Tuesday, October 26, 2010

Tips Penjagaan Latop

Penggunaan komputer notebook menjadi sangat praktikal kerana keupayaannya untuk dibawa ke mana-mana dan boleh digunakan tanpa memerlukan soket elektrik. Sesetengah komputer notebook yang terkini boleh bertahan selama hampir 4 jam dengan menggunakan bateri. Namun begitu, sekiranya anda perlu menggunakan komputer notebook untuk jangka masa yang panjang di satu-satu tempat di mana punca elektrik tidak didapati atau anda tertinggal adapter kuasa untuk komputer notebook anda, tips-tips berikut mungkin boleh membantu:

1. Penjagaan bateri dengan baik.

Bateri perlu dijaga dengan baik untuk memanjangkan jangka hayat dan prestasinya. Kaedah yang terbaik untuk penjagaan bateri ialah dengan memastikan bateri digunakansecara maksimum sebelum dicas semula. Pengguna juga dinasihatkan supaya menyambungkan soket kuasa kepada komputer notebook hanya apabila amaran low battery diberikan walaupun soket kuasa boleh didapati di tempat kerja. Secara mudah, habiskan
kuasa bateri anda dahulu dan baru gunakan soket kuasa.

2. Lakukan defragmentation secara berkala.

Fungsi disk defragmenter adalah untuk menyusun semula kedudukan data di dalam hard disk supaya ianya tersusun rapi dan berada dalam kedudukuan yang berhampiran di antara satu sama lain. Apabila kedudukan data berada berdekatan di antara satu sama lain, hard disk lebih cepat untuk mendapatkan data yang diperlukan dan penggunaan tenaga untuk hard disk dapat dikurangkan. Sebaiknya, lakukan
disk defragmenter pada kadar seminggu atau dua minggu sekali.

Untuk melakukannya, klik Start Menu – All Program – Accessories – System Tools – Disk Defragmenter, dan gunakan paparan yang disediakan.

3. Gunakan fungsi Hibernate untuk memadamkan komputer.

Kebiasaannya, pengguna komputer akan memilih untuk menggunakan pilihan Shut Down untuk memadamkan komputer. Selain daripada Shut Down, komputer juga sebenarnya boleh dipadamkan menggunakan pilihan Hibernate.

Shut Down berfungsi menutup semua aplikasi yang dijalankan oleh sesebuah komputer sebelum memadamkan kuasanya. Apabila komputer tersebut dihidupkan semula, semua aplikasi yang perlu dijalankan oleh sesebuah komputer termasuk antivirus, rangkaian dan aplikasi pejabat dihidupkan semasa proses booting iaitu semasa komputer baru dihidupkan. Proses mengaktifkan kembali kesemua aplikasi yang diperlukan oleh komputer kadang kala mengambil masa yang agak panjang dan menggunakan lebih banyak kuasa bateri.

Hibernate pula berfungsi dengan menyimpan maklumat mengenai kedudukan terakhir aplikasi-aplikasi yang sedang aktif dalam sesebuah komputer sejurus sebelum ianya dipadamkan. Apabila komputer tersebut dihidupkan semula, sistem pengoperasian tidak perlu memulakan semula semua aplikasi yang diperlukan dari awal, sebaliknya sistem akan merujuk kepada maklumat yang telah disimpan tadi supaya komputer
dapat kembali kepada keadaan terakhir sebelum dipadamkan.

Analoginya, ia umpama kita menyimpan permainan komputer pada peringkat tertentu supaya apabila kita hendak bermain permainan tersebut pada keesokan harinya, kita tidak perlu bermain semula dari peringkat pertama sebaliknya kita boleh menyambung pada peringkat yang telah kita tamatkan. Ianya menjimatkan masa booting dan apabila menyentuh tentang penjimatan masa, ianya sudah pasti juga menjimatkan bateri.

Namun begitu, perlu diketahui bahawa penggunaan Hibernate menggunakan sedikit ruang hard disk untuk menyimpan maklumat. Tidak banyak, lebih kurang 200 – 500MB sahaja berbanding jumlah minimum 80GB yang dipunyai oleh komputer baru yang paling asas di pasaran pada hari ini.

Memaksimumkan penggunaan bateri.

4. Kurangkan kecerahan skrin (brigthness).

Kecerahan skrin boleh mempengaruhi penggunaan bateri. Semakin cerah penggunaan skrin, semakin tinggi penggunaan bateri. Oleh itu, kurangkan kecerahan skrin untuk memaksimumkan penggunaan bateri.

5. Elakkan memainkan lagu dan penggunaan disc drive.

Pada waktu yang memerlukan penggunaan bateri yang maksimum, elakkan memainkan lagu sebagai hiburan ketika melakukan kerja kerana ia memerlukan tenaga tambahan untuk speaker komputer dan menjalankan aplikasi pemain media. Elakkan juga penggunaan disc drive sama ada CD-ROM atau DVD-ROM, apatah lagi memindahkan data ke dalam CD-RW atau DVD-RW kerana ia menggunakan tenaga yang banyak.

6. Laraskan Power Option.

Power Option boleh dilaraskan untuk memberikan penjimatan tenaga yang terbaik di saat-saat yang diperlukan. Power Options boleh didapati melalui menu Control Panel Bagi pengguna biasa, tetapkan Power Options kepada Laptop / Portable atau pilihan yang lebih baik. Sekiranya anda lebih mahir, laraskan tempoh yang optimum berdasarkan penggunaan anda untuk komputer memadamkan skrin, hard disk serta masuk ke mod standby dan hibernate.

7. Padamkan fungsi Wi-Fi.

Kebanyakan pengeluar komputer notebook menetapkan supaya fungsi Wi-Fi diaktifkan setiap kali komputer dibuka. Fungsi ini boleh dipadamkan untuk menjimatkan tenaga kerana kelengkapan Wi-Fi di dalam komputer notebook juga menggunakan tenaga yang banyak.

8. Elakkan membuka aplikasi yang tidak digunakan.

Elakkan membuka banyak aplikasi yang tidak digunakan. Aplikasi yang tidak digunakan tetapi dibiarkan aktif akan mengurangkan ruang memori RAM yang boleh digunakan oleh sistem dan kadang kala menggunakan processor. Dalam keadaan ini, processor akan lebih banyak digunakan untuk menguruskan penggunaan RAM yang terhad dan akibatnya kuasa bateri akan cepat habis.

9. Elakkan penggunaan peralatan menggunakan USB.

Peralatan tambahan seperti speaker, kipas penyejuk, lampu kecil, pengecas bateri telefon dan sebagainya yang menggunakan USB mengambil tenaga elektrik dari komputer melalui sambungan USB. Penggunaan peralatan-peralatan sedemikian perlu dielakkan sekiranya keutamaan pada satu-satu masa adalah untuk memaksimumkan penggunaan bateri.

10. Gunakan fungsi sleep dan hibernate dengan betul.

Satu lagi fungsi yang boleh menjimatkan penggunaan bateri komputer ialah Sleep. Fungsi Sleep berfungsi dengan meletakkan komputer pada keadaan tidak berfungsi tetapi masih hidup bagi menjimatkan penggunaan bateri. Ianya sangat efektif sekiranya pengguna tidak menggunakan komputer untuk beberapa minit dan apabila fungsi Sleep diaktifkan, semua kelengkapan komputer notebook yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak seperti skrin dan hard disk dipadamkan manakala processor diaktifkan pada kadar yang paling minimum.

4 comments:

Anonymous said...

info menarik!! thx L

mumumeow said...

4. Kurangkan kecerahan skrin (brigthness)....

aku slalu maximumkn brightness sreen lptop ak...
klu glp sgt x nmpk...huhu

mumumeow said...

*screen

L said...

ha4 xper2 ikut keselesaan laaa, tp nt mater ko la plak yg akn skit