Saturday, March 17, 2012

Cuti Dah Habis Bro..


Assalamualaikum wbt 
Cuti dah habis bro.. haha. Cuti seminggu ase macam cuti sehari ja.. Alahai, kejapnye.... Time cuti lappy terus dilupakan. Kalau Lappy pun dilupakan blog apatah lagi.. Adoi. hmpir2 nak bersarang blog nih. Baru sempat nk menghupdate n bw.. K ah tamau cakap banyak, nk p bw!!!!!!!!!! jom sama2 menguruskan blog anda dgn bw...=)

Wednesday, March 7, 2012

WW


Perebutan Kuasa Besar!!!!

Sunday, March 4, 2012

Aku Solehah?


Kita tidak halal melontarkan fitnah wanita, semata-mata melainkan wanita itu yang tidak solehah yang bersamanya kelakuan-kelakuan syaitan atau bersamanya suara dan seruan syaitan untuk merosakkan keimanan dan ketaqwaan kaum lelaki. Begitu juga lelaki yang tidak soleh, dia adalah merupakan bapa fitnah untuk menhancurkan muslimat-muslimat yang solehah dan muttakinah.
Fitnah wanita (فتنة النساء) dari Nas al-Quran dan as-Sunnah seperti berikut;-
1- Sabda al-Mustafa صلى الله عليه وسلم didalamSahih Muslim: 2742
إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ, وَإِنَّ اللَّهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا, فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُونَ, فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ, فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ
Ertinya; Dunia ini adalah manisan berwarna hijau dan Allah تعالى menciptanya untuk kamu tinggal, maka Dia akan melihat apa yang kamu semua lakukan. Oleh itu, takutilah kamu (hati-hati) pada fitnah dunia dan takutilah (hati-hati) kamu pada fitnah wanita, Maka sesungguhnya permulaan fitnah yang berlaku pada Bani Isra’il adalah daripada wanita.
2- Fitnah wanita merupakan antara yang amat merbahaya dizaman ini .Sabda Baginda صلى الله عليه وسلم didalam sunan at-Tarmizi: 5/2080 
مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِي النَّاسِ فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ
Ertinya; Tidak aku tinggal (tidak ada fitnah) selepas wafatku dikalangan manusia daripada fitnah yang lebih bahaya terhadap kaum lelaki ialah berpunca daripada wanita.
Syarahan Hadis;-
1-    Kehidupan dunia ini penuh dengan tipu daya dan tarikan syaitan yang sangat kuat, Allah تعالي jadikan demikian untuk  menguji kita, siapakan yang berjaya menahan nafsu jahat yang berkongsi dengan syaitan untuk melawan undang-undang Allah, kehidupan yang tidak menurut apa yang diredhai oleh Nya.
2-    Wanita Jahat (yang tidak solehah) merupakan penduduk dunia yang mempunyai daya tarikan syaitan yang asli dengan gerak geri, tutur kata yang manis,  pakaian yang menjolok mata menunjukkan bentuk  badan (contohnya seperti berseluar ketat, menampakkan bentuk punggung, kain tudung yang boleh menunjukkan bulatan buah dada atau baju yang menunjukkan bentuk pinggang) nampak tutup aurat tapi bertabarruj. Semua itu boleh menggugatkan ketaqwaan kaum lelaki yang beriman.
3-    Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم dalam Sahih Muslim: 1467
الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
Ertinya; Dunia ini adalah perhiasan (kenikmatan) dan sebaik-baik perhiasan (kenikmatan) dunia ialah wanita yang solehah.

Thursday, March 1, 2012

Doa BerJemaah #5



Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, di pagi yg mulia ini kami memanjat kesyukuran kepadamu dengan limpah kurnianya masih memberikan kami ruang dan masa untuk terus beribadah kepadamu. ya Allah ya tuhan kami, kau ampunilah dosa2 kedua ibu bapa kami dan ampunilah dosa seluruh muslimin dan muslimat yang masih hidup dan yang telah lama pergi meninggalkan kami.. Ya Allah., bersihkanlah hati kami dari sifat munafiq.., sucikanlah hati kami dari sifat riya'..., lindungilah lisan kami drpd prkataan dusta dan sia2.., peliharakanlah pndngn kami dari melihat perkara2 haram dan melalaikan... seseunggunya engkaulah yg maha mengetahui akan apa yang terselindung dalam hati2 kami.. amin.. (^_^)

Monday, February 27, 2012

Segmen I Love Blogging!

Assalamulaikum semua. L di tag lagi oleh Cik Dya... untuk satu segmen I LOVE BLOGGING!!!!!!! wow. huhu. sejak akhir2 ini L memang gila blogging.. huhu


Jadi L kene jawab sedikit soalan yang diberikan oleh penganjur.

Nama panggilan 
Abg kacak.. hehe

Url blog 
Sila tengok di atas. hihi

negeri kelahiran
Sama macam ayah saya

Warna kesukaan
Baik saya serius, saya buta warna..ngeh3

L nak tag...
sahaja,, hihi,,