Monday, February 27, 2012

Segmen I Love Blogging!

Assalamulaikum semua. L di tag lagi oleh Cik Dya... untuk satu segmen I LOVE BLOGGING!!!!!!! wow. huhu. sejak akhir2 ini L memang gila blogging.. huhu


Jadi L kene jawab sedikit soalan yang diberikan oleh penganjur.

Nama panggilan 
Abg kacak.. hehe

Url blog 
Sila tengok di atas. hihi

negeri kelahiran
Sama macam ayah saya

Warna kesukaan
Baik saya serius, saya buta warna..ngeh3

L nak tag...
sahaja,, hihi,, 




Sunday, February 26, 2012

Ko buat maksiat! Semua Kena!

Assalamualaikum, Entah kenapa pagi2 buta ni semngat nak hupdate blog... Ok harini L nk kongsi ilmu sikit, tapi serius panjang.. sori k. Semoga kita mengambil pengajarn daripadanya. YG baik amik, yg buruk buang.. ok jom layan...

Saidina Abu bakar membaca beberapa ayat daripada Al-Quran,yg bermaksud; 'wahai orang2 yg beriman, lazim olehmu atas dirimu apa-apa yg diwajibkan atas Allah s.w.t.(buat apa yg disuruh, tinggal apa yg dilarang),tidak memberi mudarat kepada kamu siapa2 yg sesat daripada hidayah'

Ayat ini memberi maksud, Kita buat amalan kita baik2, tidaklah kita menangung dosa orang yg berbuat maksiat. Tetapi kalau kita tidak mencegah, tidak melarang perbuatan maksiat yg mereka buat, bala akan turun pada keseluruhan orang. Dosa mereka mmg kita tak tanggung, tapi akibat kepada dosa merka, semua pakat tanggung. Kita tak minum arak, apa sebab kita nk dapat dosa minum arak. Kita tak jadi pengedar arak, mmg kita tak dapat dosa. Tapi apabila arak itu diminum dihadapan kita, kita tidak mencegah, penjualan arak dijalankan secara terbuka, tapi dengan sebab itu, halal Allah turunkan bala pada kita semua. Ha... ginila maksud ayat tu. Memang kalau kita kata, Aku peduli apa mereka nk minum arak, mereka punya pasal la. Memang kita boleh jawab begitu tapi, kalau Allah murka, dengan kita kita sekali kena.

Baik, kata saidina Abu bakar, lebih kurang macam ni la, kalau nk tulis jadi bunyi bahsa melayu lama sangat2.. takut tak faham, modenkan skit k. 'jangan kamu faham kamu datang surau, buat ibadat, kita jaga keluarga kita elok2, kita tidak lagi disoal tetang sekeliling kita'

Jangan kita faham kita takkan ditanya apa yg berlaku dihadapan, dibelakang, dikanan dikiri kita. Ada lagi persoalan diatas batang leher kita. Kata saidina Abu bakar lagi, sapa2 yg ada 'kuasa' tidak mencegah kemungkaran tersebut, maka halal turun bala Allah pada semua orang. Semua kena, tak kira yg baik ataupun yg buat mksiat. Petik 1 hadis Rasulullah s.a.w (selawat sikit) bersabda ; Bahwasanya sekelian orang apabila melihat mereka itu akan seseorang yg berbuat zalim tetapi tiada ditegah mereka daripada apa yg diperbuat oleh orang zalim, nescaya hampirlah Allah ratakan mereka dgn azab .

Sapa2 yg melihat sesuatu benda yg tak betul, dibiarkannya sahaja, ditegur pun tidak, dilarang pun tidak, dihentikan pun tidak, apa pun tidak, malah disokong pulak, dibantu pulak, maka kata nabi, rata la Allah turun bala. Apa benda yg Allah taala bagi bala pada kita? Ada 3 unsur.. nk tahu x? ok bagitau la, ilmu mana boleh kedekut kan. 3 unsur tu ialah,  air, tanah, angin. Allah bagi unsur daripada apa? daripada angin.Allah bagi kita taufan daripada angin yg sifatnya lembut, angin daripda kipas ni lembut ja, Allah kuatkan sikit kadar volume dia. Maka boleh menerbangkan rumah, boleh menghancurkan tanam-tanaman, habis semua. DEngan ribut taufan sahaja. Allah boleh bagi melalui air. Air ni sifat dia memenuhi ruang, kita isi dalam botol, dia ikut elok jer kan. Tapi Allah ubahkan sikit volume kekuatan air ni, dia mari serang kita, ranap habis, ratus ribu orang mati.  Begitu juga dengan tanah, kita boleh gondolkan bukit,  kita boleh tambak tanah, tapi kalau Allah kata tanah tu runtuh, runtuhla, takdak sapa boleh tahan.

Kita tgk cuaca panas sudah la, yg mari masjid pun kena, yg pergi disko pun kena. 40 darjah selsius. paling panas, lebih panas dari Kenya, Sudan. Negro mari Malaysia ingat tempat depa panas, rupa2 tempat kita lagi panas, balik terus depa. Ni yang kata rata semua. Kita yg ada aircon takpala. Camana orang yg kat rumah kipas pun takdak, aircon pun takdak.  Kalau yg ada kipas , pasang kipas sampai no 5, kalau kipas tu boleh pusing sampai sepuluh, dia pusing sepuluh. Pasal takdak. tu pun duduk tak sejuk. Smpai ada orang yg amik tikar, hampar depan peti ais, bukak peti ais, dia tido situ. Pasal cuaca panas, ni yg kita kata bala. takpayah nk kata pa, takpayah nak kata iklimlah, cucalah, apalah. Benda ni bala. Bala, bala.

Pasal pa? nabi kata sebab kemungkaran tidak dicegah, di suport pulak. Dulu orang minum arak dalam bangunan dalam premis, sekarang diluar premis.Tahun lepas pukul 1pgi gitu L ada lepak tepi laut depan Queensbay, penang, ada 2 3 mamat dok togak(minum) arak kawasn tu. Dengan gelak2, pastu muntah situ, sembang2 gelak. muntah adoi. Lepas tu, terus lari p surau tido surau.. hoho. dalam sebuah negara Islam,  Orang bukan Islam boleh minum arak, dah depa bukan Islam nk buat macam mana. Tapi walaupun depa bukan Islam, depa boleh minum arak dengan menghormati orang Islam. Orang Islam dia allegik dengan babi, orang Islam dia alegik dengan arak. Bila orang Islam tak suka benda macam ni, depa kena minum dalam premis yg orang Islam tak nampak. Silakan minum. Dah hampa nak minum sangat, tapi jagan diluar.

Tapi sekarang orang minum arak sudah diluar, sudah macam london, macm perancis, hebad kot. Bukan setakat arak boleh diminum diluar, malah boleh masuk didalam tv setiap rumah orang Islam. Dengan jadi penaja Golf, dan bola sepak. Tak perlu dalam iklan, 'minumlah arak, arak mencerdaskan minda' tak perlu iklan macam tu. Cukup dia jadi penaja golf, buat siaran lansung, sekurang2, 10juta rakyat malaysia yg tonton. Cukup dia jadi penganjur bola sepak, buat siaran langsung, masuk pula semi final piala tiger. Apa benda tiger tu mak. Ntah, rimau gamaknya kot. Anak dia pergi kepasar, pergi ke restoran, nampak, oooo tiger ni la yg taja bola sepak semalam. Dia minum macm mana? Tiger Carlsberg ialah jenama yg popular, bagaimana dengan jenama yg murah2 murahan? seprti castle. Pada baju ada dituliskannya, pada pencil ada dituliskannya. Kat mana2 pun di iklankan.

Seperti kita masuk pasaraya, troli yg kita bawak tu, ada pelekat gambar arak, banyk wahai pembaca. Haram tu. Memang kita tak minum, mmg kita tak jual arak, kita bawak troli masukkan ayam, masukkan susu, masukkan ikan, masukkan pampers budak, pusing satu supermarket. Tuan2 telah mempromosi iklan arak secara percuma, hukumnya haram. Sepatutnya pihak berkuasa menghadkan, tidak boleh syarikat2  mempromosikan arak pada barang2 yg umat Islam gunakan. Pasal ada kuasa. Tetapi bila tidak digunakan kuasa, nabi sebut dalam hadis ini, maka turunlah bala yg semua orang kena.

Dia mari denggi, dia kira sapa denggi? Ostat? tok imam, masuk hospital pasal denggi. Budak kecik umur 2 tahun denggi berdarah, mati.. DEmam denggi setakat ni mana ada ubat, bawak mausk air je, berbotol botol.Canggih manusia takda ubat untuk denggi.  Nyamuk gelak tengok kita, ngaji universiti, ubat aku pun takdak. Kita dok beli ubat yg sembur nyamuk, aerosol2 tu, nyamuk mati ka? tggu sepuluh minit, dia bangkit balik, seolah-olah dalam nyamuk tu ada imunisasi. kekebalan daripada racun aerosol tu. Allah taala punya kuasa semua ni.

Sebab tu Allah ada sebut didalam Al-quran ' sesunggunya Allah tidak malu hendak menakutkan ummat manusia dengan nyamuk ataupun bintang yg lebih kecil daripada nyamuk' Kalau kita nk menakutkan manusia dengan manusia kita akan menggunakan benda yg besar2, baru takut. Kalau setakat kita nk ugut orang dengan penampar, tak main la. 'aku penampar kang, dia bawak keluar penampar dia, penamapr aku lagi besar dari kamu'.  Kita tak boleh guna penampar utk takutkan orang. Koman2 kita amik senapang tembak dia, baru dia lari. Allah taala kalau nk takutkan kita, Allah xperlu dengan benda2 yg besar2. Allah kata, aku takutkan kamu dengan nyamuk. Kamu lawan aku, aku hantar nyamuk. Kalau saya ugut para pembaca, hg lawan aku, aku antar semut! kita gelak tak? mesti gelak, apa la antar semut, antar la rimau ka, buaya ka, takut la jugak. Allah taala tak sebut buaya, rimau, singa, Allah antar nyamuk je. Betul wahai pemabca, Allah antar nyamuk saja, kalah manusia.........Kalah kita dengan nyamuk.

Hoho, aser nak tulis lagi, esaimen banyak, tapi malas nk buat, boleh buat entri plak. hadoi.. sapa nak tolong buat?? angkat tangan.. K lah,. takat ni ja kot. besok kuliah,, kene tido awal. Apa yg baik datang dari Allah, dan yg buruk daripada L sendiri.. Semoga kita ambil pengajarn... =) Selamat malam semoga Allah merahmati kita semua. amin..

p/s kubur kau kubor kau, kubur aku, kubur aku? masih logik ka ayat ini?

Friday, February 24, 2012

Gelagat Pak Pandiaq!!

Al-kisah pada suatu hari, Pak Pandir keluar ke bandar bersama Mak Andeh untuk membeli sebuah kereta. Anaknya tidak dibawa kerana bimbang penjual kereta tidak mahu menjualkan kereta kepadanya kerana dia sudah mempunyai anak.  "Isteriku Andeh, rasa-rasa orang tu mahu tak jual kereta pada kita?" kata Pak Pandir.  "Kenapa abang tanya macam tu?" balas Mak Andeh.  "Yelah, manalah tahu, dia ingat saya tak mampu nak bayar sebab saya kena bagi awak dan anak kita makan...takut tak cukup duit..." jawab Pak Pandir.  Maka mereka pun tiba di tempat penjualan kereta...  "Saya mahu beli yang ini" kata Pak Pandir sambil menuding jari ke arah kereta Proton Waja berwarna silver.  Setelah membayar wang pendahuluan, Pak Pandir memandu kereta itu pulang. Dalam hati Pak Pandir sudah berkira-kira untuk menunjuk- nunjuk kereta itu di hadapan Pak Kadok. Tapi, tak sampai satu jam, Pak Pandir datang semula ke kedai kereta tadi dengan muka merah padam.  "Apa ni Encik, jual kereta dah rosak!" si penjual kereta berasa sangat hairan.  "Cuba Encik tengok lampu tepi ni, asal saya nak belok, tak pernah belok, asyik berkelip-kelip je!"

P/s tujukan pada roomate L yg buat lesen kereta, dah setahun tak habis2.. hahaha

Wednesday, February 22, 2012

Jahil Dunia@ Jahil Agama?

Assalamualaikum, k ah L nk sambung sikit dari entri yg lepas. jom layan..=0

Jahil terbahagi kepada dua jenis jahil yg besar. 1 jahil yg dimaafkan. 2 jahil yg tidak dimaafkan. Apa dia jahil yg dimaafkan? Jahil bab dunia tak mengapa. tak berdosa. tak salah langsung. Siapakah isteri PM Vanezuela? Tak tau? tak berdosa. lantaklah. takdak faedah lgsung. Siapak nama Tok Batin Ulu Chok? tak tau ustaz. tak tau pun tak pa.  Kejahilan macam itu dimaafkan. YG kedua kejahilan yg dimaafkan, langsung tak tahu. Masa kita sembahyang magrib, taik cicak jatuh atas kaki. Langsung tidak tahu.  Sembahyang la. Habis sembahyang balik  rumah terus tido. Langsung tak tahu.Tak salah.  Sebab langsung tidak mengetahui. Ini dipanggil kejahilan yg dimaafkan.

Yg kedua Kejahilan yg tidak dimaafkan. Apaa dia? Kenapa awak tidak sembahyang? Sya tak sembahyang sebab saya tidak tahu ustaz. Harap2 Allah maafkan la saya. Tak boleh. Kemaafan itu takkan diberikan. Kerana sembahyang tu hukum syariat wajib belajar. Tapi bapa saya yg tak ajar ustaz. Bukan salah bapa lagi, salah kamu, kamu dah besar. pergi sembahyang. Suami saya tak ajar ustaz. MMg salah suami jugak, tapi salah kamu jugak, pergi belajar. Kejahilan macam ini tak dibenarkan. Kenapa kamu tak baca Quran? saya tak tahu ustaz. Saya rasa Allah memaafkan saya sebab saya jahil. tidak dimaafkan. wajib belajar. Ha, ini bentuk kejahilan yg tidak dimaafkan. Kalau kita bagi alasan kita tak tahu, wajib belajar. Kalau dalam belajar mati, tak sempat nk habis, dimaafkan. Tapi kalau saja2 tak nak belajar. tak tahu. tiada maaf bagimu.

Surah Luqman ayat 13, Allah berfirman yg bermaksud; ' Sesungguhnya orang yg menyekutukan Allah adalah kezaliman yg amat besar'. sesiapa yg mensyirikkan Allah dengan sesuatu, haram baginya syurga, dan tempat baginya ialah neraka. Kita boleh tengok pada Gandi. Semua yg baik dianggap tuhan. Lembu itu baik, dia anggap lembu itu tuhan.  manusia itu cantik, dia anggap manusia itu tuhan. manusia itu baik dikatakan manusia itu tuhan. bumi ni baik maka disembahla bumi ini sebgai tuhan. ini semua dipanggil sebagai fahaman hulul. Fahaman gandi. Ghandi kata semua benda yg baik dianggp tuhan. Majikan itu tuhan. Kerajaan itu tuhan. Pemimpin itu tuhan. pelakon itu pun tuhan. suami pun tuhan.

Apa yg kita perlu buat sekarang? kene la selalu tegur. Tahun bila entah saya ada baca surat kabar,'ikin merayu malaikat jangan cabut nyawanya, dia nak taubat' dia rayu malaikat izrail jgn cabut nyawa dia sebab nk taubat. Entah macam mana dia buat rayuan, dia hantar surat ke, ape ke waallahualam. Jadi mereka ini ada fahaman yg salah. Malaikat tu taat pada Allah, kalau Allah kata cabut, cabutla. Mana boleh rayu. Tolongla malaikat, i beg u malaikat, jgn cabut nyawa i. mana boleh macam itu, syirik la. Malaikat mana tanya kita, dalam sejarah yg malaikat tanya nak cabut tanya ka tak nabi Muhammad s.a.w. jer. selawat dulu.. Malaikat datang jumpa Rasulullah. Rasulullah tanya, kamu datang ni nk cabut nyawa aku ke, nk ziarah aku? Malaikat kata 2 2. Ziarah pun ye, cabut nyawa pun yer. Itu pun kalau kamu izin cabut nyawa. Kalau kamu tak izin aku balik. haaa. Nabi Muhammad diberi keistimewaan.

Kalau kita diberi keistimewaan macam mana?  Balik rumah harini, malaikat tunggu atas kusyen/sofa.  Aku datang nk cabut nyawa kamu, bagi ke tak bagi? Kita jawab apa? mesti tak bagi punya. cabutla orang sebelah dulu. Dia pun dah sakit lama dah. malaikat takkan tanya kita. Kita kadag2 bab malaikat cabut nyawa ini kita boleh buat gurau senda. JIran kita mati, kita antar dia ke kubur, balik kerumah jumpa kawan sembang.'dah meninggal sahabat kite.semalam main bola sekali harini dah takda. kawan lagi sorang jawab, jaga2, semalam malaikat datang rumah dia, entah2 nanti rumah kamu pulak. Kata jiran ni, sebenarnya malaikat tu dah datang rumah aku semalam, tapi aku suruh cabut dia dulu, tu yg malaikat cabut nyawa dia, aku suruh tu.'  ha jadi  hukum dia orang yg buat gurau macam ni 70 tahun dihumbannya dalam neraka. Sapa2 yg buat lawak2 bodo macam ini , main2 tentang satu2 peraturan tuhan, maka orang yg macam ni mendekatkan diri dalam neraka, dan 70 tahun atas lawak bodo tu sahaja. Jaga2 bagi  orang yg nk ketawa sampai buat lawak yg boleh buat dia syirik dengan tuhan dan jadi jahil dia dengan peraturan agama.

Ok... setakat ini sahaja kot. nk siap2 nk p kuliah pulak nih.. haha. rajin lain macam plak harini. k. apa yg baik tu datang daripada Allah, dan yg buruk itu datang dari diri sya sendiri. Semoga kitas semua dapat manfaat daripada ilmu ini. Tugas saya menyampaikan , dan maafkan saya andai ada salah dan silap. Selamat pagi. dan mulakan pagi anda dengan senyuman... hihihi.. k lol.. Assalamualaikum.

Tuesday, February 21, 2012

Doa BerJemaah #4

Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, di pagi yg mulia ini kami memanjat kesyukuran kepadamu dengan limpah kurnianya masih memberikan kami ruang dan masa untuk terus beribadah kepadamu. ya Allah ya tuhan kami, kau ampunilah dosa2 kedua ibu bapa kami dan ampunilah dosa seluruh muslimin dan muslimat yang masih hidup dan yang telah lama pergi meninggalkan kami.Ya Allah yang maha pengampun,sesungguhnya kami hambamu yang lemah lagi tidak berdaya , ampunilah segala dosa-dosa kami yang telah lalu. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan kami dihari ini. Dan bimbinglah kami agar sentiasa melakukan perkara yg Engkau redhai...
Amin...