Penggunaan komputer notebook menjadi  sangat praktikal kerana keupayaannya untuk dibawa ke mana-mana dan boleh  digunakan tanpa memerlukan soket elektrik. Sesetengah komputer notebook  yang terkini boleh bertahan selama hampir 4 jam dengan  menggunakan bateri. Namun begitu, sekiranya anda perlu menggunakan  komputer notebook untuk jangka masa yang panjang di satu-satu tempat di  mana punca elektrik tidak didapati atau anda tertinggal adapter kuasa  untuk komputer notebook anda, tips-tips berikut mungkin boleh membantu:
1. Penjagaan bateri dengan baik.
Bateri perlu dijaga dengan baik  untuk memanjangkan jangka hayat dan prestasinya. Kaedah yang terbaik  untuk penjagaan bateri ialah dengan memastikan bateri digunakansecara  maksimum sebelum dicas semula. Pengguna juga dinasihatkan supaya  menyambungkan soket kuasa kepada komputer notebook hanya apabila amaran  low battery diberikan walaupun soket kuasa boleh didapati di tempat  kerja. Secara mudah, habiskan
kuasa bateri anda dahulu dan baru gunakan soket kuasa.
2. Lakukan defragmentation secara berkala.
Fungsi disk defragmenter adalah  untuk menyusun semula kedudukan data di dalam hard disk supaya ianya  tersusun rapi dan berada dalam kedudukuan yang berhampiran di antara  satu sama lain. Apabila kedudukan data berada berdekatan di antara satu  sama lain, hard disk lebih cepat untuk mendapatkan data yang  diperlukan dan penggunaan tenaga untuk hard disk dapat dikurangkan.  Sebaiknya, lakukan
disk defragmenter pada kadar seminggu atau dua minggu sekali.
Untuk melakukannya, klik Start Menu – All Program – Accessories – System Tools – Disk Defragmenter, dan gunakan paparan yang disediakan.
3. Gunakan fungsi Hibernate untuk memadamkan komputer.
Kebiasaannya, pengguna komputer  akan memilih untuk menggunakan pilihan Shut Down untuk memadamkan  komputer. Selain daripada Shut Down, komputer juga sebenarnya boleh  dipadamkan menggunakan pilihan Hibernate.
Shut Down berfungsi menutup  semua aplikasi yang dijalankan oleh sesebuah komputer sebelum memadamkan  kuasanya. Apabila komputer tersebut dihidupkan semula, semua aplikasi  yang perlu dijalankan oleh sesebuah komputer termasuk antivirus,  rangkaian dan aplikasi pejabat dihidupkan semasa proses booting iaitu  semasa komputer baru dihidupkan. Proses mengaktifkan kembali kesemua  aplikasi yang diperlukan oleh komputer kadang kala mengambil masa yang  agak panjang dan menggunakan lebih banyak kuasa bateri.
Hibernate pula berfungsi dengan  menyimpan maklumat mengenai kedudukan terakhir aplikasi-aplikasi yang  sedang aktif dalam sesebuah komputer sejurus sebelum ianya dipadamkan.  Apabila komputer tersebut dihidupkan semula, sistem pengoperasian tidak  perlu memulakan semula semua aplikasi yang diperlukan dari awal,  sebaliknya sistem akan merujuk kepada maklumat yang telah disimpan tadi  supaya komputer
dapat kembali kepada keadaan terakhir sebelum dipadamkan.
Analoginya, ia umpama kita  menyimpan permainan komputer pada peringkat tertentu supaya apabila kita  hendak bermain permainan tersebut pada keesokan harinya, kita tidak  perlu bermain semula dari peringkat pertama sebaliknya kita  boleh menyambung pada peringkat yang telah kita tamatkan. Ianya  menjimatkan masa booting dan apabila menyentuh tentang penjimatan masa,  ianya sudah pasti juga menjimatkan bateri.
Namun begitu, perlu diketahui  bahawa penggunaan Hibernate menggunakan sedikit ruang hard disk untuk  menyimpan maklumat. Tidak banyak, lebih kurang 200 – 500MB sahaja  berbanding jumlah minimum 80GB yang dipunyai oleh komputer baru yang  paling asas di pasaran pada hari ini.
Memaksimumkan penggunaan bateri.
4. Kurangkan kecerahan skrin (brigthness).
Kecerahan skrin boleh  mempengaruhi penggunaan bateri. Semakin cerah penggunaan skrin, semakin  tinggi penggunaan bateri. Oleh itu, kurangkan kecerahan skrin untuk  memaksimumkan penggunaan bateri.
5. Elakkan memainkan lagu dan penggunaan disc drive.
Pada waktu yang memerlukan  penggunaan bateri yang maksimum, elakkan memainkan lagu sebagai hiburan  ketika melakukan kerja kerana ia memerlukan tenaga tambahan untuk  speaker komputer dan menjalankan aplikasi pemain media. Elakkan juga  penggunaan disc drive sama ada CD-ROM atau DVD-ROM, apatah lagi  memindahkan data ke dalam CD-RW atau DVD-RW kerana ia menggunakan tenaga  yang banyak.
6. Laraskan Power Option.
Power Option boleh dilaraskan  untuk memberikan penjimatan tenaga yang terbaik di saat-saat yang  diperlukan. Power Options boleh didapati melalui menu Control Panel Bagi  pengguna biasa, tetapkan Power Options kepada Laptop / Portable  atau pilihan yang lebih baik. Sekiranya anda lebih mahir, laraskan  tempoh yang optimum berdasarkan penggunaan anda untuk komputer  memadamkan skrin, hard disk serta masuk ke mod standby dan hibernate.
7. Padamkan fungsi Wi-Fi.
Kebanyakan pengeluar komputer  notebook menetapkan supaya fungsi Wi-Fi diaktifkan setiap kali komputer  dibuka. Fungsi ini boleh dipadamkan untuk menjimatkan tenaga kerana  kelengkapan Wi-Fi di dalam komputer notebook juga menggunakan  tenaga yang banyak.
8. Elakkan membuka aplikasi yang tidak digunakan.
Elakkan membuka banyak aplikasi  yang tidak digunakan. Aplikasi yang tidak digunakan tetapi dibiarkan  aktif akan mengurangkan ruang memori RAM yang boleh digunakan oleh  sistem dan kadang kala menggunakan processor. Dalam keadaan ini,  processor akan lebih banyak digunakan untuk menguruskan penggunaan RAM  yang terhad dan akibatnya kuasa bateri akan cepat habis.
9. Elakkan penggunaan peralatan menggunakan USB.
Peralatan tambahan seperti  speaker, kipas penyejuk, lampu kecil, pengecas bateri telefon dan  sebagainya yang menggunakan USB mengambil tenaga elektrik dari  komputer melalui sambungan USB. Penggunaan peralatan-peralatan  sedemikian perlu dielakkan sekiranya keutamaan pada satu-satu masa  adalah untuk memaksimumkan penggunaan bateri.
10. Gunakan fungsi sleep dan hibernate dengan betul.
Satu lagi fungsi yang boleh  menjimatkan penggunaan bateri komputer ialah Sleep. Fungsi Sleep  berfungsi dengan meletakkan komputer pada keadaan tidak berfungsi tetapi  masih hidup bagi menjimatkan penggunaan bateri. Ianya sangat  efektif sekiranya pengguna tidak menggunakan komputer untuk beberapa  minit dan apabila fungsi Sleep diaktifkan, semua kelengkapan komputer  notebook yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak seperti skrin dan  hard disk dipadamkan manakala processor diaktifkan pada kadar yang  paling minimum.



4 comments:
info menarik!! thx L
4. Kurangkan kecerahan skrin (brigthness)....
aku slalu maximumkn brightness sreen lptop ak...
klu glp sgt x nmpk...huhu
*screen
ha4 xper2 ikut keselesaan laaa, tp nt mater ko la plak yg akn skit
Post a Comment