Monday, September 17, 2012

Selamat Pagi!



Assalamualaikum. Ketika ini, saat ini, ada yg masih lena dibuai mimpi, ada yg sedang menghupdate blog, ada yg sedang membuat kerja, ada yg sedang berenang di lautan, ada yg tengah makan pagi. Tapi sedarkah kita bumi kita sedang mengelilingi orbitnya . Tapi xdak sorang pun yg rasa pening. Hebatnya ciptaan Allah sehinggakan tiada siapa yg mengadu , aku takleh nak buat keje la, bumi asyik dok pusing ja. Subhanallah33.. Pagi ini marilah kita bersyukur pada Allah kerana masih memberi kita kesempatan dalam meneruskan kehidupan . Allah2.. Selamat pagi semua!

Wednesday, September 12, 2012

Langkawi


Assalamualaikum w.bt. Alhamdulillah hari tamatlah perkemahan unit beruniform. Letih memang letih. Ditambah pulak dengan masalah yg tiba2 muncul. erm. "Ya Allah, Aku malu untuk meminta pada Mu dengan segala dosa yang telah ku lakukan, Tapi hanya Engkau sajalah tempat ku meminta, Ya Allah, kuatkanlah aku..... " Besok L ada program anak angkat+big(bina insan guru) di Langkawi.. 3hri 2mlm. oOOoooOOOO. Banyak Baju ta sempat basuh. Tapi nasib baik ada orang tolong basuhkan sikit. =) Insyaallah pagi2 lagi besok L angkat berangkat ke sana. Kalau jumpe sana tegur2 la erk.. =P nak cekelat tak? Daim? Kisses? huhu Doakan perjalanan aktiviti kami di sana. Seandainya jodoh kita panjang, insyaallah nt kita jumpa lagi.. Kalau ini post terakhir L, L minta maaf dengan semua senadainya terkasar bahasa, L hanya melawak dan tak berniat untuk menyakitkan hati sapa2. Ok Selamat menjalani kehidupan seperti biasa. L doakan kita semua berjaya di dunia dan akhirat! Sebelum berkahir arena persuratan ini, marilah kita sama2 berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w . Allah2.. bye.=)

p/s mood: sedih

Sunday, September 9, 2012

Quick n DOne!


Assalamualaikum sahabat semua. Harini smpai Rabu ni L ada
perkemahan unit berunifom. alahai.. huu Doakan
keselamatan kami semua yerk. 
I'll miss u Oll.
Akhir sekali, sebagai tanda kasih dan syg kita,
 marilah kita sama2 berselawat ke atas junjungan
mulia Nabi Muhammad S.A.W.

p/s siapa yg cuti, selamat bercuti dan bermesra bersama keluarga... dan siapa yg mula bekerja/sekolah semoga harimu sentiasa ceria dan diberkati.=)

Monday, September 3, 2012

Inilah insan yang WAJIB kita CINTAI!!!

Assalamualaikum. L nak story seket citer sedih pedih punya . L meleleh berapa kali dh ni. k hayati. jom.

Siapa yang paling kita cintai di atas muka bumi ni? Kita tidak boleh mencintai orang lain lebih daripada mencintai pada Rasulullah s.a.w. Siapa pun berhimpun dihadapan kita, tidak boleh kita atasi lebih dari rasulullah. Hatta ibu kita sekalipun, ayah kita, suami, isteri sekalipun, xboleh mengatasi Rasulullah s.a.w.

Gigi nabi patah, kaki nabi berdarah, pasal nak cakap Islam pada kita. Apabila kaki nabi berdarah, masuk darah tu dalam kasut yang baginda pakai, sehinggalah bila nabi lari, bunyi darah tu, 'clap2, clap2.clap' macam bunyi kita pijak air. Kenapa nabi dibuat sedemikian? kerana menyampaikan Islam. Siapa yang halau nabi? siapa yg nak bunuh nabi? Orang yang nabi dakwah. Orang-orang suruh budak2 muda, budak2 kecik pukul Muhammad, pukul muhammad, baling batu. Smpai Rasulullah duduk berundur, keletihan, sakit duduk berehat sebentar.  Menyandar dipokok, datang malaikat, "wahai rasulullah, allah utuskan padaku untuk tnya padamu, apa yang kamu nk buat pada penduduk2 thaif? kamu nak aku hempap mereka? kamu nak aku hantarkan pada mereka gempa bumi? puting beliung? hancurkan mereka. cakap sahaja Muhammad." Jawap rasulullah , aku tidak mahu buat apa2. Malaikat bertanya lagi, bukankah mereka telah memukul kamu, bukankah mereka telah menolak kamu?. Jawab nabi,ya, aku cuma ingin meminta supaya mereka diberi hidayah oleh Allah.  Kalaulah mereka dihancurkan sekarang tidak akan ada lagi orang yang beriman di Thaif. Sekarang yg menolaknya ialah bapa mereka, mungkin suatu hari nanti anak2 mereka akan beriman pada Allah. Kalaulah anak2 mereka dan bapa mereka menolak Allah, moga cucu-cucu mereka yang akan beriman dengan Allah. Nabi mendoakan umat dia suapaya mendapat hidayah. tengok manada nabi minta kehncuran pada sesama umat dia. Nabi Muhammad dengan penuh kasih sayang, itu rahmat. Tak rasa sayang lagi ka dengan Rasulullah? hah? Nabi hidup dengan kasih sayang..

Tengok betapa sayang nya nabi pada kita. sebab pa nabi sayangkan pada umat dia? sebab dia nak kita sama-sama masuk syurga. Tapi berapa bnyak diantara diri kita ni yg sayang nabi s.a.w. Nak selawat pada nabi pun takmau, nak ikut sunnah nabi puuuuuuuun takmau, nak sebut nama nabi Muhammad puuuuuuuuun takmau. Nak amalkan sedikit sunnah nabi pun tidak sedikit teringat. astaga. Jiwanya teringat ke tempat lain,jiwanya teringat ke hollywood, bollywoood, kpoooooop,  jiwanya langsung tak teringat pada Madinah,tempat jasad rasulullah dikebumikan.  Tak teringin pun nak pergi ke madinah, yang dia nak pergi Disneyland, yang dia nak pergi US, UK, Korea. Itu sahaja yang menjadi kecintaan dia. Wahai pembaca, bacalah sirah Nabi Muhammad s.a.w. Bacalah sirah nabi bagaimana nabi layan isteri2 nabi. cuba bukak kitab2, tidak ada isteri2 nabi yang tidak puas hati dengan Rasulullah s.a.w.

NI cinta kita pada rasul. Kenapa kita WAJIB cinta pada rasulullah s.a.w? Sebab rasulullah menyanyangi kita. KIta sayang tak diri kita? kompemla kita sayangkan diri kita kan.. Okeh. nk gitau satu secret, Rasulullah s.a.w sayang pada diri kita lebih daripada kita sayang diri kita sendiri. adakah kita betul2 sayang pada diri kita sebenarnya. Berapa ramai yang beristigfar? Berapa ramai yang minta ampun lepas buat dosa? Kita xsayang diri kita. Kalau kita sayang diri kita, kita tidak akan mengumpat orang. Kita mengumpat orang, lidah akan dipotong dihari kiamat. Kita sebenarnya tak syg diri kita, mata kita duk tengok gambar2 lucah. Kalau kita syg pada diri kita kita xkn tgk video2 lucah. Sebab kita takut mata kita akan dibakar dihari kiamat.  Kalau kita syg diri kita kita tidak akan mendengar Fitnah, sbb mendengar fitnah sama darjat dgn org yg menyebar fitnah. Kita tak syg diri kita sbb tu kita jarang bersedekah, sedangkan sedekah itulah yg menyelamatkan kita daripada azab kubur. Kita sangat berkira.

Apabila malaikat maut datang untuk menjemput Rasulullah s.a.w. Inilah malaikat yang akan jumpa kita nanti. malaikat yg mengurangkan manusia diatas bumi dan menambahkan manusia dibawah bumi. Malaikat tanya nabi, kat orang lain dia takkan pernah tanya, hanya pada Nabi Muhammad sahaja. 'wahai muhammad, allah utuskan aku utk mencabut nyawa kamu, itupun kalau kamu izinkan aku wahai Muhammad.' kata rasulullah, aku izinkan wahai malaikat maut, aku izinkan. tetapi dengan satu syarat aku nak jumpa dengan kekasih ku Jibril a.s. Jibril pun turun,Rasulullah pun bertanya pada jibril. 'apakah yang Allah sediakan pada aku seandainya aku mati wahai Jibril?' JIbril menjawab, muhammad, pintu langit terbuka untuk kamu, pintu syurga terbuka untuk kamu, berbaris para nabi rasul menunggu kamu, berbari para malaikat dan bidadari menunggu kamu wahai Muhammad .Nabi jawab, 'bukan itu yg aku mksudkan Jibril.Aku ingin tahu kalau aku mati sekarang apa yang Allah akan berikan pada UMAT aku sekarang?' Subhanallah.. meleleh air mata sih!!! nabi hanya sanggup pergi, dan sanggup pergi dan sanggup pergi hanya bila dia puas hati apa yg Allah nak bagi kepada kita. Subhanallah.......

Jibril kata, Muhammad, Allah sayang pada kamu, Allah sayang pada umat kamu. Umat kamu ialah umat yg paling awal dibangkitkan di hari kiamat. Umat kamu ialah umat yg paling awal dihisab. Umat kamu ialah umat yg paling awal dimasukkan ke dalam syurga. Bila dengar kata2 jibril, nabi senyum, dan berkata wahai malaikat maut cabutlah nyawaku. Jibril bertanya pada Izrail, kamu kenalkah nyawa siapa yg kamu mahu cabut ini wahai Izrail. Izrail menjawab, aku kenal, inilah Muhammad bin Abdullah kekasih Allah yang paling mulia. Jibril kata, kalau macam tu, wahai malaikat maut kamu cabutlah nyawa baginda dengan sehabis habis perlahan. Kata Izrail,, tiada manusia yang aku cabut nyawanya sehabis habis perlahan melainkan nabi Muhammad s.a.w. Nabi MUhmmad yang takda dosa pun, berkerut dahi menahan sakit apabila dicabut nyawa baginda. Bayangkan wahai pembaca kalau kita mati macam mana? Bayangkan dosa kita, dosa pada mak kita, ayah kita, anak2 kita, jiran2 kita, sahabat2 kita. Mak bapak kita jerkah mereka. anak kecil kita, kita tolak kepalanya, kita tamparnya, kita pukulnya. Bayangkan bagaimana dengan saat kita nak mati.... Berapa banyak dosa kita.. Dosa kita mengumpat dosa kita mencarut, dosa kita memaki dosa kita berzina, dosa kita minum arak dosa kita blablablabla.. nauzubillah. Macam mana keadaan kita nk mati nanti wahai pembaca........

Masa itulah ketika nabi ditarik nyawanya, nabi kata, sakitnya mati...... sakitnya sakaratul maut. Jibril pada masa itu taknak tengok muka rasulullah. Jibril kalih(tengok) belah lain, nabi pegang jibril, nabi kata, kamu tidak mahu lihat aku ka wahai jibril? Kata JIbril bukan aku tidak mahu melihat kamu wahai Muhammad. Aku tidak sggup melihat manusia paling agung sakit. Nabi bertanya pada Jibril, beginikah sakitnya mati? Jibril jawab, umat kamu lagi sakit daripada kamu wahai Muhammad... Kata rasulullah, sakitnya mati wahai JIbril, kalau beginilah sakitnya, aku yakin umat aku tidak akan mampu menahan kesakitan mati, Wahai jibril sementara aku boleh bercakap ini, kau cakaplah pada Allah, biarlah aku tanggung kesakitan mati kesemua umat aku. Biar aku sorang sahaja yang tanggung sakit ini. Biar umat aku tidak sakit. Tolonglah minta pada Allah wahai Jibril. JIbril kata tak boleh Muhammad, umat kamu lah yang menanggung sakit mati mereka, banyak dosa mereka, beratlah mati mereka. Banyak pahala mereka, Ringanlah mati mereka. Nabi menangis ooooooooooooi....... 'aku tidak boleh tolong umat aku'. Naik roh smpai ke pusat, nabi sebut, jagalah SOLAT, naik lagi diatas, nabi kata jagalah WANITA, sampai atas lagi nabi masih sebut, umatku,umatku,umatku.

Siapa umatku? kita semua.... Punya sayangnya Rasulullah pada kita.. Taktau nak habaqla kan.. Smpai nk wafat pun masih sebut nama kita.  Sehinggalah nabi dibagunkan pada pdg masyar, nabi tanya aina umati? dimana umatku? subhanallah33... sebab itulah kita WAJIB sayangkan Nabi Muhammad S.A.W. L dah tak tahan dah ni. sebak. nak cerita pun sebak. L berenti takat ni dulu. nt L bw. sedih sgt. k. SEmoga hayati semua. L hanya kongsikan apa yang L dengar, apa yang L ingat, apa yg L belajar. erm. apa yg buruk datang dari diri L, apa yang baik datang daripada Allah. Assalamualaikum.

p/s sori pnjang