Tuesday, November 27, 2012

7x umur DUNIA!

Assalamualaikum semua. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. =) Sebelum memulakan bacaan harini eloklah sama-sama kita berselawat keatas junjungan mulia nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita nanti mendapat syafaat daripada baginda. okeng. layan.....

Saidina Ali pernah berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w menyebut kepada dia, '3 glongan manusia drpd umatku yg duduk di dalam neraka lebih lama dari 7 kali umur dunia.'

Umur dunia ni berapa lama pun kita tak pernah tau. Daripada awal dunia ni diciptakan sampai kiamat berapa ribu tahun? takda siapa pun tau. Kata nabi, ada orang yg masuk didalam neraka diseksa di dalam neraka 7x umur dunia. setahun kita nak habis pun terasa. 21 tahun umur L sekarang ni pun L rasa lama. bukan kata 21 tahun, 20 minit pun rasa lama dah kalau dok dengaq kutbah jumaat. =P. Tambah pulak 7x umur dunia, punya panjangnye, entah berapa puluh ribu tahun kita tak tahu. So, siapakah 3 golongan ini? okeng. Yg pertama, orang yg gemuk tetapi kurus. Yang kedua, orang yg berpakaian tetapi bertelanjang. Yang ketiga, orang yang alim tetapi jahil.

apa yg dimaksudkan dengan orang yg gemuk tetapi kurus? Jadi sapa2 yang baca entry L ni jangan terasa eh. Japgi ada plak yg band blog L. =P Baca dulu penerangan L ni dulu. Maksudnya ialah, makan minumnya banyak, tubuh badannye sihat, diberikan kesenangan dari segala sudut. Rumahnya dapat, makannya dapat, duitnya dapat. tetapi AMALANNYA tidak ada. Ini lah yg dimaksudkan dgn orang yg gmuk tetapi kurus. Gemuk dengan NIKMAT, kurus AMALANNYA. Sepatutnya,bila Allah dah bagi nikmat yg besar, Gemuk nikmat, gemuk juga amalan. Tapi yg ada sekarang ni, gemuk nikmat, berbagai-bagai nikmat Allah bagi, tapi amalannya kurus.

Kita tengok renung kembali pada tahun lepas dimana negara Somalia yg menghadapi musim kemarau/musim panas berpanjangan. Diorang dilanda, kemarau, pastu kebuluran pastu perang saudara. Tapi cuba kita lihat pada perempuan2 disana, dengan cuaca panas, makanan takdak, anak kecik duk menangis sana sini, tapi depa tetap menutup aurat. Dengan tudung hitam, baju cekelat, kain koko. Kain tebal pulak tu. Pun masih lagi tutup aurat. Walaupun kemarau susah cari makan, tapi aurat tetap dijaga. Bayangkan Malaysia ni mewah segala-galanya. Air hujan ni tak payah mintak, turun semendang(selalu). makanan belambak. Punya banyak nikmat, tetapi aurat tak terjaga. Bayangkan Malaysia ni Allah turunkan bala, gunung berapi meletup, gempa bumi, Allah bagi kemarau , agak-agak macam mana? ramai tak yg tutup aurat? Tera nikmat banyak ni aurat tak terbela, terbelah disana terbelah disini, nanti kalau tuhan turun malapetaka lagila...... Nauzubillah.
Ha begitulah golongan yang pertama. Ini lah golongan yg Allah berikan kesenagan, berikan nikmat, berikan segala-gala kemewahan, tetapi mereka ini malas untuk beribadah kepada Allah. Yang wajib pun ditinggalkan apatah lagi sunat . Jadi renung2kan lah, golongan inilah yg Allah akan masukkan kedalam neraka selama 7x umur dunia.

Kita duduk di Malaysia ni apa lagi nikmat yg kita tak dapat? Masjid melimpah ruah. surau sana sini. Jalan naik kereta, kiri kanan masjid. Banyaknye masjid cuma orang je tak ramai. Ha ini yg kita nk kena pikir, ni duk kat malaysia ni, Allah bagi nikmat yg banyak....

Golongan yg kedua, orang yg berpakaian tetapi bertelanjang. hehe. Sambung nanti deh? japgi panjang pulak kan. Petang-petang ni idea go in go out. huhu. so. Setakat ni jalah. Harap kita boleh ambik menafaat. Apa yg baik datang daripada Allah , dan apa yg buruk datang dari diri L sendiri. =) Selamat menjalani hari dengan baik, perbanyakkan ibadah. =) Assalamualaikum.

31 comments:

Dylla Abas said...

terbaekk!! x sabar tunggu sambungannya walaupun dah boleh agak :)

faraherda.razalan said...

ala...nape bersambung?

Syazana Zainn said...

rasa mcm tau je sambungan tu, tp nak baca juga :)

Kakzakie said...

Walau kakak dapat agak tapi pengolahan yg L buat bagus. Terang dan jelas tak perlu selindung-selindung lagi. Harap ramailah yg membaca ini.

psst: Lama akak tak nampak sambung belajar atau kakak yg tak jumpa sebab publish N3 malam ye..

L said...

Dyla Abbas & Syazana Zain- thx sudi bace.. hehe.. gud la kalau dpat agak smbungan .. hehe

Faraherda - hehe. sajala. nanti pnjng pulak. jenuh nak scroll down..

L said...

kakzakie- hehe. akak, biaselah. sebelum ni sibuk sbb exam semester. itulah selalu pubish en3 malam2. lepas ni tulis malam, publish pagi.. huu.. =)

chiLleD...!! said...

ngah syok nk thu tibe2 brsmbng lak....huhu

moga2 dijauhkan dari trgolong ngan golongn2 ni..huhu

HeNRieTTa JoSe said...

Psss....nk buat cmne....nk kna gnti bos...

aisyah thaqif said...

Tengah sedap-sedap baca, ttba bersambung. Entri bersiri ke apa?

4feet8 said...

yg ke tiga tu misti yg berilmu(berpengetahuan agama yg mendalam) tapi tidak menyampaikan /praktikkan ya..? rasa mcm pernah dgr entry ni..

JaSSNaNi said...

waalaikumsalam...
Thanks singgah blog akak.. :)
alhamdullillah.. akak dah baca entry L ni.. menarik sangat info yg di kongsi.. tak sabar nak tunggu sambungannya.. :)

Lia Irdelia said...

patut x yah sambung2...
terus habiskan jer..
heeee

Knor said...

setuju komen kak zakie tu..

berpakaian tetapi bertelanjang tu merata pelusuk ada..keluar rumah je dah sakit kepala..

Myra Jay said...

suka entry ni :)

Peringatan buat semua, dan apa yang penting kita kena mensyukuri nikmat

Kella said...

terima kasih datang singgah!
masuk2 je dah suka dengan entri ini! =D

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

olahannya bagus. terima kasih & saya suka entri ini ;)

Qhaifa Nur said...

saling mengingati satu sama lain...
dua-dua perlu seimbang....
mudah-mudahan begitu hendaknya..amin

n3 yang bagus..

fiza said...

Alaaa...sambung lah plak. tgk syok baca nih.

Mekasih atas perkongsian ilmu.

QueeN TerataI said...

akak suka sgt dgn N3 L ni.. mmg kita kat Malaysia ni dah terlalu byk nikmat tp tula sygnya spt yg L ulaskan.. byk juga yg lupa utk bersyukur akan nikmat yg Allah berikan itu.. Nauzubillah... sama2lah kita saling ingat mengingati sbb setiap manusia mmg x lari dr kesilapan, x lekang dr kealpaan...

IntaNBerliaN said...

tengah syok2 baca, bersambuung la plak.. :-)

nuyui a.k.a miss YUI said...

itu semua dari diri sndiri gak.. tgh sedap bc ada smbungn plak.. takpe2.. pnjg sgt nanti..hihi

zila manaf said...

thanx L...smbung cepat. berkongsi ilmu kite. besar pahalanya tu ^^

mamyharraz said...

berkongsi ilmu dan nasihat adalah perkara yg elok.
ok,
next sambungan plis ;)

sabry oppa said...

banyak yang x tau daripade tau ...
tq LoLz..
hahahahahahaha~
nice ^_^
LOve it !!!!!!

Mamamya said...

w'salam...

aduhhh...b'sambung plak :) p'kongsian ilmu yg sgt baik..

Iffah Afeefah said...

bagus perkongsian ni

muhsabah diri

Iffah Afeefah said...

bagus perkongsian ni

muhsabah diri

sea_lavender said...

perkongsian membina :)
syukran ;)

ummiross said...

Salam L..

Betul tu L,apa2 pun yang kita buat, jangan dikurangi amalan,jangan terlalai dengan urusan dan nikmat dunia.Peruntukkan masa untuk bermunajat kepadaNya terutama di 1/3 malam.InsyaAllah, tidak mudah kita tersasar dengan izinNya.

dya bunga said...

kenapa sambung..

Aishah Jahirah said...

thnks L untuk entry ni...kdg2 terasa mcm kufur nikmat.sesetengah org tu walau serba kekurangan masih bersyukur...