Sunday, January 15, 2012

Berkata Dengan Lemah Lembut!

Assalamualaikum.

Ada satu kisah mengenai Nabi Musa yang diperintahkan untuk berdakwah kepada Firaun. Kemudian Nabi Musa berkata ' dan lepaskanlah kekeluan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku'. Ini kerana dari kecil nabi Musa tidak lancar berbicara, Maka Allah menghilangkan penghalang tersebut. Sebab kekeluan lidah kita ni, menganggu orang dari faham apa yang kita cakap. Sebab tu Nabi Musa berdoa suapaya kekeluan lidah dia disebabkan lidahnya terbakar kerana hendak menyelamatkan diri dari dibunuh oleh firaun, Maka Allah memakbulkan doanya. Selain itu, Nabi Musa juga memohon supaya diberikan seorang pembantu daripada salah seorang keluarganya. Iaitu keluargaku yang bernama Nabi Harun. Mengikut sejarah, pada tahun kelahiran Nabi Harun, Firaun tidak menjalankan hukum bunuh pada anak laki-laki yang lahir. Sebab Awal2 dia buat peraturan, mana anak laki2 yang baru lahir hendaklah dibunuh. Kemudian dikaji balik, menteri2 Firaun berkata, kalau semua anak2 lelaki dibunuh siapa yang akan menjadi hamba kita. Maka ditukar undang-undang setahun dibunuh, setahun tidak dibunuh. Nabi Harun lahir pada tahun yang tidak dibunuh, dan Nabi Musa dilahirkan pada tahun yang dibunuh.  

Akhirnya kan doa Nabi Musa diperkenankan, maka berangkatlah Nabi Musa dan Harun pergi berjumpa dengan Firaun. Dalam perjalanan mereka nk p jumpa, Allah berfirman didalam surah Taha ayat 43, yang bermaksud 'pergilah kamu berdua pada Firaun, sesungguhnya Firaun telah melampaui batas' . Sampai mengaku dirinya tuhan, sehingga bebas bermaharajalela dinegeri Mesir. Maksudnya dia sangat lah melampaui batas, bersikap sombong, angkuh, memusuhi terhadap ajaran tuhannya. Kalau nk tau lebih spesifik tentang kekuasaan Firaun ni Allah ada sebut didalam surah Al-Dukhaan. Kita kena faham bahawa pyramid tu, pada satu masa yang lalu batu2nya sangat licin, dia bukan macam sekarang menggerutu pyramid itu. Pyramid itu diperbuat dari keadaan cantik bersinar daripada jauh dah nampak dah cahaya dia.

Dan Allah berfirman dalam ayat seterusnya ayat ke 44, yang bermaksud 'berbicaralah kamu kepadanya dengan kata yang lemah lembut mudah-mudahan dia akan takut dan akan ingat' . Firaun ialah manusia yang tidaklah besar , xsampai pun 20 kaki, xsampai pun sepuluh kaki, besar kita ja. Ada 6 mayat dalam bilik Firaun tu, tak tau mana satu mayat Firaun. Kita jangan faham yang firaun tu tinggi pokok Nyok, takdenye, kecik-kecik ja. besar kita jer, tapi sombongnya, melampaui had, bunuh ni tiap2 hari, walaupun ganaz zalimnya itu, tetap Allah menyuruh Nabi Musa dan Nabi Harun untuk 'قولا لينا' bercakap lemah lembut. Kalau Firaun yang kafir pun disuruh cakap dengan lemah lembut. Kenapa kita sesama Islam bila berceramah@berblogging@berdakwah kasar2.. Dimana dalilnya disuruh kasar2. Sebab tu saya cukup tidak berkenan pada orang yang suka maki-maki, tidak sesuai... Cara itu bukannya menjinakkan orang, dia akan melarikan orang, Jangan hentam-hentam. Nabi Musa boleh je nak hentam Firaun, dia takut apa Allah bersama dia, Tapi sebab apa Nabi Musa tidak hentam firaun? sebab Allah pesan pada Nabi Musa , cakap baik-baik, cakap lembut-lembut. Kita tengok Allah suruh cakap lembut2 jer pada orang zalim mcam itu. Mudah-mudahan dia beringat ataupun takut.

Sebab Cakap yang lembut2 itu mendatangkan ketenangan , mendatangkan ketakutan pada Allah, sebaliknya cakap kasar-kasar itu mendatangkan kebencian. Ini berlaku pada dua orang nabi iaitu Nabi Isa dan Yahya. Isa dan Yahya ialah sedara sepupu, Nabi Isa anak Siti Maryam, Nabi Yahya anak nabi Zakaria. Nabi Isa ni nabi yang sangat2 takut apabila mendengar pasal kiamat, mengeletar habis satu badan, bila sebut kubur takut dia,bila disebut pasal mati dia takut. disebabkan dia terlalu takut ketika mengajar@berdakwah sehinggalah kadang-kadang dakwahnya itu nk bagi orang ikut cakap dia dengan penuh perasaan, dia mengajar betul2, sampai orang pun takut bila tengok dia mengajar. Berbeza dengan Nabi Yahya, bila dengan Nabi Yahya mengajar dengan keadaan yang tenang dan mengembirakan, Maka turun perintah Allah pada nabi Isa supaya ambil cara dakwah Nabi Yahya kerana cara Nabi Yahya lebih disukai orang.

yang ni la kita kena lihat, perkataan yang lunak-lunak, perkataan yag sedap didengar, manusia yang keras pun boleh lembut bila dengar. Ini saya tak mahu la kata pada sapa-sapa, tapi sebagai pengajarn kepda setiap  blogger2 kita dan sapa-sapa sahaja yang nk berdakwah nk menasihati orang. Gunakanlah perkataan yang baik-baik insyaallah orang pun suka dengar, baca apa yang kita cuba sampaikan. Sama-sama lah kita renungkan bersama-sama, segala apa yang baik itu semua dari Allah dan apa yang buruk itu datang dari diri L sendiri.=0 selamat berehat dihujung minggu.

72 comments:

Anonymous said...

bahasa jiwa bangsa

Cikgu Ma said...

bahasa melambang peribadi seseorang..namun kadang2 ia hanya menipu..

aReLaN said...

hohohoho...perkongsian menarik di hari ahad.tapi skang ni sme jenis nak menghentam orang je.pantang nampak salah sket je konfem la kena.hmmmm

KaK LimAh Si SupiR said...

betol..kalo ckp lemah lembut, blh mengalir air mata insaf..kalo kene hentam, cnfm menyampah :P

Unknown said...

betul..sesungguhnya kata2 itu umpama pedang yg tjam.bisa melukakan...juga ubat yg mujarab..boleh menyembuhkan..terima ksih :)

L said...

aa'ah asal salah kire nk hentam jer kan...

Anonymous said...

Senang. Takdek tujuan nak cakap kasar, tak perlu cakap kasar. Thanks anyway ;)

Unknown said...

hukkk dah tobat, tggu entry publish mlm ni sbb ape, pastu bace blog kamu btmbah tesedar...slalulah ingatkan ye! :))

Afiqah mOhammad said...

mulai skrg nk ckp lembut2 je la..^^

L said...

ckap dengan kata2 yang lemah lembut laar... huhu

Zehan Ilyana said...

betul..kita kena guna dan pilih perkataan yg elok n lemah lembut...

nice sharing...:)

Zam said...

best entri ni! ada bnyk perkara baru yg aku tak tahu dr versi sbnr :)

~PENCHENTA~ said...

Great! Banyak belajar sejarah dalam post ni. :)

Islam kan agama yang membawa kesejahteraan. Jadi, sejak bila keamanan dan kesejahteraan boleh diwujudkan dengan kekasaran?

Tapi rasanya perlu kaji lagi. Sebab untuk orang yang tidak beriman, kita kena berlembut, dan taida paksaan dalam beragama. Tapi, untuk orang Islam, kita kena berkeras. Sebab setiap hukum tu tertakluk pada setiap umat Islam. Bukan boleh cedok separuh2. Dan sebab tu jugak Allah letakkan hukum bunuh bagi orang yang membunuh. Dengan syarat dia orang Islam.

Hmm. Faham tak?

Jadi, mungkin ada sebab ustaz2 sekarang berkeras. Sebab ada umat yang liat. :D

Telor Power said...

bgus entri ni.....cakap biar berhemah le. kaki hentam2 mmg boleh bikin ati panas seterusnya ke dendam dan menyampah bila berjumpa kali seterusnya

L said...

faham lar... kalau orang hentam2 kita, kita suka x? huhu.. xkira la orang islam or x. mmg lumrah manusia xsuka dihentam2... Kita kene gunakan cara berdakwah yang tabasyyir, menggembirakan. mmg la ramai orang yg islam. tp ramai orang islam sekarang ni yang tak faham agama. jahil bab agama. agama pada ic je.

L said...
This comment has been removed by the author.
Arra Ahmad said...

kena cakap dengan lemah lembut walau dia org jahat..:)

Unknown said...

Kata-kata itu lebih tajam dari pedang, maka ia akan lebih melukakan. Jadi, bahasa melambangkan peribadi seseorang :)

iAmCekbolat said...

ha`ah.. setuju.. so kne la brlembut.. kdg2 api boleh dipdam dgn air kn? herr tahh

Unknown said...

ckp kene berlapit skit

Ckin Kembaq said...

kata-kata ni lebih tajam daripada mata pedang..dahsyat kan penangan kata-kata ni....penah ada pengalaman dulu...bukan didakwahlah...tapi ada sorang hamba Allah ni mengutuk atas kesalahan yang bukan dilakukan oleh Ckin...Allahuakbar!spanjang 3 minit dia 'buka mulut' tu, meleleh laju air mata...ntah papa kan...akibatnya seminggu tak bertegur sapa hatta sekelas..haish..bukan Ckin yg mengelak dari dia, tapi dia yang mengelak dari Ckin..hmm pastu, dengan rasa rendah hati, pi la minta maaf kat dia wpun bukan atas salah sendiri..redha je la.. =_=

itulah dia penangan lidah..3 minit je pun...tp menikam kalbu....yang paling syok tu, bukan salah Ckin pun.salah dia sendiri..adeh nasib..nasib..

ch000tz said...

sometime tak kasar cuma penerimaan setiap individu tu berbeza kan...


http://ch000tz.blogspot.com/2012/01/sampai-nanti-tika-waktu.html

RHI said...

itulah..kita memang didik berbicara dengan lembut...

JR said...

Bahasa melambangkan keperibadian seseorang...

L said...

terbaik lah JR... bahasa melambangkan agama..

Shila said...

bahasa lembut2 ni lagi mudah orang nk ikut..

even budak2 kecik pun..
ni lagi pulak kite yg besar yg mcm2 perasaan ade..


tak suka org ckp kasar2.. Y__Y

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Nice..
kalau nk menegur..gunalah bhs yg lembut & sopan..Bahasa melambangkan Bangsa..^^

ayukhairy said...

Terima kasih L kerana saling ingat mengingati..^_^

Kak Amy said...

sebaiknya cakap la elok2 walaupun dorang jahat...

kurus said...

setuju dikk
berkata baik dan lembut tuuu membuatkan hati yg sakit jadi tenang ! .. ;)

IntaNBerliaN said...

setuju sgt2..!! ckp lemah lembut tu adlh yg terbaik... bila kita ckp lembut secra xlgsung buat kita rasa rileks & kdg2 mampu keluarkan air mata org yg dengar..

L said...

haa. tahu xper.. bnyk cabg dakwah, tapi yg sesuai pada ketika ini ialah dakwah tabasyyir...=)

Sheila Adziz said...

erm... nice entry... akak pun lembut hati rasanyer... hehehe

merahitujambu said...

terima kasih share.kadang2 tercakap kasar..hebit plak..XD

Hanis Azla said...

pengajaran yg sangat baik dari entry ni.. terima kasih ye..

Kancil 8349 said...

Kancil sokong kenyataan kamu...berhati2 bila menulis sebab ada orang yang ndak faham niat kita

nurdani said...

kata2 melambangkan peribadi diri

budak kacamata said...

thanks 4 sharing..good job..!

peRmaTa_ aGamA said...

" bukanlah seorang mukmin jika suka mencela,melaknat dan berkata-kata keji.." ( HR Tirmizi )

♥ Nana BamBam ♥ said...

bahasa mencerminkan diri..

jadi bila berbicara kena la sopan santun, barulah sedap didengar..hekhek

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

yup..akak blog2 yg kasar melbihi batas tue akka mmg tak pg dah...beza ye kasar dgn buat lawak..

Deru Ombak said...

Salam L,,,

Bagai semilir menyisir lalu dalam ribut..
Bagai pedang tersarung,, menang dalam menang...

Disebalik kelembutan itu ada kekuatan...

**saya dak klik follow.. Femes x saya lepas ni? Heeee! Gurau jerk eh...

L said...

huhu, mmg beza pun dgn yg kasar2 dengan yang lawak.. rasa xsedap dengar jerk.=)

L said...
This comment has been removed by the author.
L said...

bakal femes r.. hahahha. tapi xjnji.. ngeh3

Hanie Dew said...

cakap lemah lembut memang effektif. bedepan dengan orang marah, kta ckap cool je mesti dia surrender.

L said...

mcm pengalaman jerk.. huhu.. betul3..

محمد رازيق said...

setuju bro. lemah lembut lgi mudah. cuma bergantung pada siapa yang kita bercakap. free2, jmput singgah blog, jmput bc entri BURUNG BIRU SI PEMALU :)

Keri said...

tegas tapi lembut... susah tp perlu dicuba... :)

Anonymous said...

Dengan puak umno dah tak boleh berlembut dah ni ha..

KLIK:Di mana silapnya

ZORA said...

budi bahasa amalan mulia..:)

L said...

kalau dgn org kafir kita boleh meeting semeja , xkn ngn org seislam tak boleh berlemah lmbut? apabila mnggunakan al-quran dn hadis bg mmnuhi selera shaja...begitu la jdnya...=)

Sarah Mohd Saleh said...

btul.bckp lmbut bole memudahkn sgla ursn kte ;)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

skrng ni susah nak jumpa org tegur ngan hormat & lembah lembut...zmn skrng ramai yg baran

terpatrisinarabadi said...

suka baris ayat yg terakhir tu.. =D

intan_blur said...

slm singgah..;)
intan follow sini..
tq for syaring beb ;)
keep in touch

L said...

huhu.. ok suker jugak.. selamat berehat yer akak.. huhu

Niza Romli said...

entry yg sangat mengesankan di jiwa saya..mekasih L :)

Cik Ecah said...

betul2...
kalau berdakwah secara lembut.. InsyaAllah...hati yg keras pun blh jdi lembut...

Anonymous said...

betul L,bercakap lembut mendatangkan ketenangan..kalau nak marah pon xjadi..huhuh..tq

Kayu Manis said...

kadang2 lembut tak jln.cara kasar la kita guna..org skrg degil.

ckp pandai tapi..jiwa kosong..

Anonymous said...

nice entry.. :)

AmirFX said...

Bahasa memainkan peranan bila berkata2..

MulutPayau said...

terima kasih dik atas prkongsian ni...

LadyBird said...

alhamdulillah.. ilmu baru yg lady dpt.. lady baru je th tentang hukuman bunuh bayi lelaki tu dibuat selang seli.. selama ni lady x pernah membaca kisahnye..

L said...

huhu.. sama2 la kita mengkajinyaa.=)

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

baru tau kisah nabi musa tu yg dulu lidahnya kelu..cetek ilmu sy..

betol2..nasihat o perckpn yg lemah lembut org pn senang dgn sikap kita. bkn dgn menbentak bentak. lama2 org pn takmau brckp dgn kita..

blog-tips-kurus said...

guna reverse psychology..

L said...

yerh, betul tu akak..=)

Puan Kutu said...

em betul tu,berlemah lembutlah dalam setiap perkataan..tu pentingnya budi bahasa..

Juliet_iRa~" said...

suka ayat last..ckp baik2 kan..:)

Zul De Alexis said...

bahasa jiwa bangsa..nice perkongsian..thank...:D