Sunday, December 2, 2012

Malu pada Diri sendiri!

Assalamualaikum semua. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. =) Sebelum memulakan bacaan daripada smbungan post ritu 7x umur dunia eloklah sama-sama kita berselawat keatas junjungan mulia nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita nanti mendapat syafaat daripada baginda. okeng. layan.....

Yg kedua iaitu orang yg berpakaian tetapi bertelanjang,ulama2 mengatakan mereka ialah orang yg membalut tubuhnya dengan pakaian agama, yg diberi kepadanya ilmu pengetahuan, yg belajar siang malam, yg tahu hukum halal dan haram, tetapi dia tidak taat pada Allah. Ha, ni dia golongan no 2. golongan yg berpakaian seperti pakaian muslim, muslimah, tetapi disebalik pakaiannya itu dia sendiri merosakkan agamanya.

Pakaian dia pakaian orang yg baik-baik. Dengan baju melayu, kopiah, jubahnye, CUMA dia berpakaian pakaian islamic ini pada masa2 tertentu sahaja. Hakikatnya, Quran tak baca, zikir tak buat, amalan sunat tak dibuat, hakikatnya, amalan yg wajib pun dia tinggai. ini golongan yg no 2. ase macam kene batang hidung sendiri kan. =( ini yg kita takutkan.. L pun takut. herm. nauzubillah.berapa banyak orang yg p masjid rajin, p dengaq ceramah rajin tapi rajin menipu jugak. Inilah yg dikatakan sebagai golongan yg berpakaian tetapi bertelanjang. Dia hanya menjadikan Islam sebagai pakaian semata-mata, supaya orang meniaga dengan dia, supaya orang percaya cakap dia, supaya orang hormat pada dia, dsebaliknya dia kosong. Jadi kita sebagai seorang pendokong Islam, sbg seorang muslim jangan disebabkan dengan perangai buruk kita, orang lain benci Islam.

Kalau boleh kita hendaklah sentiasa membawa imej Islam tu dimana-mana sahaja. Biar orang lain tertarik dengan Islam.  Orang tertarik dengan nabi salah satu sebb dia ialah akhlak yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bila akhlak nabi itu baik orang yahudi pun jatuh cinta pada nabi. Abdullah bin Salam masuk Islam hanya daripada melihat cara nabi turun daripada unta. Bila nabi sampai ke Madinah, Abdullah melihat nabi naik unta daripada Madinah, dia tengok cara nabi naik, cara nabi turun dia dah jatuh cinta. Subhanallah.. kita tengok orang kita pulak. Contohnya, Orang kita,Melayu, lemah lembut.  Tetapi bila sudah pegang stereng kereta dah jadi kasar. Yang lembut pun boleh maki orang. 'hey,, celaka betol, jem pulak dah' dia boleh sebut celaka. sat lagi, kereta depan dia tak bagi signal nak belok kiri, dia maki jugak. 'tak guna punya kereta, bodoh betol'. Padahal tadi baik je, pegang stereng dia jadi lain plak. Kenapa jadi macam tu?

 Yg ketiga, orang yg alim tapi jahil. apa maksud? Ilmu penuh didada. tanya ja soalan apa kompem boleh jawab. Alim.. tapi dia sggup menghalalkan apa yg haram atas kepentingan peribadinya. Orang lain buat semuanya haram, dia buat kira halal. Orang lain buat semuanya tak betul, mai dia nak buat semuanya betul. Ini golongan yg ketiga. Jaga2 ooo. herm. Orang alim nih yg haram kene kata haram, yg halal kene kata halal. tak kira sapa pun. Kalau dia tak betul/salah orang nasihat dia dia kena terima. Walaupun yg nasihatnya seorang budak. Walaupun yg nasihatnya seorang hamba abdi. Setengah manusia dia kata dia alim, bila orang tegur dia marah, dan tak boleh ditegur. Nabi Muhammad s.a.w pun ditegur oleh Allah s.w.t. boleh rujuk surah Abasa didalam juzu' amma.Kalau nk tahu lebih lanjut cerita nih , pasai nabi ditegur boleh la kita-kitab tafsir.. =) Kita tak boleh katakan org alim ni selamat daripada dosa. Yg selamat daripada dosa hanyalah para nabi dan rasul sahaja. Kita yg lain semua ada salah dan silap.

So its end for this huraian. hehe. semoga apa yg baik dapat kita terima dan apa yg buruk kita perbaiki lah bersama. Apa yg baik dtg daripada Allah dan yg buruk datang dari diri L sendiri. =) Okeh assalamualaikum. selamat menjalani hujung minggu dengan tenang..

32 comments:

HaiDa HiDa said...

terima kasih L kerna menegur... amat2 bermanfaat....

saly said...

TQ ya L ...info yg baik..

Anonymous said...

terima kasih atas perkongsian.

Tie HT said...

as salam

itu lah kan, masih banyak yang kurang..tapi in shaa Allah akan sentiasa memperbaikinya dengan pertolongan Allah :)

whitecappuccino said...

ingatan utk semua..tq

-meeSUPERGIRL- said...

samaasama kite berubah kearah yg lebih baik .. terima kasih sb mengingatkan kami :)

ZULHILMI TEMPOYAK said...

terima kasih untuk sharing.. ;')

Muhammad Naim Abdullah said...

Malu ini sebahagian daripada iman kita.. :)

p/s: lama x blogging :)

http://pemudattbc.blogspot.com/2012/12/ayahku-seorang-pejuang.html

Syazana Zainn said...

thanks utk sharing :)

♥ sitifarhana ♥ said...

byk info dalam entry ni..ttg malu, adap, berpakaian..smoga dijadikan pnduan bersama :)

fatihah azemi said...

*angguk tanda setuju*

:)

Qhaifa Nur said...

yg pasti jgn malu bertanya nnti sesat jalan...
info yg bagus...

Kakzakie Purvit said...

Jadi jgn pandang pada lahiriah. Lagi dahsyat bila kelihatan alim minta air penawarlah itu-ini last kena jadi yg tak diingini. Banyak dah terjadi.

Kalau setakat pakaian jadi ukuran, ramai yg zuhud tak menunjuk.

Sama-sama kita jadikan iktibar dan panduan..

نورعيم said...

sy sgt takut perkara ni. perasaan riak ni mkn dlm, takut lama2 makan diri.

terima kasih ats peringatn ni :)

mama aini said...

Thanks L..semuga entry ni memberi pengajaran & panduan buat semua, termasuk mama juga..hu2x..

Ahmad Sabree said...

TQ 4 sharing encik Lolz kite ni..
entry yg superb power ..

http://shaberry92.blogspot.com/2012/12/bunkface-kutuk-kpop-perlu-ker.html

Lia Irdelia said...

pengolahan cerita pngajaran yg best..
suka.. :)

Dylla Abas said...

mekasih atas perkongsian ni..mmg sgt2 terkena btg hidung sendiri..hee :p

moga2 kita semua muhasabah diri lepas ni..ubah la utk menjadi yg lebih baik..insyaa Allah :)

nice sharing..!!

mamyharraz said...

info yg berguna.
tq kerana ingat-mengingatkan :D

Unknown said...

ehemmm time kasih menegur dan membuka mata2 kami L ^^

Kayu Manis said...

setiap manusia tidak lepas dr ujian.
kalau semuanya bagus kita semua bersenang lenang di syurga.

menutup kepala itu sgt senang..berjubah juga senang simpan janggut juga senang..tapi nak jaga hati itulah yg susahnya..

hati itulah yg harus di jaga.

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

L, lepas nie buat entry mcm mn nk avoid tergolong dlm golongn2 kt atas..hehe..

Unknown said...

suka akak bca entry L ni.. zaman skrg ni mmg byk terdapatnya golongan2 seprti yg L sebutkan di atas tu... terima kasih atas perkongsian ni semoga kita sama2 dpt manfaat darinya... muhasabah diri.. ;)

Pondok Usang said...

banyaknya dosa... =(

Myra Jay said...

Untuk peringatan bersama, Thanks :D

dya nasir said...

thanks L.. yg no 2 tu terasa juga mcm terkena kt btg hidung sendiri..

Cikgu Ma said...

malu itu pakaian yang menghalang diri dari segala macam noda dan dosa....

mie said...

saling ingat mengingati memang terbaik..
heheheeh

Unknown said...

good info bro

tirahzairi said...

thanks for sharing...

profmie said...

assalammualaikum L..singh sini..terima ksh kerana menegur... huraian yg bernas.. like2

Kamariah Awang said...

Mengambil iktibar dan saling ingat mengingatkan... Syukur dan terima kasih...