Thursday, July 28, 2011

Turunnya syariat solat!

Salam, hamba yang hina in ink mulakan nafas baru dengan mengkongsikan ilmu, mengkongsikan pengetahuan bersama semua pembaca-pembaca. Dalam agama kita (Islam) solat tu menjadi kewajipan kepada kita. Dan solat juga merupakan ibdah yang pertama sekali di hisab pada hari akhirat. Kalu kita lulus elok, alhamdullilah, insyaallah semua amalan kita pun akan lulus. Sebab pa jadi macam tu? Sebab solat tu tiang agama. Kita kalu nk buat rumah pun kena ada tiang. Bukan setakat rumah, nk wat khemah pun kena ada tiang! So, sebagai ummat Islam, jom la kita salami, jomlah kita dalami bagaimana perintah solat tu turun . jom..=)

Syariat solat nie sebenarnya start dari peristiwa israk dan Mikraj. Dimana nabi Allah , rasulullah s.a.w dibelah dadanya dan disucikan hatinya dengan air zam-zam. Kemudian, baginda dibawa oleh buraq ke baitul Muqaddis ditemani oleh Jibril a.s. dari baitul Muqaddis tue, nabi dinaikkan ke langit pertama hingga ke tujuh. Allah memperlihatkan gambarn balasan dan kemungkaran hambaNya sepanjang kehidupan.

Ha!Peristiwa paling besar dan penting diterima Baginda SAW ialah perintah Allah supaya umatnya melakukan ibadat solat fardu. Sewaktu tiba di Sidratul Muntaha, Rasulullah SAW menerima perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya iaitu sebanyak 50 waktu sehari semalam. Sebaik menerima perintah itu, tanpa banyak bicara Rasulullah SAW dan Jibril bersiap untuk turun ke bumi. Pada ketika itu, Baginda SAW bertemu Nabi Musa yang bertanyakan hal itu. Selepas mendengar penjelasan Rasulullah SAW, Nabi Musa berkata: “Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan itu tidak akan terdaya dilakukan umatmu ya Muhammad.”

Rasulullah SAW dan Jibril pun kembali menghadap Tuhan. Selepas dipohon keringanan itu, maka jumlah solat dikurangkan kepada 40 kali. Apabila berjumpa dengan Nabi Musa kembali, dia meminta Rasulullah SAW menemui Allah Taala sekali lagi supaya jumlah itu dapat dikurangkan lagi. Beberapa kali Rasulullah berulang alik menemui Allah Taala, sehinggalah Allah mengurangkannya kepada 10 dan akhirnya menjadi 5 waktu saja. Nabi Musa masih merasakan umat Muhammad tidak akan mampu melaksanakan ibadat solat lima waktu itu tetapi Rasulullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah Taala kerana Baginda berasa malu untuk berdepan dengan Allah.

Biarpun jumlah solat dikurangkan menjadi lima waktu saja, namun ganjaran pahala mengerjakannya tetap menyamai ibadat solat 50 waktu. Dah tinggai 5 waktu dari 50.. apa lagi alasan kita kalu masih tinggalkan solat.. ? ayuh kita munasabah diri. Cukup kot setakat nie perkongsian saya. Hari lain kita pergi detail skeet pasal solat yer! Andai apa yang saya tulis nie ada salah silap, sya terima teguran, dan sya minx maaf !
Allahuakbar!

Bernafas kembali!!

harini ak kembali bernafas. huh. rasa keboringan hidup nih kalu x berblogging. urrrm. insyaallah kali nie ak akan berkongsi dengan semua pembaca mengenai semua ilmu. pergh! ak akan cuba sedaya upaya. ak xmampu untuk menyampaikan ilmu seperti penceramah-penceramah lain. tp ak akan gunakan media ini untuk ak berkongsi ilmu. aminn!! support ak yarh!

Monday, July 4, 2011

Meh Donlot Ramai2!!!


Mehla kita dengar ceramah ini ramai2.. insyallah. untuk kebaikan org islam. Marilah kita berjemaah. jgnlah berpecah!! jom dengar. sat ja donlot!! mohla kawan2. Umat Islam wajib bangkit semula!!!

Mediafire