Assalamualaikum w.b.t.. harini L nk kongsikan satu hadis dan sedikit huraiannya..
Saad ibnu Waqas r.a meriwayatkan hadis daripada Nabi Muhammad s.a.w , kata nabi : Kelebihan Ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadah dan kebaikkan didalam agama kamu ialah warak.
Hadis ini, Nabi s.a.w menyebut kepada kita antara dgn mencari ilmu dan berbuat ibadah. Mana yang lebih disukai? Maka nabi lebih menyukai orang yang mencari ilmu. Apa mkna kalau ibadat tanpa ilmu, bukannya Allah terima pun. Ibadat kita ni, Allah nk terima dengan sebab 2 benda. Yg pertama, dengan kita mengikut cara/perbuatan Rasullullah. Kita sebut sbg, 'muttabaAh' . Solat, zakat, haji, puasa, dan segala ibadat kita Allah akan terima apabila kita ikut macam Rasulullah. Lain daripada apa yang Nabi buat, ditolak. Yg kedua pulak, ialah ikhlas kerana Allah. Kalau betul mcm mana cara dia buat, dia ikut sebiji, sebiji , sebiji macam Rasulullah, Tetapi jika takder keihklasan , ianya ditolak oleh Allah s.w.t.
Jadi mcm mana nak tiru nabi? Jawapannya ialah MESTI menuntut ilmu. Sebab tu nabi kata menuntut Ilmu lebih afdal dari beribadah. Sebab ada orang yang mementingkan amalan tapi ilmu takda.Zikirnya rajin, solatnya rajin, tapi ilmu tak rajin menuntu, dia takkan dapat. Banyak orang berzikir, dia faham zikir tu baik. betul zikir itu baik. Tapi apabila dibuat pada tempatnye zikir tidak menjadi benda yang baik. Waktu Imam berkhutbah, dia berzikir, zikirnya tidak elok.. Sia-sia sahaja berzikir.
L cuba bagi analogi, cuba bayangkan. Sekarang kita sedang menuntut ilmu, ada orang, dia takmau mengaji, dia duduk di belakang,solat sunat. Allahuakbar. Dia perasan dia betul tu. Sedangkan kita yang datang belajar pahalanya seribu rakaat solat sunat. Dia solat sunat dari pukul 8-9 berapa rakaat dia dapat? abis-abis kuat dapat 20 rakaat. 20 rakaat shaja. Tapi kita yang mengaji ni, dapat 1000 rakaat tuan-puan.. Kalau lah kita tiap-tiap hari mengaji, panjat tangga masjid pergi cari kuliah2. Semalam dah 1000 kalau 30 malam? lol!! dah 30,000 rakaat solat sunat. Kalau sebulan 30,000 rakaat bersamaan dengan berapa bulan kita sembahyang sunat??? huhu . Kita cuma sembahyag terawih 20rakaat. sebulan dapat 600 rakaat. maknanya kalau seribu, dalam sebulan setengah. Kalau tiap-tiap malam kita belajar, agak2 berapa ribu rakaat yang kita boleh? haa, kira tengokla..
Sekarang, nampak tak kelebihan orang yang menuntut ilmu?? then apa tunggu lagi?? pergi la jenguk2 surau2, masjid2 sebelah rumah tuu=).. Bila lagi nk jadi orang yang penuh crowded ilmu agama didada.. Jangan tggu time pencen baru nk mencari. Bermula jejak mencari ilmu bermula dari sekrang. AYUH!!!
Nabi sebut, Orang yang baik, Allah kata dia faham tentang agama. Bila agama dia faham, semua benda dia faham. Nabi tak kata, man yuridillahu khairan yufakkih fi siasah. Sapa-sapa yang Allah s.w.t. nak bagi baik, maka diberi faham tentang politik. Takda pun kan. harini banyak orang faham politik, faham sungguh dia, tapi agama dia tak faham. nabi kata, kalau dia faham agam seluruh benda dia faham. Dia meniaga jadi elok, dia kawin jadi elok, dia berpolitik jadi elok, dia jadi yang berhormat jadi elok. Pendek kata, kalau dia faham agama semua jadi baik. Kalau orang politik, bagilah pokok yang paling tinggi dalam negara kita nih, dia sanggup panjat, pasang bendera. Kayu bendera tuh, snggup gigit, nak panjat punya pasai macam Rambo plak panjat2 pokok. Rupe nak pasang bendera, 3 pagi dok pasangyer tuh. Tapi sayang, sembhyang subuh tak penah panjat masjid untuk datang.. Kita pikir, mana lebih besar, pasang bendera atau sembahyang subuh berjemaah. (mood PRU13)
Dengar ceramah politik, xdapat apa-apa. Harus sahaja. Menuntut Ilmu wajib hukum dia. Talabul ilm' faridhatul ala kulli muslim. Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim! Ceramah politik tak wajib. Bukan kita belajar fekah pun dalam crmh politik. Cara-cara menunaikan haji? ada ker? takda punya. Cara-cara membaca Al-quran, Mad Jaiz Munfasil. Ada ker belaja tu suma? Maknanya kuliah agama lagi besar dari politik. Sebab tu kita kene faham hadis tadi. Tapi sekrang? tiap-tiap malam ceramah politik . orang bawa kerusi pergi ceramah politik. Duduk dalam embun, duduk dalam tokong, duduk dalam apa benda pun lah kofem dia pergi. Bawak kacang kuda, bawak air sirap, surat khabar, dengar ceramah. Tetapi kuliah2 magrib, yang bukak kitab, berapa ramai yang datang? Itula penyakit kita, menguatkan politik, tidak menguatkan agama.
Ceramah politik ni macam cerita hindustan. Kita tau dah kesudahan hindustan tu apa. Kita bukak cerita hindustan cuba tengok. Kesudahannya kita semua boleh duga dah, hero mesti menang. Manada hero kalah, kalau hero kalah, film tu komfem tak laku. Semua hero menang. Cerita hindustan last sekali Inspektor Sahab sampai. Naik landrover tu bawa kayu satu. Turun-turun landrover " @#$*%%," tarik orang jahut masuk jail. Kalau kita dah tau kesudahan cerita hindustan macam tu, buat apa tengok? Serupa tu lah ceramah politik,cermah politik, last sekali tuh, mesti yang sebelah sana tu salah. Betul tak? mesti tau dah, mesti tak betul ni. Kalau ceramah belah sini plak, mesti dia kata belah sana tak betul. Buat apapergi. Yang mengaji ni, bnyak benda yang kita belum tahu, hukum fekah tak tahu, hukum faraidh tak tahu, hukum sambut tahun baru pun tak tau. Banyak lagi benda fardu ain yang kita tak tau, berapa ramai yang takmau mengaji. Maknanya agama masih tak kuat, jadi bila agama tidak kuat, politik longgar, sebab tu dia boleh lompat sana sini.
Saja nak masuk kat sini..dah nak dekat pru kan kene la bagi sedikit kesedaran. =) Cuma nak bagi orang Islam itu faham. Jangan hanyut. Marilah kita mencari ilmu, tak rugi pun, dan sya minta maaf andai terkasar ker. apa yang baik tu datang dari Allah dan yang buruk itu ialah kelemahan L sendiri. semoga kita sentiasa dirahmatiNya.. amin. sebelom chow, marilah renung2 kata-kata ini.
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu; kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
- Hassan Al Basri -
skip to main |
skip to sidebar
(al-Bukhari)
Sunday, January 22, 2012
Tuan Pengetua yg Ensem seket jerk!
- L
- i'm juz a simple guy, love to find sumthing new, love to say 'yes',ha3,never regret of anything wat i have done and i'm a bad guy! hahahaha
Jom bacer seket!
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” |
|
! ARRA AHMAD!
Jemnyer!!!!
Pemberi Semangatkuh
Get this widget
Award utk orang enseM!
Categories
mereka sudah femes.anda bile lagi.klik follow untuk femes.
Powered by Blogger.
86 comments:
Amin, Amin ya rabbulalamin.
Sungguh kusyuk anty membacanya. Jom teruskan menuntut ilmu.
Tq L atas perkongsian ini. :)
perkongsian yang menrik..trima kasih...=)
menuntut lah ilmu sepanjang hayat~~
yang penting IKHLAS mencari ilmu,,bukan ganjaran dikejar semata-mata,,dunia Allah luas,,di mana saja kita mendapat ilmu,, thanks atas entry nya..
betoi.. ilmu sgt penting.. ilmu jugak pnting spy kita tidak diperbodohkan..
yer.. sama2..=0
salam bro
ko minat ustad azhar dan ustad kazim x
2 ilmu gak.. :)
Ya brtapa pentingny ilmu dlm khdupan kita. Thanx 4 sharing
hai,sungguh mendalam rupanya maksud ilmu yek...hmmm..bagus2..suka entry nie..hmm..:P
terima kasih share....sangat menarik, membuatkan aku nak terus mencari lagi ilmu. ilmu kan banyak betul tak....jadi kita kena cari sebanyak yg mungkin.
jom cari ilmu..:)
junior ipg ea...
naim- kompem la minat... huhu 2 2 tu kan cendiakawan Malaysia..=)
kak ira- a'ah junior IPG huuu.. masih haluih lagi.. huhu
Ruginya beramal tanpa ilmu...just follow apa org laen buat...
like.."Monkey see, Monkey Do!"
huhu.. istillah baru.. hehe mongkey c mongkey do. huuu comel3
wau..terpegun jap..betul kan..kadang2 orang tunjuk pandai tapi xde ilmu..
p/s: alamak..dh nampak muka..nk tukar header la..:P
hehe. xpayah la tukar header... lawa2...
entri menarik bro.. semakin kerap aku dtg sini. thnx juga sebb singgah blog aku bro. hehe
jgnnnn kedekut nk cr ilmu
keluar duit xpe
jnji ilmu itu dkejar
entry yang menarik dan rupanya sgt mendalam mksud ilmu tersebut..:D terima kasih
Mencari ilmu tiada penghujungnya...tapi org kita ada 2 sebab besar xnk cari ilmu..
Pertama : Saya dh berkeluarga, xsempat
Kedua : Saya dh tua n pencen dh...
So, dats why kita sentiasa mundur...kelemahan ilmu...
you're correct L
memang betul ! kita sangat2 dituntun untuk mencari ilmu...
ada rtuh belajar dkt dalam kelas...
Hujah dari seorang periwayat hadis :
"Maka binasalah kepada manusia kecuali kepada orang yang berilmu.. "
"Binasalah orang yg berilmu kecuali dia beramal dgn ilmu tersebut dgn ikhlas" :)
nice sharing dik ! ... thumbs 4 uu ;)
perkongsian yang menarik...
bagus entry ni!
suka sangat!
menuntut ilmu itu adalah lebih baik dari seribu rakaat solat sunat kan..:)
jom kita belajar! :D
erm..betol3..dlm al-quran pn ada ckp iqra maka bacalah..kn Allah pn suruh kita rajin membc utk dptkn ilmu..
L, jgn lupa rajin2 la mwlt tumblr sy..hehe..
hehe, jom menuntut ilmu. semangat!!
fatin- yerk.. insyaalllah.. akan ku pergi. huk3...
double thumbs up! :D
InsyaAllah...selagi termampu kita pasti menuntut ilmu
jom cari ilmu :)
THanks sebab kongsi ilmu.. semakin kita belajar semakin banyak benda kita xtahu..hehe:D
hehe. betul tu... kalau yg xcari tuh? entah apa yg dia tahu kan? huhu
erm... thnx L, sharing this entry... suka... mmg btl tu...
jangan pernah berhenti mencari ilmu yang di redhai :)
thanks for the sharing...harapnya lepas ni mencari lebih baik ilmu...yg berfaedah pastinya... (^_^)
p/s: xde num fone nya...(utk entry change name in twitter)
ilmu: makin belajar makin banyak perkara klita tak tau...
Ya!! Betul tuh !!! Dalam ghairah menuntut ilmu dunia, ilmu akhirat kenalah tuntut sama ^^
huhu.. betul3.. kene seimbg dua2 kan.. baru la berjaya di dunia dan akhirat..=)
selagi tak tutup mata,yok kita carik ilmu!
menuntut ilmu tu tersangatlah penting..
biaqla berguru agar dapat ditanya segala masalah yang timbul dalam proses mendapatkan ilmu..
jangan berguru hanya pada buku.. hehe
betul tu.. lebih bagus pergi berguru.. suke3//
siyes terharu nga entri ni...lebih kearah imagine diri kite sndri especially student cam sy nie...thanks bg tnjuk ajar dari entri nie :)
Recently Posted | 6 Sikap Blogger Superb !!
ilmu sntiasa ada.. =)
ilmu Allah sgt luasss..
yup3.. jgn penah stop cr ilmu~..
btw, thanks ye sudi singgah my blog.. ^_^
nice one!
:)
ya sbb tu ada pepatah mengatakan ' menuntutlah ilmu smpai ke negeri China"..
memuntut ilmu itu penting.. kita hendaklah mencarinya
tidur orang berilmu lebih baik dari tidur orang yang rajin beribadat ^.^'
salah satu dari taman-taman syurga adalah ilmu..berblogging pun boleh tukar2 ilmu dengan kawan2 lain kan.tq :)
:) ramai penyokong L
p/s: akak tukar bagi org tak kenal sket.:)
sangat2 setuju dgn n3 ni, thanks 4 sharing =D
huhu. bukan pnyokong L, tp penyokong Islam... laaah.. sekali sekala nk kenal akak yg popular xkn xleh.. huu
mencari ilmu tu tak kenal usia :)
muda2 ni la ptutnye cari ilmu kan L??
nice sharing lah L ;)
luv,
cik ana
assalam L..thanks share !!..semuga kita mendapat ilmu yg diredhai utk menuju kejln Allah..insyaallah..
terima kasih kerana sudi berkongsi dengan nad..InsyaAllah..:)
terima kasih kongsi2...
ilmu sgt penting..dr kecik smpi tua ilmu tu pnting..
wah..entri yg b'manfaat
trm kasih L...atas perkongsian ni :)
beribadah dgn xkene cara sb xd ilmu xgne jgk kan? :P
*knduri dh lpas p0n L :P
laaahh. bukan nk kirim lauk sikit kat kita.. haaaa
kne tmbh bnyk lagi ilmu...sy mmg kurng ilmu2 cmni..hihi..tengs dear :P
baru sempat ziarah sini L..tul..ilmu nie luas..kena rajin cari..dan kena amal...
Sebab itulah selagi kita hidup sentiasa berusaha menambah ilmu. Banyak cabang ilmu asalkan bermanfaat ianya adalah sunat... tak rugi kan dik...
jom la kte same2 share mengeshare ilmu yea...:)
InsyaAllah sentiasa nak menuntut ilmu!
bodoh di dunia bodo pula di akhirat...
nice entry..thanks for sharing..
yer betul tu kakzakie... bnyk betul cabang ilmu.. kita takkan pernah rugi,,
terima kasih atas perkongsian yg baik ini.. ianya sgt membuka minda..
membaca salah satu untuk mendapatkan ilmu...makin banyak kita membaca makin banyak ilmu baru kita dapat
alhamdulillah..
cma mmg minat membaca...
tq for sharing..
huhu. bgusla.. mmbaca jmbtn ilmu..=)
ilmu yang ada kemudian dikongsi dengan orang lain tanpa mengharap balasan.. jangan kedekut dengan ilmu yang ada.. ;)
thanks sudi share dgn kitaowg..;d
dan thx sudi baca.=0
wow! banyaknya pahala... jom!
ilmu yg tdk diamalkan ibarat pohon yg tdk berbuah...so sama2 beramal kongsikan segala ilmu yang baik dgn org lain...sama2 mencari dan terus mencari ilmu utk makanan hati dan jiwa...:)
hehe. ilmu bila amalin ka syajar bila samarin.. huhu
ibadah tanpa ilmu bleh membawa sesat,
ilmu tanpa amal/ibadah kontang...
:)
Insap gua selama 3 menet 21 saat lepas baca entri nih. Thnx sbb igtkn gua.
:D
amal tanpa ilmu sia-sia..
ilmu tanpa amal.. xda makna..
ilmu dan amal perlu berjalan seiring..
insyaAllah..
joma la kita cari ilmu sebanyak mana mungkin..;)
betul!! msti cari ilmu...dapat pahala jugak..
terbaik sekali~ thnkx berkongsi ye L ~~ jom cari ilmu ramai2~
yer.. jomla kita cari ilmu sama2/=)
Howԁy! I could have ѕworn I've been to this web site before but after going through some of the articles I realized it's new to me.
Anуhow, I'm certainly pleased I discovered it and I'll be
boоk-marking it and сhecking baсk fгequently!
mу wеbρagе: how to build a better brain
my webpage: enhance your brain power
Normаlly I do not геaԁ аrticle
on blogs, hоwevег І would lіke to
ѕаy thаt thiѕ writе-uρ vеrу
preѕsuгed me tο tаke а lοok at аnd ԁo ѕο!
Youг ωrіtіng taѕtе has been аmazеd mе.
Thank you, quіte grеat pοst.
Visit my blog post - mckinney homes for lease
Post a Comment