Tuesday, January 31, 2012

Sapa kamu!!!

Monday, January 30, 2012

Amanahnyer Sahabat Rasulullah!

Assalamualaikum, harini L nak kongsi sikit2 cerita ceriti, bukan gosip murahan, tapi cerita mengenai Khalifah pertama iaitu Saidina Abu Bakar r.a. zazzz! layan........

Cuba kita lihat pada Saidina Abu Bakar r.a. yg hebat iman dia, yang nabi puji direct pada dia. Nabi ni jarang puji depan2, kalau Baginda puji tu, memang betul lah tu.  Diantara yang Rasulullah s.a.w puji Saidina Abu Bakar, Kata Rasulullah; 'Kalau ditimbang iman Abu Bakar dengan iman seluruh isi alam berat lagi iman Abu Bakar.' Depan2 Abu Bakar, baginda pujinya. Menunjukkan bahawa , boleh puji dihadapan, jika pujian itu betul. Yang kedua jika yang dipuji tu tidak jadi riak. Saidina Abu bakar bila nabi puji begitu, lagi tunduk dia. Kalau kita kena puji macam tu, tegak macam zirafah la kepala.

Saidina Abu Bakar ni, satu hari Nabi sebut, Di syurga ni banyak pintu, ada pintu yang suami adil, pintu keadilan suami panggil; 'Wahai manusia yang baik, masuklah syurga melalui pintu aku.' Tiba2 pintu sembahyang pun panggil;'Wahai manusia yang baik, masuklah syurga melalui pintu aku.' Lepas itu pintu sedekah pulak. 'Wahai manusia yang baik, masuklah syurga melalui pintu aku.'Lepas tu pintu jihad pulak, lepas tu pintu puasa pulak,. Lepas tu, Abu bakar kata, Subhanallah, Rasulullah ada tak orang yang masuk syurga mcm tu. Semua pintu syurga nak dia. Kata rasulullah, KAMU lah orangnyer. Agak2 kalau kita ? pintu mana? Pintu puasa? no en3 la. Pintu sedekah? Tapi Abu Bakar ni, semua pintu panggil. Dia suami yang adil walaupun ada 2 isteri. Subhanallah, adil.

Ok, sekarang ni nak sentuh bab amanah Saidina Abu bakar ni. Selepas solat subuh, tiap2 hari Saidina Umar tengok Abu bakar ni,  lepas subuh ja balik. Tapi tak balik kerumah. Umar pun timbul heran. pergi kemana hamba Allah ni. Satu hari, Umar ni tidak puas hati, dia pergi siasat, rupa2nya abu bakar masuk satu kampung, pergi satu rumah buruk, Lama Umar tunggu diluar, nak tengok apa yang Abu Bakar buat. Abu Bakar balik, Umar masuk dalam rumah. Rumah ni dihuni oleh seorang perempuan yang buta, tua, bersama cucu2nya yang masih kecil.

Umar : makcik duduk dengan siapa?
Makcik : Dengan cucu2 makcik. Makcik buta, tak larat buat kerja dah.
Umar : habis tu mcam mana makcik cari nafkah?
Makcik :Allah la yang bagi. ada rezki adele, kalau takdak takdala.
Umar: siapa yang datang pagi tadi?
makcik : 'oh dia tu, dia tiap2 pagi datang, menyapu rumah, buat cucur, buat roti, lepas2 dia masak, dia balikla.
Umar : Tiap2 pagi dia datang makcik?
Makcik : a'ah..
Umar : siapa dia makcik?
Makcik: tak tahulaaaar..

Boleh bayang tak? Tiap2 hari datang, suap makan kat anak2 kecil tak bagi tahu kat makcik, 'makcik, sayalah Khalifah Saidina Abu Bakar, jangan lupa yer, ingat betul2 muka saya,' takda pun wahai pembaca.. inilah yang dikatakan ikhlas, bersih dari niat yang bukan2. Sampai makcik tu yang makan hasil air tangan Abu bakar, tak tahu dia tu abu bakar,Khalifah Rasulullah. Nak banding ikhlas dengan kita macam mana tak tahulah. Kita bagi sejadah sehelai, tulis nama penuh sejadah. BAru bagi sehelai, tulis nama dari atas kebawah, "ikhlas, besar tak sangga. (sangat) Ikhlas apa tulis, Abu Bakar tak bagi Cheque besar papan, tak panggil reporter untuk ambil gambar dia yang tengah menyuap budak2 ni dalam rancangan bersamamu ni. Padahal Abu Bakar buat rancangan bersamamu ni lama dah. 1400 tahun dulu dah. tapi dia buat ikhlas sungguh2. Termenung Saidina Umar. Umar kata'wahai abu bakar, kamu ni dah menyusahkan khalifah selepas kamu, kalau kamu tak buat mcam ni senang kami. takkan kami nak bersenang-senang, kamu khalifah pun buat mcam ni.'

Sampailah ABu bakar ni mninggal dunia,  Abu bakar hanya meningalkan 2 kenderaan, unta dan baghal.Dan 2 helai jubah. Kita kalau mati,khalifah, agak2 kereta berapa? kerta bergaraj-garaj. baju ni beralmari. Ada satu rumah orang kaya yang L penah masuk, garaj dia pun letak aircon. subhanallah, kaya sungguh. baju mcm mana? stokin macam mana? kayanya, Abu bakar cuma2 helai jer jubah. BIal mati dia, Siti Aisyah, anak saidina Abu bakar, bagi harta dia, unta dan baghal dan 2 helai jubah kepada baitulmal. Bila umar tahu, umar berkata'kamu telah menyusah khalifah selepas kamu, tak berbajulah kami. Ya Allah, mana nak cari yang macam ni. Bila Abu bakar mati macam tu, Umar pun , khalifah no 2, pun macam itu jugak. Pasai dah bos macam itu. Umar satu hari berbunyi perut dia, umar pegang perut dia, umar kata,wahai perut samada kamu berhenti berbunyi atau terus berbunyi aku sekali2 tidak akan kenyang sehinggalah rakyat aku kenyang. sebab apa para pembaca? sebab yang kita dok nampak sekarang, AMANAH.

Sebab tu Abdullah bin Umar, bila di offer satu jawatan gabenor, dia tolak. keranan bimbang tidak boleh amanah ,di hari akhirat kena soal. dia ni orang paling layak. Dia tak mintak jawatan pun orang bagi,  sebab dia layak, tambah kalau dia mintak, lagi orang bagi. Tapi, dia mintak pun tidak, orang offer pun tolak. sebab dia takut bila dia pegg amanah,  dia belot,lalai,  cuai .Kata Abdullah; bialah aku mencari syurga dengan jalan yang lain daripada jalan memegang jawatan .Tapi Kita sekrang berebut nak jawatan.. urm, entahlaa. Ingatlah, amanah yang Allah taala bagi ni bukan saja2 Allah bagi, Allah akan hisab dihari kiamat.

Setakat itu sahaja kot, L minta maaf andai en3 kali ni memboringkan. huhu. apa yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri L sendiri..=) akhir penulisan, marilah kita berselawat keatas junjungan mulia Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Selamat malam. Lailatulsaidah. lol...~bye~

Wednesday, January 25, 2012

Berdoa BerJemaah (BB DAY #1)

"Ya Allah Kau Ampunilah kedua ibu bapa kami, keluarga kami, seluruh muslimin dan muslimat yang masih hidup dan yang telah lama pergi meninggalkan kami. Ya Allah kau kurniakanlah kesihatan kepada kami supaya kami sentiasa beribadah kepadaMu. Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim, kau sembuhkanlah penyakit Ustazah Saadiahku dan bapa c dia Alias b Alang. sesungguhnya kami hambamu yang lemah."  
Amin....

Sunday, January 22, 2012

Kenapa Ilmu itu penting?

Assalamualaikum w.b.t.. harini L nk kongsikan satu hadis dan sedikit huraiannya..

Saad ibnu Waqas r.a meriwayatkan hadis daripada Nabi Muhammad s.a.w , kata nabi : Kelebihan Ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadah dan kebaikkan didalam agama kamu ialah warak.

Hadis ini, Nabi s.a.w menyebut kepada kita antara dgn mencari ilmu dan berbuat ibadah. Mana yang lebih disukai? Maka nabi lebih menyukai orang yang mencari ilmu. Apa mkna kalau ibadat tanpa ilmu, bukannya Allah terima pun. Ibadat kita ni, Allah nk terima dengan sebab 2 benda. Yg pertama, dengan kita mengikut cara/perbuatan Rasullullah. Kita sebut sbg, 'muttabaAh' . Solat, zakat, haji, puasa, dan segala ibadat kita Allah akan terima apabila kita ikut macam Rasulullah. Lain daripada apa yang Nabi buat, ditolak. Yg kedua pulak, ialah ikhlas kerana Allah. Kalau betul mcm mana cara dia buat, dia ikut sebiji, sebiji , sebiji macam Rasulullah, Tetapi jika takder keihklasan , ianya ditolak oleh Allah s.w.t.

Jadi mcm mana nak tiru nabi? Jawapannya ialah MESTI menuntut ilmu. Sebab tu nabi kata menuntut Ilmu lebih afdal dari beribadah. Sebab ada orang yang mementingkan amalan tapi ilmu takda.Zikirnya rajin, solatnya rajin, tapi ilmu tak rajin menuntu, dia takkan dapat. Banyak orang berzikir, dia faham zikir tu baik. betul zikir itu baik. Tapi apabila dibuat pada tempatnye zikir tidak menjadi benda yang baik. Waktu Imam berkhutbah, dia berzikir, zikirnya tidak elok.. Sia-sia sahaja berzikir.

L cuba bagi analogi, cuba bayangkan. Sekarang kita sedang menuntut ilmu, ada orang, dia takmau mengaji, dia duduk di belakang,solat sunat. Allahuakbar. Dia perasan dia betul tu. Sedangkan kita yang datang belajar pahalanya seribu rakaat solat sunat. Dia solat sunat dari pukul 8-9 berapa rakaat dia dapat? abis-abis kuat dapat 20 rakaat. 20 rakaat shaja. Tapi kita yang mengaji ni, dapat 1000 rakaat tuan-puan.. Kalau lah kita tiap-tiap hari mengaji, panjat tangga masjid pergi cari kuliah2. Semalam dah 1000 kalau 30 malam? lol!! dah 30,000 rakaat solat sunat. Kalau sebulan 30,000 rakaat bersamaan dengan berapa bulan kita sembahyang sunat??? huhu . Kita cuma sembahyag terawih 20rakaat. sebulan dapat 600 rakaat. maknanya kalau seribu, dalam sebulan setengah. Kalau tiap-tiap malam kita belajar, agak2 berapa ribu rakaat yang kita boleh? haa, kira tengokla..


Sekarang, nampak tak kelebihan orang yang menuntut ilmu?? then apa tunggu lagi?? pergi la jenguk2 surau2, masjid2 sebelah rumah tuu=).. Bila lagi nk jadi orang yang penuh crowded ilmu agama didada.. Jangan tggu time pencen baru nk mencari. Bermula jejak mencari ilmu bermula dari sekrang. AYUH!!!

KEMPEN MENCARI ILMU!!

Thursday, January 19, 2012

Pak Pandiaq!

car kenal pak pandir..ha3

* Dia hubungi seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

* Dia faks surat dengan setem di atasnya.

* Cuba melemaskan ikan dengan merendamnya di dalam air.

* Cuba tanya harga barang di kedai 2 ringgit.

* Belajar bertungkus lumus untuk ujian darah.

* Tertinggal bas No. 20, kemudian mengambil bas No. 10 sebanyak dua kali.

* Undi untuk Mawi setiap kali Astro ulang tayang konsert Akademi Fantasia.

* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.


Wednesday, January 18, 2012

WW




Petang nih!!!

Sunday, January 15, 2012

Berkata Dengan Lemah Lembut!

Assalamualaikum.

Ada satu kisah mengenai Nabi Musa yang diperintahkan untuk berdakwah kepada Firaun. Kemudian Nabi Musa berkata ' dan lepaskanlah kekeluan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku'. Ini kerana dari kecil nabi Musa tidak lancar berbicara, Maka Allah menghilangkan penghalang tersebut. Sebab kekeluan lidah kita ni, menganggu orang dari faham apa yang kita cakap. Sebab tu Nabi Musa berdoa suapaya kekeluan lidah dia disebabkan lidahnya terbakar kerana hendak menyelamatkan diri dari dibunuh oleh firaun, Maka Allah memakbulkan doanya. Selain itu, Nabi Musa juga memohon supaya diberikan seorang pembantu daripada salah seorang keluarganya. Iaitu keluargaku yang bernama Nabi Harun. Mengikut sejarah, pada tahun kelahiran Nabi Harun, Firaun tidak menjalankan hukum bunuh pada anak laki-laki yang lahir. Sebab Awal2 dia buat peraturan, mana anak laki2 yang baru lahir hendaklah dibunuh. Kemudian dikaji balik, menteri2 Firaun berkata, kalau semua anak2 lelaki dibunuh siapa yang akan menjadi hamba kita. Maka ditukar undang-undang setahun dibunuh, setahun tidak dibunuh. Nabi Harun lahir pada tahun yang tidak dibunuh, dan Nabi Musa dilahirkan pada tahun yang dibunuh.  

Akhirnya kan doa Nabi Musa diperkenankan, maka berangkatlah Nabi Musa dan Harun pergi berjumpa dengan Firaun. Dalam perjalanan mereka nk p jumpa, Allah berfirman didalam surah Taha ayat 43, yang bermaksud 'pergilah kamu berdua pada Firaun, sesungguhnya Firaun telah melampaui batas' . Sampai mengaku dirinya tuhan, sehingga bebas bermaharajalela dinegeri Mesir. Maksudnya dia sangat lah melampaui batas, bersikap sombong, angkuh, memusuhi terhadap ajaran tuhannya. Kalau nk tau lebih spesifik tentang kekuasaan Firaun ni Allah ada sebut didalam surah Al-Dukhaan. Kita kena faham bahawa pyramid tu, pada satu masa yang lalu batu2nya sangat licin, dia bukan macam sekarang menggerutu pyramid itu. Pyramid itu diperbuat dari keadaan cantik bersinar daripada jauh dah nampak dah cahaya dia.

Dan Allah berfirman dalam ayat seterusnya ayat ke 44, yang bermaksud 'berbicaralah kamu kepadanya dengan kata yang lemah lembut mudah-mudahan dia akan takut dan akan ingat' . Firaun ialah manusia yang tidaklah besar , xsampai pun 20 kaki, xsampai pun sepuluh kaki, besar kita ja. Ada 6 mayat dalam bilik Firaun tu, tak tau mana satu mayat Firaun. Kita jangan faham yang firaun tu tinggi pokok Nyok, takdenye, kecik-kecik ja. besar kita jer, tapi sombongnya, melampaui had, bunuh ni tiap2 hari, walaupun ganaz zalimnya itu, tetap Allah menyuruh Nabi Musa dan Nabi Harun untuk 'قولا لينا' bercakap lemah lembut. Kalau Firaun yang kafir pun disuruh cakap dengan lemah lembut. Kenapa kita sesama Islam bila berceramah@berblogging@berdakwah kasar2.. Dimana dalilnya disuruh kasar2. Sebab tu saya cukup tidak berkenan pada orang yang suka maki-maki, tidak sesuai... Cara itu bukannya menjinakkan orang, dia akan melarikan orang, Jangan hentam-hentam. Nabi Musa boleh je nak hentam Firaun, dia takut apa Allah bersama dia, Tapi sebab apa Nabi Musa tidak hentam firaun? sebab Allah pesan pada Nabi Musa , cakap baik-baik, cakap lembut-lembut. Kita tengok Allah suruh cakap lembut2 jer pada orang zalim mcam itu. Mudah-mudahan dia beringat ataupun takut.

Sebab Cakap yang lembut2 itu mendatangkan ketenangan , mendatangkan ketakutan pada Allah, sebaliknya cakap kasar-kasar itu mendatangkan kebencian. Ini berlaku pada dua orang nabi iaitu Nabi Isa dan Yahya. Isa dan Yahya ialah sedara sepupu, Nabi Isa anak Siti Maryam, Nabi Yahya anak nabi Zakaria. Nabi Isa ni nabi yang sangat2 takut apabila mendengar pasal kiamat, mengeletar habis satu badan, bila sebut kubur takut dia,bila disebut pasal mati dia takut. disebabkan dia terlalu takut ketika mengajar@berdakwah sehinggalah kadang-kadang dakwahnya itu nk bagi orang ikut cakap dia dengan penuh perasaan, dia mengajar betul2, sampai orang pun takut bila tengok dia mengajar. Berbeza dengan Nabi Yahya, bila dengan Nabi Yahya mengajar dengan keadaan yang tenang dan mengembirakan, Maka turun perintah Allah pada nabi Isa supaya ambil cara dakwah Nabi Yahya kerana cara Nabi Yahya lebih disukai orang.

yang ni la kita kena lihat, perkataan yang lunak-lunak, perkataan yag sedap didengar, manusia yang keras pun boleh lembut bila dengar. Ini saya tak mahu la kata pada sapa-sapa, tapi sebagai pengajarn kepda setiap  blogger2 kita dan sapa-sapa sahaja yang nk berdakwah nk menasihati orang. Gunakanlah perkataan yang baik-baik insyaallah orang pun suka dengar, baca apa yang kita cuba sampaikan. Sama-sama lah kita renungkan bersama-sama, segala apa yang baik itu semua dari Allah dan apa yang buruk itu datang dari diri L sendiri.=0 selamat berehat dihujung minggu.

Saturday, January 14, 2012

Time To Sleep!


Yerh!!! besok pagi nk g mandi air tejun. G ngn kengkawan laki L jerk. perempuan xleh k, untuk kite kite jer(UKKJ). Sapa lambat besok bakal ditinggalkan!!! haha. tido2!

p/s itu bukan gambar L.. haha

Thursday, January 12, 2012

Melayu tidak pernah bersyukur?

Assalamualaikum,,
pada adat dunia, pisang tidak akan berbuah 2 kali... Tapi ini hanya bagi pokok. Tapi kalau manusia? mungkinkan sejarah berulang? Tidak mustahil sejarah akan berulang seandainya MANUSIA itu sendiri alpa dengan apa yang dimilikinya sekarang. Terlalu selesa dengan apa yang kita ada tanpa memikirkan apa-apa. Aku harapkan Malaysia sentiasa aman supaya aku dan seluruh UMMAT ISLAM di dalam Malaysia ni masih mampu beribadah kepadaNYA. sama-samalah kita doakan kesejahteraan negara kita. Jadilah seorang yang cintakan Negara. 

Kadang-kadang orang yang selalu meminta sesuatu yang lebih-lebih orang kita sendiri lah orang melayu Islam di Malaysia. Kita sentiasa mahukan kesenangan. OK L bagi contoh. Macam orang yang study kat u yang dapat ptptn ,kebanyakkan inginkan biasiswa. Inginkan duit dari pihak kerajaan. Tidak dinafikan kalau L sendiri yang duduk kat U L pun akan usaha untuk dapatkan tanggungan untuk belajar. tapi bila L duduk maktab kan komfirm2 dapat elaun dah kan. Dan sekarang baru L sedar betapa bagusnya semua orang tak diberikan biasiswa. Nk taw sebab apa? bukan nk burukkan pada sapa-sapa tapi ni lah hakikat yg dihadpi oleh orang Islam kita.

Apabila kitorang dapat elaun, 6bulan temasuk cuti dapat 3500. dan setahun dapat lebih kurang 500-600 untuk elaun buku dan alat tulis. banyak kan? Tapi apa yang sebenarnya yang kami habiskan? Setiap sem inilah yang akan ditukar  dan bakal dibeli:

  • telefon bimbit baru?
  • kamera DSLR
  • tukar full set sport rim kereta/motor
  • layan wayang
  • makan kfc, mcd, rfc, pizzahut, hotmuss (hampir setiap hari)
  • beli tablet, galaxy, i pad, toshiba, acer
  • buku tak sampai 100 satu sem. 
  • kasut bola, kasut futsal, kasut jog, kasut basket, 
Dan banyak lagi kalau L nk listkan. Nampak tak keburukkan orang yang ada duit banyak2 ni? Kita boleh jadi lupa diri. jadi sedarlah, janganlah terlalu inginkan kesenangan dalam hidup, sebab kebanyakkan kita hanya menggunakan duit itu kejalan yang tidak sepatutnya. Walhal duit tu diberi untuk belajar. Tapi tak penah cukup? sebab apa? sebab kita sentiasa mengharap. Orang sekarang manja. Dan dimanjakan. Orang kata ukur baju dibadan sendiri. Tak ramai yang sedar, cuma tahu mintak2.. Kalau orang bagi duit pun kat kita kita tak akan guna duit tu pada tempatnya? ingat tak en3 l sebelum ni? pasal adil. maknanya kita tidak adil pada duit kita sendiri. Orang bagi duit untuk tampung pembelajaran kita, tapi???? jawab lah sendiri. Manusia tidak akan belajar memahami seandainya sejarah tidak berulang. Mungkin kita menanti negara kita untuk dijajah, baru kita betul2 faham...=) (harapnya tidak la/aminn)

Mungkin en3 ni agak kasar, tapi ini lah realiti remaja2 universiti2 dan maktab2 dan kolej2. dan lain2. Dan tuan yang tulis ni sendiri. manusia tidak pernah terlepas dari godaan syaitan. Jadi kita sendrilah kena membebaskan dari dibelenggu oleh syaitan. jadi sama2lah kita meningati, fokus kita sekarang adalah untuk belajar. dan untuk belajar. jangan jadikan melayu(Islam) hilang di bumi Malaysia! Takbir. Allahuakbar. K ah nk p kelas dah nih. haahaha. k.. tata.. assalamualaikum.=)

Sunday, January 8, 2012

Iman kita

Assalamualaikum, harini L nk kongsikan sedikit ilmu yang tidak seberapa ini.=)

Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w  "Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika dia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika dia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". [Di riwayatkan oleh Imam Muslim]

jika kita tidak mampu mengubah kemungkaran dengan kuasa yang ada, ubah lah dengan lidah, ubah dengan lidah pun xmampu jugak? maka ubahlah dengan hati . maka yang sedemikian itu ialah selemah -lemah iman. Dalam hati tidak bersetuju , dan orang yang tidak bersetuju dengan hati ialah orang yang selemah iman. Kalau dalam hati pun tidak ada wujud tidak suka , langsung tidak ada iman. Dia suka pula tengok benda maksiat, maka orang itu tidak ada iman. Jadi, iman yang paling tinggi ialah mengubah dengan tangan iaitu kuasa, kalau kuasa tak boleh,  lidah , kalau xboleh lidah, dengan hati, kalau dengan hati pun tak dak, maka takdalah iman...

perbuatan mungkar dihapan mata, tidak dicakap tidak ditegur maka orang yang mcm ini sudah tidak ada iman. ha, yang ni kita cuba kaji balik diri kita samada kita termasuk di dalam golongan A, B, C, atau D. Firman Allah dalam surah Luqman , ayat 17,  sila rujuk sendiri. maksudnya, " dan suruhlah manusia berbuat baik, dan cegahlah mereka yang membuat mungkar". Cuba kita lihat perkataan SURUH. Apa makna suruh?

1. Emak menyuruh saya pergi ke kedai. betulkan bahasa@ penggunaan SURUH ? ( / )

2. Saya menyuruh emak pergi ke kedai. betul ka tidak?  ( x ) kenapa salah?

Sebab perkataan menyuruh ialah untuk seorang yang ada power. contoh yg lain.

1. Pengarah menyuruh tukang kebun menyapu sampah.
2. Tukang kebun menyuruh pengarah menyapu sampah.

pelik tidak bunyi ayat kedua? Tuan, sapu sampah! Sebab tu Allah menggunakan ayat menyuruh, menyuruh utk orang yang ada kuasa. Yang ada kuasa ialah PEMIMPIN, maka pemimpin hendaklah menyuruh rakyatnya berbuat baik.  itulah yang dimaksudkan dengan "وَأْمُرْ". macam kita yang tiada kuasa , kita dipanggil sebagai "يَدْعُو "/ berdakwah. yad'u ila khair.. menyeru berbuat baik. siapa ? umum.. ustaz, ustazah, jiran-jiran, masyrakat, bloger-blogger. kita dipanggil sebagai yad'u. Sebab kita tiada kuasa. tetapi yang ada kuasa dipanggil "وَأْمُرْ". Siapa yang ada kuasa? kerajaan, polis, ketua masyarakat, pihak berkuasa, mak bapa, suami. ini dipanggil "وَأْمُرْ" . suruh isteri kamu sembahyang, suruh anak-anak kamu sembahyang. Itu betul, suruh anak buah kamu sembahyang, suruh rakyat kamu sembahyang. Jadi perkataan "وَأْمُرْ" untuk orang yang ada kuasa.  WAJIB. kita ada kuasa pada Isteri kita, Wajib suami suruh, Ibu Bapa ada kuasa pada anak-anak, wajib parent suruh. Saya ketua kampung, saya ada kuasa pada penduduk kampung, wajib saya suruh. Saya perdana menteri, saya menteri, saya raja, ada kuasa pada rakyat saya, wajib saya suruh rakyat saya buat. Wajib suruh buat. Kalau kita faham pada ayat ini clear lah kita.

Masalahnya orang yang ada kuasa tidak melaksanakan kewajipan menyuruh ini. Tak dilaksanakan dan tak disuruh buat sebab tuorang tak buat. Cuba kita buat paksaan semayang. Siapa yang tidak sembahyang akan dirotan. Sebab itu bapa ada kuasa . Bapa ada kuasa untuk merotan anak-anak mereka sekiranya tidak sembahyang.pasal dia "وَأْمُرْ" . Tapi anak tidak ada kuasa nk rotan ayah dia yg xsembahyang. Bapa dah 60 tahun xsembahyang, sekarang saya nk rotan bapa plak.salah. Bukan kerja anak nk merotan bapa dia. Tapi bapa boleh rotan ank dia sebab dia ada power.

Kita ni hidup atas muka bumi Allah, bila hidup atas bumi, tanah yang Allah jadikan, bumi Allah jadikan. Allah dah buat peraturan. Yang ni boleh buat, yang tu tak boleh buat. Kalau kita langgar peraturan tu, apa jadi pada tuhan? Macam kita ada rumah, orang duduk menumpang dalam rumah kita berbulan-bulan. Rumah kita ada peraturan. ' jangan meludah' 'jgn buang abu rokok didalam rumah' 'jgn menconteng diniding' 'jgan berdiri atas sofa'. Undang-undang tuh. Datang orang lain , datang duduk berbulan-bulan, dia buat macam rumah dia.Bukan setakat conteng dinding dengan pensil, dengan tapak kasut pun ada. Jadi sebagai tuan rumah apa kita rasa? Mula-mula kita biar dulu. lama-lama? xker nk halau jer orang mcm tu. Sebgai tuan rumah ambil tak tindakan? ambil..  Kalau sewa xbayar pun kita bagi notis.Tuan punya tanah bumi ni Allah, tiba-tiba kita menumpang dalam muka bumi ni, kita buat ikut suka kita sahaja, Allah biar sja ka?Tidak.. Ingat Allah akan biarkan sahaja mungkar-mungkar yang banyk.

Allah biarkan sementra sahaja. Sementara ada orang Alim didalamnya, sementra ada orang pergi masjid lagi, sementara ada budak-budak kecik, sementara ada ibu yang menyusukan anak, smentara ada lembu binatang dan lain-lain yang sedang meragut rumput. Allah kesian pada golongan2 ini. Sementara ada orang tua yang msih ingat pada tuhan. sementra ada anak muda yang datang masjid,kerana ada benda ini Allah tangguhkan sekejap. Tapi kalau golongan ini dah makin mengecil, mungkar pula makin membesar, jadi xda sebab Allah tidak menurunkan bala.

Macm hari ini Allah turunkan bala pada kita, dipanggil sebagai Syiddatil Muknah. Apa dia Syiddatil muknah? susah cari makan, nilai wang kecil, barang makin mahal. Beras makin susah nak dapat, yang ada pun banyak yang mahal2. Tanam padi tak jadi, minyak makin sikit. kenapa syiddah Almuknah ni berlaku? berlaku kerana maksiat terlalu banyak. Orang melayu faham maksiat terlalu banyk ni konsert sahaja. Dia faham konsert maksiat, disko maksiat. Padahal maksiat yang paling hebat sekali itu apa? Apabila membenarkan orang kafir terang-terang menyembah tokong mereka dihapadn orang Islam didalam sebuah negara Islam. Dibiarkan dan diberikan sokongan, itulah bentuk makisat.

Jangan kita anggap maksiat ni orang duduk tunggang arak. Ada orang faham, maksiat tu ialah seorang laki-laki dan perempuan yang sedang bercengkerama dibawah bulan purnama didalam taman bunga. Dia faham itu sahaja maksiat.  Itu bentuk maksiat kecil. Tapi ada maksiat yang lebih besar daripada itu, maksiat yang melibatkan ketuhanan. Maksiat budak2 yang berendek tu, masih percaya Allah itu tuhan. Sebab tu mereka bersa malu2 dan takut apabila penguatkuasa datang. Tapi maksiat yang lebih besar dari itu ialah, apabila membiarkan orang kafir menyembah tuhan lain DIHADAPAN-dihadapan orang yang menyembah Allah. Dan orang yang menyembah Allah pulak tidak merasa apa-apa, malah bantu jugak bagaimana nak membesarkan tokong-tokongnya. Ini benda yang kena ingat.

kita harini cakap dalam sudut kesamarataan. Sedangkan didalam Islam, kesamarataan bukannya adil. dan Adil juga bukan kesamarataan. Konsep kesamarataan ni telah diperluaskan, dan tidak diberikan penjelasan yang sebenar mengikut hukum syarak. Bila kita sebut pasal kesamarataan pada orang bukan Islam, mereka jugak nk tokong besar mcm masjid kita.  Kenapa orang Islam boleh dapat masjid yang besar kami xboleh. Inilah yang dikatakan konsep kesamarataan, dan konsep ini sangat bahaya. Dalam Islam tidak menganjurkan konsep kesamarataan, tapi konsep keadilan. Apa makna adil? Adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kamu sikit, sikit, orang kamu banyak, banyak. Kamu perempuan pakai baju kurung, kamu lelaki pakai seluar panjang. bukannya adil , kamu baju kurung, kamu pun baju kurung. Mana boleh macam itu. Adil ini yang kena di highlightkan didalam masyarakat. bukannya adil itu samarata. Uit. cukup bahaya wooo...

uhuk. jadi setakat itulah saja perkongsian dari L. apa yang buruk datang dari diri sendiri, dan apa yang baik, datang dari Allah. semoga harini kita sentiasa mendapat rahmat daripadaNya. amin..

Thursday, January 5, 2012

WORDLESS THURSDAY #3

Ingin mulakan minggu dengan segala fikiran , tingkah laku yg positif, tp lain jadinya... 

i'm depresssssssssssed!