Assalamualaikum wbt. Dah lama L xupdate. Kali ni L nk kongsi seket ilmu supaya menjadi Inzar(peringatan) kepada kita semua.
Jika
dilihat perkataan Maha Penyayang , lebih dua ratus kali tercatat di
dalam Al-Quran. Kasih sayang itu meliputi kurniaan nikmatnya yang tidak
mungkin dapat diberikan oleh manusia mahupun jin, mahupun berkumpul jin
dan manusia dan bersatu untuk memberikan nikmat itu kepada sesama
mereka, takkan pernah sama.
Antaranya, nikmat siang dan malam (perjalanan bintang yang teratur),
tidur, nyawa, nafas, sistem tubuh yg sytematik, benih-benih yang
menjadi makanan (tumbuh-tumbuhan dan haiwan) dan terlalu banyak lagi
nikmat Allah itu yang jika kita ingin menyebutnya, sampai mati
masih belum tentu habis disenaraikan.
Firman-Nya;
Terjemahan : Surah An-Nahl [16] : 18
18. Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungkan jumlahnya (kerana terlalu banyak). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Maksudnya,
manusia itu sangat-sangat lemah. Seandainya Allah memerintahkan semua
manusia bersyukur atas segala nikmat-Nya satu persatu, maka tiada satu
pun manusia yang mampu menyenaraikannya.
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang bertaubat kepada Allah Ta’ala sebelum matahari terbit dari barat, (maka) Allah menerima taubatnya.” Imam Muslim
Setiap
anak Adam pasti melakukan kesalahan dan tidak ada satu manusia pun pada
zaman ini tidak melakukan dosa samada kecil atau besar. Tetapi sesuatu
yang wajib kita ketahui, bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang dan akan mengampuni siapa sahaja yang bertaubat kepada-Nya
kecuali saat matahari terbit dari barat dan saat nyawa sedang dicabut
(Rujuk : An-Nisa’ [4] : 18]).
11 comments:
semoga dapat jauhkan diri drp sikap yg tak baik ni... risau juga kot2 lupa diri..
terima kasih..info yang sangat membantu dan mengingatkan shekechik yg kerdil ni..
semoga kita dibuka pintu hati untuk bertaubat..amin =)
Manusia (termasuk JR) seringkali terlupa, sebab itu kita digalakkan selalu ke majlis2 ilmu utk menyegarkan ingatan kita kpd Allah...
kita nie milik Allah...
Allah pasti sayangkan kita, jika selalu ingat pada-Nya...
My recent post : Jom Serta : Projek Bloglist 2013 MQ-Network
assalam L..terima kasih atas perkongsian ini..
"Janganlah berputus asa terhadap rahmat Allah kerana putus asa itu sifat orang kafir." ske ayat nie...
terima kasih atas perkongsian.
yups
jgn berputus asa
nice entry :-)
memang x terhitung nikmat ALLAH bg,tp kite manusia selalu leka dan lalai kan
alhamdulillah semoga anda di kasihi ALlah kerana menyampaikan ilmu yg sgt bermanfaat ini.
org seperti anda semakin kurang skrg ini.
entry penuh hikmah, sejuk hati membacanya..terima kasih L.alhamdulillah :)
Post a Comment