Monday, September 3, 2012

Inilah insan yang WAJIB kita CINTAI!!!

Assalamualaikum. L nak story seket citer sedih pedih punya . L meleleh berapa kali dh ni. k hayati. jom.

Siapa yang paling kita cintai di atas muka bumi ni? Kita tidak boleh mencintai orang lain lebih daripada mencintai pada Rasulullah s.a.w. Siapa pun berhimpun dihadapan kita, tidak boleh kita atasi lebih dari rasulullah. Hatta ibu kita sekalipun, ayah kita, suami, isteri sekalipun, xboleh mengatasi Rasulullah s.a.w.

Gigi nabi patah, kaki nabi berdarah, pasal nak cakap Islam pada kita. Apabila kaki nabi berdarah, masuk darah tu dalam kasut yang baginda pakai, sehinggalah bila nabi lari, bunyi darah tu, 'clap2, clap2.clap' macam bunyi kita pijak air. Kenapa nabi dibuat sedemikian? kerana menyampaikan Islam. Siapa yang halau nabi? siapa yg nak bunuh nabi? Orang yang nabi dakwah. Orang-orang suruh budak2 muda, budak2 kecik pukul Muhammad, pukul muhammad, baling batu. Smpai Rasulullah duduk berundur, keletihan, sakit duduk berehat sebentar.  Menyandar dipokok, datang malaikat, "wahai rasulullah, allah utuskan padaku untuk tnya padamu, apa yang kamu nk buat pada penduduk2 thaif? kamu nak aku hempap mereka? kamu nak aku hantarkan pada mereka gempa bumi? puting beliung? hancurkan mereka. cakap sahaja Muhammad." Jawap rasulullah , aku tidak mahu buat apa2. Malaikat bertanya lagi, bukankah mereka telah memukul kamu, bukankah mereka telah menolak kamu?. Jawab nabi,ya, aku cuma ingin meminta supaya mereka diberi hidayah oleh Allah.  Kalaulah mereka dihancurkan sekarang tidak akan ada lagi orang yang beriman di Thaif. Sekarang yg menolaknya ialah bapa mereka, mungkin suatu hari nanti anak2 mereka akan beriman pada Allah. Kalaulah anak2 mereka dan bapa mereka menolak Allah, moga cucu-cucu mereka yang akan beriman dengan Allah. Nabi mendoakan umat dia suapaya mendapat hidayah. tengok manada nabi minta kehncuran pada sesama umat dia. Nabi Muhammad dengan penuh kasih sayang, itu rahmat. Tak rasa sayang lagi ka dengan Rasulullah? hah? Nabi hidup dengan kasih sayang..

Tengok betapa sayang nya nabi pada kita. sebab pa nabi sayangkan pada umat dia? sebab dia nak kita sama-sama masuk syurga. Tapi berapa bnyak diantara diri kita ni yg sayang nabi s.a.w. Nak selawat pada nabi pun takmau, nak ikut sunnah nabi puuuuuuuun takmau, nak sebut nama nabi Muhammad puuuuuuuuun takmau. Nak amalkan sedikit sunnah nabi pun tidak sedikit teringat. astaga. Jiwanya teringat ke tempat lain,jiwanya teringat ke hollywood, bollywoood, kpoooooop,  jiwanya langsung tak teringat pada Madinah,tempat jasad rasulullah dikebumikan.  Tak teringin pun nak pergi ke madinah, yang dia nak pergi Disneyland, yang dia nak pergi US, UK, Korea. Itu sahaja yang menjadi kecintaan dia. Wahai pembaca, bacalah sirah Nabi Muhammad s.a.w. Bacalah sirah nabi bagaimana nabi layan isteri2 nabi. cuba bukak kitab2, tidak ada isteri2 nabi yang tidak puas hati dengan Rasulullah s.a.w.

NI cinta kita pada rasul. Kenapa kita WAJIB cinta pada rasulullah s.a.w? Sebab rasulullah menyanyangi kita. KIta sayang tak diri kita? kompemla kita sayangkan diri kita kan.. Okeh. nk gitau satu secret, Rasulullah s.a.w sayang pada diri kita lebih daripada kita sayang diri kita sendiri. adakah kita betul2 sayang pada diri kita sebenarnya. Berapa ramai yang beristigfar? Berapa ramai yang minta ampun lepas buat dosa? Kita xsayang diri kita. Kalau kita sayang diri kita, kita tidak akan mengumpat orang. Kita mengumpat orang, lidah akan dipotong dihari kiamat. Kita sebenarnya tak syg diri kita, mata kita duk tengok gambar2 lucah. Kalau kita syg pada diri kita kita xkn tgk video2 lucah. Sebab kita takut mata kita akan dibakar dihari kiamat.  Kalau kita syg diri kita kita tidak akan mendengar Fitnah, sbb mendengar fitnah sama darjat dgn org yg menyebar fitnah. Kita tak syg diri kita sbb tu kita jarang bersedekah, sedangkan sedekah itulah yg menyelamatkan kita daripada azab kubur. Kita sangat berkira.

Apabila malaikat maut datang untuk menjemput Rasulullah s.a.w. Inilah malaikat yang akan jumpa kita nanti. malaikat yg mengurangkan manusia diatas bumi dan menambahkan manusia dibawah bumi. Malaikat tanya nabi, kat orang lain dia takkan pernah tanya, hanya pada Nabi Muhammad sahaja. 'wahai muhammad, allah utuskan aku utk mencabut nyawa kamu, itupun kalau kamu izinkan aku wahai Muhammad.' kata rasulullah, aku izinkan wahai malaikat maut, aku izinkan. tetapi dengan satu syarat aku nak jumpa dengan kekasih ku Jibril a.s. Jibril pun turun,Rasulullah pun bertanya pada jibril. 'apakah yang Allah sediakan pada aku seandainya aku mati wahai Jibril?' JIbril menjawab, muhammad, pintu langit terbuka untuk kamu, pintu syurga terbuka untuk kamu, berbaris para nabi rasul menunggu kamu, berbari para malaikat dan bidadari menunggu kamu wahai Muhammad .Nabi jawab, 'bukan itu yg aku mksudkan Jibril.Aku ingin tahu kalau aku mati sekarang apa yang Allah akan berikan pada UMAT aku sekarang?' Subhanallah.. meleleh air mata sih!!! nabi hanya sanggup pergi, dan sanggup pergi dan sanggup pergi hanya bila dia puas hati apa yg Allah nak bagi kepada kita. Subhanallah.......

Jibril kata, Muhammad, Allah sayang pada kamu, Allah sayang pada umat kamu. Umat kamu ialah umat yg paling awal dibangkitkan di hari kiamat. Umat kamu ialah umat yg paling awal dihisab. Umat kamu ialah umat yg paling awal dimasukkan ke dalam syurga. Bila dengar kata2 jibril, nabi senyum, dan berkata wahai malaikat maut cabutlah nyawaku. Jibril bertanya pada Izrail, kamu kenalkah nyawa siapa yg kamu mahu cabut ini wahai Izrail. Izrail menjawab, aku kenal, inilah Muhammad bin Abdullah kekasih Allah yang paling mulia. Jibril kata, kalau macam tu, wahai malaikat maut kamu cabutlah nyawa baginda dengan sehabis habis perlahan. Kata Izrail,, tiada manusia yang aku cabut nyawanya sehabis habis perlahan melainkan nabi Muhammad s.a.w. Nabi MUhmmad yang takda dosa pun, berkerut dahi menahan sakit apabila dicabut nyawa baginda. Bayangkan wahai pembaca kalau kita mati macam mana? Bayangkan dosa kita, dosa pada mak kita, ayah kita, anak2 kita, jiran2 kita, sahabat2 kita. Mak bapak kita jerkah mereka. anak kecil kita, kita tolak kepalanya, kita tamparnya, kita pukulnya. Bayangkan bagaimana dengan saat kita nak mati.... Berapa banyak dosa kita.. Dosa kita mengumpat dosa kita mencarut, dosa kita memaki dosa kita berzina, dosa kita minum arak dosa kita blablablabla.. nauzubillah. Macam mana keadaan kita nk mati nanti wahai pembaca........

Masa itulah ketika nabi ditarik nyawanya, nabi kata, sakitnya mati...... sakitnya sakaratul maut. Jibril pada masa itu taknak tengok muka rasulullah. Jibril kalih(tengok) belah lain, nabi pegang jibril, nabi kata, kamu tidak mahu lihat aku ka wahai jibril? Kata JIbril bukan aku tidak mahu melihat kamu wahai Muhammad. Aku tidak sggup melihat manusia paling agung sakit. Nabi bertanya pada Jibril, beginikah sakitnya mati? Jibril jawab, umat kamu lagi sakit daripada kamu wahai Muhammad... Kata rasulullah, sakitnya mati wahai JIbril, kalau beginilah sakitnya, aku yakin umat aku tidak akan mampu menahan kesakitan mati, Wahai jibril sementara aku boleh bercakap ini, kau cakaplah pada Allah, biarlah aku tanggung kesakitan mati kesemua umat aku. Biar aku sorang sahaja yang tanggung sakit ini. Biar umat aku tidak sakit. Tolonglah minta pada Allah wahai Jibril. JIbril kata tak boleh Muhammad, umat kamu lah yang menanggung sakit mati mereka, banyak dosa mereka, beratlah mati mereka. Banyak pahala mereka, Ringanlah mati mereka. Nabi menangis ooooooooooooi....... 'aku tidak boleh tolong umat aku'. Naik roh smpai ke pusat, nabi sebut, jagalah SOLAT, naik lagi diatas, nabi kata jagalah WANITA, sampai atas lagi nabi masih sebut, umatku,umatku,umatku.

Siapa umatku? kita semua.... Punya sayangnya Rasulullah pada kita.. Taktau nak habaqla kan.. Smpai nk wafat pun masih sebut nama kita.  Sehinggalah nabi dibagunkan pada pdg masyar, nabi tanya aina umati? dimana umatku? subhanallah33... sebab itulah kita WAJIB sayangkan Nabi Muhammad S.A.W. L dah tak tahan dah ni. sebak. nak cerita pun sebak. L berenti takat ni dulu. nt L bw. sedih sgt. k. SEmoga hayati semua. L hanya kongsikan apa yang L dengar, apa yang L ingat, apa yg L belajar. erm. apa yg buruk datang dari diri L, apa yang baik datang daripada Allah. Assalamualaikum.

p/s sori pnjang





50 comments:

Akue Achik said...

terkedu baca..huhu

Knor said...

terharu,sebak...rindu sgt.

Pn. Sheila@CC said...

sedih sgt... kasihnya Rasulullah terhadap kita tp kita sentiasa ingat manusia y kita cintai lebih... nauzubillah...

naim said...

selawat serta salam ke atas Baginda Rasullullah SAW.


turut sedih gak.. :((

Telor Power said...

jadi kena buktikanlah yg kita ni cintai rasullah dgn mengingatinya dgn berselawat.

L said...

betul tu bro, kene banyak2 selawat ke atas junjungan mulia rasulullah s.a.w.

dwaty said...

terima kasih...

bagi saya... entri ni tak panjang... sebab bila cerita tentang RASULULLAH... SUBANALLAH... terasa damai... terasa nak lagi... kisah RASULULLAH adalah kisah yang paling indah...

Tihara said...

alhamdulillah,takpe panjang mana pun kisah rasulullah s.a.w,tak kan jemu nak baca..nak baca lagi..nak kenal..nak hayati...teringin nak jumpa rasulullah s.a.w tapi rasa diri ini tak layak...thaks L utk entry ni..good luck untuk L :)

visitme@FaTiN cOrNeR said...

part izrail cabut nyawa tu meremang bulu roma.betapa mulianya nabi smpai nk tanggung sakit mati umatnya.subhanallah~~~

whitecappuccino said...

Amat elok untuk dihayati dan jadikan tauladan

Pondok Usang said...

Jom kita sama-sama BerQasidah.. =) sahabat Rasulullah SAW yg masih ada hingga kini.. visit -> http://hedzwan.blogspot.com/2012/08/sahabat-rasullullah-saw.html

missSenget said...

tetiba rasa rendahnya kecintaanku pada rasulku..

T__T

Bulan Syurga Firdausi said...

naam ahsanta..yup Baginda rindu kan kita kekasih2 Baginda...

new hope said...

salam,

jangan hanya dimulut, harap perbuatan juga diikut terutama dalam menegak keadilan.

Adilkah 3A diutamakan drpd 11A?

KLIK Pijak gambar Najib, Tok Guru berjiwa besar

Aishah Jahirah said...

kalau nak banding dgn manusia sekarang,ada yg suka doakn kemusnahan org...tapi Nabi pemaaf.

eita said...

banyak takpe asalkan leh bagi kesedaran....

semoga kita sama2 menghayati nyer...

sedih...

fatin hanani said...

Terima kasih atas peringatan & kongsikan kisah ini. Begitu Nabi Muhammad S.A.W sayang kan umatnya.:')

HeNRieTTa JoSe said...

Thanks for the share.....

Mohd Rizwan said...

thanks for sharing.. da follow blog ni..jom follow blog baru wan plak.. :')

http://rizwanewan.blogspot.com/

Kakzakie said...

Sungguh itulah bila kita berada di raudah masjid Nabawi kakak rasa tak ada seorg pun yg tak rasa sayu dan mengalirkan airmata. Pergilah berkali-kali rasa itu pasti hadir dgn sendirinya. Walau sekadar menatap pusara baginda hati pasti rindu utk ke sana lagi.

Tapi pernah akak diuji dlm satu kuliah. Sebelum kuliah bermula ustaz tanya siapa yg paling kita sayangi? boleh spontan kakak kata suami. Alangkah malunya kakak L. Tak terfikir yg waktu itu nak kuliah tentang rasulullah..

khairul said...

kita dh byk menyimpang kan

L said...

Kak zakie- erm.. kita selalu terlupa. L pun sedih diri L sendiri pun kadang2 terlupa akan Rasulullah..

Khairul- erm.betul tu bro. terlalu banyak simpang. membuatkan kita tersesat...

Aien Alien said...

kita manusia yang memang selalu mudah lupa.. kita ni terlebih cinta sesama manusia, keluarga, kekasih, kawan2... kena ubah..kena ingat..kena amalkan selalu berselawat dan mengingati rasulullah s.a.w

Nurul Husna Mohd Hassan said...

tingginya keperibadian Rasululullah, jauh beza dengan kita. terima kasih untuk entry ni :)

terima kasih singgah n follow blog saya, datang sini balas balik. nasib baik tinggalkan komen, sebab kalau klik gambar kat follower tu takde link nak follow balik :)

Dezee said...

Goose bumps

QueeN TerataI said...

betapa kasih dan sygnya Nabi kpd kitakan? tp kita nk ikut sunnah nabi pun susah..

HiDa said...

salam L...

tak tertahan airmata ni.. kisah Nabi Muhammad saw sepatutnya kita jadikan contoh tuk kita terus tingkatkan amal kepadaNYA.. kadang2 hati ni keras dan degil..

Mekah dan Madinah adalah tempat yg sgt2 akak nk pergi tapi akak selalu menangis takut tak sempat ke sana..

mudah2an segala amal kita dterima dan dipermudahkan perjalanan kita menujuNYA.... aminn...

terima kasih L...

MamaEma said...

terkedu membacanya... yang paling mulia di sisi ALLAH pun berasa sangat perit bila malaikat jibril cabut nyawa...apatah lagi kita?...ALLAHUAKBAR

KorN said...

even entry ni panjang, aku gagahkan diri jugak untuk baca sampai habis.. Besar pengorbanan nabi dahulu.. semua di perjuangkan adalah untuk kita... tapi kita?...

LYAfrina said...

sebak & mcm2 perasaan...
apa lagi kt manusia biasa disisinya...

Maria Menado~ said...

ALLAHUAKBAR.

:( saya membacanya, :) bila hayati kisahnya. beruntungnya kita.

ummiross said...

Allah..Allah, sayunya rasa hati baca N3 L ni, Salawat dan salam buat Baginda yang amat kita sayangi.

are_lin@yu said...

subhanaallah betapa sayangnya Rasulullah kepada kita...sangat tersentuh ayu baca ni L..

Makwe Kintan said...

berlinang air mata dh ni..=(

izan mama mia said...

nice entry....^_^

Masz Sidek said...

tersentuh hati.... betapa sayangnya Rasulullah kepad aumatnya...

Si Matatajam said...

Subhanallah..Sayangnya Rasulullah SAW kat kita umatnya... Bergenang ayaq mata M baca entry ni..dulu dengaq Ustz. Don cerita kisah ni pun mmg sebak sangat...memang tak tahan rasanya hati ni bila saat Sakaratul Maut pun Nabi masih ingat kat kita lagi... Sejahteralah ke atas Nabi junjungan kita Muhammad SAW kekasih Allah...

dyabunga said...

sebak dya baca.

Masha Meisters said...

subhanallah...indahnyer syg nabi muhamad pada kita umatnyer...kenapa kita selalu lupa...masyaallah...astagfirullah...

Cik Nur said...

SubhanALLAH..sygnya Rabul pada kita...
sebak nur baca..

Cik Nur said...

#Rasul

Yana Libra said...

terharu baca..kita selalu alpa bila dah senang..

Edy Fee said...

cinta nabi dapat pahala....tak sama cinta kat org len

Mizz ErMa said...

ya ampun..hampir menitis air mata ini..sygnya nabi muhammad s.a.w kepada kita..='(

TF said...

kalaulah Rasullulah s.a.w masih bersama kita..sngat menyentuh hati..besar pergorbanannya..ingat lagi masa doa dekat makam baginda di masjid nabawi aritu..rindu saat tu..moga sama2 hidupkan sunnah Rasullulah..s.a.w..

profmie said...

tersntuh hati bile bce..hrp hati pd stia mengingati Rasulullah..
*sori lme xsggh sini..

Hanamiko Sakura said...

baca entri ini sambil otak ligat memainkan lagu nasyid permergianmu.. sedih~ thanks :)

nurazzah8 said...

Salam, L..terimakasih ..terimakasih ...terimakasih...kerana mengingatkan akak yg telah hampir leka ..Ya ALlah ...Ya ALlah ...ampunkan dosa-dosaku..mmg manusia ini selalu terlupa terleka dan lalai dengan kehidupan duniawi...

mengimbau kembali sewaktu di Raudhah ...Ya Allah...rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu nya saat saat itu...Ya ALlah Engkau pajangkan lah umur ku, murahkan rezeki ku, kurniakan ku kesihatan yang baik..agar aku dapat kembali ke sana ...rindu Ya Allah ...

Johnson said...

Truck games Online Truck Games Free Truck Games. Play online Truck games and, Parking Truck Games and Popular. All truck games are free. If playing truck games is your type of sport you are in. Monster Trucks Nitro Race games Games XL com. Monster Trucks Nitro. Do not forget to play one of the other great Race games at GamesXL com! Monster Truck Demolisher Free Online Car Games from AddictingGames. Embed your favorite free games and play on your own website, including blogs, Facebook. What's the point in driving a monster truck if you can't wreck stuff? Crush.

Anonymous said...

My relatives always say that I am killing my time here at web, but I know I am
getting knowledge everyday by reading such pleasant articles or reviews.


my web page; novoline automatenspiele