Assalamualaikum wbt. pertama2 sekali marilah kita berselawat ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Semoga kita mendapat syafaat daripada baginda. Okeh rini L nk kongsi sedikit ilmu yg tak seberapa. jom layan.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 172 yg bermaksud : 'Hai orang yg beriman makanlah rezeki yg baik baik yg kami anugerahkan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar-benar orang yg menyembah. '
Allah suruh kita makan 'kullu toyyibat'. Makanlah kamu benda yg baik-baik. Baik ni daripada segi apa? Baik dari segi zat, dari segi kesihatan, baik dari segi rupa baik dari segi kelakuan, dari segi cara nk buat, dan niat orang yg nk buat. itu di panggil sebagai toyyibat. Kalau kita pergi rumah orang yg baik-baik, makanla bnyak2 sbb mesti dia ikhlas menjamu kita. contohla kita pergi rumah tok guru ka, yg dok mengajaq kita, dia jamu kita makan, makanla. Sbb insyaallah dia masak dari sumber yg halal, isteri dia basuh makann sebelum masak ni mesti dibasuhnya bersih bersih, dia pulak niat menjamu kita mesti niat yg ikhlas. kalau kita makan itu, mmg terang hati kita .
yang kedua Allah kata wasykurulillah. dan bersyukurlah kepada Allah atas segala nikmat yg kita dapat kalau betul kita hamba kepada Allah. Bersykur bukan sekadar dengan lafaz Alhamdulillah. itu dari segi lafaz, mcm mana kita nk melahirkan ataupun menzahirkan rasa syukur kita? Apa makna bersyukur pada nikmat yg kita dapat? Kita banyakkan lagi beribadat. dengan rezki yg melimpah ruah, tanda kita bersyukur tu mcm mana? datang mai surau. Rumah dah habis bayaq, ha mai solat berjemaah. kereta 2 buah. moto sebijik. dulu betul, kereta takdak, moto takdak, nk mari jalan kaki pergi surau payah. Tapi sekarang dah ada kereta ada moto, ha mai la semayang.
Rumah kita besaq, apa salahnya kita panggil orang kampung orang taman mai makan kenduri kat rumah. Panggil anak2 qariah mai buat kelas bacaan Quran dekat rumah. ataupun kelas pengajian dalam rumah. sebab sebagai tanda bersyukur. Kalau kita ada kereta , apa salahnya kita bawak kawan2 pergi kuliah mana2 dengar ceramah mana. Kita ada motosikal, apa salahnya kita bagi orang yg sgt2 memerlukan pinjam. ini semuanya dipanggil wasykurulillah.
Okeng. setakat ini sahaja perkongsian daripada L. maaf andai boring. huu. okeh. apa yg baik datang daripada Allah dan apa yg buruk datang dari diri L sendiri. semoga kita menjadi Hamba yg bersyukur. Selamat menjalani kehidupan semua! Allah2..