Hadis.Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya, Rasulullah s.a.w. bersabda ; Demi yg diriku yang berada di tangan Allah sesungguhnya hampir akan turun kepada kamu anak Maryam yakni Isa yg menjadi hakim yg adil, maka akan dipecahkan segala Salib dan dibunuhnya segala babi, dan menghantarlah ia akan ufti maka mewahla keadaan pada masa itu sehingga tiada lagi mahu menerima sedekah pada masa itu. Hadis ini adalah hadis Hasan lagi Sohih.
Nabi sebut diakhir zaman akan diturunkan seorang nabi yg telah diutuskan dizaman dahulu yang bernama Nabi Isa a.s . Dan turunnya nabi Isa ni membawa kpd kita satu keadaan yang sgt adil(hakaman muksita). Yg kedua dia memcahkan segala salib-salib. yg ke tiga, dibunuhnya segala babi. Dan dia menghantar ufti perdamaian dan kata nabi berlambaknya harta pada masa itu sehingga tak da orang lagi dah nak amik sedekah. Inilah dia yg akn berlaku diakhir zaman. salah satu daripada sepuluh tanda2 kiamat yg besar yg belum lagi berlaku.
Maka kita kena ingat, nabi Muhammad adlah nabi akhir zaman, selepas Rasulullah tidak ada lagi nabi. Persoalan dia kenapa nabi Isa datang balik? katanya Al-quran telah sempurna, macam mana boleh datang lagi nabi? katanya hukum Islam sudah sempurna, apa sebab lagi kita perlukan nabi Isa. Disini jawapan dia. JAwapan pertama, Nabi Isa bukan nabi selepas nabi Muhammad. Dia adalah nabi sebelum nabi Muhammad. Cuma Allah tangguhkan kewafatannya,Allah angkat ke langit, Allah simpan disana. Yg kedua, turunnya nabi Isa bukannya membawa wahyu yg baru. Bila wafat nabi Muhammad, wahyu telah tutup. no more wahyu2. Tidak ada sebarang penokok tambahan bagi al-quran. Dia tidak membawa ajaran yg baru, dia tidak membawa hukum yg baru, dia tidak membawa syariat yg baru. sembahyng kita still sama lagi, malah nabi Isa pun sembahyang sama macam nabi Muhammad.
Baik, apa yg berlaku ketika nabi Isa datang. Pada masa itu, alam ini akan jadi makmur dibawah pemerintahan nabi Isa. Jadi kita ni ummat Islam tak habis2 bergaduh, jwapan dia senang saja, tunggu nabi Isa turun, baiklah kita nanti. Tak bergaduh dah. Tak maki hamun dah, tak saman menyaman, tak fitnah memfitnah, takdak dah semua tu. sekarang ni sabar la banyak2, bertenang sahaja. Mmg manusia ni akan bergaduh, sehinggalah nabi Isa turun baik belaka jadinya. Dan semasa turunnya itu tiada tinggal lagi orang kafir. Kenapa pada zaman nabi Isa turun keadaan jadi aman? jawapannya ialah orang kapir semua pakat mati habis. lambang kafir tu mati ialah babi tu mati. Bila babi tu dibunuh oleh Nabi Isa, takdak dahla orang kafir.
Faham daripada hadis ni, orang ni dok jadi jahat pasal babi ni duduk ada. Babi yg ada tulah orang duduk makan, maka pakat jadi jahat. Jadi kalau kita nak bagi baik manusia ni, babi tu kena buang. Jangan duk bela. Kalau depa nk beli jugak babi, import dari Hong kong. Jgn bagi bela kat tanah orang Islam ni. Kami tak makan babi, kamu nk makan babi, import dr thailand. Babi ni kotor, bukan setakat orang Islam sahaja tidak boleh makan. Orang kapir pun takboleh makan. Srupa la dengan arak, arak ni bukan orang Islam saja tak boleh minum, orang kapir pun tak boleh. Serupa la dgn judi bukan orang Islam sahaja tak boleh, orang kapir pun tak boleh. Sebab tak elok.
Yg kita pulak harini, orang Islam tak boleh berjudi, orang Kapir nk berjudi bagi. Orang islam tak boleh nk makn babi, orang kafir nk makn babi, mkn la ustaz, tak apa. orang islam tak boleh minum arak, orang kapir nk minum arak, minumlah Ustaz..yg herannya pulak, bila dadah, 2 2 tak boleh isap. Dadah, babi, arak, judi, kan sama. Haram belaka. Kenapa oarng kafir isap dadah tangkap, tak payah la tangkap. tangkap orang Islam isap dadah sudahla. Kalau dadah, orang Islam tak boleh isap, orang kafir pun tak boleh, samala dengan babi. Kalau meniaga arak bagi orang kafir boleh, buatla kedai meniaga dadah bagi orang kafir. Kenapa tak bukak? 'Kedai Dadah'. sekarang yg ada kedai arak, kedai judi. Buat satu kedai dadah untuk orang kafir sahaja, orang Islam dilarang masuk .
urm... ni panjg lagi nih, bab salib tak hurai lagi.. nanti ada orang yg marah pulak.. haha. k ah.. setakat ini sahaja kut penerangan hadis daripada Rasulullah s.a.w. semoga kita buleh ambil ilmu daripadanya. L minta maaf andai ada yg tak paham, itu saja kot yg L mampu..=) apa yang baik datang daripada Allah, dan yg buruk datang dari diri L sendiri. Semoga hari kita sentiasa dirahmatiNya.. amin..