Tuesday, July 23, 2013

Aku Kembali

Alhamdulillah , saya dah pandai update blog gune tab ni. Dah lama dah rasanya x update blog. Bersawang habis rasanya. Sori kawan2 semua, L bukan lupe, tp sibuk. Cewah bajet sibuk. Selamat menyambut ramadhan kareem.. puasa jangan tak puasa,

Wednesday, January 23, 2013

Jom P ramai-ramai



Assalamualaikum wbt. Sama2 lah kita berselawat ke atas junjugan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita sentiasa dapat syafaat daripada baginda. =) sapa2 yg area KEDAH or yg berdekatan, boleh la kita ramai-ramai berkumpul di Stadium Menanti alor staq kedah. Kalau jumpa L tegur2 erk. haha=P L nak konsi sedikit ilmu yg teak seberapa, dalam bnyak2 amalan , amalan yg bercampur dgn riak tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. melainkan satu ni, iaitu berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Jadi sama2 la kita meringankan mulut yg berat untuk berselawat ke atas junjugan mulia Nabi Muhammad. Semoga kita sentiasa menjadi umat yg nabi sentiasa banggakan.

Thursday, January 17, 2013

Bersyukurkah kita?

Malaysia




Somalia

 


p/s gambar sekadar hiasan.

Tuesday, January 15, 2013

Tab


p/s Insyaallah xlama lagi. =)

Monday, January 14, 2013

Hapuskan fahaman Syiah!


Assalamualaikum, seperti yg dijanjikan rini L akan sajikan para pembaca tentang syiah. jom lyana. zazz.

Syiah mulanya mereka di zaman saidina Uthman bin Affan. Tapi ingat bukan kerana Uthman. tetapi apabila wujud seorang lelaki yg hidup dizaman Saidina Ali, yg bernama Abdullah ibnu Saba'. Dia ni yahudi. Sebab itu syiah yg pertama dinamakan sebagai syiah sabaieyah.Disandarkan kepada ibnu saba'. Syiah ini adalah satu agama politik.  Syiah ini bukan agama Islam, dia agama lain. Mereka sahaja yg menisbahkan diri mereka kepada Islam. Tapi pokoknye(indon seket) ialah yahudi. Ibnu saba' ialah yahudi. Dialah orang pertama yg menyatakan Saidina Ali binTalib ialah tuhan. 'anta ilah' dia berkata kepada Saidina Ali. Kamu tuhan, ya ali. Dia membawa satu ideologi iaitu ideologi taksub/fanatik yg melampau. Syiah ini dibhagikan kepada beberapa golongan.

Yg pertama ,Syiah zaidiyah. kecenderungan kepada mengangkat kedudukan ahlul bait tanpa mengkafirkan menghina menyesatkan sahabat nabi yg lain. zaidiyah ni sikit sgt. mereka berada di yaman. mungkin negara kita pada peringkat awal sebelum mereka menganut syiah pada tahap yg seterusnya, syiah peringkat yg kedua syiah yg ekstrim. Semuanya bermula dgn zaidiyah. Dia reja dok berckap pasal Saidina Ali, dan ahlul bait. Asyik2 Ali dan ahlul bait. Memang ya, kita ahlul sunnah wal jamaah WAJIB cinta ahlul bait. Tapi setiap kecintaan itu ada had. Bukan seperti kecintaan kita kepada Allah.Cinta kepada Allah adalah mutlak. Tiada had, MESTI cinta. Mesti 100% cinta, xboleh kurang sedikit pun. Cinta kepada nabi ada had, cinta kepada nabi kita tak boleh samakan cinta kepada Allah. Cinta kaum keluarga nabi tak boleh kita samakan seperti cinta kepada Nabi. Cinta kepada kaum keluarga nabi kita tak boleh samakan dengan cinta kepada kawan2 kita. Dia ada heriaki dia. Lebih dikategorikan melampau, kurang cinta kategorikan meremeh remehkan. Kita semua cintakan Ahlul bait, kita cintakan saidina Ali, kita cintakan Sadatina fatimah, kita cintakan Hasan, kita cintakan husien.

Yg kedua syiah yg cenderung kepada mengkafirkan sahabat nabi. Ini adalah majoriti syiah di dunia harini. Yg berpusat di Iran. Bolehkah kita mencari titik temu? antara Islam dan syiah?  Kalaula org kata bapak kita kafir.'pak hang kapiaq!' Kita boleh terima ka? Bolehkah kita masih mencari titik temu? Sedangkan org itu mengatakan bapak kita kafir. Bolehkah? Bagi seorang yg berakal waras,yg kasih kepada ibu bapanya dia takkan boleh terima. Apa perasaan kita bila orang kafirkan sahabat nabi? Kafirkan saidina Abu bakar, kafirakan saidina Umar, kafirkan Saidina Uthman. YG kita tau Saidina Abu bakar ini menjadi peneman nabi dalam perjalanan hijrah. Orang yg percaya kepada semua benda yg nabi sebut. Orang yg menjadi bapa mertua kepada Nabi s.a.w. Yg korbankan seluruh kehidupannya utk jalan Allah. Sayangkan nabi s.a.w sgt. Dalam peristiwa Thaif kalau kita lihat, siapa yg peluk nabi s.aw. dripada balingan batu-batu dari penduduk Thaif? sambil maki-maki. Sehingga darah meleleh-leleh diseluruh tubuh Saidina Abu bakar. Allah2. Macam mana kita boleh takdak perasaan bila orang kata Saidina Abu Bakar ini kafir. Syiah ini memaki hamun saidina abu bakar dan umar didalam solat mereka. Ini baru sikit. belum cakap benda lain,ini baru cakap pasal sahabat. Orang kutuk sahabat sedikit pun kita boleh tolak orang tu ketepi. Ini bukan ahli sunnah. Nabi kata'la tasubbu ashabi' jangan kamu maki sahabat aku. Sekiranya kamu sedekah dengan satu bukit uhud emas sekalipun takkan pernah sama dengan sahabat aku sedekah sebiji kurma. tak sama dan takkan sama. Nabi nk habaq kemuliaan sahabat nabi.

Tapi Tiba-tiba datang syiah, dia kafirkan sahabat nabi,kafirkan Saidatina Aiyah, dan mengatakan bahawa Abu bakar dan umar berpakat untuk membunuh saidatina Fatimah, berpakat untuk menyembunyikan mushaf Al-Quran milik fatimah, Abu bakar dan Umar telah melakukan penyelewengan kepada AL-Quran, Al-Quran yg berada disisi kita bukan al-quran yg sebenar dan lengkap, sesungguhnya Al-quran yg lengkap ada 17ribu ayat. kita harini hanya sepertiga daripada Al-quran sebenar!waw. Boleh terima? Tapi syiah dia bukan memulakan dakwah dia dengan mengatakan ideologi-ideologi dia sebenar. Dia pandai, dia putaq belit.sebab akidah dia yg terbesar ialah TAKIYYAH. Takiyyah ini dia menyembunyikan akidah dia, dan dia menzahirkan sesuatu yg sesuai dgn realiti setempat. Sebenarnya mereka ini adalah agam politik sbb apa? sbb didalam rukun iman dan islam mereka dia ada beriman kepada pemerintahan mereka. Imamah mereka. Imam mesti dari golongan mereka.

Jadi kita kene berhati-hatilah dengan syiah.. syiah ni bahaya.. bukan biasa-biasa saja.. Sangat-sangat bahaya.Mereka menghalalkan darah org islam.Bahkan mereka ada Imam Mahdi version mereka sendiri yg sedang berada didalam gua, yg tidak keluar lagi sehingga hari ini. Imam Mahdi versi kita lain daripada versi mereka, Imam mahdi versi kita dibahaskan oleh ulama hadis didalam kita-kitab hadis sohih. Mereka tak terima kitab-kitab hadis kita.Mereka menggunakan kitab hadis mereka iaitu kitab Usul Al- Kafi oleh Imam Al-Kulaini. yg mana mereka membawa satu hadis yg menyamakan iman-imam mereka ini , taraf imam mereka ini sama seperti malaikat dan nabi-nabi yg diutuskan. Akidah apakah ini? Sebab itu kita kena support siapa sahaja yg bangkit untuk menentang SYIAH. Bakan kita semua kena bersatu untuk menentang syiah. Jangan biarkan SYIAH berakar didalam sekeliling kita.. Sebar-sebarkan.. Allah2. Dan seandainya ada diantara para pembaca yg telah menganuti Syiah, L berdoa agar Allah membuka pintu hatinya kembali kepada Islam. Sedarlah. Sedarlah. Sedarlah. Agama yg Benar hanyalah ISLAM. SYIAH BUKANnya ISLAM.L sertakan gambar 12 imam mereka. Tq sudi membaca. =)

Setakat ini sahaja nukilan L yg mampu L kongsikan. L minta jasa baik semua sahabat bloger untuk mendoakan kesihatan adik L, Siti Aishah Humairah agar cepat semput dari demam panas. APa yg baik daripada Allah, dan yg buruk daripada L sendiri. Sama-sama mengamalkan Islam. Aiyuha!


Sunday, January 13, 2013

CintaMu



p/s rini tak sempat nk update teruk2 kelas smpai ke petang.. hehe. insyaallah besok L akan update pasal syiah. Jom sama-sama mengamalkan doa ini.

Friday, January 11, 2013

Kembali Beraksi!



Alhamdulillah petang td L dah boleh main bola!!! yes!
CUma tak boleh nk lincah-lincah sgt lah. Masih berjaga-jaga masa main.
Nikmat kaki selalu kita xhargai. Kaki ni la yg selalu kita bawa p tempat maksiat, 
kurang sgt pergi ke tempat yg diredhai Allah.. Ya Allah aku mohon kau lindungilah kami
semua dari segala kemaksiatan yg ada. Moga kami menjadi hambamu yg bersyukur..
Amin...

Johar Johar

Assalamualaikum wbt.  Salam jumaat semua!!! Alhamdulillah harini kita diberi kesempatan lagi untuk terus hidup di ataas muka bumi Allah swt. Macam mana harini? dah baca Quran belom? Bagi yg lelaki pegi solat jumaat ke tak tadi? Wanita pulak, dah solat Zohor ke belom? Harap2 kita tidak lupa tanggungjawab kita sebagai seorang hambaNya.

Okeng harini L nak kongsi sedikit cerita mengenai Johar. Johar ni begitu popular di Tanah Arab. Kalau kat Malaysia ni Pak lawak kita panggil Mat Jenin. Kalau kat sana plak diorang gelar Johar . Ada du cerita mengenai Johar . Ok layan :

Cerita 1 :

Sahabat Johar : Assalamualaikum Johar, umur kamu berapa sekarang?
Johar : umur aku baru 45 tahun.

7tahun kemudian ;

Sahabat Johar : Johar, sudah lama kita tidak bertemu. Berapa ya sekarang umur kamu Johar?
Johar : lah, kan saya sudah bagitau dulu. takkan kamu tak ingat.
Sahabat Johar : lah itu kan dah lama aku pun sudah lupa la johar.
Johar : baiklah, umur aku 45 tahun ya sahabatku.
Sahabt Johar : ait? bukan kah dulu kamu bagitau umur kamu 45?
Johar : ia, betul. Orang YANG JUJUR sentiasa pegang dengan kata-katanya .  =)

Cerita 2 :

Johar bertanya sahabtnya antara matahari dan bulan manakah yg lebih penting. Sahabatnya menjawab, sudah tentulah matahari. Johar katakan tidak. Kerana bulan lebih penting. Rasionalnya :

Matahari timbul pada waktu siang, waktu sudah cerah, jadi kita tak perlukan matahari. Tetapi bulan muncul pada waktu malam yg gelap so kita amat memerlukan Bulan...

p/s Sekadar hiburan dihari ini.. =)



Thursday, January 10, 2013

Rindu zaman kanak-kanak



p/s dahlama xmain.. haha

Wednesday, January 9, 2013

Anak mampu menarik kita ke NERAKA.

YG INI :





@ YG INI :



jangan pernah salahkan anak-anak... Kita yg mencorakkan segalanya :

hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (riwayat Bukhari dan Muslim)

p/s gambar sekadar hiasa... =)

Tuesday, January 8, 2013

JOm doa Ramai-Ramai



Sunday, January 6, 2013

Gantung BOOT selamanya?

Assalamualaikum... semoga semua sehat2 belaka.

erm, semalam L injured masa main bola. rini p cek doktor. Perbualannya:

DR : ni awat dok jalan terhincut hincut ni?
L    : lutut bengkak ,injured main bola dr...
DR : (geleng2 pala) belah mana yg kena ni?
L    : belah kiri dr. sebelum ni penah dh kene. 2tahun lepas.
DR : lepas ni kamu jangan main dahla. Injury for sportmen kat mlysia ni susah, kalau omputeh takpa diorang ada DR seniri boleh recover cepat.. kat Malaysia susah, u mana ada DR sendiri. Nk operation pun amik masa..Takpe, saya rasa awak punya tendon or ligament lutut terkoyak.. Lepas ni kita xray tengok tulang u ok ke tak..
L    : baik dr.. (muke xdapat terima kenyataan)

After x-ray ;

DR  : saya tengok tulang u ok, xde masalah pape. so saye akan buatkan awak appointment dgn pakar, luse awak jumpa dia. Maybe kita akan buat operation. Nak repair tendon u, ok?
L     : erk, baik dr... Nak MC boleh? hahaha
DR  : ok, saya bagi awak mc 3hr... lepas ni tolong jangan main bola dah k?
L      :ye, baik dr, (angguk tapi hati menafikan)

Lepas amik ubat terus balik.. Huuu.. L xleh nk jalan sgt nih.. nak lipat kaki pun xleh... erm.. pasnih xleh main bola dahle...GANTUNG BOOT. adoi.. apala hobi baru L nt.. erm . kumpui setem plak kot... huuuu

Saturday, January 5, 2013

Allah Maha Penyayang


Assalamualaikum wbt. Dah lama L xupdate. Kali ni L nk kongsi seket ilmu supaya menjadi Inzar(peringatan) kepada kita semua.
 
Jika dilihat perkataan Maha Penyayang , lebih dua ratus kali tercatat di dalam Al-Quran. Kasih sayang itu meliputi kurniaan nikmatnya yang tidak mungkin dapat diberikan oleh manusia mahupun jin, mahupun berkumpul jin dan manusia dan bersatu untuk memberikan nikmat itu kepada sesama mereka, takkan pernah sama.

Antaranya,  nikmat siang dan malam (perjalanan bintang yang teratur), tidur, nyawa, nafas, sistem tubuh yg sytematik, benih-benih yang menjadi makanan (tumbuh-tumbuhan dan haiwan) dan terlalu banyak lagi nikmat Allah itu yang jika kita ingin menyebutnya, sampai mati masih belum tentu habis disenaraikan.

Firman-Nya;
Terjemahan : Surah An-Nahl [16] : 18
18. Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungkan jumlahnya (kerana terlalu banyak). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Maksudnya, manusia itu sangat-sangat lemah.  Seandainya Allah memerintahkan semua manusia bersyukur atas segala nikmat-Nya satu persatu, maka tiada satu pun manusia yang mampu menyenaraikannya. 

Oleh kerana itulah di akhir ayat tersebut diletakkan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang yang membawa maksud, jika sebelum ini makhluk-Nya melanggar perintah dan larangan-Nya, maka bertaubatlah dan pasti akan diampuni. kita masih ada masa lagi untuk bertaubat, selagi nyawa dikandung badan, selagi jantung berdegup kencang, selagi hidung menghirup oxygen, selagi kaki diatas tanah, masih ada waktu untuk kita semua. 


Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang bertaubat kepada Allah Ta’ala sebelum matahari terbit dari barat, (maka) Allah menerima taubatnya.”  Imam Muslim

Setiap anak Adam pasti melakukan kesalahan dan tidak ada satu manusia pun pada zaman ini tidak melakukan dosa samada kecil atau besar. Tetapi sesuatu yang wajib kita ketahui, bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang dan akan mengampuni siapa sahaja yang bertaubat kepada-Nya kecuali saat matahari terbit dari barat dan saat nyawa sedang dicabut (Rujuk : An-Nisa’ [4] : 18]).

Janganlah berputus asa terhadap rahmat Allah kerana putus asa itu sifat orang kafir. Bertaubatlah terhadap kesalahan yang lalu dan jadikanlah masa akan datang ini masa yang bermanfaat dan masa memperbaiki kesilapan lalu. Mulakanlah hidup baru yang menjamin cahaya kehidupan yang abadi di syurga - InsyaAllah setakat ini sahaja nukilan L. Apa yg baik itu datang daripada Allah dan apa yg buruk itu datang dari diri L sendiri.