assalamualaikum,, phewww, alhamdulillah dapat lg bernafas di dalam ramadhan kali ini... setinggi2 kesyukuran kepadamu ya tuhanku... harini L nk
sembang pasal apa eh? Randomize je la eh. Mungkin sebelum ni kita penah dengar, dan L akan ulang lagi sebb kita ni manusia sentiasa alpa. Insyaallah.jom baca. zaaaz~
Salah satu keistimewaan ramadhan ialah syaitan dirantai supaya umat manusia tiada alasan utk tidak beribadah di dalam bulan puasa. kalau sebelum ni macam-macam alasan la. mcm2 ganguan, Tanda-tanda yg menunjukkan syaitan dirantai di dalam bulan ramadhan ialah peningkatan berkali ganda orang datang solat berjemaah. Solat subuh daripada 4 orang mungkin naik 40 orang. Solat maghrib dari dua saf mungkin naik smpai 10 saf. Sembahyang terawih ni tak kira la kan. Smpai bentang tikar kat luar. Oder khemah lagi. kenapa orang ramai datang sembhyang dibulan ramadhan? jawapannya syaitan dah kene rantai.. Semua jadi baikla.
Ada beberapa perkara yg kita perlu lihat pada awal2 ramadan ni. Yg pertama kita kene muhasabah. muhasabah ni maksudnya berkira-kira. Bekira dengan apa? berkira dengan tahun yang dulu-dulu. Yg tahun dulu2 nilaian puasa kita macam mana? so mlam2 ni masih diawal puasa ni, buatla penilaian. Puasa aku tahun lepas mcm mana? berapa hari tinggal? ada mutu tak? A ke B ke C? Kita nak puasa A, semua orang nak A. Puasa gred A dipanggil puasa khususul khusus. Puasa gred B dipanggil puasa Khusus. Puasa gred C dipanggil awam. Nak dapat tahap ni kita perlu kepada muhasabah. Nak dapat puasa khususul khusus, nilaian dia tinggi, mata kita tengok apa, telinga mendengar apa, hidung menghidu apa, lidah berkata apa, tangan menjangkau apa, kaki melangkah kearah mana, hati niat kerana apa. Ni dipanggil tahap yg paling tinggi. Maka tahun ini kita berazam pulak, nak buat yg terbaik dari tahun yg lepas2. kita target dgn anak-anak kita, dengan isteri2 kita. Tahun lepas, sahur juz bangun makan ja. Kali ni kita kunci jam awal sikit. Utk kita qiam bersama keluarga kita. Solat tahajud sikit, taubat sikit, hajat sikit. baca Quran sikit.
Sekarang L nak refresh sikit atau mungkin pada yg tak tahu L nak bagitau sikit kan. supaya ibadah yg kita buat ni Lillahitaala. supaya ibadah kita ini diterima oleh Allah. Supaya bila kita buat ibadah hati kita akan rasa lebih tenang.
yang kita nk wat bila bertembung ibadah yang disuruh
dengan menda yang dilarang? ibdah yg disuruh ialah ibadah sunat manakala
menda yg dilarang plak sperti mengumpat, mencaci. jadi ulama2 berkata
janganlah membuat menda dilarang lebih afdal dari membuat menda yg
disuruh. sebagai contohnya, solat terawih menda yang disuruh(sunat).
sekarang nie kita tamaw mengumpat ka datang solat terawih ? mana yang
lebih baik. ulama kata jngn mengumpat lebih baik dari melakukan perkara
yg disuruh. ni sebb brape ramai yang melakukan ibadah yang suruh tapi
xikut prosedure yg dah disediakan. semayang solat terawih tp ngumpat tok
imam.
jika kita pergi sembahyang terawih, imam baca surah yang panjang2, habis je
smyg kita kate' lame giler tok imam nieh, nyesal ak datang eh!' nampak
x, semayang-semayang tp ngumpat tok imam. itu namanya ngumpat.. lebih
baik hg dok umah tengok keje2, tgk anak-anak lebih baik dari datang
semayang tp mengumpat. mengelakan dari buat menda yang haram, lebih afdal
dari buat yang menda yg baik tp tak betul caranya. haaa. tu kene paham
tuh. ni menda sunat tp benda fardu jangan buat. 'saya yang tak pakai tudung ni pun tak mengumpat.' ha nie xlehla. pakai tudung tu menda wajib. menutup aurat tu
wajib. didalam mengelakkan perkara yg haram, xda pilihan,bila dah kata
tutup aurat tu wajib, jadi haram kalu xpkai tudung!
berbeza pulak dgn ibadah sunat. dalam melakukan menda sunat ada
pilihan.contohnya, smyg sunat terawih, imam baca lama, boleh duduk
walaupun sihat (stgh pahala) . kalu duduk pun rasa lama jugak, haaa, baring
la ko kat situ, (setengah pahala duduk). ok? ada paham. tp lain dengan
semyang fardu, kalu sihat xboleh nk saja2 duduk. senang kan Islam... =)
contoh lain , daripada melakukan menda sunat tak betul wat, baik tak payah buat.
contohnya, tadarus quran, tp baca merapu ja, tajwid kemana makhraj
huruf kemana,baik toksah buat. silap2 nanti Quran laknat kita balek. ada plak
yg niat xbetul. 'masuk kali nie,kali ke 4 ak dapat kain pelikat '!!!
conclusion, dalam perkara yang sunat, sentiasa ada pilihan.. =)
p/s Adakah kita akan miss lailatul Qadr seandainya setiap malam kita Qiam? *renungan bersama*