Wednesday, February 22, 2012

Jahil Dunia@ Jahil Agama?

Assalamualaikum, k ah L nk sambung sikit dari entri yg lepas. jom layan..=0

Jahil terbahagi kepada dua jenis jahil yg besar. 1 jahil yg dimaafkan. 2 jahil yg tidak dimaafkan. Apa dia jahil yg dimaafkan? Jahil bab dunia tak mengapa. tak berdosa. tak salah langsung. Siapakah isteri PM Vanezuela? Tak tau? tak berdosa. lantaklah. takdak faedah lgsung. Siapak nama Tok Batin Ulu Chok? tak tau ustaz. tak tau pun tak pa.  Kejahilan macam itu dimaafkan. YG kedua kejahilan yg dimaafkan, langsung tak tahu. Masa kita sembahyang magrib, taik cicak jatuh atas kaki. Langsung tidak tahu.  Sembahyang la. Habis sembahyang balik  rumah terus tido. Langsung tak tahu.Tak salah.  Sebab langsung tidak mengetahui. Ini dipanggil kejahilan yg dimaafkan.

Yg kedua Kejahilan yg tidak dimaafkan. Apaa dia? Kenapa awak tidak sembahyang? Sya tak sembahyang sebab saya tidak tahu ustaz. Harap2 Allah maafkan la saya. Tak boleh. Kemaafan itu takkan diberikan. Kerana sembahyang tu hukum syariat wajib belajar. Tapi bapa saya yg tak ajar ustaz. Bukan salah bapa lagi, salah kamu, kamu dah besar. pergi sembahyang. Suami saya tak ajar ustaz. MMg salah suami jugak, tapi salah kamu jugak, pergi belajar. Kejahilan macam ini tak dibenarkan. Kenapa kamu tak baca Quran? saya tak tahu ustaz. Saya rasa Allah memaafkan saya sebab saya jahil. tidak dimaafkan. wajib belajar. Ha, ini bentuk kejahilan yg tidak dimaafkan. Kalau kita bagi alasan kita tak tahu, wajib belajar. Kalau dalam belajar mati, tak sempat nk habis, dimaafkan. Tapi kalau saja2 tak nak belajar. tak tahu. tiada maaf bagimu.

Surah Luqman ayat 13, Allah berfirman yg bermaksud; ' Sesungguhnya orang yg menyekutukan Allah adalah kezaliman yg amat besar'. sesiapa yg mensyirikkan Allah dengan sesuatu, haram baginya syurga, dan tempat baginya ialah neraka. Kita boleh tengok pada Gandi. Semua yg baik dianggap tuhan. Lembu itu baik, dia anggap lembu itu tuhan.  manusia itu cantik, dia anggap manusia itu tuhan. manusia itu baik dikatakan manusia itu tuhan. bumi ni baik maka disembahla bumi ini sebgai tuhan. ini semua dipanggil sebagai fahaman hulul. Fahaman gandi. Ghandi kata semua benda yg baik dianggp tuhan. Majikan itu tuhan. Kerajaan itu tuhan. Pemimpin itu tuhan. pelakon itu pun tuhan. suami pun tuhan.

Apa yg kita perlu buat sekarang? kene la selalu tegur. Tahun bila entah saya ada baca surat kabar,'ikin merayu malaikat jangan cabut nyawanya, dia nak taubat' dia rayu malaikat izrail jgn cabut nyawa dia sebab nk taubat. Entah macam mana dia buat rayuan, dia hantar surat ke, ape ke waallahualam. Jadi mereka ini ada fahaman yg salah. Malaikat tu taat pada Allah, kalau Allah kata cabut, cabutla. Mana boleh rayu. Tolongla malaikat, i beg u malaikat, jgn cabut nyawa i. mana boleh macam itu, syirik la. Malaikat mana tanya kita, dalam sejarah yg malaikat tanya nak cabut tanya ka tak nabi Muhammad s.a.w. jer. selawat dulu.. Malaikat datang jumpa Rasulullah. Rasulullah tanya, kamu datang ni nk cabut nyawa aku ke, nk ziarah aku? Malaikat kata 2 2. Ziarah pun ye, cabut nyawa pun yer. Itu pun kalau kamu izin cabut nyawa. Kalau kamu tak izin aku balik. haaa. Nabi Muhammad diberi keistimewaan.

Kalau kita diberi keistimewaan macam mana?  Balik rumah harini, malaikat tunggu atas kusyen/sofa.  Aku datang nk cabut nyawa kamu, bagi ke tak bagi? Kita jawab apa? mesti tak bagi punya. cabutla orang sebelah dulu. Dia pun dah sakit lama dah. malaikat takkan tanya kita. Kita kadag2 bab malaikat cabut nyawa ini kita boleh buat gurau senda. JIran kita mati, kita antar dia ke kubur, balik kerumah jumpa kawan sembang.'dah meninggal sahabat kite.semalam main bola sekali harini dah takda. kawan lagi sorang jawab, jaga2, semalam malaikat datang rumah dia, entah2 nanti rumah kamu pulak. Kata jiran ni, sebenarnya malaikat tu dah datang rumah aku semalam, tapi aku suruh cabut dia dulu, tu yg malaikat cabut nyawa dia, aku suruh tu.'  ha jadi  hukum dia orang yg buat gurau macam ni 70 tahun dihumbannya dalam neraka. Sapa2 yg buat lawak2 bodo macam ini , main2 tentang satu2 peraturan tuhan, maka orang yg macam ni mendekatkan diri dalam neraka, dan 70 tahun atas lawak bodo tu sahaja. Jaga2 bagi  orang yg nk ketawa sampai buat lawak yg boleh buat dia syirik dengan tuhan dan jadi jahil dia dengan peraturan agama.

Ok... setakat ini sahaja kot. nk siap2 nk p kuliah pulak nih.. haha. rajin lain macam plak harini. k. apa yg baik tu datang daripada Allah, dan yg buruk itu datang dari diri sya sendiri. Semoga kitas semua dapat manfaat daripada ilmu ini. Tugas saya menyampaikan , dan maafkan saya andai ada salah dan silap. Selamat pagi. dan mulakan pagi anda dengan senyuman... hihihi.. k lol.. Assalamualaikum.

70 comments:

saya cello191 said...

takut ja lau terleka pasal hukum2 Allah nie..

saya cello191 said...
This comment has been removed by the author.
Eera Shera said...

kalo tak tau kena la belaja..sampai bila nak duduk dlm kejahilan..hidayah memang Allah bagi tp kena la de usaha ke arah tu

sea_lavender said...

Sempat lg berentry ye sblum ke kelas ;p~ hehe
erm pe2 pn perkongsian ni bgus dan moga kte mnfaatkan.. kejahilan blh diubah dgn penerokaan tntg sesuatu ilmu itu krn Allah.. Insya-Allah...

Kakzakie said...

N3 ini memikat hati kakak. Betul salah satu sebab kenapa kakak tak menonoton rancangan lawak bila hal-hal agama diselitkan sebagai bahan lawak. Melakukan, melihat dan menyokong pun sama jadinya...

Menuntut ilmu selagi boleh jgn kata tak tahu - betul tu.

OK...selamat belajar dik...

Dylla Abas said...

kalau hukum Allah pun boleh dijadikan bahan kelakar, memang tak tahu la nak kategorikan manusia tu sebagai apa..na'zubillah...

nice entri :)

Niza Romli said...

stgh org ni memang suka/seronok buat lawak pasal agama. terang2 depa tu jahil. moga cepat sedar la.

t.kasih...ilmu yg berguna di pagi hari. :)

Aishah Jahirah said...

jahil..kdg2 kita yg jahilkan diri...bagus perkongsiaan ni...:)

YaYaNsMuM said...

A'ah lar kan...mane bleh merayu2 ngan malaikat...ish2...mintaklah dengan Allah, mintak panjangkan umur..Dia yg Maha berkuasa.erm...

.........cP~ said...

Bila jahil dunia sibuk kita cari ilmu sanggup begolok gadai, cari ilmu agama tak sanggup pulak nak berkorban.

shedameor said...

saya nak mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam :)

L said...

kak zakie- yer, tq sudi baca kak.. huhu. dah habis pun kelas, ni nk p derma darah plak.. hahaha

sedameor- alhamdulillah akak.. tuntutlah ilmu agama.. agar tak menyesal disana..=)

yayansmum- a'ah ikut suka je kan mintak gitu.. artis kata apa semua betul.. haha

niza romli- betul tu akak. kita semua kene belajar lagi. jgn suke2 je buat lawak pasal agama. tak pasal2 70 tahun meringkup dalam neraka..

L said...

sealavender- huhu, sempat lagi... selagi ada masa. lagipun ritu dah jnji xmau pause lama2. kene tunaikan la janji..=)

Akue Achik said...

smoga dberi ksempatan utk menghapus kjahilan sblm nyawa kna cabut..Amin..

hhuhuu..takut..

acheeqa farhana said...

hukum dan peraturan ALLAH pon berani dipermainkan..ishh..

mtk dijauhkan..

L said...

aku achik- amin,, samala kita.. moga dijauhkan..

farhana- mintak simpang laa kan.. amin

Iffika | Ruslan said...

Astagfirullah , takut lee pulak awak cakap gitu . sebab dulu saya kaki gelak ,semua benda saya nak gelak . Moga2 Tuhan ampunkan saya . sobssssss T.T

L said...

takperlaa. kita semua pernah telepas.. sekarang ada masa lagi untuk bertaubat..=)

Ckin Kembaq said...

baru tau jika olok2kan hukum Allah akan dihumban ke neraka 70 tahun...

biQa Hatmin said...

Nice entry! :)

Jangan dibuat main dengan perihal hukum agama. Terserlah kejahilan seseorang itu bila agama menjadi gurauan di bibir mereka.

L said...

betul tu.. huhu. terserlah sgt2.. tp hnya orang yg berilmu shaja yg tau.=)

ieja amieja said...

n3 yg bagus..w/p penyampaian nye ada humor ckit tp ilmu tu sampai..x jemu baca..thanx 4 sharing..

[sutera kasih] said...

entry yg santai tp penuh mesej..suka :)

ILA HonEyBuNNy said...

biarlah ku jahil dunia tapi ku tahu hal2 agama...insyaAllah...

cik ika said...

entry sgt mendalam maknanye..kne ambil iktibar ni..

naim said...

hebat...

terkedu aku membaca. :)

cik najiha said...

entry yg sangat menarik ! setengah org tk brapa tau dgn lbeh mndalam bab2 nie. trmasuk lhaa saya. thanks 4 the sharing ya ^^

mashitah ismail said...

banyak yang perlu kita pelajari bab2 agama ni..menuntut ilmu biar ke negara china..orang lebih suka duniawi dari belajar agama, baru nak bukak buku dah mata mengantuk..nates byk btol (^^)

best blog L byk ilmu pengetahuan

L said...

ila- betul tu, biarla jahil pasal dunia asalkan tahu bab agama..

cik najihah- betul tu, L sendiri pun tak tahu lebih mendalam sgt..

Mashitah- betul. adat la tuh, kalau kita nk bukak buku jer nesti nk ngntok. huhu... kadg2 kene lawan jugak perasaan tu.

IntaNBerliaN said...

jahit bab agama tu lah yg paling kita tak nak kan... tp tula, ilmu bab agama tak byk pun lg.. msh perlu belajar

maszull said...

assalamualaikum...ilmu yg hebat n berguna nice n3...:)

iz said...

tq bro..

Tihara said...

thanks L..rasa macam dalam rancangan ustat don plak..dakwah yg menarik :)

syasyah_biscuits said...

g tunggu solat asar.. :))

Telor Power said...

harap2 aku sempat mencari gura utk berguru ttg ilmu agama.

fizafantagirO said...

setiap entry L sgt memberi ilmu bila membacanya . termasuk yang ni . =)

Deru Ombak said...

Assalamualaikum L..

Terdapat banyak lawak2 bodoh begini...semoga siapa saja yang membaca N3 ni dpt dipanjangkan kepada org lain pula..

Terima kasih L.

Hans said...

perkongsian yang bagus L
banyak ilmu dapat dari posting kali nih :-)
terima kasih :-)

cinta siswi said...

betul3.. nice entry.. maseh sebab share.. :)

Cik IFAH. ♥ said...

bagus bagus .
setuju ;)

dear yayah said...

rmai org y mempersendakan agama dlm x sedar senanye.. smpai kdg2 dh smpai jahil sgt, tp buat2 tahu sume mende.. kan2? by the way, may ALLAH bless u for sharing this..

Gen2Merah said...

bagus peringatan ini.. untuk manfaat kita bersama2... semoga ianya menjadi renungan dan peringatan..

cIk JanNah said...

suka entry nie. biarlah kita jahil ilmu dunia jangan kita jahil ilmu akhirat. kalaupon jahil harus belajar dan tidak lah selamanya hidup dalam kejahilan :)

Ayie Abas said...

kalau boleh mahu jadi org tak jahil sama ada dunia atau akhirat.

entry bermanfaat

Sarah Mohd Saleh said...

lebih jahil dunia drp jahil agama...klu sdh mati,tlmbat utk bertobatt ;)

L said...

tihara- ustaz don lagi bes, L biaser jer..

deru ombak- hehe tu la pasal. tu la sebabnya L promote2 en3 nih.. huhu

hans, cik siswi, Ifah- thx sudi mmbaca tau..=)

L said...

yayah- may Allah bless us tooo.=)

gen2 merah- yer, sama2 kita saling ingat mengingati..=)

cik jannah- betul, belum terlambat lagi utk kita mncari ilmu..

ayie abas- saya sokong tu.. kedua2 ilmu penting..=)

Mya said...

such n nice entri. thanks:)

ummiross said...

Bagus n3 ni L. Moga memberi manafaat kepada ramai orang..

biela bell said...

itulah pentingnya ilmu agama..:)

mimi mimo mimo said...

sama2 la kite pelajari apa yg msh perlu..insyaAllah..aminnnnn

khairul said...

hati2 lah klu nk melawak

Teenager Housemaid said...

suka entry ni..
betul3x..
ilmu agama kita sendiri kena cari and belajar. kalau nak tunggu org suh kita belajar, haih..susah ler..

erk..kalau lah boleh cakap kat malaikat macam tu, jap lagilah tarik nyawa saya...-__-'
tapi, semuanya Allah dah tentukan, kan...:)

LadyBird said...

ustaz kate kalau kite duk dalam gua sorang2 atau berdua atau lebih dan jauh dr pengetahuan agama, dan xde sesape yg boleh bgtahu kite.. yg tu baru boleh beri alsn jahil dan dimaafkan.. setuju sgt2 dengan artikel ustaz L.

L said...

mimi- yer sama2 la kita tuntut ilmu..=)

teenager housmaid- betul, xperlu tunggu orang nk ketuk baru nk belajar.. huhu

lady bird- betul tu akak, itu yg dipanggil sbg mukallaf..=)

susumanis said...

Alhamdulillah..shukran dik..sama sama la kita selalu ke tyaman surga@majlis ilmu

yad'z said...

sepanjang hidup ni kena belajar.. tak belajar tak tahu.. setuju entry ni. =)

c'axoera ヅ said...

inshallah...moga kita semua tak mudah leka kann

Hans said...

sama2 :-)

Ujie said...

dgn suasana negara kita ni, patutnya takde istilah jahil agama sbb kita takde halangan nak menuntut ilmu agama.

semuanya terletak ditangan sendiri.

Arra Ahmad said...

tak ada alasan untuk apa yang dah ditentukan..

zureen said...

love this entri :)

Tiramisu Fatiema said...

moga sama2 perbaiki diri..

ratu zuleyqha said...

nice entry.. semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua.. amin~

~SaL IjOu~ said...

byk dpt pahala ni..pahala berkongsi ilmu,pahala g belajar lagi..smoga Allah berkati kamu,L~ =)

*boley jadi ustaz Azhar Idrus Junior ni~ ^^

FH said...

:))

L said...

saljou- saya lmbat lagi akak,, xpernh terbayang pun...

CikUna said...

ye,,sama2la kita saling mengingati ye adik L..huhu

\\( ^_^ )//

Lia Irdelia said...

wuish...
ada ketokohan ni..
:)

Anonymous said...

ayat ni sume dari siri kuliah Ustaz Kazim Elias bertajuk "Menyekutukan Allah"