Sunday, March 4, 2012

Aku Solehah?


Kita tidak halal melontarkan fitnah wanita, semata-mata melainkan wanita itu yang tidak solehah yang bersamanya kelakuan-kelakuan syaitan atau bersamanya suara dan seruan syaitan untuk merosakkan keimanan dan ketaqwaan kaum lelaki. Begitu juga lelaki yang tidak soleh, dia adalah merupakan bapa fitnah untuk menhancurkan muslimat-muslimat yang solehah dan muttakinah.
Fitnah wanita (فتنة النساء) dari Nas al-Quran dan as-Sunnah seperti berikut;-
1- Sabda al-Mustafa صلى الله عليه وسلم didalamSahih Muslim: 2742
إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ, وَإِنَّ اللَّهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا, فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُونَ, فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ, فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ
Ertinya; Dunia ini adalah manisan berwarna hijau dan Allah تعالى menciptanya untuk kamu tinggal, maka Dia akan melihat apa yang kamu semua lakukan. Oleh itu, takutilah kamu (hati-hati) pada fitnah dunia dan takutilah (hati-hati) kamu pada fitnah wanita, Maka sesungguhnya permulaan fitnah yang berlaku pada Bani Isra’il adalah daripada wanita.
2- Fitnah wanita merupakan antara yang amat merbahaya dizaman ini .Sabda Baginda صلى الله عليه وسلم didalam sunan at-Tarmizi: 5/2080 
مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِي النَّاسِ فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ
Ertinya; Tidak aku tinggal (tidak ada fitnah) selepas wafatku dikalangan manusia daripada fitnah yang lebih bahaya terhadap kaum lelaki ialah berpunca daripada wanita.
Syarahan Hadis;-
1-    Kehidupan dunia ini penuh dengan tipu daya dan tarikan syaitan yang sangat kuat, Allah تعالي jadikan demikian untuk  menguji kita, siapakan yang berjaya menahan nafsu jahat yang berkongsi dengan syaitan untuk melawan undang-undang Allah, kehidupan yang tidak menurut apa yang diredhai oleh Nya.
2-    Wanita Jahat (yang tidak solehah) merupakan penduduk dunia yang mempunyai daya tarikan syaitan yang asli dengan gerak geri, tutur kata yang manis,  pakaian yang menjolok mata menunjukkan bentuk  badan (contohnya seperti berseluar ketat, menampakkan bentuk punggung, kain tudung yang boleh menunjukkan bulatan buah dada atau baju yang menunjukkan bentuk pinggang) nampak tutup aurat tapi bertabarruj. Semua itu boleh menggugatkan ketaqwaan kaum lelaki yang beriman.
3-    Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم dalam Sahih Muslim: 1467
الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
Ertinya; Dunia ini adalah perhiasan (kenikmatan) dan sebaik-baik perhiasan (kenikmatan) dunia ialah wanita yang solehah.

16 comments:

HiDa said...

salam.. terima kasih L atas ingatan ni.. sebagai kaum hawa, saya takut bila igt pada perkara yg blh menyebabkan fitnah serta dosa kepada kaum adam.. insyaAllah, moga2 saya dan juga wanita semua di jauhi dari fitnah tesebut dan sentiasa mencari jalan untuk kebaikan seterusnya menjadi wanita yang solehah...

xila riston said...

sy mahu jd penduduk syurga...sobs sobss

Akue Achik said...

astagfirullahalazim..ampuni hamba ya Allah..

AdiaLuze said...

Assalammualaikum ..

Subhanallah ... Bahayanya senjata syaitan yang bernama "Wanita" ni yee ...

Kalau tak dijaga dengan baik, wanita memang pastinya boleh menjadi penyebab lelaki masuk ke neraka ! Nauzubillah !!!

Noraim said...

Allah, mintak dijauhkan dari segala fitnah duniawi ini :(

Telor Power said...

ya senjata yg paling bahya rasanya...kerana wanita juga mampu mengoda lelaki sehingga melalaikan

Arra Ahmad said...

berusaha untuk menjadi sebaik-baik wanita solehah dan tidak mendatangkan fitnah~

khairul said...

takotnya siksaan Allah

New Hope said...

salam,

hmmm insaf

KLIK GAJI MINIMUM MALAYSIA BAKAL MUFLIS

biela bell said...

bell sdg berusaha utk m'jadi seorg ank yg solehah, bakal isteri yg solehah dan sahabat yg boleh sama2 bawa sahabatnya ke arah kebaikan dan dekat dgn Allah. In sha Allah :)

msredcheesecake said...

BETUL KAN.... YG SUKA BUAT FITNAH PEREMPUAN...

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

fitnah ni lagi menakutkn dari membunuh~

Tiramisu Fatiema said...

peringatan yang berguna..moga sentiasa perbaiki diri..moga dielakkan perkara2 yg mendatangkan dosa..moga tergolong sbg wanita solehah.insyallah

Hanis Azla said...

terima kasih atas perkongsian ini.. harap2 ianya menjadi panduan utk akak memperbaiki diri menjadi wanita yg lebih baik lagi..

Ckin Kembaq said...

betul....dugaan kuat bagi seorang lelaki adlah wanita.......jadi dua2 kenalah kawal.... ^__^

p/s : peringatan di situ...hehe

c'axoera ヅ said...

mudahan kita terpelihara...