lambat sampai, unta slow sgt,yang tinggal hanyalah nabi Muhammad. Kenapa orang tidak mengambil nabi? sebab nabi anak yatim, nanti siapa nak bayar upah? atau upah tidak lumayan. daripada takdak, mreka ambil jugala Nabi sbagai anak susuan.  Bila bawak balik, naik diatas unta tu, halimatul saadiah ni, tinggal sebelah sahaja susu, sebelah lagi takdak. bila Nabi muhammad kucup saja susu, keluar susu, bukan setakat nabi boleh mnum, adik beradik susuan pun boleh minum. Dan unta yang berjalan ni punya slow, tiba2 berjalan laju boleh potong unta rombongan yang lain. Halimah tanya pada suaminya, 'abang, ni unta baru ker?' kata suami dia, nak beli baju baru pun takdak, lagu mana nak beli unta. Ini unta kitala. Para pembaca nampak tak barakah nabi Muhammad s.a.w. barakh nabi ni, jaga dia, susu keluar, unta tak sihat pun jadi sihat. Kalau kita faham dua benda ini, rahmat dan barakah. seperti yang tertulis didalam al-quran yang bermaksud' tidaklah kami utuskan kamu wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat kepada sekelian alam'.

Jadi kalau kita nak dapat rahmat dan barakah, carilah dari perbuatan rasulullah. Sayangla pada sunnah nabi.mesti ada barakah dan rahmat.  kenapa tak nak buat yang nabi punya, kenapa taknak ikut perangai nabi. pada nabi tu ada rahmat dan barakah. Kita takkan dapat rahmat walaupun kita bubuh nama kita Muhammad rahmat. Nak dapat rahmat ni, kena ikut cara rasulullah. slah satunya ialah rasulullah menyimpan janggut, ada sebabnya. Sebab pada janggut ini ada hormon,  mempengaruhi kepada jantung. jadi kurangla penyakit jantung. cubala mengkaji. Sebab apa ketika nabi tahiyat akhir rasulullah mengangkat jari telunjuk, asshaduallailahaillaallah.nabi angkat jari telunjuk. pasaipa angkat jari telunjuk padahal banyak lagi jari lain. awat tak angkat dua sekali ker. kerana jari ni, uratnya uratnya uratnya bertembung sampai kehati. angkat saja jarini, hati akan sebut, tiada tuhan melainkan Allah. ada kaitan yang nabi buat tu, bukan saja2 nabi buat.

Kita yang mana tak mahu simpan janggut, start bulan ni, saat ini, start simpan janggut. ada  barakah padanya.sebab nabi buat. setiap apa yang nabi buat tu mesti ada barakah. minum selepas setengah jam makan. tapi kalau nak tercekik minum la air, jangan la tak minum, tunggu jer 30minit. tak sempat 30minit matila. huu. sebab tula namanya sunnah. ok setakat tu jerla. panjang2 sangat nanti tak sanggup plak nak membaca. huhu. ok apa yang baik itu datang daripada Allah dan apa yang buruk datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga kita mendapat kerberkatan daripada Rasulullah s.a.w. akhir penulisan, marilah kita mengucapkan selawat dan salam keatas junjungan mulia baginda Rasulullah s.a.w. Selamat malam. hoho.

108 comments:

Anonymous said...

:)

----- ----- said...

panjang berjelar huraian...
sanggup baca smpi
perenggan 5 je...
hehe~~..

peace..^.^

NINJA

L said...

anyway tq sbb sudi gak mmbaca.. hahah

shedameor said...

salam maulidur rasul :)

Sarah Mohd Saleh said...

sgt mengagumi sifat rasullulahh ;)

Ahmad Sabree said...

salam maulidur rasul..
moge2 hidup kite dirahmati dan diberkati...
amin.. insyaAllah...

p/s : nice blog n entry yg superb!

L said...

yer huhu, tq bro? bila nk mengakhiri zaman single?? haha

Ezad Skytech said...

salam maulidur rasul...

theunknown07 said...

Salam Maulidur Rasul...

Entri L panjang mcmn pn sy akan bca dr a-z..

byk sy bljar dr sini.stiap kali datang. Syukran.

~Sal Ismail~ said...

panjang tp gaya penceritaan yg santai..lagi panjang pun sanggup baca..smoga rahmat & berkat Allah sentiasa mengiringi kamu~

Salam maulidur rasul~ =)

Akue Achik said...

L taip pjg lagi pon xpa..byk kisah Baginda yg sy tak tahu..

Salam Maulidur Rasul...

L said...

huu, tq sudi bca, bukan apa takut ramai yg tak larat nk membaca laa.. huhu.=)

Mimie said...

salam maulidur rasul...
crta yg bagusn :)

susumanis said...

love tiz very much..tq for sharing tiz precious story Nabi Muhammad saw..lps ni nak suh hub simpan janggut..sunnah :)) اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

L said...

waaa.bgusla... huuu nt akak slalu la blai jnggut tu.. huuu

L said...
This comment has been removed by the author.
nurpiska said...

salam maulidur rasul :)

Tie HT said...

salam seronok baca entry ni.t.kasih :)

terpatrisinarabadi said...

n3 yang sarat dgn mesej yang bagus!!! tq 4 sharing

Ce'gu JAERA said...

perkongsian yang menarik,,

salam Maulidr Rasul 1433H buat semua muslimin dan muslimat.. banyakkan selawat dan salam ke atas nabi junjungan besar kita

dhiera zainudin said...

walaupun panjang tapi seronok untuk dibaca.. penuh dengan pelbagai mesej. thanx ya L!

Arra Ahmad said...

thanks L..info berguna disampaikan dengan cara yang cukup menarik.:)

Unknown said...

thanks 4 d info.. :)
salam maulidurasul :)
persefahaman asas perpaduan ummah

dya nasir said...

rindunye pada Rasulullah S.A.W...

Kayu Manis said...

"Allahumma Solli A'la Muhammad Waa'la Aali Muhammad"

dah baca buku Biografi Muhammad Bin Abdullah..hebatnya mereka.

suami ada simpan janggut,dapat pahala kalau ikut sunnah..pernah ada org kata..imam besar masjid negara pun tak ada janggut,dia jenis yg tak tumbuh janggut la agaknya..kalau ada sehelai dua pun,kalau dia berniat nak simpan tetap dpt pahala...kak kata pd org itu,ikut sunnah..dpt pahala..mungkin dia kurang ilmu..

kita tak tahu siapa yg layak masuk syurga atau neraka..

IntaNBerliaN said...

salam maulidul rasul..

Unknown said...

nice sharing L, tambah ilmu~ slm maulidur rasul~

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

L nnt sambung la lg kisah nabi.seronok bc..cerita lg pasal sirah2 nabi terdahulu..hehe..

salam maulidur rasul..

*L nnt keluar mktb mngajar apa?

KaK LimAh Si SupiR said...

xpuas bace..bwat lagi ^_^

L said...

akak cinamon-huu, betul3. sunnah nabi kene la kita ikut.. mungkin dia tak boleh jaga kebersihan jnggutnya kot..

sea_lavender said...

thnkx a lot.. perkongsian menarik sekali..moga2 kte dberi barakah dan rahmat dgn mngamalkan sunnah baginda.. Insya-Allah... =)

Selawat ke atas junjungan mulia, syafaatnya tak terhingga

-Kenali peribadi baginda
-Patuhi ajaran baginda
-Hayati perjuangan baginda
-Amalkan sunnah baginda
-Semarakkan kecintaan kepada baginda

L said...

fatin, hehehe, L ngjar pi, bi, ngn ba.. huu. biasa2 jer pun...

L said...

betul2, jadi bakpe kiter nk kedekut untuk berselawat keatas baginda..=)

ayleencutegirl said...

Salam maulidur rasul L. Terharu baca semua entri L . Islamik tapi lebih santai nak bace.. Keep it writing L ! ;)

Syuhada Nasya said...

tengs sbb dtg ke blog saya :) ..
bgus la entry nie .. tengs :)

Rtp Farra Arisha said...

sangat kagum dengan cara penceritaannya. Nabi Muhammad pantas dicontohi oleh semua insan yang berada di dunia...salam maulid untuk anda.

L said...

ayleen, huuu datang la selalu..=0 thx sudi baca saudari syughada..=)

Pondok Usang said...

Salam Maulidur Rasul.. =)

Anonymous said...

Salam Maulidur Rasul..nice sharing..btul2..jgn ade sifat balas dendam..xelok..=)

Telor Power said...

salam malidur rasul L

As,salam...L

1. terima kasih kerana sharing disini
2. sama2 kita ikuti sunnah yg baginda tinggalkan

3. cara penulisan yg sempoi L tapi penuh makna yg disampaikan'

4. hayatilah kisah baginda. dan mari berselawat kepada junjungan nabi s.a.w

Telor Power said...

part jari tlunjuk dan hati tu ada link baru aku tahu....sekian lama hidup nie

.........cP~ said...

Mula-mula ingat bosan gak la, cerita ni dah banyak kali baca. Tapi, pengolahan memang menarik. Thanks fro sharing.

CikTeddyCorner said...

seram baca kmatian Hamzah..jntungnya digigit?btapa kejamnye..>,<

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

L sepupu L yg nm ari tu pn sy xknl..hehe..sy nie katak bawah peti ais kot. seniors, juniors mmg sy xknl. klu batch sy insyaallah sy knl..hehe..

oo..cikgu bi dgn arab tu. blh la ajar sy arab lps nie. kt uia blaja arab level 1 ja..ngehehe..

jom bc entry bru sy..

Hafizin Jamil said...

aku memang dah simpan janggut ni

[sutera kasih] said...

rajinnya awk mengarang :)
nice post ! ~

Mak Usu said...

Thank atas perkongsian..
Sesungguhnya baginda adalah penghulu seluruh umat Manusia..

Salam Maulidur Rasul..:)

pie said...

perkongsian yg berfaedah...salam maulidur rasul :)

amna said...

:')

sangat terasa di hati..
nabi adalah semulia-mulia insan. Walau apa orang dh buat pada saudara terdekat, masih tidak berdendam :')

L said...

betul3, xgaduh nk dendam4..

L said...

hj bgusla huuuu,,, simpn jnggut... bila lg nk ikut kn..

RHI said...

akak tak pernah puas baca sejarah hidup dan kelahiran Nabi saw...thanks

cintailmu89 said...

ak kalau janggut memang ak tegas simpan gak sikit..
walau tmpt keja x bagi dulu pon, ak degil.. simpan gak walau sejemput..haha

Anonymous said...

Lia sangat suka baca walaupun ianya panjang..moga banyakkan lagi sebarkan cerita begini.. :D

SN said...

org kata susah jugak nak dpt janggut tu tumbuh cantik...hehe

tgk hormon ke.

anakpakcikali said...

rindu nabi muhammad s.a.w :)
saye try nak minum 30 minit lps makan.tp x tahan la.hehe

Unknown said...

info yg bermanfaat.

Anak Munsyi said...

wahh rindu plak time skula dulu ustazah story kisah nabi :) salam maulidur rasul :)

Sarah Mnasir said...

salam maulidur rasul :)

L said...

iz, bgusla tu bro.. huhu. sekurg2nya simpn..=)

L said...

cik lia, insyallah L akn teruskn citer2 gini.=)

Deru Ombak said...

Salam..
Dah baca.. Tq

caer sasuke said...

boleh buat thesis dah ni..hehe..anyway bagus sgt2..=)

aReLaN said...

memang panjang tapi menarik.hehehe..salam maulidur rasul.banyak sunnah nabi yang patut jadi ikutan tapi tak ramai yang buat.amek yang diorang rasa best je.contohnya poligami.benda lain takde lak nak ikut sunnah.hmmm

ummiross said...

salam maulidur rasul, salawat dan salam buat baginda SAW

Anonymous said...

salam maulidur rasul L..suka baca nie..thanks ye..

anamizu said...

nice sharing la L.. cik ana bace dr mule smpai habis.. info pnjg mmg jrg org nk bace.. tp xpe, as long as ade ILMU utk dikongsi, truskan je L :)


slm maulidur rasul L :)










luv,
cik ana

mama aini said...

salam maulidur rasul L..semuga kita sama menghayati erti `maulidur rasul` & sama2 berselawat & slm untuk baginda rasulullah SAW..

L said...

tq cik ana kerna sudi mmbaca smpai habez.. huhu. n to u oll yg sudi mmbaca..=)

3no gr33ny said...

perkongsian yg bagus...walau dh tahu tapi ini sbg mengingati semula =)

iAmCekbolat said...

wahh..best lah baceee! lgi best dri buku.. ekekeke

Anonymous said...

tengs 4 sharing,
salam maulidur rasul L.
:)

ida =) said...

Salam maulidur rasul.

Walaupun anak yatim xde dosa ngan mak ayah, tetap bersyukur dikurniakan mak dan ayah.

L said...

betul3, apa2 kita kene bersyukur dgn apa yg kita dapat..=)

tirahzairi said...

salam maulidur rsul...

Unknown said...

Salam Maulidur Rasul buat semua....:)

Anak Munsyi said...

Atotototo, fyqa dtg sini usya awk . Jum join segmen pengomen tegar di blog fyqa nak tak ? mudah sgt . peace :p

http://fyqaanakmunsyi.blogspot.com/2012/02/segmen-pengomen-tegar.html

Cikgu Ma said...

saya tak boleh simpan janggut kan?? hehe...boleh pinjam kisah ni nak ajar murid...

p/s: nanti tinggalkan ling blog anda kt blog saya yea..senang nak jejak balik..insyallah, kawan2 yang tinggalkan link kebiasaannya saya akan mengunjungi=)

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/02/suku-suku-keletihan.html

L said...

akak tak payah la simpn plak.. hehe, insyaallah L akan tinglkan link..=)

shamyheart said...

terima kasih buat entri ni. suka sgt baca mcm ni. bab Halimatul Saadiah, sebiji macam cerita tok guru saya. teringat akan beliau. dulu2 time belajar suka dgr dia cerita. skrng dah tmt belajar, rindu nk dgr lagi.

beliau cakap, dgn kelahiran Nabi s.a.w, seluruh alam bergembira. ikan bertelur bnyk2, haiwam beranak banyak2, pokok2 keluarkan buah bnyk.. sebb Nabi s.a.w bgi rahmat ke seluruh alam.

Unknown said...

xpe entry berkaitan nabi ni pnjg2..tp mesti ada yg skip2 bce kan..kalo entry lagho2 letak pnjg mana konfem ade je yg titik pon dibacanya..huhu..

salam maulidur rasul :)

Eyeme said...

wah! menyeluruh!

salam maulidur rasul!

Zehan Ilyana said...

nice sharing, k..:)

salam maulidur rasul..:)

MulutPayau said...

salam maulidur rasul....

L said...

kak sha, betul tu, seluruh alam gembira ketika lahirnya insan teragung ini, Nabi Muhammad s.a.w.

YattAkasah said...

:)

salam maulidur rasul..

smoge sntiase didlam rahmatNya

Anonymous said...

hohoho pusing da bace tgh2 mlm gini
-__-'

Ckin Kembaq said...

entri cecah lantai tapi sangat detail..teruskan penyampaian ni... ^_^

♥ sitifarhana ♥ said...

RASULULLAH memang hamba ALLAH paling mulia..

salam maulidurrasul yee :)

L said...

Amboi.. huhu perli nmpk..

Unknown said...

alhamdulillah, dapat tmbah sket ilmu. ade jugak kisah bts yang Nana xtaw.

xpe, entry panjang ade ilmu. kalo xde ilmu (cam citer sal bf/gf i lap u bagai, xde makna'e)

:)

نورعيم said...

terima kasih ats perkongsian ini. contohilah sifat2 terpuji baginda.

LadyBird said...

nb kwin umur 24 ke 25? bukan 25 ke ek?

gabungan suami terbaik dengan isteri terbaik.. lahirlah Nabi Muhammad saw..

kemudian kawin plak dgn wanita terbaik..

:D..

salasilah junjungan besar kita.. Rasullullah saw..

manusia yang hebat daripada susur galur yang hebat.. subhanallah.

fizafantagiro said...

Maaf .. lmbt skit nk bls kunjungan =)

sampai habis saya baca . wlupun pjg ..rasa tak puas pulak baca entry yang menarik ni .

cari jugak butang nak share di fb .. tpi tak de :p

Tahniah utk awk coz blh buat entry mengenai Rasullulah .. yg sangat2 memberi byk pengajaran :)

L said...

owh xder ker butang share.. hahaha. xtau nk wat guano.. huuu tq sudi mbaca..=)

||aLeaSaRa|| said...

slm L!owh akak baca ni dpn anak2 dan diorg byk bertanya,terima kasih di atas perkongsian ini,ye :)

Nisa Greennnpanda said...

sy mmg suke bc entry2 awk.. best & mnarik je..

insyaAllah~..moge2 kite sumer dpt amalkn sunnah Rasullah & jd umat yg t'baik, amin~...

btw, L, ape kate awk bubuh widget share or like, snang sy nk share kat org lain nnti.. ^_^

So Shy Lady (SSL) said...

baru tau psl jari tlunjuk n jnggut tuu..nice n3, dik

L said...

aleasara.. huhu, tq sudi kongc dgn anak2...=)

L said...

betul2, kak lady bird; nabi khwin umur 24.. haaa.. betul susur galur yg hebad.=)

L said...

owh yeker, nt la L try bubuh yer..=)

dear anies said...

salam maulidur rasul

Dzikri Asmawi said...

pergghh....lagu tu noooo untung dia jadi anak yatim...betui gak tuh...huhuu...salam maulidur Rasul... :D

L said...

MMg untung pun..=) thx sudi baca.. salam maulidur rasul.=)

Aida Tamrim said...

Assalammualaikum ...

Allahummasollia'la Muhammaad !!! Terima kasih di atas perkongsiaan ini ye ^^

Anonymous said...

SALAM. syeikh pesan, kita perlu sebut sayyidina abdullah dan ssydatina aminah kerana dua insan mulia ini telah melahirkan insan TERHEBAT di muka bumni ini. sekian, Allahummasollia'la Muhammad

Anonymous said...

Seronok baca

Anonymous said...

Seronok baca