Assalamualaikum. Alhamdulillah L dah boleh kembali dalam dunia blogger. dan L akan teruskan usaha dakwah L walaupun sedikit saja. Ok mari teruskan membaca.. ZAAAAZ~~
Didalam surah Al-Ankabut ayat 45, Allah berfirman dengan maksud ; Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu akan menghalang kejahatan dan perkara mungkar.
Ini adalah salah satu ayat yg menunjukkan kita wajib solat. Solat pada bahasa apa makna? Solat ialah mendoakan dengan baik. Perkataan yg baik-baik. sebab tu bila kita solat manada kita cakap merapu. Daripada takbir sampai la kepada salam semuanya dalam bahasa yg baik-baik. itu mkna solat. Jadi bila kita dah cakap baik dalam solat dia akan membawa kepada luar solat. macam mana kita tak maki didalam solat, sepatutnya diluar solat kita pun tak maki orang. Didalam solat kita cakap yg baik-baik , diluar solat pun kita cakap yang baik2. Itulah yg sepatutnya. Jangan didalam solat wajah kita lain, diluar solat wajah kita lain. Dalam solat, wajah kita baik je..bahasa baik je... Tapi diluar solat dah berubah wajah.
Contohnya, Orang kita,Melayu, lemah lembut. Tetapi bila sudah pegang stereng kereta dah jadi kasar. Yang lembut pun boleh maki orang. 'hey,, celaka betol, jem pulak dah' dia boleh sebut celaka. sat lagi, kereta depan dia tak bagi signal nak belok kiri, dia maki jugak. 'tak guna punya kereta, bodoh betol'. Padahal tadi baik je, pegang stereng dia jadi lain plak. Kenapa jadi macam tu? Ha yang ni yg kita kena tengok. Serupa dalam solat. kenapa dalam solat kita warak je.. baik je.. Tapi kenapa luar solat dah jadi kasar, cakap kasar, perangai kasar. Masa kita duduk tahiyat, bersimpuh kita duduk tu. sopan sangat2. Maknanya ada benda yg tak betol dalam solat seseorang tu sehingga solat tu tak dapat mencegah sesorang daripada buat jahat.
Baik apa makna solat dalam syara' pulak. Solat ialah kata-kata dan perbuatan yg dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum angkat takbir, bukan solat. dah bagi salam bukan lagi solat. Habis. sebelum takbir bukan sembahyang. Selepas salam bukan semabhyang. senang ja. faham maksud, selesaila kekeliruan. Sebab sekarang orang keliru dengan perkataan 'Bidaah'. Contohnya menyapu muka selepas selesai salam, apa hukum dia ustaz? sebab ada orang kata bidaah. JAWAPANNYA, tak salah. sebab dah diluar solat. selepas salam bukan lagi solat. Nak korek hidung pun tak mengapa. Nak kentut pun takpa. Yang menjadi kesalahannya apabila kita dalam solat, asik2 menyapu muka, rukuk sapu muka, sujud sapu muka, tgh tasyahud lima enam kali sapu muka. sah2 la bidaah. Kita sekarang menyapu muka diluar solat, tapi dia ni menyapu muka didalam solat. Sah2la yg didalam solat itu yang menjadi bidaah. Orang duduk kalut pasal bidaah x bidaah. apabila kita faham maksud ia jadi mudah. Benda diluar ibadah walaupun nabi tak buat, kita tak boleh kata bidaah.. Sebab dia diluar. sebelum/selepas masuk ibadah.apabila kita faham makna sesuatu ibadah, selesai masalah. Selagi mana orang tak faham makna, itu yang timbulnya bidaah. Dan mudahnya mengatakan orang lain bidaah.
Ok setakat itu sajalah, petang2 ni mengantuk sket. Nak buat pnjang2 karang tak larat nak membaca. insyaallah nanti L sambung. Apa yang baik datang daripada Allah dan apa yang buruk datang dari diri L sendiri. Selamat petang dan semoga sehat2 selalu.. Wassalam..~