Saturday, April 28, 2012

Doa Pun TAK MAU?



p/s renung2 kan k.. huu. Insyaallah besok L akan hupdate sedikit ilmu disini.. So doakan L ada kelapangan masa.=)

Monday, April 23, 2012

Wanted!

Sapa kenal dia nih? hehe

Wednesday, April 11, 2012

Gambar lagi?

Assalamualaikum. Huhu.. L asa takdak mud nk taip panjang2. Sibuk dengan esaimen. huu.. minggu depan nk kena antar. Siapkan lah harini. huu. sebab Jumaat Sabtu ni nk g Padang Besar, cari jersi EURO!!! haha.. Nk menghabiskan duit disana. JOm p sekali.. Sebelum tutup perenggan ni, jom lyn gambar ni.. =)



p/s huu. laki pun sama la jugak yerk..=)

Sunday, April 8, 2012

Untuk Laki dan Perempuan


Baca dan renung-renungkan. amik iktibar .Kasihani kaum lelaki..

p/s huuu. sebuk sikit, petang td baru balik dari jungle tracking kat teluk bahang.. aah. letih2.. tido dulu..=)

Thursday, April 5, 2012

Bila RM50 jumpa RM 1


Suatu hari, RM50 and RM1 berjumpe ditepi jalan. berlakulah perbualan diantara mereka.. haha :

RM1 : Haluuu kawan!

RM50 : yooo, lama xjumpa kawan. haha

RM 1 : huu, cuti sekolah ritu ko p mana ? aku datang rumah , tak pernah ada. haha

RM50 : Hoho, biasa la, aku pergi Genting, Lowyat, KLCC, Bukit Merah, n aku jalan hampir semenanjung nih. hahahah puas2.. KO plak g mana cuti ni?

RM1 : sedapnya mu bro, boleh g jalan2 merata. Aku macam biasa laa, tak tabung mesjid, tabung surau. Derma anak yatim, semua tabunglah aku masuk.

p/s sentap aku. haha

Monday, April 2, 2012

Kalau Lah kita FAHAM!

Assalamualaikum,

Firman Allah s.w.t didalam Surah Al-Baqarah ;
 (ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (٣

salah satu golongan yg beriman ialah, golongan yg menafkah kan sebahagian yg Allah taala anugerahkan. Samada Nafkah disini dibelanja pada jalan yg dibenarkan oleh syarak, ataupun bersedekah, ataupun wakaf dan sebagainya. Kita boleh lihat, Allah suruh menafkah sebahagian daripada harta yg kita dapat. Kalaulah Allah berfirman mereka menafkan semua apa yg telah kami anugerahkan kepada mereka.  Maka ini sangat memberatkan manusia, kerana manusia itu tidak akan boleh dan tidak akan mahu utk menafkahkan semua hartanya. Allah tidak mengatakan keseluruhan, Allah kata 'wamimma' , Allah tidak mengatakan 'kullu'/kesemua , Allah tak sebut pun kesemuanya, Allah kata sebahagian yg Allah bagi.

Sebahagian tu banyak mana? Selepas daripada ditolak perbelanjaan wajib kita. Bg yg ada keluarga, belanje anak isteri, belanje kaum keluarga kita, maka lebihan daripada itu nafkan balik pada jalan Allah. Kenapa Allah kata sikit? sebab manusia tak kan mampu buat. Kalau Allah kata semua , sapa boleh buat? Saidina Abu Bakar je, Umar jer... Abu Bakar sahaja yg memberikan keseluruhan hartanya. Kemudian Umar, separuh daripada hartanya. Kita pun tak mampu nk bagi kesemua harta kita. Bukan kata kesemua harta sahaja, kesemua duit dalam dompet kita pun kita tak boleh bagi. Pergi sembahyang jumaat, dalam dompet ada RM200, nk bagi kesemua 200 tu pun tak boleh tambah yg ada dalam bank, bawah katil, dalam tin milo, bawah lantai, lagi tak bagi la. Sebab tu Allah berfirman macm tu, Allah faham makhluk yg dia ciptakan.

Walaupun sebahagian, tetapi kalau dikumpulkan semua2 macam kita ni, lama2 jadi banyak. Macam dalam en3 L sebelum2 ni, pasal nak cari barang-barang Islam ni susah. Ape susah, sebenarnya kita cuma perlu bekerja sama, penduduk Islam di Malaysia ni, 61% . Banyak kot. Lebih kurang 17 juta penduduk Islam. Kalau kira yg bekerja sahaja kita anggar dalam 10 juta. Kalau la penduduk Islam ni faham ayat Allah ini, kalaulah penduduk ISlam ni faham ayat Allah ini, kita menafkahkan sebahagian harta kita. Kalau seorang sepuluh ringgit sebulan bagi tabung pembangunan ekonomi Islam. Kita dah boleh kumpul 100 juta sebulan. Kali dengan 12 bulan? 1200 juta setahun.. Tak ke kita boleh bina satu shopping complex Islam. Akhirnya, kita tidak akan ada masalah bab makan lagi. Macam tak logik je kan ape yg L tuliskan nih, tapi kalau lah kalaulah Ummat Islam ni sedar. Kita boleh maju. N kalaulah L pemimpin, Insyaallah L akan buat ini!!! Allahuakbar! pemimpin sekarang pandai sembang sahaja, tak kira la belah mana, sama sahaja. Satu habuk pun takdak, 12kali pelihanraya dah. Tapi satu kemajuan bagi Ummat islam pun takdak. Nk cari makanan yg betul2 buatan orang Islam cukup payah. Leceh betul. YG MENYEMBAH BERHALA MEMBUAT MAKANAN UTK ORG YG MENYEMBAH ALLAH. tak ke leceh..(ada gaya jd calon x? hehe)

Itu la makna sedikit, sedikit yg bila dikumpulkan menjadi banyak. Kalau nk cerita bab ni, memang banyak. Ni baru satu ayat quran. Ada banyak lagi Ayat quran yg membicarakan tentang sedekah ni. Cukupla L huraikan sedikit yg ni. L mintak maaf andai L terkasar bahasa, hanya utk menyedarkan. Semoga ada pemimpin yg berfikiran seperti ini.=) dan apa yg baik datang dari Allah, dan yg buruk tu datang dari diri L sendiri. Harini L xdak kelas.. hehe. tu yg boleh update sikit..=) jom2 bw..




Sunday, April 1, 2012

Ko Rujuk Mane?

Assalamualaikum w.b.t. Apa habaq semua? harap2 semua sihat la erk. Harini tak kongsi ilmu kot.. haha. mesti orang yg membaca Blog L ni pikir, dari sumber mana L hurai2 kan semua hadis2. L ambil dari kitab Bahrul Mazi. Segalanya terkandung didalam kitab ni, dari A sampai Z.... Dan L berguru dengan seorang Ustaz kelahiran Perak. urm. Apa yg L tulis bersandarkan hadis.. berdasarkan kitab, dan berujukkan dengan seorang guru. Kitab ini mengandungi 22 jilid (11 buah buku) dan kitab ini sudah diterbitkan. Ia mengandungi 8200 permasalahan agama yang berkaitan dengan hal ehwal dunia dan akhirat. hehe. promote pulak kan.. Orang melayu kita jugak yg tulis kitab ni, bangganya... Ok lah itu sajalah kot.. Mulakan hari kita ni dengan hati yg tenang baru semua jadi senang.