Sunday, February 26, 2012

Ko buat maksiat! Semua Kena!

Assalamualaikum, Entah kenapa pagi2 buta ni semngat nak hupdate blog... Ok harini L nk kongsi ilmu sikit, tapi serius panjang.. sori k. Semoga kita mengambil pengajarn daripadanya. YG baik amik, yg buruk buang.. ok jom layan...

Saidina Abu bakar membaca beberapa ayat daripada Al-Quran,yg bermaksud; 'wahai orang2 yg beriman, lazim olehmu atas dirimu apa-apa yg diwajibkan atas Allah s.w.t.(buat apa yg disuruh, tinggal apa yg dilarang),tidak memberi mudarat kepada kamu siapa2 yg sesat daripada hidayah'

Ayat ini memberi maksud, Kita buat amalan kita baik2, tidaklah kita menangung dosa orang yg berbuat maksiat. Tetapi kalau kita tidak mencegah, tidak melarang perbuatan maksiat yg mereka buat, bala akan turun pada keseluruhan orang. Dosa mereka mmg kita tak tanggung, tapi akibat kepada dosa merka, semua pakat tanggung. Kita tak minum arak, apa sebab kita nk dapat dosa minum arak. Kita tak jadi pengedar arak, mmg kita tak dapat dosa. Tapi apabila arak itu diminum dihadapan kita, kita tidak mencegah, penjualan arak dijalankan secara terbuka, tapi dengan sebab itu, halal Allah turunkan bala pada kita semua. Ha... ginila maksud ayat tu. Memang kalau kita kata, Aku peduli apa mereka nk minum arak, mereka punya pasal la. Memang kita boleh jawab begitu tapi, kalau Allah murka, dengan kita kita sekali kena.

Baik, kata saidina Abu bakar, lebih kurang macam ni la, kalau nk tulis jadi bunyi bahsa melayu lama sangat2.. takut tak faham, modenkan skit k. 'jangan kamu faham kamu datang surau, buat ibadat, kita jaga keluarga kita elok2, kita tidak lagi disoal tetang sekeliling kita'

Jangan kita faham kita takkan ditanya apa yg berlaku dihadapan, dibelakang, dikanan dikiri kita. Ada lagi persoalan diatas batang leher kita. Kata saidina Abu bakar lagi, sapa2 yg ada 'kuasa' tidak mencegah kemungkaran tersebut, maka halal turun bala Allah pada semua orang. Semua kena, tak kira yg baik ataupun yg buat mksiat. Petik 1 hadis Rasulullah s.a.w (selawat sikit) bersabda ; Bahwasanya sekelian orang apabila melihat mereka itu akan seseorang yg berbuat zalim tetapi tiada ditegah mereka daripada apa yg diperbuat oleh orang zalim, nescaya hampirlah Allah ratakan mereka dgn azab .

Sapa2 yg melihat sesuatu benda yg tak betul, dibiarkannya sahaja, ditegur pun tidak, dilarang pun tidak, dihentikan pun tidak, apa pun tidak, malah disokong pulak, dibantu pulak, maka kata nabi, rata la Allah turun bala. Apa benda yg Allah taala bagi bala pada kita? Ada 3 unsur.. nk tahu x? ok bagitau la, ilmu mana boleh kedekut kan. 3 unsur tu ialah,  air, tanah, angin. Allah bagi unsur daripada apa? daripada angin.Allah bagi kita taufan daripada angin yg sifatnya lembut, angin daripda kipas ni lembut ja, Allah kuatkan sikit kadar volume dia. Maka boleh menerbangkan rumah, boleh menghancurkan tanam-tanaman, habis semua. DEngan ribut taufan sahaja. Allah boleh bagi melalui air. Air ni sifat dia memenuhi ruang, kita isi dalam botol, dia ikut elok jer kan. Tapi Allah ubahkan sikit volume kekuatan air ni, dia mari serang kita, ranap habis, ratus ribu orang mati.  Begitu juga dengan tanah, kita boleh gondolkan bukit,  kita boleh tambak tanah, tapi kalau Allah kata tanah tu runtuh, runtuhla, takdak sapa boleh tahan.

Kita tgk cuaca panas sudah la, yg mari masjid pun kena, yg pergi disko pun kena. 40 darjah selsius. paling panas, lebih panas dari Kenya, Sudan. Negro mari Malaysia ingat tempat depa panas, rupa2 tempat kita lagi panas, balik terus depa. Ni yang kata rata semua. Kita yg ada aircon takpala. Camana orang yg kat rumah kipas pun takdak, aircon pun takdak.  Kalau yg ada kipas , pasang kipas sampai no 5, kalau kipas tu boleh pusing sampai sepuluh, dia pusing sepuluh. Pasal takdak. tu pun duduk tak sejuk. Smpai ada orang yg amik tikar, hampar depan peti ais, bukak peti ais, dia tido situ. Pasal cuaca panas, ni yg kita kata bala. takpayah nk kata pa, takpayah nak kata iklimlah, cucalah, apalah. Benda ni bala. Bala, bala.

Pasal pa? nabi kata sebab kemungkaran tidak dicegah, di suport pulak. Dulu orang minum arak dalam bangunan dalam premis, sekarang diluar premis.Tahun lepas pukul 1pgi gitu L ada lepak tepi laut depan Queensbay, penang, ada 2 3 mamat dok togak(minum) arak kawasn tu. Dengan gelak2, pastu muntah situ, sembang2 gelak. muntah adoi. Lepas tu, terus lari p surau tido surau.. hoho. dalam sebuah negara Islam,  Orang bukan Islam boleh minum arak, dah depa bukan Islam nk buat macam mana. Tapi walaupun depa bukan Islam, depa boleh minum arak dengan menghormati orang Islam. Orang Islam dia allegik dengan babi, orang Islam dia alegik dengan arak. Bila orang Islam tak suka benda macam ni, depa kena minum dalam premis yg orang Islam tak nampak. Silakan minum. Dah hampa nak minum sangat, tapi jagan diluar.

Tapi sekarang orang minum arak sudah diluar, sudah macam london, macm perancis, hebad kot. Bukan setakat arak boleh diminum diluar, malah boleh masuk didalam tv setiap rumah orang Islam. Dengan jadi penaja Golf, dan bola sepak. Tak perlu dalam iklan, 'minumlah arak, arak mencerdaskan minda' tak perlu iklan macam tu. Cukup dia jadi penaja golf, buat siaran lansung, sekurang2, 10juta rakyat malaysia yg tonton. Cukup dia jadi penganjur bola sepak, buat siaran langsung, masuk pula semi final piala tiger. Apa benda tiger tu mak. Ntah, rimau gamaknya kot. Anak dia pergi kepasar, pergi ke restoran, nampak, oooo tiger ni la yg taja bola sepak semalam. Dia minum macm mana? Tiger Carlsberg ialah jenama yg popular, bagaimana dengan jenama yg murah2 murahan? seprti castle. Pada baju ada dituliskannya, pada pencil ada dituliskannya. Kat mana2 pun di iklankan.

Seperti kita masuk pasaraya, troli yg kita bawak tu, ada pelekat gambar arak, banyk wahai pembaca. Haram tu. Memang kita tak minum, mmg kita tak jual arak, kita bawak troli masukkan ayam, masukkan susu, masukkan ikan, masukkan pampers budak, pusing satu supermarket. Tuan2 telah mempromosi iklan arak secara percuma, hukumnya haram. Sepatutnya pihak berkuasa menghadkan, tidak boleh syarikat2  mempromosikan arak pada barang2 yg umat Islam gunakan. Pasal ada kuasa. Tetapi bila tidak digunakan kuasa, nabi sebut dalam hadis ini, maka turunlah bala yg semua orang kena.

Dia mari denggi, dia kira sapa denggi? Ostat? tok imam, masuk hospital pasal denggi. Budak kecik umur 2 tahun denggi berdarah, mati.. DEmam denggi setakat ni mana ada ubat, bawak mausk air je, berbotol botol.Canggih manusia takda ubat untuk denggi.  Nyamuk gelak tengok kita, ngaji universiti, ubat aku pun takdak. Kita dok beli ubat yg sembur nyamuk, aerosol2 tu, nyamuk mati ka? tggu sepuluh minit, dia bangkit balik, seolah-olah dalam nyamuk tu ada imunisasi. kekebalan daripada racun aerosol tu. Allah taala punya kuasa semua ni.

Sebab tu Allah ada sebut didalam Al-quran ' sesunggunya Allah tidak malu hendak menakutkan ummat manusia dengan nyamuk ataupun bintang yg lebih kecil daripada nyamuk' Kalau kita nk menakutkan manusia dengan manusia kita akan menggunakan benda yg besar2, baru takut. Kalau setakat kita nk ugut orang dengan penampar, tak main la. 'aku penampar kang, dia bawak keluar penampar dia, penamapr aku lagi besar dari kamu'.  Kita tak boleh guna penampar utk takutkan orang. Koman2 kita amik senapang tembak dia, baru dia lari. Allah taala kalau nk takutkan kita, Allah xperlu dengan benda2 yg besar2. Allah kata, aku takutkan kamu dengan nyamuk. Kamu lawan aku, aku hantar nyamuk. Kalau saya ugut para pembaca, hg lawan aku, aku antar semut! kita gelak tak? mesti gelak, apa la antar semut, antar la rimau ka, buaya ka, takut la jugak. Allah taala tak sebut buaya, rimau, singa, Allah antar nyamuk je. Betul wahai pemabca, Allah antar nyamuk saja, kalah manusia.........Kalah kita dengan nyamuk.

Hoho, aser nak tulis lagi, esaimen banyak, tapi malas nk buat, boleh buat entri plak. hadoi.. sapa nak tolong buat?? angkat tangan.. K lah,. takat ni ja kot. besok kuliah,, kene tido awal. Apa yg baik datang dari Allah, dan yg buruk daripada L sendiri.. Semoga kita ambil pengajarn... =) Selamat malam semoga Allah merahmati kita semua. amin..

p/s kubur kau kubor kau, kubur aku, kubur aku? masih logik ka ayat ini?

63 comments:

Akue Achik said...

Mslh skg, nak tgur tp sbb kwn..nnt kcik hati..

sy pnh tgur kwn skali..pastu dia bls " aku tak nk dgr nsihat dr org yg ilmu agma dia tak tinggi".

trus kelu lidah sy. ilmu dia tggi la kot tp smpan kt mna tak tahu.huhu

da tgur tak nak dgr, sy diam je la. Dosa lagi ke tu?huhu

L, ahad ada klas? kesian2..hoho

Soul Seeker said...

tula yg kita takutkan skrg ni. tak ramai yg berlumba buat kebaikan, tp yg buat kemungkaran tu terang2an. Allah nak turunkan bala nanti semua kena. Nauzubillah.

Ckin Kembaq said...

tak logik kata2 terakhir tu..sebab asing2 tk leh nak tolong kan...risau jgk bila baca ni..hmm...akan disoal...Allahuakbar...

L said...

akue acik- itula cara menegur dengan hikmah perlu ada. tengok gaya sahabat achik ni xleh dgr nasihat. gunakanlah cara dalam duduk sama2, achik pasang kuliah agama berkaitan dgn maksiat tu ka... mana tahu dgn dengar teguran daripada ustaz dia boleh jadi baik... Kalau tak jugak? biar sahajalah acik,, sekurang-kurangnya Achik terlepas daripada disoal olehnya disana sebab dah tegur. =)

sea_lavender said...

takutnya.. garang la L ni~~
erm.. pe2 pn tq ats perkongsian ni atas ingatn kte bersama.. moga sma2 amar makrif nahi mungkar.. dmi mencari redha Allah dunia dan akhirt,,

HaiDa HiDa said...

terima kasih L atas perkongsian ni.. amat2 berguna ngan contoh2 yang mudah di fahami dan juga apa yg berlaku di sekitar kita.. moga2 kita semua diberikan kekuatan untuk mencegah...

Iffika | Ruslan said...

okay , saya baca habis . tak jemu langsung baca penulisan awak . ty for your sharing .

L said...

filzafati- jadi bermai-ramailah kita lumbe2 buat kebaikan.. huhu

ckin - L pun resau gak akak..

sea_lavender- hoho, garang ker? manada pun, L xgarang pun.

L said...

Hida & Ifika- thx sudi baca k... share2 la.=)

diya said...

Kadang2 org tegor, bukannya nak dengarr. dia lawan ada. kubur lain2 kononnnn. lempang sedass nak agaknya *eh tergarang pulak* kalau tak tegor salah, dah tegor pun salahhh. ate cemana tu? =.='

L said...

huhu, jgn la lempang.. ngeh3. kalau dah tegur manada salah.. ape la diya nih. kalau dah tegur, apa2 pun kita serah padaNya la.. yg betulnya dosa mereka xkan jadi dosa kita...=)

.........cP~ said...

Dulu kawan selalu mintak pendapat bila shopping. Saya terpaksa cakap, okay je, tak reti nak pilih. Entah.
Bila dah dipakai, nampak tak macam tak sesuai pun tak tau nak cakap tak sesuai. Orang makin suruh saya paki baju ikut saiz ada la. Saya tak reti nak menegur. huhu.

syafiqa said...

salam L.
tu lah.kdg dorg ni dah tahu sebab dan akibat yg bakal menjelma.tp still
buat tak kesah.pernah juga tegur,tp
di balas teruk.jadi give up pulak -.-

skng pun kalau nak tgk,da mcm mcm jadi.hmm.minta kita semua kearah kebaikan lah kan.sentiasa doa kan utk
manusia di bumi ni wpun slg xkenal.

L said...

cp_ kene bagitau face to face benda ni... jgn bgitau depan2 orang, karang dia malu...

syafiqakarim- tu laa. sentiasa doakan yg terbaik utk kita semua..

syasyah_biscuits said...

skang ni memang kat mana2 pon dapat tgk org minum Islam minum kat tempat terbuka.

♥ sitifarhana ♥ said...

nak tegur org pon kena dgn caranye..tapi tu la, ramai org jarang nk trima teguran..

doa jela agar hati mereka dilembutkan utk menjadi seorang yang lbh baik,,aminn

Unknown said...

kat fb pon ade kwn share gamba2 g club...tp entahlah rasanya depatahu hukum tp sengaja buat taktahu...tahu seronok jee

cinta siswi said...

nice sharing.. betul3.. tp mcm tu la manusia.. kite nk tegur tkut dibalas nya balik.. yeala.. kite bukan berpangkat ustaz mahupun ustazah.. ahli ulama jauh sekali.. kdg2 org yg kite tegur tuh ilmu agama dia lg tinggi.. tp akai letak kt pala lutut.. org tegur..marah balik.. kalau da ilmu agama tinggi.. guna la.. simpan dlm ceruk guni buat pa..

#emo sebab penah kena..haihhh.. xpa.. amal makruf nahi mungkar..

Nyue said...

thanks 4 sharing...bagus info nie..utk diri sendiri n semua...apa2 penerima org lain xseperti kita..ad y ok..ad y xok...
xpe la setidak2 ye kita dh tegur..

Arra Ahmad said...

ayt last tu tak relevan dah L..
skrg kenA ckp.kubur ko aku tolong gali..hihi

skrg pn mcm2 bala Allah turunkan..tapi manusia tetap xsedar..

Tie HT said...

thanks adik L..ralit akak baca tazkirah ni..nt sambung lagi yea, Insya Allah..quote yg last tk leh pakai dah..org kata kubo mmg lain2 tp yg anto ke kubo tu sape, orang lain jugak, ke mayat dia g jln kaki seniri masuk lam kubo..nauzubillah

Unknown said...

tertarik untuk baca sebab suka gaya penulisan L... nice ... kubor tak kubor, smpai masa masuk dalam jawab sendiri. :)

نورعيم said...

perkara ni selalu berlaku depan mata tp dah tegur mereka tu tp mereka kata kita blk. berat hati rasa.

KaK LimAh Si SupiR said...

tp bile ditegur depa mrh kite balik..tu yg geram tu =_=

L said...

xila riston- mereka mmpunyai masalah dgn iman... huhuu

cinta siswi- hehe, L paham. L pun penah gak jadi g2... tapi xpe. asalkan kita dh tegur, lepas tggungjawab kita..=)

nyue- betul2.. asalkan kita tegur..

L said...

ara ahmad- bukan tak sedar, tapi buat2 xsedar.. huhu

tihara- sapa kata g2, biar dia sendiri je yg tanam. haha

biqa- yer akak, xlama pun kat atas dunia, lama2 nt masuk la dalam..

noraim & kak limah- betul tuh, orang melayu kaya dgn budi bahasa, tp pantang ditegur..=0

fatihah azemi said...

like post kau! :)

Muhammad Naim Abdullah said...

hebat

tulisan berani dan berdakwah. Bagus ..

bukan ramai blogger lelaki macam ko. hehe

berbalik pada tajuk ko. aku teringat beberapa siri ceramah ustaz azhar dan kazim. ada sentuh nenda ini,

Namun, kita manusia yg lemah lagi lalai ini. kekadang ingat buat dosa cepat2 bertaubat. lepas itu buat lagi..

Bagaimana hendak stabil hormon baik 2.. iaitu Istiqamah dan berazam tak sentuh lagi..

^^

Telor Power said...

dugaan umat akhir zaman. sama2lah kita cegah dan hindari maksiat demi kebaikan sejagat.

serba salah kan, jika ditegur kita dibalas dgn keburukan, kalau tak tegur bala pula bakal mendatang

L said...

hehe,, bro naim la plak yg sambung. saya budak baru belajar..=)

L said...

telor power- betul tu bro, kan senang kalau semua faham sifir ni... nk tegur pun senang..

biela bell said...

suka entri nie..tu la secara tak langsung dan tanpa sedar benda yg remeh tu la yg berat.contohnya macam iklan arak dalam troli tu.bell pun tak perasan sebenarnya..huhu..tu la..manusia nie nie khalifah..tanggungjawab utk nasihat menasihati antara satu sama lain. :)

Ce'gu JAERA said...

nice sharing... inilah perlunya remaja2 masa kini d bekalkan dengan pegangan agama yang kukuh...

Ct Aja said...

kita tahu, tp kdg2 nak tegur cara berhemah tu susahkan.... suke baca en3 ni, byk ilmu yg sy dapat....

Zehan Ilyana said...

adeih cam trkena sikit kat diri..
saya tatau la nak nasihatkan org -_-'

bukan tanak tegur, tapi, selalu juga rasa diri ni kurang sana sini..
-_-;

Anonymous said...

orang sekarang susah nak terima teguran.
kita nak nasihat.
dia kata kita sendiri pon tak betul.
adoiii manusia~
=.=

blog-tips-kurus said...

kalau berjiran masa di 'kubur' tu nanti...?

Anonymous said...

betul juga tu, dosa orang lakukan kita semua pakat tanggung..

SangRatoo said...

rasa tertarik dgn entry L ni..kalau panjang lagi pon, saya sanggup baca.. :) mungkin secara tidak sedar, ada sebahagian kite dalam entry tersebut..Moga kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T. amin.

p/s: kadang² kita manusia dah nampak bala tu depan mata tapi masih nak buat perkara² yg dimungkari.boleh L perjelaskan? tq :) ni kira mcm assignment laa utk L..hehehe

Sarah Mohd Saleh said...

masayallahh takt gak zmn sekrang nih..buat maksiat d mane2 shj.hye org yg bongkak jek kate kubo ko kubo ko,kubo aku kubo aku.pffttt

emarieys said...

akak baca sampai habis..betul apa yng dihuraikan oleh L...ada kita masih tak mengerti kejadian-kejadian yg menimpa selama ini..

Niza Romli said...

menarik, baca smpi habis... sangat berkesan masuk dlm kepala otak.

terima kasih L :)

CikTeddyCorner said...

kdg2 bile ditegur depa mlenting,bila kite diam makin mnjadi2..kdg2 buntu..

Jahirah said...

erm negara majoriti islam tapi banyak ciri2 kebaratan...pelik tp benar....
nyamuk...ye la nyamuk sekarang dah imun la.jenuh nak hapuskan..;p

Unknown said...

panjang L, dah lama aku tak baca entry panjang.. huhu

aku xde niat nak aib-kan, tapi ada kalangan kawan2 aku sndri yg minum, islam plak tu.. tak tau la mcm mana nak tegur.. ble diorng minum, aku blah r dr diorng tanda tak suka.. tp diorng peduli apa, trus minum gak.. prnah skali tu, drive walaupun mabuk.. tp selamat la diorng drive.. hmm aku tak rasa aku kawan yang baik sebab tak larang/marah diorng time diorang minum

fizafantagiro said...

Mmg panjang entry L , tp alhamdulilah sy tertarik utk baca smp habis . Perkongsian yg sangat bagus . terbukak mata dan minda saya . senang nak paham bila L gunakan perkataan2 macam ni =) rasa macam duk bercakap dgn orang jer =)

thanks :)

fizafantagiro said...

lupa gth . sy mintak izin share di fb ye ^_~

Anonymous said...

baru singgah..bukan semua org boleh terima teguran kita kan L..kalau kena tempat dan cara insyallah..kadang2 perasaan ego utk terima teguran..teguran yg membina utk perbaiki diri sngt baik sebenarnya..

ieja amieja said...

salam L..
panjang betul ceramah ari ni..tp x pe akk suka..takut jgk kan bila kita tgk org buat x senonoh dan kita x tegur seolah2 kita bersubahat...tp tu la x semua org boleh terima teguran kita w/pun kita tegur dgn baik..contohnye byk berlaku skrag jiran tegur skit sbb bising pun dah jadi isu/gaduh..

Miss Konspirasi said...

mcm dengar ceramah agama jea bila baca entri ni garang kea u ni l? meh habaq cek

dya nasir said...

mcm garang je L ni..TP sokong apa yang L kata.. disebabkan orang lain yang buat salah, kita juga kena tempias nye..

dya nasir said...

dya tag L
http://yayabunga.blogspot.com/2012/02/segmen-i-love-blogging-segmen-i-love.html

Arpiiz said...

hmm, betul tu.. harap aku tak terperngaruh dari melakukan benda2 tu..

The Fakhirin said...

yg buat maksiat tu mana terasa semasa buat maksiat..selepas tu baru rasa..

Zierwa Zainal said...

jauhkanlah kite sume dr sume2 ni...nice sharing.. =)

L said...

sang ratoo- yer akak huhu.. bagi esaigment kat L eh.. huhu. Sebenarnya manusia ni lalai tu yg jadi gitu. jadi apa yg perlu kita buat supaya kita tak sentiasa lalai? bnykkn dengar tazkirah atau berada dialam msjlis ilmu inysaallah kita takkan sempat untuk berbuat maksiat. sibukkan diri kita..

Muhammad Saizuan- aku rasa ko kene jauhkan diri daripada membe2 yang minum arak. Kalau lah time tu Allah murka dengan dioorang ALlah turun bala , tak pasal2 bro yg xminum arak pun terlibat.. bahaya ni... astaga...

L said...

miss konpirasi & dyabunga- manada L garang pun aish.. huhu

L said...

kak fiza nak share pun kak amik la k..=)

LadyBird said...

betul tu L.. Allah turunkan bala, semua kene.. org buat maksiat ke buat ibdat ke semua kene..

zmn skrg bukan nyamuk bntg paling kecil yg Alalh gune sbg bala, virus, bakteria, kulat.. tu semua x mampu dilihat.. kecik, tp memberi kesan yg besar.. boleh membunuh beratus2 org dlm waktu yg singkat.. contoh kuman iar kencing tikus, SAR, HIV.. dan mcm2lah..

Unknown said...

btl tu L, aku cuba la elak dr orng mcm ni..

L said...

bagus la tu bro... Elakkan la dari orang macam tu... itu yg lebih baik.=)

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

assalamualaikum! lama xdtg sini..penuh informasi..keep it up!

Anonymous said...

nak sayang semua umat Islam memang susah kerana ada spesis yang dah lah jahil, degil pulak tu. memang pantang betul bila ditegur. btw, terima kasih atas info yang berguna ini. selagi ada orang yang membaca pos ni, selagi tu pahala terus masuk ke saudara.