Monday, August 22, 2011

Awalnyer sambut Hari Rayer!!

Assalamualaikum. aser macam dah lamer sngt xupdate. hurmm, sebok seket dgn esaimen berguni2 nk kene antar sebelum cuti raya ni. pergh. so kemungkinan besar L xleh la nk update or nk bw . kesebukan tahap melampau.. huhu.. cuti raya plak sat jak. sampai 4 hb jek. sedehnyee. pas tue, kene g pengalaman berasaskan sekolah (pbs) la pulok. huhu, lg la xde masa nk update belog. urrm. so dikesempatan yg ada nie. aser macam awal la pulok. L nk ucapkan selamat menyambut hari raye aidil fitri. mohon ampun kepada sume ahli2 blogger sekelian. pergh. tp kita kene engat ramdhan xhabez ag. dan kita berada di fasa yg ketiga. jd jomla kita ramai2 menggunakan peluang menggunakan masa yg ada utk mmperbnykkn ibadah sunat kita. ok setakat tu saja la kot. puaser jgn xpuaser yerk=)

Friday, August 19, 2011

Sekadar Hiburan #

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?


Wednesday, August 17, 2011

Doakan untuk keburukan Saudara seIslam?

Assalamualaikum w.b.t
jom kita bincang seket pasal mendoakan seseorang nieh. kita sekarang dah kurang cinta kepada Allah dah kurang cinta pada manusia. kalu dia bukan dari jemaah kita kita doakan dengan yang xbaek yg jht jer. ini bukan sifat orang yang beriman. hadis nabi  mengenai telaga Kautsar. cinta paling agung ialah cinta nabi pada Allah, cinta nabi pada ummatnya. nabi ni syg sgt kat kita. bila ummat nabi muhammad beratur nk g minum air telaga kausar. nabi tgk ramainya ummat nabi yg minum beratur. tibe2 datang malaikat, amik manusia ni campak p jauh2, amik manusia nie, campak.  Rasullulah tnya pada Allah,  sesunguhnya dia sahabat saya. dia ummat saya. kenapa die dihalang dari meminum air telaga ini? Allah pun mnjwb, selepas kematian kamu wahai muhammad, mereka melakukan banyak perkara yg kamu larang wat. sbb tu la meeka xboleh minum, nabi muhammad pun tadah tangan, jika sekiranya engkau mengazabkan mereka ,itu adalah kerana kesalahan mereka, sesungguhnya mereka adalah makhlukMu, ya allah, dan jika sekiranya engkau mengampunkan mereka, engkau adalah tuhan yg maha pemurah lg maha mengasihihani. ini dipangil sbg doa abdu soleh.

nampak x? nabi muhammad yg sayang pada kita, sampai di hari kiamat pun masih mendoakan orang yg jahat2. doa baginda apa? doa minx baek. orang yg mati yg xboleh minum telaga kausar bukan kah orang itu orang yg jahat. tp nabii masih doa lagi sedangkan orang tu mati dalam jahat. pun nabi masih doa agar dia pun dapat minum air telaga kausar agar dia xdahaga sampai bila2 di padang mahsyar. tp kita ummat Islam, orang itu belum mati.orang itu belum mati! kenapa xdoakan doa2 yg baik. kenapa ditukarkan doa dgn doa , Ya allah turunkan bala kepada mereka ya Allah. kenapas sggup doa sedemikian? tidak ada cinta. bila tidak ada cinta tidak ada iman, bila xda iman tidak boleh masuk syurga! contohilah nabi betol2. kita kata kita ikut perjuangan Rasulullah, dimana perjuangan rasulullah di dalam jiwa kita sekarang? adakah kita berjuang macm rasulullah dgn penuh kasih syg.

org badwi kencing dalam masjid. nabi xmarah lg. org nk pukul badwi. nabi kate biarkan dia kencing sampai habez. habez dia kencing, dia pun malu, dia pun keluar. nabi kata amek sebaldi air tuangkan di tempat kencing dia. kemudian nabi pun semayang, arab badwi td pun semayang sekali  dok belakang sekali sbb dia lambat datang, dia maluuuuu.. habez2 smyg dia doa, ya Allah berikan rahmat kepada ak dan rahmat kepada Muhammad, ya allah berikan rahmat kepada ak dan rasulullah sahaja. bg kat kami saja.jgn bg kat orang lain nabi tnyer saper yg doa itu? org bdwi pun jwp, sy ya rasulullah. kenapa kamu doa utk ak dan kamu sahaja? doakan lah untuk sekelian ummat Islam. kan rahmat Allah itu luas, kenapa sempitkan. tuan2 kena phm. arab badwi tu bukan kafir, arab badwi tu Islam. orang badwi nie orang kampong.... dia datang nk ngaji ngn rasulullah.dia pun aser nk terkencing.  jenis orang kampong , dia nk kira apa, dia punn kencing la situ. nabi muhammad smyg dia atas pasir bukannya atas tika getah ker tikar smyg ker. sbb tu nabi ajar, amik baldi simbah kencing td. arab badwi ni pun rasa malu, dia pun lari p tempat len. dgn sbb nabi halang orang len pukul dia, dia rasa nabi ni baik sgt sampai xbg orang pukul dia, tu yg dia doa macam tu, dan nabi pun tegur dia balek.

kalu la kita phm betol2,. senang. masalahnya kita skrg nie nk menghalalkan sesuatu benda, kita wat sesuatu tu dgn xbetol. jgn kita nk setujukan dgn apa yg kita wat kita cari dalil, pastu dalil kita wat xbetol.  ini salah. hukum tetap hukum. kalu orang tnyer kita aper pun. kita kene jwp ikut hukum. kita xleh jwp ikut sentimen. hurrrrm.... masalah kita skrg nie. L nk smbung lebih2 pun, takut nt blog kene gam. apa2 pun apa yg L nk simpulkan, kita sbg umat islam, mohle kita doakan yg baek2 kepada sedara2 se Islam kita. wlpn dia jht macam mna pun, kita doakan supaya mereka yg jht2 tu diberikan hidayah untuk berubah, dan kita yg 'BAIK'2 nie sentiasa berada di jalan keredhaannya.. amiin.. sekadar itu sahaja perkongsian L dipagi yg mulia ni. selamat berpuasa ya shabat2 kuh. n maafkan kalu ada typing eroor. mals dah nk check. jpg ada kuliah plak.ok di akhir sekali, semoga puasa kita diterimanya..=)

Monday, August 15, 2011

Kasih sayang

asslamualaikum, urm,,  hrni L nk bincang pasal persoalan tentang cinta dan kasih sayang. ada orang yg phm bcenta nie hnya untuk orang muda2 jak. yang dah tua dah beranak pinak dah bercucu cicit nk becenta apa lagi la. cinta ni luas. cinta pada Ilahi, cinta pada rasul, cinta pada manusia , cinta pada haiwan, cinta pada tumbuh-tumbuhan cinta pada kasih sayang cinta pada perdamaian dan macam2 lg cinta.. cinta nie boleh sampai jadi satu syarat untuk masuk syurga. berdasarkan hadis rasulullah s.a.w.
kata nabi, demi diri aku yg berada di bawah kekuasaan Allah,kamu ni xkan sekali masuk syurga shingga lah kamu beriman dan kamu sama sekali tidak beriman sehingga kamu saling berkasih sayang. (muslim).

banyak orang hrni nk masuk syurga tp saling benci membenci. ak xsuka kamu, kamu xsuka ak. macam mana nk masuk syurga sbb xda iman, mcm mana nk ada iman kamu x berkasih sayang. haaa.. jgn kita hnya pham kasih syg tu hanya untuk laki dan perempuan sahaja. DAP. di alam percintaan. padahal kita sekarang nie kena berkasih sayang, satu taman, satu kampung, satu surau, satu mesjid, satu kelas, sesama rakan blogger kita. kasih sayang dah hilang! kita suburkan kembali kasih syg sesama kita. dgn iman! sbb pa skrg nie, kita sesama ummat islam makin kurang makin gersang kasih sayang nieh. bila manusia xda perasaan kasih syg maka dia tidak akan sempurna iman. wlpn dia nie rajin semayang, hitam dahinya. wlpn pakai serban, walau pakai bju melayu walau pakai jubah. selagi kita xberkasih syg slg tu kita x kan sempurna iman.

cinta ialah jiwa kehidupan. bila satu tarikkan(cinta) berlaku diantara manusia nie so manusia kan jadi rapat, jd ngam  jd ketat. waaa. cuba kita lihat tarikkan yg berlaku pd magnet. magnet tu ad tarikan satu selatan satu utara.tp pasal apa saling menarik, padahal xsama! 1 utara 1 selatan. sbb ada stu tarikkan yg dpa seniri dapat rasa. wlpn xsama kutub tp boleh ada rasa cinta. berbeza dgn manusia, xleh sama sbb xsama,kamu belah mana? sy belah utara. kamu belah mana? sy selatan.. ooo kita xgeng! dia xmaw tiru magnet. wlpn berbeza kutub tp tetap wujud kasih syg. kita dok belajaq pasal magnet , dalam sains lah apa lah tp kita hanya belaja tp kita amalkan dalam diri kita. knpa kita xjdkan besi berani tu sbg contoh? sbb perasaan kasih syg tu telah gugur.

knpe suami sgt amik berat thdp isteri dia? sbb ada satu perasaan kasih syg yg wujud dlam ht dia. knpe seorang ibu nieh, wlpn jahat macam mana pun anak dia dia tetap cium anak dia. walaupun anak tue lah yang bunuh suami dia. bila dibebaskan dari tuduhan di makamah, ibu tu tetap peluk anak dia! cium anak dia! wlpn anak tu dah mmbunuh suami dia.  sbb pa?? sbb syg.. cinta, kasih syg.  kenapa org tu boleh trim pokok bunga, boleh catik bunga dia, kita pun dok jaga pokok bunga kita tp xcantik macam orang tu. kerana apa? jiwa. sbb dia cinta dgn pokok tu. sbb dia wat dgn pnuh kejiwaan.ada orang wat, awal2 jek kejiwaan, dia tgk orang depan umah dia cantik, sebelah umah dia pun cantik, belakang umah dia pun cantik, tanam pokok bunga, dia pun tanam gak pokok bunga. semata kerana pa? sbb diorang tanam.  orang2 sebelah dia tanam kerana pa. kerna jiwa. sbb tu pokok bunga orang tu ditanam menjadi, daun nya hijau cantik, bunga dia lawa2 belaka. warna nu warna nie. ini lah dinamakan kasih.

kalu kita ada jiwa, kita ada kasih pada surau, masjid sehari kita xdtg , kita rasa ssh hati. kalu kita ada jiwa dalam majlis ilmu, sehari kita xdatang kita rasa susah hati.sbb pa? sbb kita dah tnm kasih syg tu dalam sedalamnya. tp bila manusia xda jiwa. majlis ilmu dia xkan kekal. segala program yang dia nk wat xkan kekal. xkan jadi. sbb dai xwat dgn spenuh jiwa raganya. bila kita wat dgn penuh kejiwaan, penuh kasih syg, menda2 lain akan terbakar. orang hasut kita, jgn datang suraw, lantaklah ak tetap nk g sbb jiwa ak ada kat situ. dia dah ada tarikan magnet disitu..

skrg ni kasih syg sesama kita dah hilang. dlm msjid dh hilang kasih syg antara jemaah. ustaz dgn ustaz. ustazah dgn ustaz. bergaduh habes! kita nie orang kaya, kalu kita ada sifat kecintaan pada org miskin. kita bygkan kalu kita jadi orang miskin. barula kita jadi orang hebat sbb kita rasa.. masalah kita xpenah rasa apa perasaan orang.kita xpenah syg dia, apa yg dia wat apa yg dia korban, kita xpenah pk seorang suami xpenah pk pengorbnn isteri. mak bapak korban utk anak2, anak2 nie xpnh pk mak dia beranak dia, mak dia jaga dia, mak dia susukan dia ,mngasuh dia, mak dia jrg tido mlm sbb nk jaga dia. tp bila anak ni dah besar, kecinta pd org len dah melebihi dari kecintaan mak bapak.dan pada masa tue mak bapak diterajang. anak2 lari rumah g ikut sedara2 lombok. ikut lari , pastu dah sampai sana, bila susah mula terhegeh2 nk cari mak bapak. baru nk pk pengorbanan ibu.

urrrrmm.. aaser nk tules ag tp tgk panjang sgt dah nie.. huhu. urrrm.. nt lah smbung balek. wah. urrrm. cinta itu penting! urrm. semoga perkongsian ini dapat sedikit sbyk mmberi kesedaran kpd kita smua..=)
selamat berpuasa ya!

Friday, August 12, 2011

Jangan Marah!

assalamualaikum sumer... haii... aper kabar... huhu aper menda la yang nk dikongsikan harini. haaa. korang nie slalu marah x? haaaa..dapat idea seket. marah nie ada 3 jenis golongan.k. ada orang yang cepat marah tp cepat lega. dia marah4, pastu tiber2 senyap... contohnya. dia baru turun dari tangga masjid cari selipar xdak. dia cakap, 'celaka betol!' yang keluar dulu bukannya astagfirullah ka apa celaka yang keluaq dulu. pastu membe tnye , hg ni pasaipa Man ? kasut ak hilang plak dah! xperla xder rezki!pas tue dia pun jalan2, selamber jek xpakai selipar g kedai kasut beli lain selipar. haaa. nampak x. dia cepat marah dan juga cepat plak lega .. dia marah sbb lwn ckpnya, bantah cakapnya, terguris hatinya, tp dia xjadi simpan. ni jenis yang pertama.

jenis yang kedua plak cepat marah dan bila marah lambat plak dia cool..  bila? xtaw la . bertahun2 .contohnya, 2 orang lelaki bergaduh dari time sekolah lagi.bila dah bertahun2 lamanya, anak kedua2 ni dah besar panjang. tetiber anak2 kedua lelaki nie bercinta! pergh,, nk jek kawen! tp dihalang oleh orang tua. ak xsetuju!bila  tok kadi tnyer, ya tuan hj kenapa ko xsetuju? bapanya dulu sy xsuka. yerla tuan hj xsuka dgn bapanya xkan dengan anaknya pun tuan haji xsuka.seluruh keturunan dia sy xsuka! ni yang no 1 paling teruk nih. cepat marah dan lambat plak nk lega..

marah boleh jd macam2. marah boleh jadi derhaka pada Allah. ad petani yang wat bendang(padi), datang time nak tuai, tiber datang banjir tenggelam habez suma sawah die. dia turun dari tangga umah die lompat sambil pgg golok . kalu berani, turun lawan ngn ak!  dia cabar tuhan.. elok nk tuai hasil dia mai hujan plak!!  nampak boleh jadi murtad tuan2 puan2 dgn sbb marah... bukan tu saja, DGN SBB MARAH boleh bercerai suami dgn isteri, DGN SBB MARAH boleh bergaduh dgn jiran tetange,DGN SBB MARAH boleh gaduh ngn kawan2. haaa. nampak sangat marah nie satu menda yang besaq!

sbb tu sahabat nabi datang jumpa rasulullah nk minx pesan. wahai rasulullah s.a.w, pesan kepada sya 1 pesanan yg ringkas tetapi senang sy wat. nabi pun kata 'la taqdab' jagan kamu marah. sahabat nabi kata,pendek sangat la ya rasulullah., panjang la seket. nabi pun berkata 'la taqdab3x'  jgn marah3x. 3 kali nabi sebut jagn marah.pasaipa nabi kata jgn marah? sbb berapa ramai yang marah dan dia rosak? marah nie daripada syaitan. macam mana kita nk elak daripada marah. kita kenal dulu orang tue. org tua pa yg dia xsuka, jgn kata apa yang dia xsuka. kadang2 kita dah taw dia xsuka kita cakap macam tue, tp kita p kata gak. nie dipangil jolok sarang tebuan. dah taw dah tapi dok galak wat gak.

ada orang yg time marah, dia men cakap xrenti. bila dah lega. baru pk, eh2 salah ka pa yang ak cakap td? sbb tu dalam islam ada 2 jenis pk. 1 pk yg terpuji 1 pk yg terkeji. haaa.pk yg terpuji KALAU sebelum. haaa. sebelum dia wat sesuatu dia pk dulu, kalu ak ckp nie dia marah x?, kalu ak buat ni berdosa x? kalu ak kater nie die teraser x? kalu ak beli nie elok x? ni kalu yg bagos. dia kaji dulu. kalu ak rompak ni ok x? huhu. yg keduanya KALAU selepas, ha yang ni yang terok...kalu la ak xpegi mesjid xhilang lah selipar ak. silap betul. ni KALAU yang dikeji sbb menyalahkan Qada' dan Qadar. kalau macam nie xmawla, ramai yang slalu amek KALAU no 2.. sbb tue yg terbaik ialah berfikir sebelum buat tue adalah yang terbaik !

dan yg terbaik ialah lambat marah, tp bila dia marah  cepat plak coolnyer. haa, orang mcm nie yang kita nk jadi. ada setengah orang kata , nk wat cmna dah tabiat sy g2 cepat marah . nk wat cmna nk wat cmna ? berubah la! menda begini boleh diubah. sifat kita boleh dibentuk. yang xleh nk bentuk dah rupa paras kita, haaa. tp sifat kita nie boleh dibentuk lagi.

bukan sbb pa bapa ramai yang marah tp jd lagi teruk. sbg contohnya, kita pg kedai kopi. oder nasik patayya satu! tgu punya tggu dkat 10minit dah xsampai2.. sedara2 bangun, ketuk meja! hoi, engat orang xdak duit ka! sedara bagun masuk keta, start enjin2 , brom4, reverse2 xtgk belakang, kedabeang. langgaq kereta belakang plak. haaa. sudah kerna 5 ringgit jd macam2. keta sedara rosak, langgaq reta orang plak. dengan sbb hang marah nk kena byaq 5000pulok. xke buruk tabiat marah nie, nmpak x keburukan marah tue. haaa. kan bagos kalu sedara tnya tokey, lambat lagi ker nih? kalu lambat bia sy yg masak. haaa. kan senang. xpayah nk marah2...

alamak, terlebih suda,, sekian situ saja kot ilmu yang mampu sy sampaikan. dan yang bail itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan dr sy sendiri.. selamat malam. dan selamat berpuasa..

Wednesday, August 10, 2011

ibadah Sunat tp xbetul caranya!

assalamualaikum,, phewww, alhamdulillah dapat lg bernafas di dalam 10 ramdhan ini... setinggi2 kesyukuran kepadamu ya tuhanku... harini L nk sembang pasal apa yang kita nk wat bila bertembung  ibadah yang disuruh dengan menda yang dilarang? ibdah yg disuruh ialah ibadah sunat manakala menda yg dilarang plak sperti mengumpat, mencaci. jadi ulama2 berkata janganlah membuat menda dilarang lebih afdal dari membuat menda yg disuruh. sebagai contohnya, solat terawih menda yang disuruh(sunat). sekarang nie kita tamaw mengumpat ka datang solat terawih ? mana yang lebih baik. ulama kata jngn mengumpat lebih baik dari melakukan perkara yg disuruh. ni sebb bape ramai yang melakukan ibadah yang suruh tapi xikut prosedure yg dah disediakan. smyg solat terawih tp ngumpat tok imam.

jika kita g sembahyang terawih, imam baca surah yang panjang2, abez jek smyg kita kater ' lame giler tok imam nieh, nyesal ak datang eh!' nampak x, semyang-semayang  tp ngumpat tok imam. itu namanya ngumpat.. lebih bek hg dok umah tengok keje2, tgk anak-anak lebih baik dari datang semyang tp mengumpat. mengelakan dari buat menda yang haram, lebih afdal dari buat yang menda yg baik tp xbetul caranya. haaa. tu kene paham tuh. ni menda sunat tp menda fardu jangn wat. 'sya xpakai tudung tp sy xngumpat.' ha nie xlehla. pakai tudung tu menda wajib. menutup aurat tu wajib. didalam mengelakkan perkara yg haram, xda pilihan,bila dah kata tutup aurat tu wajib, jadi haram kalu xpkai tudung!

berbeza plak dgn ibadah sunat. dalam melakukan menda sunat ada pilihan.contohnya, smyg sunat terawih, imam baca lama, boleh duduk walaupun sihat (stgh pahala) . kalu duduk pun asa lama gak, haaa, baring la ko kat situ, (setengah pahala duduk). ok? ada paham. tp lain dengan semyang fardu, kalu sihat xleh nk saja2 duduk. senang kan Islam... =) contoh lain , daripada melakukan menda sunat xbetul wat, bek xyh wat, contohnya, tadarus quran, tp baca merapu jerk, tajwid kemana makhraj huruf kemana,bek toksah wat. silap2 nt quran laknat kita balek. ada plak yg niat xbetul. 'masuk kali nie,kali ke 4 ak dapat ken pelikat '!!!
conclusion, dalam perkara yang sunat, sentiasa ada pilihan.. =)

Monday, August 8, 2011

Jom Berfikir

assalamualaikum.. =) aish.. sebok3. time2 gini pose ni esemen datang beratur2... xsempat nak layan satu2. haha. tp ni bukan lg alasan aku untuk tidak mengupdate belog.. kepada semua blogger2, sy ucapkan selamat berpuasa, dah tahniah kerana telah berjaya mengharungi 7 hari berpuasa. dan hari ini hari yg ke -8. macam mana status puasa kita? ok ker x ok? makin ok ker makin teruk? makin sayangkan ramdhan or makin derita dalam bulan ramdhan? maila kita muhasabah diri kita... berfikir sejenak lebih baik dari menunaikan 1000 rakaat solat malam. pasaipa begitu? banyak sebab dier.. kita lakukan ibadah puasa nie, jgn membuta-buta jerk. kita xpenah pk balke selama nie puasa ak ni diterima ka x. ak ni puasa sebab aper? sbb nk save duet ka? sbb nk kurangkan berat badan ka?  aish. baek kita selidik balek, takot sampai ke tua kita buat ibadah tp ibadah kita x diterima... nau'zubillah.. bukan sekadar ibadah pose jek kita kene muhasabah tp ibadah laen pon same. ok, sekadar ini yang L nk kongckan bersama-sama . apa yang baik datang dari Allah dan apa yang buruk datang dari L. kalu ada salah silap sy minx maaf..=)  

Wednesday, August 3, 2011

Halwa Telinga

Assalamualaikum. selamat berpuasa semua.. macam mana puasa hari ni? insyaallah puasa kita ini akan dirahmati Allah. pagi2 ni pahala puasa kita semua gemuk2 belaka. dah tahap obesiti dah.. alhamdulillah. tp. bila mai petang. huhuhu.. makin lama makin kurus malah mampu jadi underweight. sebab pa? kantoi kat bazar ramadhan. huhu. macam2 yang boleh kita tengok kat bazar. yg macm tu yang macm nie . ish3. nk beli air tebu jerk, tp boleh tersesat dalam bazar lebih kurang sejam lebih. huhu. bek amek milo L huhu. 3 in 1. kui2. jd. sebagai manusia yg bijak kita hendaklah merancang sebelum g bazar ramdhan. rancang nk beli ape. dah beli balek, bukan apa.. tkut kerana kita dok lama-lama lg banyak pahala kita kene potong. kita tatawkan. huhu. nie L nk bg sumer blogger2 mendengar seket, tazkirah ramdhan untuk kita sama2 mengisi masa lapang kita.. jomla dengar kejap jak... nk donlot pon sat jerk. bukan besaq sgt pom fail nieh... =) ok kat bawah nie L ada bg link untuk donlot. meh2, kita donlot ramai-ramai..=)

Penghayatan Ramadhan

Tuesday, August 2, 2011

Bangun Sahur Buat aper?

asssalamualaikum.hype sumer!!!! watper tueee. bersahur eeeh? huhuhu. mkn ka x? alhamdulillah kita semua masih dibangunkan untuk kembali beribadah kepadanya. harini korang sahur aper? ni L nk bawak milo g sumer belog.. dah tempah lori milo semalam.... jpg kalu dengar bunyi2 hon tue. cepat2 la lari kayh.... bersahur la walaupun dengan sebiji kurma... sahur? penting ker?? di dalam sahur itu sendiri ada barakat nyaaa. hanya kita yg xnampak. so... mgkit la awal sepoloh minit ka sebelum subuh.. basuh mukaaaa. ngap seketul kurma,, pas tueee. sengkang mata kejap... subuh dlu.. pasa tue, jd la ular kejap... (tido) kalu yg xtido boleh teruskan dengan amalan2 sunat.. bace quran ker kaaan... haaaa. so.. mohle bangun BERSAHUR!!!!

Monday, August 1, 2011

Selamat berpuasa ya!!!

Assalamualaikum!!! lol.. pergh. pejam celik pejam celik. dah pun kita masuk di bulan ramadhan. Alhamdulillah selamat sampai juga kita di bulan ramadahan nieh. huhu mohla kita ramai2 ramai2 rebut peluang nie. bukan senang. kita diberi kesempatan untuk berada dibulan ramadhan. ada sahabat-sahabat kita yang xsempat nk merasa nikmat ramadhan sudah pun diambil rohnya. ada orang yang sempat berada di bulan puasa tp xmengejar ibadah puasa tue. maknanya x buat yang sunat2, buat yang wajib jak dah macam bulan biasa la pulak kaan... ada pulak orang yang berda di bulan ramdahan, ibadah wajibnya dijaga, ditambahnya dengan terawih, ditambahnya dengan tadrus quran solat-solat malam. tp niat nya tidak betol la plak.. ikut tadus quran semata-mata nk kumpul kain pelekat. hahaha. kalu xdak dihadiahnya kain pelekat xderla nk nampak batang hidung. ish3. macam tu pun ada kan.. so, kita kenalah jadi orang yang sentiasa melakukan sesuatu KERANA ALLAH. haaa. baru la amalan kita diterima. insyaallah.
setakat tu ja kot tazkirah ringkas saya sempena menyambut bulan ramdhan yang sungguh mulia ini. semoga kita semua dirahmatiNya. aminn...