Thursday, June 21, 2012

Still jahat walaupun dah solat?





Assalamualaikum. Alhamdulillah L dah boleh kembali dalam dunia blogger. dan L akan teruskan usaha dakwah L walaupun sedikit saja. Ok mari teruskan membaca.. ZAAAAZ~~


Didalam surah Al-Ankabut ayat 45, Allah berfirman dengan maksud ; Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu akan menghalang kejahatan dan perkara mungkar.

Ini adalah salah satu ayat yg menunjukkan kita wajib solat. Solat pada bahasa apa makna? Solat ialah mendoakan dengan baik. Perkataan yg baik-baik. sebab tu bila kita solat manada kita cakap merapu. Daripada takbir sampai la kepada salam semuanya dalam bahasa yg baik-baik. itu mkna solat. Jadi bila kita dah cakap baik dalam solat dia akan membawa kepada luar solat. macam mana kita tak maki didalam solat, sepatutnya diluar solat kita pun tak maki orang. Didalam solat kita cakap yg baik-baik , diluar solat pun kita cakap yang baik2. Itulah yg sepatutnya. Jangan didalam solat wajah kita lain, diluar solat wajah kita lain. Dalam solat, wajah kita baik je..bahasa baik je... Tapi diluar solat dah berubah wajah.

Contohnya, Orang kita,Melayu, lemah lembut.  Tetapi bila sudah pegang stereng kereta dah jadi kasar. Yang lembut pun boleh maki orang. 'hey,, celaka betol, jem pulak dah' dia boleh sebut celaka. sat lagi, kereta depan dia tak bagi signal nak belok kiri, dia maki jugak. 'tak guna punya kereta, bodoh betol'. Padahal tadi baik je, pegang stereng dia jadi lain plak. Kenapa jadi macam tu? Ha yang ni yg kita kena tengok. Serupa dalam solat. kenapa dalam solat kita warak je.. baik je.. Tapi kenapa luar solat dah jadi kasar, cakap kasar, perangai kasar. Masa kita duduk tahiyat, bersimpuh kita duduk tu. sopan sangat2. Maknanya ada benda yg tak betol dalam solat seseorang tu sehingga solat tu tak dapat mencegah sesorang daripada buat jahat.

Baik apa makna solat dalam syara' pulak. Solat ialah kata-kata dan perbuatan yg dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum angkat takbir, bukan solat. dah bagi salam bukan lagi solat. Habis. sebelum takbir bukan sembahyang. Selepas salam bukan semabhyang. senang ja. faham maksud, selesaila kekeliruan. Sebab sekarang orang keliru dengan perkataan 'Bidaah'. Contohnya menyapu muka selepas selesai salam, apa hukum dia ustaz? sebab ada orang kata bidaah. JAWAPANNYA, tak salah. sebab dah diluar solat. selepas salam bukan lagi solat. Nak korek hidung pun tak mengapa. Nak kentut pun takpa. Yang menjadi kesalahannya apabila kita dalam solat, asik2 menyapu muka, rukuk sapu muka, sujud sapu muka, tgh tasyahud lima enam kali sapu muka. sah2 la bidaah. Kita sekarang menyapu muka diluar solat, tapi dia ni menyapu muka didalam solat. Sah2la yg didalam solat itu yang menjadi bidaah.   Orang duduk kalut pasal bidaah x bidaah.  apabila kita faham maksud ia jadi mudah. Benda diluar ibadah walaupun nabi tak buat, kita tak boleh kata bidaah.. Sebab dia diluar. sebelum/selepas masuk ibadah.apabila kita faham makna sesuatu ibadah, selesai masalah.  Selagi mana orang tak faham makna, itu yang timbulnya bidaah. Dan mudahnya mengatakan orang lain bidaah.

Ok setakat itu sajalah, petang2 ni mengantuk sket. Nak buat pnjang2 karang tak larat nak membaca. insyaallah nanti L sambung. Apa yang baik datang daripada Allah dan apa yang buruk datang dari diri L sendiri. Selamat petang dan semoga sehat2 selalu.. Wassalam..~









47 comments:

Anum said...

good entry

Malaysian Boy said...

kalau solat,lepastu buat maksiat jugak,kena cek solat kita.

bukankah solat itu mencegah dari perkara keji dan mungkar?

profmie said...

nice entry...lme dh xsinggh sini..bz ae bro..huhu

♥ Nana BamBam ♥ said...

patutnye solat itu mencegah kita dari buat perkara tak elok...

niat kene betul kalau nak berubah..yedak ?

L said...

kaki bola,Nana@ betul tu =D sepatutnya begitu la..

profmie- hehe. biasa la bila sibuk..=D

Tie HT said...

assalamualaikum L..

menarik topik ni...mekasih, harap dapat perbaiki solat dan diri ke arah yang lebih diredhai Allah..aamiin :)

Keri said...

kesimpulannya , klu nak jadi orang baik, kena jaga solat biar terbaik...
bila solat dah sempurna , automatik akan jd baik.
*kadang2 rukun dah cantik, tp khusyuk takde, atau riak muncul..

Nurul Says said...

assalamualaikum wbt..

bagus entry ni..solat tu wajib di dirikan..tp kalau lepas tu msh buat kemungkaran itu urusan dia dngn tuhan :) kalau prihatin kita tegur baik-baik. jngn judge k. yg penting kita jg solat kita, jaga peribadi kita :)

blog-tips-kurus said...

teruskan usaha dakwahmu..

*pls pray for me.. :-)

Unknown said...

apa pun yg penting kena faham maksud ye tak.. jgn suka kata ikut sedap mulut jer.. mmg ada tingkahlaku yg berbeza walau dia bersolat.. yg tu mmg kena lihat semula lah di mana slhnya dan yg penting semuanya bermula dari dlm diri kita. kalau nk berubah jd baik tu kenalah jd peribadi.

Unknown said...

Ramai yg buat macam nikan L, bukan mudah utk melaksanakan sesuatu dgn tertib (kdg2 mama terlepas laku juga) byk yg suka mengatakan itu bidaah dan ini bidaah apasalahnya dlm hal nisfu syaaban selalunya kita akan membaca yaasin 3 kali tapi ada yg menyatakan ia bidaah kerna nabi tidak melaksanakan, tapi bukankah yaasin itu al quran dan kita dituntut membaca quran.... Begitu juga tentang hadis bidaah spt cth...bulan rejab bulan allah, bulan syaaban bulanku dan bulan ramadhan bulan umatku, is dipercayai hadis bidaah.... Tapi apa salahnya kita melaksanakan puasa sunat kalau kita mengharap redha Allah...
"yang baik itu dari Allah dan yang tidak itu dari diri ini"

Ce'gu JAERA said...

ya betul juga kan... apa guna solat kalau perangai masih x berubah.. pasti ada yang tak kena dengan solat yang dikerjakan.. mungkin sebab utk menunjuk2, ataupun dalam kedaan terpaksa.. sama2 lah kita muhasabah diri

L said...

tihara- ya kita kene sentiasa memperbaiki..=D

keri- huuu.. memng susah nak khusyuk.. hmm

n aima- betul tu akak..=D

L said...

blog tip kurus- insyallah L akan sentiasa doakan..

queeen teratai- betul tu akak.. kene belajar la..

joanna-huhu.. Betul tu akak.. diorang tak belajar lagi kot..

gen2merah- memang kene selalu muhasabah..=D

dwatyKNY said...

solatlah dibelakang imam sebelum disolatkan didepan iman...

nice info...

Anonymous said...

kena sama2 perbaiki diri insyallah...moga tak alpa laksanakan perintah Allah..insyallah..wah L dah start berblog dah..busy ek?rerajin update ye ustaz L..

Mak Wardah said...

Salam. L malunya kaka baca n3 ni, bagus sgt terasa panas muka baca...Kagum L budak muda ada kesedaran tinggi terhadap perkara2 begini. Alhamdulillah, syukur jumpa blog ni

L said...

dwaty- hehe.. nice quote..=D

TF- doakan L la yerk.. insyaallah akan selalu update..=D

mak wardah - kita sama2 belajar..=0

Arra Ahmad said...

kadang2 orang solat ambil syarat je..bukan betul2 ikhlas dan khusyuk sebab tu kat luar dia jadi 'sebaliknya'

Kancil 8349 said...

peringatan untuk diri kancil juga

Unknown said...

sorry lama x singgah

IntaNBerliaN said...

hidup kita ni bkn sekadar solat je.. byk lg yg nak kene jaga kan..

aizamia3 said...

nice sharing..

psstt: betul arr.. bila dah pegang stereng perasaan sabar tu ntah ke mana..

Kakzakie Purvit said...

Sedangkan tika dalam bersolat pun syaitan masih menggoda apa lagi kalau sekadar masuk kereta pegang stereng tanpa kalimah allah utk memberi kesabaran.

Bab bid'ah pula kalau kita berada dlm masjidilharam lagilah bermacam kerenah umat Islam tika bersolat. Namun pegangan/keimanan kena kental dan tahu hala-tuju ibadah kita. Kalau asyik kata org itu tak betul sampai bila diri sendiri tak sempurna. Mazhab pula lain-lain melihat org tahiyyat akhir jari telunjuk pusing-pusing pun kadang buat kita sendiri pusing..

Yg penting perkara wajib/halal/haram kena ikut dan tahu dulu. Hadikan diri ke majlis amal selagi ada hayat.

Fiza Rahman said...

Info yg bagus. Terasa bab yg pegang stereng keta tu...Istighfar bebanyak jer lah bila dah tersasul ☺☺

L said...

arra- betul tuh akk..

intan berlian- solat salah satu perkara yg perlu dirsaukan..=D

aizamia3- hehe. biasa la kan.. steren2..

kakzakie-hehe.. betul tu amalkan ape yg kita belajar.. n carilah ilmu slgi mana kita boleh

fiza- pelu bnyk istigfar ..=D

Mun said...

kena tambah lagi ni.. nanti buat sambungan yekk.. :)


bila dirikan solat..kena check balik.. apa silapnya kita dalam solat..

adakah kita faham setiap apa yg kita baca? adakah sekadar hafal.. dan sebut sahaja? kushyuk ke kita semasa solat?

msredcheesecake said...

kita memang kena faham ayat2 dlm solat, baru boleh khushuk, baru ikhlas...

Rtp Farra Arisha said...

"Yang baik daripada Allah, yang buruk daripada diri sendiri." jadi, tidak heranlah kalau segelintir manusia masih berbuat jahat di dalam dunia ini. yang jelas, bersama kita amalkan amalan berbuat baik saja tanpa ada sifat-sifat mazmumah. yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan...

P.s. this is such a good reminder to all of us.

Muhammad Naim Abdullah said...

salam bro,

maaf lambat mai sini,

++ good entri..

jom singgah:
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/06/isteri-sheikh-dr-yusof-al-qaradhawi.html

Ujie Othman said...

Saya masih belajar solat yg betul..masih byk kurang rasanya. sbb tu perangai blm elok kot..

Syazana Zainn said...

betul tu, banyak lg yg kurang saya ni.

#pengalaman sendiri, bila ade org tak bg signal mesti saya dah marah2 -,-'

Anonymous said...

Wa'alaikumussalam L, Lialah tu.. lepas solat ada sahaja bahasa tak berapa elok keluar..banyak lagi nampaknya kekurangan dalam diri Lia.. Moh kita sama-sama memperbaiki diri.

L said...

insyaallah boleh punya..xdijadikan sesuatu ibadah itu utk menyusahkan makhlukNya,,jom zohor dulu...

Unknown said...

solat menjadikan hati kita sentiasa bersih...... nak buat jahat pun teragak2.....
sebab nak jaga solat.....

.........cP~ said...

Salam.

Bila kita terleka dalam solat, mesti akan rasa lain. Perangai pun jadi tak betul sikit.

Kayu Manis said...

apa yg di tulis ni mmg ada benarnya..tukan namanya manusia,yg sangat lemah.

bkn nak kata org lain..ni mak2 di rmah ni..dah cantik2 dah solat,belum masuk yg sunat2 lagi..lps aje amalan tu,,,tiba2 aje meroyan pd anak2..tegur utk kebaikan tu..

pasal sapu muka tu..ha ah betul tu..buat pun tak apa..org dulu sapu sbb,pasir melekat dekat muka..jadi org yg nampak mereka ikutlah..berlapang dada..

lama kak dtg sini..

Ayu said...

thanks for the reminder, L. Memang perwatakan seseorang mencerminkan ibadahnya.semoga kita akan terus memperbaiki diri dan amalan kita.:)

Bulan Syurga Firdausi said...

syukrannn entry ni...bagus sgt Allahuakbar!

Liza @ Adzriel AB said...

at least solat.. moga dapat petunjuk utk tinggalkan kejahatan.

3no gr33ny said...

sekurangnya solat sebab tu tiang agama..rumah tanpa tiang takkan kukuh diriannya =)

Chuu Muqhlis said...

semoga kita sume berada dlm kalangan org yg mengingati dan melakukan solat., nice entry L.

Nurrul Hazieqah said...

solat itu mencegah maksiat...

*selamat beramal :)

+ e.z + said...

eB selalu musykil sbb eB prasan yg kuat solat sunat pn, hati x beraper nk bersih, msh mengater org & x amanah. camner eh?

L said...

Eb-ada lagi kekurangan dalam solat tuh.. mungkin hatinya tak khusyuk.. ataupun niatnye solat dah lari, rukukn2 solat dicincai cincaikan..... bnyk sebab2nye.. hanya tuan badan je yg tahu..

+ e.z + said...

nk stuju pn x brani sbb dari segi luaran nmpk cam perfect dh... siap kalo berpakaian tuh mmg sempurna segala sifat. kalo bercakap tuh sentiasa hal agama. entahla... betol jgk tuh, hanyer tuan bdn jerk yg tahu... wallahualam. :)

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

seriesly..nk kusyuk dlm solat mmg susah.ingt nk mkn apa la, ingt tu la nie la..haish~