Monday, December 17, 2012

Aku kongsi Bukan Aku Bijak.



p/s sama-samalah kita kongsi ilmu yg bermanfaat .. =)

Friday, December 14, 2012

Sekadar Perkongsian

Perkongsian daripada Ustaz Umar Muhammad Noor :

Setiap maksiat yang kita lakukan merupakan pertanda rendahnya darjat kita di sisi Allah.

Semakin rendah darjat kita,
semakin banyak dan besar maksiat yang dilakukan.

Berkata Abu Sulaiman Al-Darani:
“Mereka sangat hina di sisi Allah,
itu sebabnya mereka dibiarkan bermaksiat.
Andai mereka mulia di sisi Allah,
nescaya Allah akan menghalangi mereka daripada bermaksiat.”

(Hilyat Al-Awliya).

Thursday, December 13, 2012

Rimau dibelai oleh Gajah Putih





Assalamualaikum. selamat malam. update seket lagi. haha. Adoi.. akhirnya Harimau
Malaya di jijak oleh gajah putih. Oh kecewanya... Tapala bukan rezeki
Malaysia kali ni. dan bukan rezeki L nk p tgk final.. haha..

Tuesday, December 11, 2012

Secepat Mungkin!



Assalamualaikum.. Amacam, dah nk magrib dah pun ean. baru rasa nk hupdate. haha. 
Ok straight to d point. berapa lama dah kita tak baca Quran? Jenguk2 la Quran di dalam
laci,almari, or atas meja. Siapa lagi yg nk membaca kalau bukan kita? Kalau xleh sejuzu',
 sehelai, kalau xleh sehelai, semuka, kalau xleh semuka, setengah muka, kalau xleh
 setengah muka,1 ayat, kalau xleh satu ayat, korek tanah dalam2, baring, kambus
sendiri.. haha. ok nyte semua..Jadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup kita..
 Cukup la setakat ini. selamat malam semua. 
sekadar peringatan bersama.. lol!

Sunday, December 2, 2012

Malu pada Diri sendiri!

Assalamualaikum semua. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. =) Sebelum memulakan bacaan daripada smbungan post ritu 7x umur dunia eloklah sama-sama kita berselawat keatas junjungan mulia nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita nanti mendapat syafaat daripada baginda. okeng. layan.....

Yg kedua iaitu orang yg berpakaian tetapi bertelanjang,ulama2 mengatakan mereka ialah orang yg membalut tubuhnya dengan pakaian agama, yg diberi kepadanya ilmu pengetahuan, yg belajar siang malam, yg tahu hukum halal dan haram, tetapi dia tidak taat pada Allah. Ha, ni dia golongan no 2. golongan yg berpakaian seperti pakaian muslim, muslimah, tetapi disebalik pakaiannya itu dia sendiri merosakkan agamanya.

Pakaian dia pakaian orang yg baik-baik. Dengan baju melayu, kopiah, jubahnye, CUMA dia berpakaian pakaian islamic ini pada masa2 tertentu sahaja. Hakikatnya, Quran tak baca, zikir tak buat, amalan sunat tak dibuat, hakikatnya, amalan yg wajib pun dia tinggai. ini golongan yg no 2. ase macam kene batang hidung sendiri kan. =( ini yg kita takutkan.. L pun takut. herm. nauzubillah.berapa banyak orang yg p masjid rajin, p dengaq ceramah rajin tapi rajin menipu jugak. Inilah yg dikatakan sebagai golongan yg berpakaian tetapi bertelanjang. Dia hanya menjadikan Islam sebagai pakaian semata-mata, supaya orang meniaga dengan dia, supaya orang percaya cakap dia, supaya orang hormat pada dia, dsebaliknya dia kosong. Jadi kita sebagai seorang pendokong Islam, sbg seorang muslim jangan disebabkan dengan perangai buruk kita, orang lain benci Islam.

Kalau boleh kita hendaklah sentiasa membawa imej Islam tu dimana-mana sahaja. Biar orang lain tertarik dengan Islam.  Orang tertarik dengan nabi salah satu sebb dia ialah akhlak yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bila akhlak nabi itu baik orang yahudi pun jatuh cinta pada nabi. Abdullah bin Salam masuk Islam hanya daripada melihat cara nabi turun daripada unta. Bila nabi sampai ke Madinah, Abdullah melihat nabi naik unta daripada Madinah, dia tengok cara nabi naik, cara nabi turun dia dah jatuh cinta. Subhanallah.. kita tengok orang kita pulak. Contohnya, Orang kita,Melayu, lemah lembut.  Tetapi bila sudah pegang stereng kereta dah jadi kasar. Yang lembut pun boleh maki orang. 'hey,, celaka betol, jem pulak dah' dia boleh sebut celaka. sat lagi, kereta depan dia tak bagi signal nak belok kiri, dia maki jugak. 'tak guna punya kereta, bodoh betol'. Padahal tadi baik je, pegang stereng dia jadi lain plak. Kenapa jadi macam tu?

 Yg ketiga, orang yg alim tapi jahil. apa maksud? Ilmu penuh didada. tanya ja soalan apa kompem boleh jawab. Alim.. tapi dia sggup menghalalkan apa yg haram atas kepentingan peribadinya. Orang lain buat semuanya haram, dia buat kira halal. Orang lain buat semuanya tak betul, mai dia nak buat semuanya betul. Ini golongan yg ketiga. Jaga2 ooo. herm. Orang alim nih yg haram kene kata haram, yg halal kene kata halal. tak kira sapa pun. Kalau dia tak betul/salah orang nasihat dia dia kena terima. Walaupun yg nasihatnya seorang budak. Walaupun yg nasihatnya seorang hamba abdi. Setengah manusia dia kata dia alim, bila orang tegur dia marah, dan tak boleh ditegur. Nabi Muhammad s.a.w pun ditegur oleh Allah s.w.t. boleh rujuk surah Abasa didalam juzu' amma.Kalau nk tahu lebih lanjut cerita nih , pasai nabi ditegur boleh la kita-kitab tafsir.. =) Kita tak boleh katakan org alim ni selamat daripada dosa. Yg selamat daripada dosa hanyalah para nabi dan rasul sahaja. Kita yg lain semua ada salah dan silap.

So its end for this huraian. hehe. semoga apa yg baik dapat kita terima dan apa yg buruk kita perbaiki lah bersama. Apa yg baik dtg daripada Allah dan yg buruk datang dari diri L sendiri. =) Okeh assalamualaikum. selamat menjalani hujung minggu dengan tenang..

Saturday, December 1, 2012

Kasut idaman!


Alhamdulillah, akhirnya L dapat miliki kasut ni!!! hehe.
Jom main bola petang nih.