Saturday, June 30, 2012

Bapa juta dah mu DERMA?

Assalamualikum wbt. 

Ada 3 golongan manusia yg bersedekah. Yg pertama, org yg bersedekah, yg berinfak, yg membelanjakan hartanya, yg memberikan sumbangan kerana riak dan sumuah. Ini golongan yg pertama. Apa makna riak? Ingin dilihat, dan ingin menunjukkan kepada org lain. Kalau orang tak nampak dia tak seronok, kalau orang tak tahu dia tak seronok. Sumuah ialah ingin didengar yg dia org dermawan. Dia seronok bila org kata dia penderma yg bagus, baik. Maka diakhirat kelak, org yg jenis macam ni takkan dapat pahala bahkan tidak mendapat keuntungan malah dia termasuk di dalam golongan orang yg paling awal dimasukkan ke dalam api neraka.

Kita boleh rujuk didalam hadis tentang orang yg paling awal dimasukkan didalam neraka. seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Ada seorang tabiq datang mengadap Abu hurairah. Bertanya kepada Abu Hurairah,'tolong kabarkan pada aku apakah hadis yg paling menyentuh perasaan kamu'. Abu hurairah pun bacakan hadis ini, tiba2 dia pengsan. kemudian dia bngun semula baca hadis tersebut, pengsan lagi, sehingga 3 kali pengsan. Kerana apa? kerana takut dengan hadis yg dia ingat yg dia hafal daripada Rasulullah s.a.w. Apa hadis dia? Nabi menerangkan tiga golongan yg paling awal masuk neraka. Yg pertama, orang yg mengajar ilmu agama bukan kerana Allah. Mengajarnya bahawa nak tunjuk dia pandai bercakap, nak tunjuk dia lebih daripada orang, nak kata dia ni orang yg hebat sebab boleh ngajar2. Ini la golongn yg paling awal2 masuk neraka. Yg disangkanya amalan dia bnyk, yg disangkanya pahalanya banyak. Rupa-rupanya salah dia sebb dia riak. Yg kedua masuk neraka ialah Qari. orang yg membaca Quran. Yg dia baca bukan kerana Allah, dia baca kerana nak tunjuk suara dia sedap, dia pandai lentok lagu, dia pandai bertaranum. Maka orang macam ni jugak, awal2 dalam neraka. Dan golongan yg ketiga yg awal dimasukkan dalam neraka ialah org yg berperang pada jalan Allah, yg mati pada jalan Allah. Tetapi matinya bukan kerana syahid, Sebaliknya mati sebb nak bagitau pada orang sebelum dia pergi berperang, dia orang berani. Dia nak orang sebut pada dia dia orang yg berani, dia orang yg gagah. Bila dia mati, dia tidak dikira sbgai syahid. Dan 3 orang ini ialah yg awal2 masuk didalam neraka.

Abu Hurairah pengsan sebab dia takut dia tergolong dalam 2 golongan yg diatas. satunya mengajar kerana riak, dan membaca quran kerana riak. Disini disebut orang yg paling awal masuk neraka ialah golongan yg bersedekah kerana riak. Orang yg bersedekah td pada hari kiamat Allah suruh dia mintak pahala pada orang yg dia nak tunjuk sangat tu.  Mana boleh manusia bagi pahala pada kita, yg boleh bagi pahala ni hanyalah Allah. Kalau kita buat sesuatu kerana manusia silalah mintak pada manusia. Allah takkan bagi pahala pada kita.

Yg kedua, golongan yg bersedakah kerana malu. Maka dia akan memperoleh pahala, gnjaran, dan biasanya sikap ini sudah menjadi suatu kebiasaan semua orang. Orang duk edar tabung, tak masuk orang kata. bubuh sajala. Aku bubuh(masuk) pasal dia masuk. Kalau aku tak masuk nanti apa kata dia. Kerana malu dia bubuh. Tengah duk makan depan orang ramai, datang orang mintak sedekah. Tak bagi, nak halau malu, bagi jugaklah. maka baginya itu, kerana malu. sikap ini katanya sikap kebanyakkan orang. Dan sikap yg menjadi satu kebiasaan. Dalam satu pejabat, orang kutip duit utk keluarga si mati(office mate). semua orang tulis nama sapa yg bagi derma, tiba2 nama dia takdak, dia rasa tak seronokla. dia bagi jugakla. Takut malu. Walaupun bukan sebb riak, tpi kerana malu tu dia bagi jugak. 

Yg ketiga, orang yg berinfak kerana ada niat, ada misi. Golongan ini bagi bukan kerana riak, bukan kerana malu, tapi memberi kerana Allah dah beri. Allah dah bagi pada aku, dan aku nak bagi pada orang. allah dah bagi aku bnyk rezeki pada aku, aku bersyukur pada Allah,aku nak pnjangkn rezeki ni plak pada orang. GOlongan ini lah golongan yg dapat pahala.  Dan golongan inilah sebenar benar hamba Allah. Golongan yg mendapat petunjuk. Bukan senang nak bagi pada orang, sebab tu Allah kata orang yg bagi orang yg sedekah kepada insan yg memerlukan, tempatnya syurga. Syurga ni satu tempat yg sgt susah nak masuk. Yg betul2 buat elok je boleh masuk. Salah satu orang yg betul2 buat yg boleh masuk syurga ialah orang yg bersedekah. Maknanya orang yg nak sedekah ni susahla. Tambah pula, harga barang duk naik ja. Minyak naik. Antara nak simpan duit atau nak sedekah.Antara nak sedekah atau nak beli barang barang lain. Tapi manusia kadang dia tak boleh, buat satu bayaran khas utk surau/masjid RM60 sebulan. Mungkin dia boleh kurangkan sumbangan utk surau RM20. Tapi sumbangan utk astro tak kurang2 jugak. Patutnya berkurang jugak la sumbangan utk astro. tutup ka apa ka. Bajet utk itu tak berkurang pulak. Bajet utk bersedekah pulak yg berkurang. Sedangkah Allah kata sapa yg bersedekah bnyk diluaskan lagi pintu rezeki. Yg ini la keyakinan kita pada Allah s.w.t. tu takdak. Keyakinan pada Allah makin kurang.

Urm.. kalau L nak melalut ni pnjag lagi, dah azan dah ni. Jom solat.. =D apa yg baik datang daripada Allah dan yg buruk daripada L sendiri.. Selamt bercuti semua!!!=D sayonara. adios amigos!

Tuesday, June 26, 2012

Ekau Kahwin dah ker?


Halal. Malah gugur dosa2 kecil dari celah2 jari..=D


Haram. Malah dikeji oleh Allah S.W.T.

Sunday, June 24, 2012

Quran Di Rehal Vs Facebook Di Riba




Berapa kali anda membaca al-Quran seminggu??
Sejauh mana kita memahami ayat2 ALLAH?


Berapa kali kah anda log in dan log out facebook SEHARI?
Berapa banyak kah anda gunakan facebook utk jalan ALLAH?

Saturday, June 23, 2012

New WishList!!!


My new wish List this new semester =)

Thursday, June 21, 2012

Still jahat walaupun dah solat?





Assalamualaikum. Alhamdulillah L dah boleh kembali dalam dunia blogger. dan L akan teruskan usaha dakwah L walaupun sedikit saja. Ok mari teruskan membaca.. ZAAAAZ~~


Didalam surah Al-Ankabut ayat 45, Allah berfirman dengan maksud ; Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu akan menghalang kejahatan dan perkara mungkar.

Ini adalah salah satu ayat yg menunjukkan kita wajib solat. Solat pada bahasa apa makna? Solat ialah mendoakan dengan baik. Perkataan yg baik-baik. sebab tu bila kita solat manada kita cakap merapu. Daripada takbir sampai la kepada salam semuanya dalam bahasa yg baik-baik. itu mkna solat. Jadi bila kita dah cakap baik dalam solat dia akan membawa kepada luar solat. macam mana kita tak maki didalam solat, sepatutnya diluar solat kita pun tak maki orang. Didalam solat kita cakap yg baik-baik , diluar solat pun kita cakap yang baik2. Itulah yg sepatutnya. Jangan didalam solat wajah kita lain, diluar solat wajah kita lain. Dalam solat, wajah kita baik je..bahasa baik je... Tapi diluar solat dah berubah wajah.

Contohnya, Orang kita,Melayu, lemah lembut.  Tetapi bila sudah pegang stereng kereta dah jadi kasar. Yang lembut pun boleh maki orang. 'hey,, celaka betol, jem pulak dah' dia boleh sebut celaka. sat lagi, kereta depan dia tak bagi signal nak belok kiri, dia maki jugak. 'tak guna punya kereta, bodoh betol'. Padahal tadi baik je, pegang stereng dia jadi lain plak. Kenapa jadi macam tu? Ha yang ni yg kita kena tengok. Serupa dalam solat. kenapa dalam solat kita warak je.. baik je.. Tapi kenapa luar solat dah jadi kasar, cakap kasar, perangai kasar. Masa kita duduk tahiyat, bersimpuh kita duduk tu. sopan sangat2. Maknanya ada benda yg tak betol dalam solat seseorang tu sehingga solat tu tak dapat mencegah sesorang daripada buat jahat.

Baik apa makna solat dalam syara' pulak. Solat ialah kata-kata dan perbuatan yg dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum angkat takbir, bukan solat. dah bagi salam bukan lagi solat. Habis. sebelum takbir bukan sembahyang. Selepas salam bukan semabhyang. senang ja. faham maksud, selesaila kekeliruan. Sebab sekarang orang keliru dengan perkataan 'Bidaah'. Contohnya menyapu muka selepas selesai salam, apa hukum dia ustaz? sebab ada orang kata bidaah. JAWAPANNYA, tak salah. sebab dah diluar solat. selepas salam bukan lagi solat. Nak korek hidung pun tak mengapa. Nak kentut pun takpa. Yang menjadi kesalahannya apabila kita dalam solat, asik2 menyapu muka, rukuk sapu muka, sujud sapu muka, tgh tasyahud lima enam kali sapu muka. sah2 la bidaah. Kita sekarang menyapu muka diluar solat, tapi dia ni menyapu muka didalam solat. Sah2la yg didalam solat itu yang menjadi bidaah.   Orang duduk kalut pasal bidaah x bidaah.  apabila kita faham maksud ia jadi mudah. Benda diluar ibadah walaupun nabi tak buat, kita tak boleh kata bidaah.. Sebab dia diluar. sebelum/selepas masuk ibadah.apabila kita faham makna sesuatu ibadah, selesai masalah.  Selagi mana orang tak faham makna, itu yang timbulnya bidaah. Dan mudahnya mengatakan orang lain bidaah.

Ok setakat itu sajalah, petang2 ni mengantuk sket. Nak buat pnjang2 karang tak larat nak membaca. insyaallah nanti L sambung. Apa yang baik datang daripada Allah dan apa yang buruk datang dari diri L sendiri. Selamat petang dan semoga sehat2 selalu.. Wassalam..~