Saturday, June 30, 2012

Bapa juta dah mu DERMA?

Assalamualikum wbt. 

Ada 3 golongan manusia yg bersedekah. Yg pertama, org yg bersedekah, yg berinfak, yg membelanjakan hartanya, yg memberikan sumbangan kerana riak dan sumuah. Ini golongan yg pertama. Apa makna riak? Ingin dilihat, dan ingin menunjukkan kepada org lain. Kalau orang tak nampak dia tak seronok, kalau orang tak tahu dia tak seronok. Sumuah ialah ingin didengar yg dia org dermawan. Dia seronok bila org kata dia penderma yg bagus, baik. Maka diakhirat kelak, org yg jenis macam ni takkan dapat pahala bahkan tidak mendapat keuntungan malah dia termasuk di dalam golongan orang yg paling awal dimasukkan ke dalam api neraka.

Kita boleh rujuk didalam hadis tentang orang yg paling awal dimasukkan didalam neraka. seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Ada seorang tabiq datang mengadap Abu hurairah. Bertanya kepada Abu Hurairah,'tolong kabarkan pada aku apakah hadis yg paling menyentuh perasaan kamu'. Abu hurairah pun bacakan hadis ini, tiba2 dia pengsan. kemudian dia bngun semula baca hadis tersebut, pengsan lagi, sehingga 3 kali pengsan. Kerana apa? kerana takut dengan hadis yg dia ingat yg dia hafal daripada Rasulullah s.a.w. Apa hadis dia? Nabi menerangkan tiga golongan yg paling awal masuk neraka. Yg pertama, orang yg mengajar ilmu agama bukan kerana Allah. Mengajarnya bahawa nak tunjuk dia pandai bercakap, nak tunjuk dia lebih daripada orang, nak kata dia ni orang yg hebat sebab boleh ngajar2. Ini la golongn yg paling awal2 masuk neraka. Yg disangkanya amalan dia bnyk, yg disangkanya pahalanya banyak. Rupa-rupanya salah dia sebb dia riak. Yg kedua masuk neraka ialah Qari. orang yg membaca Quran. Yg dia baca bukan kerana Allah, dia baca kerana nak tunjuk suara dia sedap, dia pandai lentok lagu, dia pandai bertaranum. Maka orang macam ni jugak, awal2 dalam neraka. Dan golongan yg ketiga yg awal dimasukkan dalam neraka ialah org yg berperang pada jalan Allah, yg mati pada jalan Allah. Tetapi matinya bukan kerana syahid, Sebaliknya mati sebb nak bagitau pada orang sebelum dia pergi berperang, dia orang berani. Dia nak orang sebut pada dia dia orang yg berani, dia orang yg gagah. Bila dia mati, dia tidak dikira sbgai syahid. Dan 3 orang ini ialah yg awal2 masuk didalam neraka.

Abu Hurairah pengsan sebab dia takut dia tergolong dalam 2 golongan yg diatas. satunya mengajar kerana riak, dan membaca quran kerana riak. Disini disebut orang yg paling awal masuk neraka ialah golongan yg bersedekah kerana riak. Orang yg bersedekah td pada hari kiamat Allah suruh dia mintak pahala pada orang yg dia nak tunjuk sangat tu.  Mana boleh manusia bagi pahala pada kita, yg boleh bagi pahala ni hanyalah Allah. Kalau kita buat sesuatu kerana manusia silalah mintak pada manusia. Allah takkan bagi pahala pada kita.

Yg kedua, golongan yg bersedakah kerana malu. Maka dia akan memperoleh pahala, gnjaran, dan biasanya sikap ini sudah menjadi suatu kebiasaan semua orang. Orang duk edar tabung, tak masuk orang kata. bubuh sajala. Aku bubuh(masuk) pasal dia masuk. Kalau aku tak masuk nanti apa kata dia. Kerana malu dia bubuh. Tengah duk makan depan orang ramai, datang orang mintak sedekah. Tak bagi, nak halau malu, bagi jugaklah. maka baginya itu, kerana malu. sikap ini katanya sikap kebanyakkan orang. Dan sikap yg menjadi satu kebiasaan. Dalam satu pejabat, orang kutip duit utk keluarga si mati(office mate). semua orang tulis nama sapa yg bagi derma, tiba2 nama dia takdak, dia rasa tak seronokla. dia bagi jugakla. Takut malu. Walaupun bukan sebb riak, tpi kerana malu tu dia bagi jugak. 

Yg ketiga, orang yg berinfak kerana ada niat, ada misi. Golongan ini bagi bukan kerana riak, bukan kerana malu, tapi memberi kerana Allah dah beri. Allah dah bagi pada aku, dan aku nak bagi pada orang. allah dah bagi aku bnyk rezeki pada aku, aku bersyukur pada Allah,aku nak pnjangkn rezeki ni plak pada orang. GOlongan ini lah golongan yg dapat pahala.  Dan golongan inilah sebenar benar hamba Allah. Golongan yg mendapat petunjuk. Bukan senang nak bagi pada orang, sebab tu Allah kata orang yg bagi orang yg sedekah kepada insan yg memerlukan, tempatnya syurga. Syurga ni satu tempat yg sgt susah nak masuk. Yg betul2 buat elok je boleh masuk. Salah satu orang yg betul2 buat yg boleh masuk syurga ialah orang yg bersedekah. Maknanya orang yg nak sedekah ni susahla. Tambah pula, harga barang duk naik ja. Minyak naik. Antara nak simpan duit atau nak sedekah.Antara nak sedekah atau nak beli barang barang lain. Tapi manusia kadang dia tak boleh, buat satu bayaran khas utk surau/masjid RM60 sebulan. Mungkin dia boleh kurangkan sumbangan utk surau RM20. Tapi sumbangan utk astro tak kurang2 jugak. Patutnya berkurang jugak la sumbangan utk astro. tutup ka apa ka. Bajet utk itu tak berkurang pulak. Bajet utk bersedekah pulak yg berkurang. Sedangkah Allah kata sapa yg bersedekah bnyk diluaskan lagi pintu rezeki. Yg ini la keyakinan kita pada Allah s.w.t. tu takdak. Keyakinan pada Allah makin kurang.

Urm.. kalau L nak melalut ni pnjag lagi, dah azan dah ni. Jom solat.. =D apa yg baik datang daripada Allah dan yg buruk daripada L sendiri.. Selamt bercuti semua!!!=D sayonara. adios amigos!

35 comments:

Cik Kidal said...

Jom jadi golongan yg ketiga!

L said...

eh3, gadis kidal.. jom3

Keri said...

nasib baiklah buat kerana malu pun dpt pahala hehe.. :)
betulkan niat balik, takut tergolong golongan pertama. insya Allah

L said...

itu la.. yg paling bagus no 3 ler.. huhu

ewanthology said...

tangan kanan memberi, tangan kiri tak tau.

L said...

ayat yg tepat..=D

Nurrul Hazieqah said...

kadang2 ada sumbangan derma jumaat dsekolah.. Ada juga hulur sedkt.. sambil niat untuk mudahkan pembelajaran Nurrul..

*boleh ker macam tuh abg L ?

Muhammad Naim Abdullah said...

salam bro

ramadhan dah dekatkan,jom kita rajin brsedekah, sehari rm1 .. :)

Lelaki Ini said...

thx bagi tazkirah berguna ni..

Tie HT said...

mekasih L dengan ilmu yang bermanfaat ini..pokok pangkal jangan riak..semuanya terbit dari hati... :)

Malaysian Boy said...

sedekah berapa2 pun ok.janji ikhlas.jangan nak menunjuk mcm org skrng ni, sedekah siap masuk tv lagi.isk

ஜ miss klanika ஜ said...

marilah ikhlas kan diri ketika bersedekah . tak pyh masuk tivi segala.

L said...

nurul- boleh jer.. niat yg baik pasti dibalas baik..=D

Naim- aku tgh cuba bro..=D jom..

Afeb-Thx sudi baca.

Tihara- ya..niat yg baik disusuli dgn perbuatan yg baik, besar gnjarannya..

L said...

Kaki bola- salah kita jugak.. nt kita kata yb xtolong orang.. haha..

Miss kanika- nak bagi bagi je kan.=D

aizamia3 said...

jangan berkira dan biarlah dari hati yang ikhlas..

Unknown said...

memberi biarlah ikhlas..... beri tangan kanan tanpa tangan kiri mengetahuinya.....

Unknown said...

marilah kita bersedekah

dwatyKNY said...

Thanx... Betul tu... Bersedekah kerana Allah yakni nak bantu org susah nescaya diluaskan lg pintu rezekinya...

IntaNBerliaN said...

bersedekah lah kerana Allah...

msredcheesecake said...

Golongan ketiga terbaik, tapi kita ni susah nk ikhlas betul2 krn Allah..

profmie said...

ini entry yg bgus...muge kite dijauhkn dr tiga golongan yg paling awal masuk neraka..sgguh m'nakutkn..
Gologn ketiga jg yg terbaik..so,b'sedekhlah krn Allah swt..

p/s:L,thnx coz sudi jguk blog ak yg xseberape..ha3x.ak dh listkn blog kO kt blog aku.hihi..TERBAIK..

SuWaRa said...

salam. membalas kunjungan. thanks for following me :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

takutnyer jadik manusia yg riak...moga kiter bersedekah ngan niat yang ikhlas IA

blog-tips-kurus said...

seeloknya istiqamah.. :-)

Unknown said...

semoga kita semua tergolong di dlm golongan yg ke3.. :)

suwara entertainment said...

hai..salam kenal! nice n3.. :)

amna said...

subhanallah..
mudah-mudahan perasaan golongan yang paling awal masuk neraka itu dijauhi daripada kita semua.. :(

Anonymous said...

Semoga dijauhkan dari menjadi golongan awal masuk neraka... amin.

E'in said...

bersedekah..........

Jahirah said...

ada rezeki lebih.....kongsi la dgn org yg memerlukan.xrugi,untung kat sana nanti..

Anonymous said...

Salam,


kesimpulannya semua terletak pada hati.. ikhlaskan hati

KLIK ISU MATRIKULASI DAN PELAJAR PANDAI

Syazana Zainn said...

point utama, jangan riak dan takbur kalau menderma

lebih baik menjadi golongan yang ketiga

insyaallah :)

Telor Power said...

ikhlas yg sebenarnya perlu ada disitu

Sheila Adziz said...

ada kes akak kena, ada org berniaga buku dan cd... dia kata akak beli buku ni dan special sy bg cd ni dgn harga sekian... so kita terus beli tanpa pk pjg niat sedekah la... tp bila blk rumah tgk cd tu tulis not for sale... alamak, tertipu lak.... hancus niat sedekah... camana tu?

L said...

sekurg kurgnye akak niat sedekah.. yg kes dia tipu akak tu biarknlh antara dia dgn Allah..