Monday, April 2, 2012

Kalau Lah kita FAHAM!

Assalamualaikum,

Firman Allah s.w.t didalam Surah Al-Baqarah ;
 (ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (٣

salah satu golongan yg beriman ialah, golongan yg menafkah kan sebahagian yg Allah taala anugerahkan. Samada Nafkah disini dibelanja pada jalan yg dibenarkan oleh syarak, ataupun bersedekah, ataupun wakaf dan sebagainya. Kita boleh lihat, Allah suruh menafkah sebahagian daripada harta yg kita dapat. Kalaulah Allah berfirman mereka menafkan semua apa yg telah kami anugerahkan kepada mereka.  Maka ini sangat memberatkan manusia, kerana manusia itu tidak akan boleh dan tidak akan mahu utk menafkahkan semua hartanya. Allah tidak mengatakan keseluruhan, Allah kata 'wamimma' , Allah tidak mengatakan 'kullu'/kesemua , Allah tak sebut pun kesemuanya, Allah kata sebahagian yg Allah bagi.

Sebahagian tu banyak mana? Selepas daripada ditolak perbelanjaan wajib kita. Bg yg ada keluarga, belanje anak isteri, belanje kaum keluarga kita, maka lebihan daripada itu nafkan balik pada jalan Allah. Kenapa Allah kata sikit? sebab manusia tak kan mampu buat. Kalau Allah kata semua , sapa boleh buat? Saidina Abu Bakar je, Umar jer... Abu Bakar sahaja yg memberikan keseluruhan hartanya. Kemudian Umar, separuh daripada hartanya. Kita pun tak mampu nk bagi kesemua harta kita. Bukan kata kesemua harta sahaja, kesemua duit dalam dompet kita pun kita tak boleh bagi. Pergi sembahyang jumaat, dalam dompet ada RM200, nk bagi kesemua 200 tu pun tak boleh tambah yg ada dalam bank, bawah katil, dalam tin milo, bawah lantai, lagi tak bagi la. Sebab tu Allah berfirman macm tu, Allah faham makhluk yg dia ciptakan.

Walaupun sebahagian, tetapi kalau dikumpulkan semua2 macam kita ni, lama2 jadi banyak. Macam dalam en3 L sebelum2 ni, pasal nak cari barang-barang Islam ni susah. Ape susah, sebenarnya kita cuma perlu bekerja sama, penduduk Islam di Malaysia ni, 61% . Banyak kot. Lebih kurang 17 juta penduduk Islam. Kalau kira yg bekerja sahaja kita anggar dalam 10 juta. Kalau la penduduk Islam ni faham ayat Allah ini, kalaulah penduduk ISlam ni faham ayat Allah ini, kita menafkahkan sebahagian harta kita. Kalau seorang sepuluh ringgit sebulan bagi tabung pembangunan ekonomi Islam. Kita dah boleh kumpul 100 juta sebulan. Kali dengan 12 bulan? 1200 juta setahun.. Tak ke kita boleh bina satu shopping complex Islam. Akhirnya, kita tidak akan ada masalah bab makan lagi. Macam tak logik je kan ape yg L tuliskan nih, tapi kalau lah kalaulah Ummat Islam ni sedar. Kita boleh maju. N kalaulah L pemimpin, Insyaallah L akan buat ini!!! Allahuakbar! pemimpin sekarang pandai sembang sahaja, tak kira la belah mana, sama sahaja. Satu habuk pun takdak, 12kali pelihanraya dah. Tapi satu kemajuan bagi Ummat islam pun takdak. Nk cari makanan yg betul2 buatan orang Islam cukup payah. Leceh betul. YG MENYEMBAH BERHALA MEMBUAT MAKANAN UTK ORG YG MENYEMBAH ALLAH. tak ke leceh..(ada gaya jd calon x? hehe)

Itu la makna sedikit, sedikit yg bila dikumpulkan menjadi banyak. Kalau nk cerita bab ni, memang banyak. Ni baru satu ayat quran. Ada banyak lagi Ayat quran yg membicarakan tentang sedekah ni. Cukupla L huraikan sedikit yg ni. L mintak maaf andai L terkasar bahasa, hanya utk menyedarkan. Semoga ada pemimpin yg berfikiran seperti ini.=) dan apa yg baik datang dari Allah, dan yg buruk tu datang dari diri L sendiri. Harini L xdak kelas.. hehe. tu yg boleh update sikit..=) jom2 bw..




64 comments:

Azlan Strider said...

hmm..betul tu..Kalau laa semua orang faham pasal bersedekah pada jalan yang betul dan tiada yang mengambil kesempatan dan tentu yang susah dapat dibantu..

Regards,
-Strider-

Ckin Kembaq said...

rezeki tu milik Allah....kita bagi 1, Allah bagi 10..percaya and yakin..inshaAllah...cuba apply dalam diri ttg ni.... ^_^

L said...

azlan- betul tu bro, takdala mundur jer kita nih

ckin- urm2.. wajib percaya..sebab Allah dah janji kan..=)

Telor Power said...

sekarang zaman org2 jahil memerintah dunia.

ieda said...

huhuhu betul dik
sekurang2 nya kali nie biarlah rakyat pilih betul2 .. betul2 pemimpin yg boleh memimpin rakyat , nak cakap semua baik x lah .. sekurang2nya kita bg mereka peluang .. mana tahu sedikit sebanyak kita juga yg senang ..
nak2 bab islam nie .. x der yg nampak menjaga kepentingan islam .. mana yg nampak mata kasar aje huhuhu

ikatankasihku said...

mahukan rezeki yang berkat, kita jgnlah lupa utk bersedekah :)

L said...

kak ida- betul tu akak.. huhu.. kite tgk sajalah. kita bg peluang tgk.. memperjuangkan Islam katanya.. bagi 5tahun.. kita tahulaaa..

ikatankasih-betul3 akak..

khairul said...

bersedekah lah ...nescaya kita tidak akan sempit rezki Allah

dear yayah said...

btol2.. bak kata pepatah, sikit2 lama2 jd bukit.. kalu kita amalkan in sya Allah, leh je nak majukan umat Islam

Kakzakie said...

Malam pelancaran Mahabbah IKIM FM hari itu forum pun membincangkan tentang amalan ini. Biar sedikit pun apa yg kita infakkan/sedekahkan akan tetap mendapat ganjaran...

Akue Achik said...

pnh bncang psal bnda yg hmpir2 sma mcm ni dgn kwn dlu..

mmg pyh nk jmpa brgn Islam,tp kita mcm bt dek je.

even sy, tak pnh fkir nak boikot brg2 israel. sbb mmg perlu..

kalo pmimpim bfkirn mcm yg L nak, Msia pasti brubh..dan bergolak. huhu

c'axoera ヅ said...

nak seribu daya kannn :)

c'axoera ヅ said...

nak seribu daya kannn :)

Puan Besar Shag Yahaya said...

Tangan yang memberi lebih mulia dari yg meminta. Jadi, lepas kita dah jd tangan yg meminta, jd lah pulak tangan yg memberi. tak susah mana. Sikit je pun kena kasi :D

MulutPayau said...

Bersedekahlah.... pasti ada gnjarannya nnti......

naim said...

terbaik. kupasan yg sangat menarik dan sentap jiwa aku membacanya..

:)

IntaNBerliaN said...

bersedekah tu mmg sgt2 bagus kan... byk pahala dia..

Aishah Jahirah said...

kdg2 isu halal haram pn jd modal berpolitik....majoriti Islam tp xmampu nak bangunkan sesuatu utk yg majoriti supaya terjamin tahap halal setiap barangan(xsalahkan sape2).
memanjangkan sedekah pun elok...:)

Aien Alien said...

manisnya sedekah bila hati kita ikhlas seikhlas ikhlasnya dan idea kau memang best kalau semua bersatu padu....kalau la, tapikan hanya sebab politik je sudah berbalah, bagaimana nak bersatu padu?? haha~


cerita pasal sedekah & idea kau buat aku terfikir senario politik semasa pula...semua bersangkut paut

Arra Ahmad said...

setuju..biar orang sentap baca ni..biar sedar sikit...:)

L said...

kak zakie- yeker akak,, huhu. bagusla kalau dah ada perbincangan..

puan shag- betul tu akak, huhu, bila lagi kan kita nak bagi asik dok terima jer..

mulut payau- betul akak, ada jaminn daripada Allah

L said...

naim- sentap hati mak nab.. huhu

aisyah jahirah- betul bukan nk salahkan sapa2, tapi kita perlu bersatu.. baru boleh buat..=)

aien alie- haha, 2 dalam 1..

ara ahmad- huhu. sentap ker??

[kotakhati] said...

hmm..tu la, kalaulah kita faham..

Shaiful Zaidi said...

kita kena cuba untuk faham...

fizafantagirO said...

lepas baca entry L ni , termenung jap .. duk bayangkan.. kalau la apa yg L cakap ni jd kenyataan .. 1200 juta untuk Islam .. jumlah yg sgt banyak kan .. boleh guna utk tolong rakyat Islam lain yg sengsara .. mcm kt palestin tu ..
Allahuakbar ..

L said...

tak payah tolong jauh2 dulu kak.. yg wajib ditolong yg berada di sekitar kita. means rakyat malaysia... rakyat didahulukan.. lepas kita baru kita kira luar negara..=0

Ros said...

Assalamualaikum L,

Tak semua orang islam ni bersatu hati...ni lah yang masaalahnya...yang kaya lagi kaya ,yang miskin bertambah tambah miskin....Kalau lah semua pemimpin islam berpemikiran macam L ni...insyaallah orang islam tak kan ada masaalah tentang kebersihan makanan ni kan L...

MamaEma said...

sedekah di tempat yang sebetulnya..

L said...

ni bukn pemikiran L, ni adalah contoh daripada Rasulullah..=) L cuma aplikasikn dgn zamn sekrg...

Ujie said...

bab peringatan bersedekah tu..mmg jelas penerangan awak. sgt baik!

kalau di masjid2 utama kat KL, jumlah sedekah jumaat mmg sgt byk. persoalannya, bagaimana pihak masjid gunakan duit tu utk manfaat semua..eh, taktau nak ckp lah!

AdiaLuze said...

Assalammualaikum ..

Biasala L. Kalau nak blanja duit ke jalan Allah ni kemain susah lagi .. Kalau buat tgk wayang ka, main bowling ka, masuk cyber cafe ka .. semedang ada je duitnyee .. huhuhuu

L said...

hehem betul tu akak..=) kalau bab lain ada jer kan..

dieya said...

thanks for dropping by my blog.

cadangan L pasal nak tubuhkan tabung pembangunan ekonomi islam mmg bagus. cuma perlu cari org yg betul sesuai utk manage secara telus. skrg ni byk je yayasan laa.. persatuan agama laa.. badan amal laa.. tapi tak byk effective coz tak pandai manage duit keluar masuk. even badan zakat pun byk problem nak agihkan kutipan.

aizuddin said...

itula..sebenaqnya jika umat islam bersatu dan mempunyai pemimpin yg betul2 boleh diharap, insyaallah..
akan tertegak islam dan akan maju islam dekat malaysia nih =)

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Kita didik generasi muda, peneraju kepimpinan akan datang dengan lebih baik agar mereka lebih memahami isu ni. Peranan Ibubapa mmg sgt2 penting, tapi tu la...easy say than do. Gebang sana-sini, rupanya anak sendiri yg dot...dot...dot...
nauzubillah.

aReLaN said...

memang betul sangat2 tu.bukan susah pon nak cari redha dan pahala tapi tak tau la kenapa orang skang ni cam susah je nak bagi kan.kalau takde banyak,sket pon jadilah kan.atas kemampuan masing-masing.yang kita bagi tulah hak kita di akhirat nanti

aRa ❤ aFiq™ said...

bukan semua org paham.. hmmm

sabry oppa said...

nice entry..bace dengan penuh fokus n cube serapkan apa yang L cuba sampaikan..

sabry oppa doakan L jadi pemimpin.. nanti boleh bagi sabry oppa keje... hahahaha~~

nanti jangan lupa update pasal : kalau lah L jadi pemimpin" k..

hehehehehehe~~ mesty sabry oppa orang pertama yang sokong !

p/s : sorry lah.. sabry oppa x ade masa nak bukak blog.. sabry oppa kerja sementare tunggu panggilan universiti untuk meneruskan pembelajaran.. doakan kejayaan sabry oppa okey... tq sebab tak henti2 komen entry...

superb blog !!!!!!!

L said...

dieya- betul tu akak, mmg xdapat nafikan.. huu.. kena ada ketelusan..

aizudin- urm.. pemimpin yg telus diperlukan..

yayan- urm.. betul gak tuh.. opss.. heehe

L said...

arelan- betul tuh, sedekah la walaupun sedikit..

sabry opa- haha, aku melawak sajalah.. gudluck k..=) semoga berjaya..

Suhami Ahmad said...

Kadang-kadang kalau sedekah sedikit tu pun tapi ikhlas lagi bermakna dari sedekah banyak tapi menunjuk-nunjukkan...

susumanis said...

sedekah dan lupa..mmg best...ce cuba paling banyak tiz coming friday, u ll amazed dgn rezeki yg tak di sangka sangka dari Allah swt, L, byk sedekah sure bidadari dunia milik L cepat menjelma dan jadi milik mu dik, amin Ya Rabb...

zazaw said...

sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu.

lepas tu baru lah orang lain
hihihi

Rtp Farra Arisha said...

yap, bersedekah amalan yang sangat mulia. and i'm sure everyone can do this and has had do all this before. emm, asalkan luruskan niat, everything can be cool tanpa ada halangan to stop us to do good deed. :)

Tiramisu Fatiema said...

sedekah tak mengurangkan harta kan..tapi insyallah kalau selalu ikhlas bersedekah nie..Allah murahkan lagi rezekinya..yang bab makanan betul,kadang masih ada lagi keraguan status halalnya..masih bnyak perlu diberi perhatian..

puanbee said...

bersedekah dengan apa yg kita mampu saja ..

tiefazatie said...

erm..btol2..tp itu la..pemimpin yg nak mentadbir tue perlu btol2 ikhlas dan jujur la..

maklum la..manusia kan..nmpk duit byk sikit..terus gelap mata..

O CIKTEDDY said...

a'ah la..betol3 !cik sokong pendapat ni..tp x ramai yang sedar..

cinta siswi said...

kalau la.... :)

msredcheesecake said...

sgt setuju dan suka dgn topik ini... kalau lah ini jadi kenyataan, Islam dimalaysia berfikiran macam ni.... kita dah lama maju....mengikut landas yg betul...

NzA said...

kita tidak tragak2 habiskan rm100 kalau ke shopping kompleks ttp kita amat brkira utk mengeluarkan cuma rm10 utk brsedekah.........

ILA HonEyBuNNy said...

setuju tu...

ada kawan...tgk konsert beratus2 mampu lak beli tiket..tapi minta sedekah rm1 pun kedekot...ish2..

cik najiha said...

hmm btul2. klau laaa kita faham. bersedekah stakat yang kita mampu pun dah kira oke. yg pnting ikhlas :)

TiraPengemis said...

wahhh...bagus la L nie...nak sign...hehee....

#sedekah komen kt sini#
erkkk...boleh ke?

LYAfrina said...

setuju sgt2... kdg2 org sgup hbiskn duit kpd perkara y mrugikan n mbazirkan..

visitme@FaTiN cOrNeR said...

salam..sory lama tak jenguk blog L.smester nie mmg byk kerja yg tak siap n perlu siap..alhamdulillah..still dpt byk input bila jenguk2 blog nie..

Tasha said...

jgn bkira,kedekut,,,rezeki milik allah,kite usaha mn yg patut~

Kancil 8349 said...

sedekah paling mudah ialah senyum...melalui senyum tu kita akan mudah bersedekah dengan benda lain lagi...tapi berpada2

ummiross said...

bersatu teguh,bercerai roboh...

KhaiRin : anies said...

setuju sgt2..benda yg xberfaedah laju je tangan nk seluk poket...benda yg bermanfaat / bw kebaikan alahai...4-k 100 kali tu pon berat j ati nk beri

Tihara said...

sekarang ni ramai orang dah terkena fitnah dunia..nak2 kalau dapat pegang kuasa dan duit yg banyak..terus jadi gelap mata..nice entry L :)

jelah said...

kemah kemih la ank murid ust kazim...hahaha

Bryan Luckey said...

sedekah paling mudah ialah senyum...melalui senyum tu kita akan mudah bersedekah dengan benda lain lagi...tapi berpada2

tono saputro said...


bagus gan infonya :)
ini gan bisnis drpoship yang menjajikan.
chek this => www.kiostiket.com