Thursday, September 15, 2011

WORDLESS THURSDAY #1





p/s ikut suka ak la nk wat biler pon wordless nieh.. hahaha

Monday, September 12, 2011

Beribadah tp xberakhlak?

Assalamualaikum. alhamdulillah L dapat gak kembali aktif.. okeeeyh. so nk mulakan dengan perkongsian ilmu yang xseberapa ini. so marilah kita bacer dan renung-renungkan.=)

nabi menyebutkan kpd kita 3 jenis manusia, manusia yg terburuk dan manusia yg terbaik. terburuk ada 2, kedekut, dia bimbg bila dia bersedekah dia tkut miskin, golongan yg takut mnyatakan yg hak(kebenaran). tkut yg macam ni la yg akn memusnahkan kita. yg terbaik antra kamu adalah yg terbaik ahklaknya. insyaallah L akan bincangkan pasal akhlak yg terbaik nie, kerana akhlak yg baik ni lah yg dibawa oleh rasulullah s.a.w. untuk dijadikan ikutan bersama.

Allah berkata berlumba lumbalah kamu dalam mcari keampunan dari allah,kerana Allah taala mnyediakan syurga yg seluas langit dan bumi. allah taala menyebut langit dahulu. macam mana luasnya langit tu? manada bertepi. langit xda bertepi. bumi ada gak ditepinya. itulah gambaran syurga.maka Allah taala kata berlumba-lumba minx keampuanan. jgn biarkan org len sj yg beristigfar, jgn biarkan org len saja yg bertaubat, jgn biarkan org len sja yg beribadah. bila kita tgk org len wat amal ibadah kita kene jadi cemburu. cemburu bukan benci pada dia. kalu dia boleh beribadat, kenapa ak xboleh beribadat. kalu dia boleh mari smyg subuh tiap2 hari kenapa ak xboleh. apa beza ak dgn dia? kalu dia boleh berjalan ke masjid, ak pun boleh berjalan, kalu dia naik kereta, ak pun boleh naik kereta. kenapa kita xboleh lawan manusia utk mcari keredhaan drpd Allah.

dalam menyebut belumba nieh, kita hendaklah belumba dalam bab mcari keredhaan Allah, berlumba dalam bab mencari syurga. yg lain xberlumba pun xpe.sbb dalam berlumba mcari yg lain menyebabkan kita jd xberakhlak! ada org yg berlumba dalam bidang sukan. apa jd pd dia sekarang? dalam islam dia suruh b'sukan.xderla sampai patah kaki , patah tangan. xderla sampai rasuah sana rasuah sini, xdaklah sampai peruntukkan yg begitu besar dalam sukan  shingga mengabaikan peruntukan yg lebih penting. sperti pendidikan, rawatan hospital.

dan bapa bnyk orang yg berlumba nk jadi baik tp xdak akhlak? sbb tu nabi larang, orang yg dari belakang, nk datang kedepan, ditekannya bahu orang, sbb nk g kehadapan. dah kamu lambat duk dibelakang. ini tidak, dah datang lambat, langkah bahu orang, tekan bahu orang semata-mata nk duk depan. ini namanya xberadab. bapa bnyk org yg smyg, dikankng kakinya luas2. xnak bg org lain masuk. tanak bg orang duduk sebelah dia. wlpn dia nk mncri manusia syurga, tp dia xdak aklhak. apa salahnya kecikan seket kangkang tue, khususnya pd hr jumaat,sbb ramai yg nk datang. dia buat langkah besar2 seket. dia hbq kat kawan dia, " buat langkah besar2 seket. depa nieh dah tau nk smyg , datang lambat'.

ada org yg bila nk cari syurga dia xberakhlak. alangkah baiknya  kita dalam sama-sama nk mncari syurga, kita mencari dgn penuh berakhlak. tp berapa ramai yg mncari tp xberakhlak. apa menda yg xberakhlak. yg pertama, akhlak dari pakaian. nk mngadap Allah kita tgk adakah pakaian kita elok utk menunaikan solat. ada orang yg solat tp xpakai baju, semata-mata kain pelekat aja. nk cari syurga tp xberaklhak. ada org yg nk smyg tp butang baju pon xnk kancing. kalu kita pi kerja dok dalam ofice xbutang baju, apa orang kata? ooi samseng kampung dusun. tiba-tiba kita mengadap allah kita xpenah mngmbil akhlak dgn tuhan.

berapa bnyk yg nk cari syurga, smyg rajin,  habez2 smyg , lgsung xberdoa.ini rumah tuhan, bila masuk rumah tuhan, ada peraturan dia. peraturan dia adalah akhlak. kenapa masuk xdak tahiyat. tahiyat tu maknanya memuliakan. tahiyatul masjid,memuliakan masjid. mai buta ja masuk, xda hormat2. tp nk jd org baik. tp xda hormat, aklak dgn allah. ni time nk kuar pun buta g2 jak kuar, apa salahnya sebelum keluar tu berdoa kpd Allah dulu. minx dulu sebelum kuar, tp bnyk org yg xberahklak. blah g2 jak. ada org yg tgh smyg, dalam smyg macam2 pergerakkan yg dia wat. seolah olah xmemberi penumpuan dalam smyg. dia lebih memberikan penumpuan kpd manusia. kalu ngn kawan dia memberi penumpuan yg lebih dalam berkawan. sedangkn smyg ni lebih tinggi dari berkawan.

penah tgk orang berkawad? "senam diri" suma serentak aja. 'dari kanan, cepat jalan!' baru berjalan. manada sebut 'dari kanan, cepat jaaaaa' tiber2 dah jalan dah. komander dia pun boleh abez bg command, baru 'jaaa.' tiba2 dah jalan. xbetul tu. 'cepat jalan' baru la jalan. itu la yg dibawa dalam smyg. 'Allahuakabar' baru bergerak. ini tok imam baru "allah...." dia hentam dah. kan xcantik tu, xberahklak. xbersopan dgn allah. xberaklak dalam bnayk menda. so.. kesimpulannya. dalam kita nk mengejar syurga , nk beribadah. akhlak 2 mestila dijaga sebaik-baiknyaaa. jika ada kekurangan semua itu dari diri L sendiri. dan yang baik tu semua nya datang dari Allah.

Monday, August 22, 2011

Awalnyer sambut Hari Rayer!!

Assalamualaikum. aser macam dah lamer sngt xupdate. hurmm, sebok seket dgn esaimen berguni2 nk kene antar sebelum cuti raya ni. pergh. so kemungkinan besar L xleh la nk update or nk bw . kesebukan tahap melampau.. huhu.. cuti raya plak sat jak. sampai 4 hb jek. sedehnyee. pas tue, kene g pengalaman berasaskan sekolah (pbs) la pulok. huhu, lg la xde masa nk update belog. urrm. so dikesempatan yg ada nie. aser macam awal la pulok. L nk ucapkan selamat menyambut hari raye aidil fitri. mohon ampun kepada sume ahli2 blogger sekelian. pergh. tp kita kene engat ramdhan xhabez ag. dan kita berada di fasa yg ketiga. jd jomla kita ramai2 menggunakan peluang menggunakan masa yg ada utk mmperbnykkn ibadah sunat kita. ok setakat tu saja la kot. puaser jgn xpuaser yerk=)

Friday, August 19, 2011

Sekadar Hiburan #

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?


Wednesday, August 17, 2011

Doakan untuk keburukan Saudara seIslam?

Assalamualaikum w.b.t
jom kita bincang seket pasal mendoakan seseorang nieh. kita sekarang dah kurang cinta kepada Allah dah kurang cinta pada manusia. kalu dia bukan dari jemaah kita kita doakan dengan yang xbaek yg jht jer. ini bukan sifat orang yang beriman. hadis nabi  mengenai telaga Kautsar. cinta paling agung ialah cinta nabi pada Allah, cinta nabi pada ummatnya. nabi ni syg sgt kat kita. bila ummat nabi muhammad beratur nk g minum air telaga kausar. nabi tgk ramainya ummat nabi yg minum beratur. tibe2 datang malaikat, amik manusia ni campak p jauh2, amik manusia nie, campak.  Rasullulah tnya pada Allah,  sesunguhnya dia sahabat saya. dia ummat saya. kenapa die dihalang dari meminum air telaga ini? Allah pun mnjwb, selepas kematian kamu wahai muhammad, mereka melakukan banyak perkara yg kamu larang wat. sbb tu la meeka xboleh minum, nabi muhammad pun tadah tangan, jika sekiranya engkau mengazabkan mereka ,itu adalah kerana kesalahan mereka, sesungguhnya mereka adalah makhlukMu, ya allah, dan jika sekiranya engkau mengampunkan mereka, engkau adalah tuhan yg maha pemurah lg maha mengasihihani. ini dipangil sbg doa abdu soleh.

nampak x? nabi muhammad yg sayang pada kita, sampai di hari kiamat pun masih mendoakan orang yg jahat2. doa baginda apa? doa minx baek. orang yg mati yg xboleh minum telaga kausar bukan kah orang itu orang yg jahat. tp nabii masih doa lagi sedangkan orang tu mati dalam jahat. pun nabi masih doa agar dia pun dapat minum air telaga kausar agar dia xdahaga sampai bila2 di padang mahsyar. tp kita ummat Islam, orang itu belum mati.orang itu belum mati! kenapa xdoakan doa2 yg baik. kenapa ditukarkan doa dgn doa , Ya allah turunkan bala kepada mereka ya Allah. kenapas sggup doa sedemikian? tidak ada cinta. bila tidak ada cinta tidak ada iman, bila xda iman tidak boleh masuk syurga! contohilah nabi betol2. kita kata kita ikut perjuangan Rasulullah, dimana perjuangan rasulullah di dalam jiwa kita sekarang? adakah kita berjuang macm rasulullah dgn penuh kasih syg.

org badwi kencing dalam masjid. nabi xmarah lg. org nk pukul badwi. nabi kate biarkan dia kencing sampai habez. habez dia kencing, dia pun malu, dia pun keluar. nabi kata amek sebaldi air tuangkan di tempat kencing dia. kemudian nabi pun semayang, arab badwi td pun semayang sekali  dok belakang sekali sbb dia lambat datang, dia maluuuuu.. habez2 smyg dia doa, ya Allah berikan rahmat kepada ak dan rahmat kepada Muhammad, ya allah berikan rahmat kepada ak dan rasulullah sahaja. bg kat kami saja.jgn bg kat orang lain nabi tnyer saper yg doa itu? org bdwi pun jwp, sy ya rasulullah. kenapa kamu doa utk ak dan kamu sahaja? doakan lah untuk sekelian ummat Islam. kan rahmat Allah itu luas, kenapa sempitkan. tuan2 kena phm. arab badwi tu bukan kafir, arab badwi tu Islam. orang badwi nie orang kampong.... dia datang nk ngaji ngn rasulullah.dia pun aser nk terkencing.  jenis orang kampong , dia nk kira apa, dia punn kencing la situ. nabi muhammad smyg dia atas pasir bukannya atas tika getah ker tikar smyg ker. sbb tu nabi ajar, amik baldi simbah kencing td. arab badwi ni pun rasa malu, dia pun lari p tempat len. dgn sbb nabi halang orang len pukul dia, dia rasa nabi ni baik sgt sampai xbg orang pukul dia, tu yg dia doa macam tu, dan nabi pun tegur dia balek.

kalu la kita phm betol2,. senang. masalahnya kita skrg nie nk menghalalkan sesuatu benda, kita wat sesuatu tu dgn xbetol. jgn kita nk setujukan dgn apa yg kita wat kita cari dalil, pastu dalil kita wat xbetol.  ini salah. hukum tetap hukum. kalu orang tnyer kita aper pun. kita kene jwp ikut hukum. kita xleh jwp ikut sentimen. hurrrrm.... masalah kita skrg nie. L nk smbung lebih2 pun, takut nt blog kene gam. apa2 pun apa yg L nk simpulkan, kita sbg umat islam, mohle kita doakan yg baek2 kepada sedara2 se Islam kita. wlpn dia jht macam mna pun, kita doakan supaya mereka yg jht2 tu diberikan hidayah untuk berubah, dan kita yg 'BAIK'2 nie sentiasa berada di jalan keredhaannya.. amiin.. sekadar itu sahaja perkongsian L dipagi yg mulia ni. selamat berpuasa ya shabat2 kuh. n maafkan kalu ada typing eroor. mals dah nk check. jpg ada kuliah plak.ok di akhir sekali, semoga puasa kita diterimanya..=)