Salam, hamba yang hina in ink mulakan nafas baru dengan mengkongsikan ilmu, mengkongsikan pengetahuan bersama semua pembaca-pembaca. Dalam agama kita (Islam) solat tu menjadi kewajipan kepada kita. Dan solat juga merupakan ibdah yang pertama sekali di hisab pada hari akhirat. Kalu kita lulus elok, alhamdullilah, insyaallah semua amalan kita pun akan lulus. Sebab pa jadi macam tu? Sebab solat tu tiang agama. Kita kalu nk buat rumah pun kena ada tiang. Bukan setakat rumah, nk wat khemah pun kena ada tiang! So, sebagai ummat Islam, jom la kita salami, jomlah kita dalami bagaimana perintah solat tu turun . jom..=)
Syariat solat nie sebenarnya start dari peristiwa israk dan Mikraj. Dimana nabi Allah , rasulullah s.a.w dibelah dadanya dan disucikan hatinya dengan air zam-zam. Kemudian, baginda dibawa oleh buraq ke baitul Muqaddis ditemani oleh Jibril a.s. dari baitul Muqaddis tue, nabi dinaikkan ke langit pertama hingga ke tujuh. Allah memperlihatkan gambarn balasan dan kemungkaran hambaNya sepanjang kehidupan.
Ha!Peristiwa paling besar dan penting diterima Baginda SAW ialah perintah Allah supaya umatnya melakukan ibadat solat fardu. Sewaktu tiba di Sidratul Muntaha, Rasulullah SAW menerima perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya iaitu sebanyak 50 waktu sehari semalam. Sebaik menerima perintah itu, tanpa banyak bicara Rasulullah SAW dan Jibril bersiap untuk turun ke bumi. Pada ketika itu, Baginda SAW bertemu Nabi Musa yang bertanyakan hal itu. Selepas mendengar penjelasan Rasulullah SAW, Nabi Musa berkata: “Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan itu tidak akan terdaya dilakukan umatmu ya Muhammad.”
Rasulullah SAW dan Jibril pun kembali menghadap Tuhan. Selepas dipohon keringanan itu, maka jumlah solat dikurangkan kepada 40 kali. Apabila berjumpa dengan Nabi Musa kembali, dia meminta Rasulullah SAW menemui Allah Taala sekali lagi supaya jumlah itu dapat dikurangkan lagi. Beberapa kali Rasulullah berulang alik menemui Allah Taala, sehinggalah Allah mengurangkannya kepada 10 dan akhirnya menjadi 5 waktu saja. Nabi Musa masih merasakan umat Muhammad tidak akan mampu melaksanakan ibadat solat lima waktu itu tetapi Rasulullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah Taala kerana Baginda berasa malu untuk berdepan dengan Allah.
Biarpun jumlah solat dikurangkan menjadi lima waktu saja, namun ganjaran pahala mengerjakannya tetap menyamai ibadat solat 50 waktu. Dah tinggai 5 waktu dari 50.. apa lagi alasan kita kalu masih tinggalkan solat.. ? ayuh kita munasabah diri. Cukup kot setakat nie perkongsian saya. Hari lain kita pergi detail skeet pasal solat yer! Andai apa yang saya tulis nie ada salah silap, sya terima teguran, dan sya minx maaf !
Allahuakbar!
12 comments:
bagus entri ni,,, ye lah tak ramai yg buat entri pasal agama ni.. hurmmm,
3 Fasa dan 7 Langkah Baiki Atitud>
Tutorial : Letak Tajuk Entri Je di Bahagian Label
thanks ya akhi...=)
Thanks ya L coz jmpt lana baca..dah pernah baca..tpi biasa,sbg mnusia,mudh sgt lupa..tq sebb ingatkan semula :)
ok.. huhu. tugas kita saling ingt mengigati... =)
=) suke...
betul la tue...cte mse zaman skola..ustazah story..hihi :)
hek3.. tp ni ustaz story.. huhu
Terima Kasih berkongsi ya:)
terima kasih :) sudi mengajak kite membaca entry nie .
nice info... saling ingat mengingati antara satu sama lain... kalau lah kita diwajibkan untuk waktu pon dah terkapai2.....
bayangkn klu 50waktu sehari semalam, adakh kta ada bloging seperti skrng.? brsukur kta diberi keloggaran seperti itu ;)
Post a Comment