'Sesiapa yg menyerupakan Allah taala dengan sesuatu daripada makhluk2 Allah, maka sesungguhnya orang itu ialah kafir'. Sesiapa yg menyamakan sifat Allah, keadaan Allah, dengan mana2 makhluk, samada disamakan pada perbuatannya @ pada sifatnya @ pada zat tuhan maka orang yg menyamakan tadi dipanggil sebagai syirik/kufur.
Apa yg dikatakn dengan menyamakan Allah dengan makhluk? Mungkin kita menyamakan Allah taala dengan makhluk dari segi ketaatan. Dengan makhluk ni, ada masanya kita kena taat,ada masa kita tak pyah taat. Dengan mak bapak, ada masanya wajib taat ada masa xwajib taat. Dengan suami, ada masa wajib taat, ada masa xwajib taat. Tetapi dengan Allah sentiasa kene taat. Kalau dengan Allah pun ada masa kita taat, ada masa tak taat, maka kita akan jadi kufur terhadap tuhan. Kita anggap boleh kita cari pilihan yg lain. Macam manusia, tak berkenan dengan A, dia cari B, xberkenan dengan B dia cari C. Kalau dia wat macam tu pada tuhan hukumnya kafir. Kalau tak berkenan dengan hukum Allah yg ni kita cari hukum yg lain. kalau tak bersetuju dengan peraturan ini kita ambil peraturan lain, boleh menukar-nukar peraturan. Jadi menukar-nukar peraturan itu hukum dia kafir laa.
Itula maksudnya, Dengan tuhan tetap. kalau Allah kata A, A laa. Kalau Allah kata B, B la... Tidak ada pilihan daripada kita. Kalau ada pilihan pun daripada Allah juga. Kamu tak boleh puasa(sunat), baik bagi makan orang miskin. Kamu tak boleh sembahyang berdiri, baik, sembahyang duduk. ada pilihan. dan pilhan itu juga mesti daripada Allah. Tak boleh kita sendiri pilih. Saya malas pergi haji ustaz. Di mekah habuk banyak sekarang tengah panas, saya cadang nak buat haji kat malaysia ja ustaz. pilihan macam itu tak boleh buat. kalau buat kafir kita. sebab kita mewujudkan satu peraturan baru. Kalau tak boleh berwuduk, tayamum. Tayamum tu pilihan tuhan. bukan saja2 kita pandai2 buat.
Allah kata "sesungguhnya Allah maha mengetahui". Tiba2 kita kata Allah bukan tahu semua. Masa bila ustaz saya kata Allah tak tahu semua ? masa bila saya cakap? Allah maha mengetahui ustaz. Tak. Kamu cakap Allah bukan tahu semua . Bukankah awak ada cakap, hukum Islam tidak sesuai pada masyarakat berbilang bangsa. Maknanya Allah tak tahu di Malaysia ini ada masyarakat berbilang bangsa. Maknanya kamu kata tuhan tidak tahu. bila kamu kata tuhan tak tahu itu bermakna kamu telah menganggap Allah macam makhluk. Maka orang yg berkata demikian, kafir la namanya. Ya, jadi kita kena faham betul2. Tak boleh mensifatkan ALlah macam makhluk. Seperti dia berkata, tuhan pun penat ustaz. Yela banyakk benda dia nak jaga. Kafir orang kata macam tu. Tuhan bukannya tahu semua, yerla mana nak tahu semua, banyak benda nak ingat. Kafir orang kata macam tu. Kadang2 tuhan pun nk rehat, nak tido jugak. kafir. Tuhan bukan macam mkhluk. Makhluk ni tak buat apa pun letih. Tak buat apa pun mengantuk. Macam L pagi td bukan buat apa pun, dok saja ja. mengantuk. tuhan takdak letih. tuhan tak mengantuk.
Sabda nabi;" sesunguhnya ummat aku akan berpecah kepada 73 golongan, maka satu puak sahaja yg akan masuk syurga dan 72 lagi berada didalam neraka."
Kita fikir2 la duduk dimana. Di malaysia sekrang ni heboh pasal syiah. Golongan yg mengagungkan Saidina Ali. Mereka mengkafirkan semua sahabat nabi. Dia ada pengikut beribu2, ada tok guru kuat . Sekarang, tok guru dia ada menetap kat pendang, kedah. Depan masjid kita masjid dia, kita sembahyang, dia pun sembahyang. Tapi dia mengkafirkan semua sahabat walaupun sahabt2 ini ada yang telah dijamin syurga oleh Allah. SEmbahyang macam biasa, kepiah macam kita, pakai kain pelikat macam kita jugak. Maka golongn ini lah yg nabi sebut, berpecahnya umat Islam kepada 73, satu sahaja yg betul. Mudah2 mudahan kita itu la yg betul.
Dosa yg paling besar diantara dosa2 yg besar ialah yg pertama syirik dan yg kedua ialah derhaka kepada mak bapak. kita semua dah selalu dengar pasal syirik ni kan. tapi L nnk story jugak seket, bagi rekol back.. SYirik terbahagi kepada 2. Syirik khafi dan syirik jali. Syirik khafi syirik yg tersembunyi. apa? riak.. apa? menunjuk.. apa? buat bila ada orang. xbuat bila takdak orang. Kalau orang tengok lagi elok dia buat. Kalau orang tak tengok dia buat cincai saja. itulah namanya riak. Yg kedua dipanggil syirik jali. iaitu syirik terang-terangan. mempercayai tuhan yg lain selain Allah. ataupun melakukan sesuatu ibadat bukan kerana Allah. Contoh; ada orang yg pergi sembahyang di masjid, bukan kerana Allah , mari kerana nak tunjuk muka dia. Nanti kalau dia demam, sakit, mati, musibah, dia mengharapkan orang tolong dia. sebab dia kaki masjid. sebab dia kaki jemaah. inilah salah satu bentuk syirik yg kita takkan pernah perasan. Mmg dia nampak macam sembahyang tapi niat dia sembahyang bukan lagi kerana Allah. Niat dia sebab nk bagitau dia adalah ahli jemaah.
Cuba kita lihat pada tokong hindu. Dia samakan tuhan dia dengan manusia. Dia bentukkan tuhan dia macam orang. Cuba kita pergi tanya pada orang hindu, kenapa tak dibentukkan patung tuhan mereka macam tuhan? Kenapa bentukkan patung hindu macam rupa orang. BUatla macam rupa tuhan.Jadi dia akan jawab, rupa tuhan macam mana? DIa pun tak pernah tengok. Sebab tu dia bygkan tuhan tu macam bentuk orang. Dengan baju tak pakai, dengan boroi, pusat nampak, tangan, mata , kaki ada. Itu bukan patung tuhan, itu patung orang. Sebab tu kita orang Islam tidak pernah melukis tuhan. Sebab kami sendiri tak pernah tengok tuhan. tapi kami yakin tuhan itu ada.Akhirnya dia sendiri pun tak tahu nak jawab, lama2 dia sendiri terajang tokong dia. inilah yg dinamakan jahil. Jahil pulak dibahagikan kepada dua. alahai panjang lagi la plak.. huhu. macam2 ko nak bahagikan yerk L. huhu..
Cukup kot takat tu, nk tahu lagi nt L citer plak k.. cukupla setakat ni.. ngantok kot . nak tido petang nih. Selamat membaca yer.. apa yg baik itu datang dari Allah. dan yg buruk tu datang dari L sendiri. Assalamualikum..=)
skip to main |
skip to sidebar
(al-Bukhari)
Sunday, February 19, 2012
Tuan Pengetua yg Ensem seket jerk!
- L
- i'm juz a simple guy, love to find sumthing new, love to say 'yes',ha3,never regret of anything wat i have done and i'm a bad guy! hahahaha
Jom bacer seket!
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” |
|
! ARRA AHMAD!
Jemnyer!!!!
Pemberi Semangatkuh
Get this widget
Award utk orang enseM!
Categories
mereka sudah femes.anda bile lagi.klik follow untuk femes.
Powered by Blogger.
82 comments:
kekadang keburukan tak boleh dialas dengan alasan semata-mata.
kena berubah dengan azam yg tinggi.. :)
astagfirullahazim..
kdg2 kita xsdar yg kita dah jd syirik..
moga Allah ampunkn dosa kita suma..Amin..
alaa...baru sy0k nak sambung bace yg jahil terbahagi kpd 2 tu~ 0keh...nanti sambung tau!
semoga kita termasuk dlm golongan satu yg betul tu~ amin~
jangan lambat sangat pause tau..
...........aku tinggalkan jejak dulu. nnti baca balik.
Memang banyak kali agaknya, tak sedar tersilap kata. Sedangkan Tuhan dah tentukan dan tahu semuanya.
Nauzubilillah minzalik.. moga2 kte sentiasa d beri hidayah menuju kebenaran Allah yg diredhai.. Insya-Allah.. biarlah segalanya ikhlas krn Allah.. :)
ok akak,, huhu L xkan pause lama sgt.. 2 3 hari nanti L buat la smbungan dia..=)
telo power- ok bro.. huhu, nt datang balik yer..=)
amin, semoga kita dapat hidayah dariNya.. amin..
tulah..zaman sekarang ni macam2 ada..
mereka dah mula fikirkan perkara2 yang mengikut logik akal tanpa ada ilmu~~
moga kita sentiasa ingat siapa diri kita dan menjauhkan diri dan hati kita dari sifat itu
betul tu akak, logik lebih diutamakan daripada ilmu.. huhu
nauzubillah..mudah2an dijauhkan daripada syirik..
perkongsian yg bagus..
nauzubillah.. mintak jauh dr perbuatan syirik..
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al An’aam:82)
ok kadang kala kita tak terlepas dari menyukutukan ALLAH kerana syirik kecil juga sering berlaku pada kehidupan seharian kita.
tapi kalu syirik besar tu...harap di jauahkan. mmg tak nak lah.
Moga ALLAH sentiasa menjaga kita semua dari melakukan perkara2 begini. AMIN
Subahanallah... semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNYA.. amin..
suke nak tinggal ayat2 yg x berapa nak best nie kat sini :
Hiduplah dengan iman walau hari dipenuhi dengan dugaan,
Berpegang teguhlah kepada ALLAH walau DIA tak kelihatan,
Bukti kasihnya kita wujud di dunia pinjaman ini..
wallahualam..
\\( ^_^ )// thanks datang jenguk blog CikUna..
L~...
nnti sy dtg blk eh....
mate ngantuk dh nie..
esk ade klass, huhu~.. "-_-
wah2..bgs2...dpt dah recall balik!
baek ustaz L! ^^
telor power-betul tu bro... kita kadag2 xsedar pun.. semoga dijauhkan laarr..=0
cik una-sedap ayat2 tuh..=)
tasha- hoho,, bagosla klau dah rekol.. huuu
reading through ur post n always getting somthing.. tq
:))
alhamdulillah same2 mengingati sesama kita..riak tuh syirik slalu ada dlm hti tanpa disedari.. moga kita terlindung drpd syirik secara sedar ataupn x..
Yap, mmg betoi Allah maha mengetahui semuanya.. apa yang berlaku ke atas kita semua atas kehendakNYA..
semoga di jauhkan segala amalan keji yg boleh meroskkan akidah kita semua
minx2 dijauhhhkn pkre syirikkkk..astaghafirullahhhhh
tq sudi mmbaca n drop komen...=)
Blaja pendidikan islam mse skola dluw.. tpi lpe mase form bpe.. huhu
astagfirullah.. jgn sesekali menyekutukan Allah dengan apa2 pun
uhh..kalau nak kira bape kali aku wat kesilapan2 ni, mau tak terkira kot..kdg2 kita sndr tak sedar.. -.-'
trimas!
kadang2 kita tak sedar kan... hurmmm...
waiting for next part. =)
syirik khafi...tersembunyi...moga-moga kita takkan sesekali ada syirik yg ni....ini yg bahaya..
assalamualaikum... moga kita dijauhkan dr segala2 yg menyekutukan Allah ini...nauzubillah..
alhamdulillah..
terima kasih kerana share :)
sebab tu la kita manusia ni sering melakukan kesalahan, samada perbuatan atau perkataan..
usahakan diri utk sering istighfar..
moga Allah s.w.t ampunkan dosa2 kita yang terdahulu..
betol lah tu...ilmu basic yg perlu ade kat setiap muslim...tapi hakikatnya, zaman skrg x ramai yg nak ambil tau pasal bab agama ni...
betul tu Iz.. kene banyak2 istigfar.. moga sentiasa ingat padaNya...
jangan menjadi kafir kerana tidak melaksanakan suruhan Allah, jangan jadi fasik kerana tahu suruhan ALLah wajib tetapi tidak melakukannya..
aduhhh .. tgk best duk baca tetiba dah smp hujung dah ..
Ya Allah .. byk perbuatan yang kita lakukan dah jadi kemurkaan Allah SWT ..
kak keeya- sedap ayat tuh akak..
kak fiza- kne bertaubat selalu la kita nih..urmm
kadang-kadang kita ter'menyekutukan Allah dengan perkara-perkara kecil tanpa kita sedari.
sebelum tido.celik mata.banyakkan mengucap dan sebut nama Allah. ;)
nampak..gua ada wawasan.
sesungguhnya saya insaf.. sob sob...
kadang3 kita tak sedar kita buat dosa... semoga dosa-dosa kita semua diampunkan. Amin,...
muga tidak dipengaruhi dengan sikap sedemikian,,,,
bagus sangat2 entry ni...akak teringat ttg isu hukum hudud...dan syirik kahfi tu biasanya org tak sedar..nauzubillah..
thanks L :)
nice entry :)
Kakak nak ketawa dulu bila L kata perut boroi tu. hihi....
Betapa Allah itu Khalik... terjadi dgn sendirinya tak boleh disoal-jawab lagi. Ketaaatan yg tak boleh kata sekejap ia sekejap tak.
L..ummi baru je dengar ceramah tentang bahaya Syiah kat Masjid di Kuching, harap semua berhati-hatilah, mereka sedang meluaskan pengaruh..
kak zakie- huhu.. lawak eh.. huhu.. mmg lawak kan perut bori jer.. lambang ketuhanan diorang kot..
ummi- betul tu akak.. sekrang ni tgh berleluasa. takutnya.. jagalah ahli keluarga kita.. jgn smpai tersesat..
semoga kita dijauhkan drpd semua sifat2 ni..
amin..
nice info .
thnks for sharing =)
semoga tak menyekutukn Allah sampai ke akhir kalam. amiin
paling takut bila menyekutukan Allah dlm x sedar sama ada dgn perbuatan atau dgn perkataan.
jangan sampai hat jadi hitam kerana tanpa sedar menyekutukan Allah... menakutkan...
yaa, betulkan akidah kita...
Alhamdulillah ,
info yang bagus :)
Semoga kita sentiasa berada di jalan yang lurus dan moga selalu diberkati Allah S.W.T .. amien ..
cik Iffah, amin.. semoga kita sentiasa diberkatinya...
Semoga kita dilindungiNYA...
Terima kasih atas kunjungan
buat dosa tanpa sedar kdg kala.
hmm.sama muhasabah diri dan
jadi lebih baik
Assalamualaikum L...
semoga kita semua dijauhkan dari perbuatan syirik tersebut...
Terima kasih dik atas prkongsian ni...
ok akak.. huuu. tq sudi baca..=)
aku suka entri nih
mengingatkan balik aku benda2 aku pernah belajar
sambung lah lagi
bagus untuk pembaca2 :-)
insyaallah L akan sambung lagi luse..=0
br ari nie smpat nk bc, hehe..semlm xsmpat lak...
nauzubillah min zalik..
moge2 kite xt'golong dlm kalangan org syirik, moge2 kite xt'golong dlm 72 group manusia yg xdpt msuk syurga tue.. huhu~...
thanks L coz share psl nie..
muhasabah dri jap...
Allah juga telah berfirman dalam surah luqman ayat 13 ; Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: " Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar ".
Terima kasih atas pengkongsian :)
huhu.. thx utk dalil quran tu..=)
betul2.. tak nampak, tapi DIA tetap ada =)
kadang-kadang dalam tak sedar kita menduakan DIA. subhanallah.minta jauhkan la.yang penting sentiasa la taubat tak kira la kita rasa ada buat dosa atau tak kan.tapi,nama pon manusia bese.konfem tak terlepas dari dosa
thanks for this entry , nice !
saya baca sampai habis even panjang nak mati hahaha .
mintak-mintak la dijauhkan daripada buat benda2 cmni
suke baca.. seronok.. betul3.. kita xpernah nampak tuhan..sebab tuhan itu tidak menyerupai mane2 makhluk ciptaan DIA.. :)
#nais job L..hee
alhamdulillah.. tq sdui baca yerk..
setuju..terfikir sejenak..
kkdg tak sedar.. aiyokk
mmg panjang,
pasal tokong hindu tu setuju sgt..
Allah butakan,pekakkan,bisukan,mereka..
hingga tak tahu mana yg benar.
Dan bila Allah ke hendaki sesiapa saja Allah akan campakkan hidayah.
lambat berkunjung ke sini..maaf ye..
harap2 kita dijauhkan la dari perkara2 menyekutukan Allah...
takot dgn dunia zaman skrg..trsilap plih guru,sesat la..
73 golongan? Boleh terangkan tak? Nak tahu juga
syirik khafi tu yg banyak jugak....risau kdg2 tu tkt tmsk dlm golongan tersebut.Ya Allah minta dijauhkan....amin
kak cinamon- xper,, tq sudi datang yer akak..=)
zahirah dzulkifli- urm... bnyk sebenarnya kalau nk terang pasal 73 golongan tu. cukupla kalau L ringkaskan mcm ni. 1 golongan yg masuk syurga tu ialah golongan yg mengikut sunnah nabi dan mengikut al-quran. dan 72 lagi tu, golongan yg jauh menyimpang dari ajaran nabi Muhammad iaitu Islam. kalau pasal golongan tu, terpecahnya islam kepada muktazilah, jabariah, syiah, khawarij,najariah, Musyabbihah,dan Ahli sunnah jama'ah.sekarang ni, dengan liberal,plural. dan sebagainya. semoga kita berada dijalan yg benar iaitu ahlul sunnah wal jamaa'ah
kdg kala tanpa kite sedar, kite ada menyekutukan allah dlm x sedar..nauzubillah
thanks L..banyak bnda y kdg2 kita xsedar kita dah buat slh kan..thankss mengingati..:)
L abis blaja bile?ngah prac ke?
L lagi 3 tahun lagi akak.. tahun depan baru prektikal..=)
artikel yg bgus...muge kita di jauhkan dr perkara seperti ini,.
Post a Comment